Sabtu, 1 Mei 2010

ULASAN KPD SOALAN SDRA BAKHTIAR......

RUANG DISKUSI…..Pertanyaan Pembaca..

Saorang pembaca yang kini sedang menuntut di Indonesia bertanya kepada fakirabdillah tentang beberapa perkara seperti dibawah . Fakir turunkan jawapan dan penjelasan ..yang barangkali boleh dianggap betul dan barangkali boleh juga dianggap salah. Hanya jari jari fakir yang menaip….ikutilah taipan jejari itu.

PERSOALAN

Sahaja aku solat/sembahyang subuh 2 rakaat kerana ALLAH SWT..
1.mintak tolong gi uraikan SAHAJA AKU,SEMBAHYANG……KERANA ALLAH SWT..
Saya mtk tlg sebab kenal gi..tkt yg sy fhm xbtl.
2.Dari segi yang lain pula anda hendaklah berani MENGAKU dan MENYATAKAN bahawa DIRI HAKIKI anda itu ialah ALLAH, Tuhan yang anda cari cari. Tuhan yang meliputi Diri anda sebagai manusia, Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Menghidupkan anda.
Setelah mengaku maka anda hendaklah pula MEMBUAT PENYERAHAN dan yakinlah bahawa DIRI anda sendiri akan membawa anda BERTEMU denganNya dan bertemu dengan ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM di Negeri Asal anda yaitu di ALAM LAHUT.
SOALAN;1:tolong perjelas kan dgn singkat.saya bace blog awak.tapi saya mengerti bahawa kite tidak boleh mengaku diri tuhan,sambil tu boleh mengaku diri tuhan untuk diri sebenar diri..then buat penyerahan...macam mana tu???..tolong ajarkan saya..
3.awak ada ym x.boleh kite berbincang2 untuk menambahkan pengetahuan coz,saya masih mencari apa yang saya tidak tahu...
4.lupa nak bagi tahu nama saya bakhtiar,orang ipoh,skang masih belajar madic kat indon...pliz ajar saya,coz hati ini sentiasa ingin mengetahui...harap anda dapat memberi tunjuk ajar

JAWAPAN

Sdraku Ahmad Bakhtiar, salam & terima kasih. Syukur sdra saorang yang bertuah dapat belajar dlm bidang perubatan. Mudah2an akan kembali untuk berkhidmat kepada bangsa & negara. InsyaAllah.

SAYA BUKAN GURU…. ….

Ingin saya tegaskan bahawa pertamanya saya bukanlah saorang guru apatah lagi uztaz. Saya tiada kelulusan akademik dalam bidang agama. Saya saorang pesara umur 58 tahun kini duduk dikampong tanam cili api. Saya juga macam sdra juga saorang pengembara dilautan tidak bertepi Ilmu Allah.
Teramatlah saya yakin bahawa segala ilmu milik Allah. Pada waktu ini ( setelah menempuh pahit maung mencari ilmu dari manusia ) saya juga amat yakin bahawa guru yang sebenarnya ialah Allah SWT ..manusia hanya pengantara tidak lebih dari itu…contohnya bukan pen yang menulis tetapi manusia…bukan uztaz yang mengajar tetapi Allahlah Yang Mengajar dengan KalamNya.

Dalam hal ini saya mohon maaf kerana tidak mungkin saya boleh memberi sdra tujuk ajar dsb….seperti yang sdra hajati.

BERGURULAH DENGAN ALLAH……..

Saya sarankan kepada sdra agar jadikan amalan bertanya kepada Allah…tanya je..cakap dengan Allah dalam apa bahasa pun …apa apa persoalan ..lebih lebih lagi dalam Ilmu Ketuhanan. InsyaAllah sdra akan dapat jawapannya dari Allah kerana Allah memerintahkan …kepadaNyalah kembali segala persoalan. Rasa semacam tahu akan jawapan itu disebut sebagai KHATRAT atau bisikan hati..cuba amalkan ya..

Saya ceritakan disini pengalaman saya sendiri untuk sdra renungkan….

Bertahun-tahun saya belajar dengan ramai manusia yang saya anggap tahu dan pandai dalam Ilmu Hakikat. Saya juga membaca banyak buku buku - baik yang dicetak mahupun manuskrip baik - kitab lama mahupun yang baharu.

Semakin ramai orang menjadi guru saya dan semakin bertambah buku yang saya baca …semakin bertambahlah kecelaruan saya dalam pemahaman..apa yang saya dapat hanya sefer2 yang kadang kadang saya tak yakini sebab banyak sefer yang saya tidak faham…contoh yang hendak dikenal itulah yang mengenal….kamu kenal Allah dengan Allah….sedangkan definasi perkataan kenal itu juga membuatkan fikiran saya haru biru….wujud / ilmu / nur suhud, macam macam lagilah .

Begitu jugalah dalam bab pengertian diri / diri terdiri / diri terperi dan sebagainya. Saya jadi amat celaru….hinggalah saya kembali kepada Al-Quran saya.

Saya berhenti mengaji..saya baca Al-Quran seperti saya baca buku teks di sekolah dulu…dan ayat yang menjadi pegangan saya dalam bab guru dan murid ialah kenyataan Allah melalui IQRA’ dimana Allah mengistiharkan bahawa Dialah yang mengajar manusia dengan Kalam. Tambahan pula saya perhatikan Baginda Rasul tidak pernah mengaku bahawa baginda ialah saorang guru yang mengajar. Tiada langsung hadith yang bermula dengan wahai muridku ..wahai talib dan sebagainya melainkan wahai sahabatku..wahai orang orang islam..wahai orang orang beriman….sedangkan bagindalah mahaguru yang maha mahaguru.

Banyak lagi pengalaman saya …nanti dilain kali diceritakan . Yang ingin saya tegaskan ..belajarlah daripa Pemilik Ilmu Yang bersifat Alimun…bukan daripada sandarannya….yang hanya menyampaikan ilmu.
Huraian SAHAJA Aku Sembahyang…KERANA Allah SWT

Apa yang sdra fahamkan dengan perkataan SAHAJA. Apa maksud perkataan SAHAJA itu ? Contoh ayat.ayat lain ...engkau sahaja yang boleh masuk ..senapang itu sahaja yang dipamerkan…

Jadi bila dalam solat sdra sebut sahaja aku sembahyang ..apa sebenarnya yang sdra nak sampaikan atau apa yang sebenarnya yang sdra nak katakan ..apa maksud sebenarnya ?

Kedua apa maksud sebenarnya bila sdra sendiri sebut KERANA Allah. Contoh ayat lain…kerana engkaulah aku masuk penjara…aku buat rumah ini kerana isteriku…kerana hendak kaya cepat aku jual dadah.

Bila sdra sendiri yang sebut aku SAHAJA aku sembahyang KERANA Allah apa sebenarnya yang sdra hendak katakan ? Apa maksud dihati…..?

Saya tanya sdra dulu ..sdra kenalah beri jawapan…dilain kali saya akan huraikan berdasarkan jawapan sdra insyaAllah. ( denga Kudrat & IradatNya ). Sementara itu elok sdra baca entri saya ( 3 ) melalui blog gemasindah mengenai khusu’ dan lalai dalam solat…

DIRI HAKIKI….

Fahami betul betul ..bahawa yang kita berani akui ialah bahawa DIRI HAKIKI itu ialah ZAT Allah ( bukan manusia / bukan diri / bukan diri sendiri / bukan jasad / bukan nyawa tetapi DIRI HAKIKI atau DIRI YANG SEBENARNYA DIRI. ) Kalau ada manusia yang mengaku Tuhan dia memang orang gila.

Jasad manusia itu sebenarnya MATI. Jasad kelihatan HIDUP kerana dihidupkan oleh NYAWA atau RUH. Yang dikatakan Ruh itu susah nak faham / tak ramai orang faham / susah untuk memahamkan orang sebab pengetahuan kita berkaitannya amat sedikit..sebab otak manusia tak dapat memahami apa yang dikatakan sebagai Ruh.

Perumpamaan Allah untuk menjelaskan tentang RUH ialah Surah An-Nur ayat 35. Baca ayat ini berulangkali…tadah tangan minta Allah beri penjelasan . InsyaAllah Allah akan beri penjelasan. Cakap orang nogori …lalu faham yo laaai.

Hayati juga FirmanNya yang bermaksud : Dia Allah yang memasukkan siang kepada malam, memasukkan malam kepada siang, memasukkan yang mati kepada yang hidup dan memasukkan yang hidup kepada yang mati. Allah memberi rezeki tanpa tehitung banyaknya kepada siapa yang dikehendakkiNya.

Siang msk kpd malam ..malam akan jadi terang benderang…malam masuk kepada siang..malam itu terus hapus menjadi siang…yang menerangkan itu ialah NUR atau cahaya…rahsia rahsia itu berbentuk cahaya cahaya. Yang mati masuk kepada yang hidup..yang mati itu terus hidup…yang hidup masuk kpd yang mati ..yang mati tadi terus hidup. Yang mati itu jasad. Yang hidup itu nyawa atau ruh atau Zat Allah. Rezeki yang tak terhitung ? Fikir sendirilah.

Fahami juga maksud manusia dan insan. Yang dirujuk oleh Allah sebagai makhluk paling sempurna bukannya manusia tetapi INSAN. Yang dirujuk oleh Allah sebagai RAHSIANYA bukan manusia tetapi INSAN.

INSAN ialah ZAT ALLAH yang menghidupkan jasad manusia itu. Allah merujuknya sebagai RUHKU. Ulama merujuknya sebagai RUHUL QUDDUS / Tiflul Maani

Yang dikatakakan nyawa atau ruh itu merupakan lapisan lapisan cahaya. Apakah cahaya itu hanya Allah yang tahu…Syeikh Abd Qadir Jailani sebut empat lapisan cahaya yang dinamakannya pertama yang paling luar Ruh Jasmani selepas itu ada Ruh Ruhani . Didalamnya ada selapis lagi ruh dinamakannya Ruh Sultani. Didalamnya ada ruh yang menghidupkan segala lapisan ruh ruh tadi yaitu apa yang dirujuknya sebagai Ruh Al-Qudsi dan juga disebutnya sebagai Tiflul Maani. Maksud Tiflul Maani ialah bayi suci yang perlu dilahirkan semula.

Dr Bagindo Muchtar didalam manuskripnya Memandang Kedalam merujuk kepada 3 lapisan ruh sahaja iaitu pertama yaitu dilapisan paling luar mealiri kulit dan lain lain ialah Ruh Jasmani. Didalam jantung manusia ada Ruhani. Baginda Mukhtar merujuknya sebagai DIRI atau DIA . Didalam Ruhani ada Ruh Al-Qudsi yang juga dirujuk oleh beliau sebagai AKU atau Diri Yang Sebenarnya Diri. Untuk memecahkan lapisan ini perlulah dilakukan secara tertib ..bermula dengan Ruh Jasmani , kemudian Ruhani dan matlamat terakhir ialah AKU atau Ruhku.

Bagi Baginda Muchtar semua lapisan tadi bukannya Tuhan tetapi Sifat Ketuhanan. Mengikut ulama tasauf yang lain…Ruh itu dirujuk sebagai RAB manakala Allah itu sebagai RAB SELURUH ALAM atau RAB SEGALA RAB atau RABBUL ALAMIN. Ini bukan pula membawa maksud Allah itu banyak atau berlapis-lapis. Ia hendaklah difahami dalam konteks MUHITH.

Pada peringkat awal memadailah kita meyakini bahawa Ruh atau nyawa manusia itu Bersifat Ketuhanan yang selalunya disebut ulama sebagai Al-Latifah Rabbaniah. Jangan terburu-buru dalam menuntut ilmu..belajar hapuskan kehendak badan…sebab ianya nafsu nafsi…

Lepas itu kita tanya diri kita…bolehkah dipisahkan Zat dan Sifat itu ? Contohnya bolehkah kita pisahkan zat gula iaitu rasa manis dari sifat gula yang putih kristal itu ? . Barangkali boleh …bila kita bancuh kopi …rupa gula ( sifat gula ) lebur ..yang tinggal ialah rasa manisnya ( zat ) Tetapi bila kita suling kopi itu sifat gula yang putih kristal itu muncul semula…kita sebenarnya ditipu oleh pandangan mata ..dan lepas itu kita akan faham serta yakin zat dan sifat itu adalah satu jua…dia jadi dua kerana kita yang guna dua istilah dalam usaha kita untuk memahaminya.

Begitu jugalah halnya bila kita bercakap berkaitan Zat / Sifat / Af’al / Asma’ Allah hingga ada yang bertelegah tentang sama ada ia bersifat azali atau baharu dan sebagainya. Pada hakikatnya perkataan / kalimah kalimah itu adalah jargon atau istilah untuk memahami ilmu…Zat Allah tetap Zat Allah tidak berpisah dengan deskripsi kita…seperti Sifat / Asma’/ Afal dan sebagainya. Ulama’ wujudkan istilah itu untuk faham dan untuk memahamkan orang lain.

KENAL DIRI – JUMPA DIRI…

Bila sampai keperingkat tertentu ramai orang berhajat ingin bertemu dengan nyawanya sendiri yang disebutnya sebagai DIRI SEBENAR itu. Ramai juga yang kata semasa kita hidup didunia ini, kita boleh bertemu dengan nyawa kita…

Kita itu maksudnya siapa ? Kita jumpa kita …aku jumpa aku..aku jumpa diriku sendiri ? Kenapa nak jumpa ?. Barangkali yang dimaksudkan jasad jumpa nyawa..kena dipisahlah sebab kalau dia bersatu tidak mungkin dapat dilihat sebab mata memerlukan jarak ( distance ) tertentu untuk dapat melihat…kalau dah beserta ini tidak dapat dilakukan…ini memeningkan. Ramai ke orang yang dah jumpa dirinya ??

MENGAKU & MENYATAKAN

Mengaku maksudnya menerima kenyataan sesuatu dengan sejujurnya Menyatakan dalam bab ini maksudnya apa yang diakui itu dilafazkan untuk boleh didengar..siapa yang mendengar..jawapan dalam hal ini ..ialah yang mendengar itu kitalah ..kita juga yakin Allah pasti mendengar juga.

Dalam perkara ini maksud sebenar ialah kita sebagai manusia mengaku dengan sejujurnya bahawa dalam badan kita yang NYATA ADA ialah Zat Allah. Cara ianya ada ialah Zat Allah itu sentiasa meliputi dan mealiri jasad kita. Tanda ia sentiasa meliputi dan mealiri seluruh jasad ialah jantung kita terus menerus berdegup dan hidung kita terus menerus bernafas.

Jika kedua tanda itu hilang ..ianya bermaksud Zat Allah itu sudah berhenti meliputi jasad…maka dalam masa yang singkat sahaja jasad yang tadinya tidak busuk, pejal ,cantik, wangi dan sebagainya jadi sebaliknya. Begitulah akibat dan kesan liputan Zat Allah..tapi hal ini jarang sekali kita fikirkan sebab terbiasa.

Inilah yang hendak kita sentiasa AKUI dan lafazkan ..tak boleh ke ? Iaitu Zat Allah yang dipanggil nyawa itulah Yang Hidup Dan Menghidupkan Jasad…Dialah yang membuatkan anggota jasad ( organ organ ) berfungsi seperti yang dikehendakkiNya ( bukan kehendak manusia ) Dialah yang membuat mata ( sebagai alat ) melihat, telinga mendengar, otak berfungsi, jari jari, tangan, kakai dan sebagainya bergerak ( moves / forces / energy ) hati punya kemahuan atau kehendak. Itu saja yang Allah kita akui…lain tidak ada . Jadi susah sangat ke hendak akui perkara yang benar ini ?

Jadi bila sibkhtiar itu pergi kuliah..Zat itulah yang gerakkan kaki bakhtiar, Zat itulah yang buat mata bakhtiar nampak pensyarah, yang buat telinga bakhtiar mendengar, otak faham akan kata kata pensyarah itu …dan Zat itulah juga yang meliputi pensyarah itu hingga boleh bertindak sebagai pensyarah ….

Gitu jugalah bila sibakhtiar itu solat…yang datangkan kemahuan atau kehendak untuk solat itupun Zat itu juga…yang buat mulut serta lidah sebut usalli itu pun Zat itu juga..yang buat sibakhtiar itu sujud dan rukuk pun Zat itu juga…yang buat orang lain yang dipanggil bilal …ajak bakhtiar solat pun Zat itu juga…yang buat bakhtiar mengaku sambil sebut ..tiada kehendakku..tiada daya upayaku..wahai Tuhanku melainkan kehendak dan tenaga Engkau jua pun Zat itu juga…

Yang jadi masaalah ialah barangkali sibakhtiar terlupa hingga dia mengaku bukan Zat yang lakukan tapi dia yang lakukan iaitu dia yang dinamakan bakhtiar itu…Itu sajalah yang barangkali tersilap..iaitu tidak akui kehendak dan perbuatan Zat…lupa akan dia sebab ..utamkan jasad…



JUMPA DIRI…DIRI BAWA JUMPA RABBUL ALAMIN….

Tak usahlah fikir tentang hal ini dulu. Ia akan terjadi kemudian jika Allah mengkehendakkinya.

Fakirabdillah….fakir itu tak sama dengan miskin atau dengan maksud hamba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan