Sabtu, 8 Mei 2010

AN-NUR AYAT 35 Percubaan Memahami Perumpamaan Allah

Saorang pembaca dari grup dzikirullah.com mengemukakan persoalan dibawah untuk dimuzakarahkan. Fakirabdillah turunkan disini ulasan fakir sendiri berhubung Ayat 35 An-Nur itu untuk renungan bersama.

PERSOALAN MUZAKARAH

Assalamu'alaikum.Pak imam saya sangat tertarik mengikuti jalanya cerita anda "Perjalanan mengikuti cahaya menuju cahaya di atas cahaya".seperti tertuang dalam Al-quran surat An-nur ayat 35.
Mohon diceritakan lebih lanjut,detail, jelas dan selesai. terimakasih sebelumnya.
saya suka puisinya, bagus dan menyentuh perasaan.

salam keberlimpahanNYA selalu,
masje
………………………………………………………………………………………….

CUBAAN MEMAHAMI……

Salam kepada semua ahli kumpulan dzikirullah khasnya Bapak Uztaz Abu Sangkan & Bapak Ghozali Moderator juga Pak Deka..

Saya sentiasa mengikuti perkembangan dzikirullah dan merakamkan berbanyak terima kasih kepada Bapak Ghozali kerana terus menerus menghantar penulisan anggota milis ke email saya. Masalah yang kami hadapi di Malaysia ialah banyak perkataan sdra sdra dari Indonesia yang tidak kami fahami..milis umpamanya barangkali di Malaysia disebut majlis. Kami berharap perkataan dan cara kami menulis senang difahami oleh sdra sdra di Indonesia malah dimana jua.

Saya sudah agak lama tidak menulis diruangan ini hampir 6 bulan..izinkan saya memberi pandangan berkaitan Ayat 35, Surah An-Nur yang disebut oleh sdra Den Masje

Saya mulakan dengan terjemahan ayat tersebut oleh Bapak H. Oemar Bakry melalui Tafsir Rahmatnya :-

Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya (ibarat ) sebuah CORONG / lubang yang didalamnya ada PELITA. Pelita itu didalam KACA. Dan kaca itu seperti BINTANG YANG BERCAHAYA berkilau-kilauan yang dinyalakan dari minyak pohon yang DIBERKATI iaitu POHON ZAITUN yang tidak tumbuh ditimur mahupun dibarat. Minyaknya saja hampir menerangi sekalipun tidak disentuh api. Cahaya yang berlipat ganda. Allah menunjukki kepada cahayaNYA siapa yang dikehendakkiNya. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.




Penjelasan atau tafsiran ayat oleh Bapak H. Oemar Bakri adalah seperti berikut :-

Demikianlah Allah memberikan contoh bagaimana terang benderangnya ayat ayat Al-Quran berupa hidayah dan rahmat yang dikurniakanNya kepada seluruh hambaNya. Teranglah mana yang hak dan mana yang batil, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang membawa bahagia dan mana yang membawa sengsara. Cahaya hidayah Al-Quran sudah meliputi semua kepentingan umat manusia untuk kebahagiaan hidup dan keselamatan akhirat. Jalan yang terang sudah terbentang . Manusia dipersilakan menempuhnya.
Nampaknya Bapak Oemar Bakry memahamkan perumpamaan Allah itu sebagai Ayat Ayat Al-Quran yang umpama cahaya bagi memandu kehidupan manusia didunia dan diakhirat. Adalah jelas Bapak Oemar Bakri mentafsirkan maksud ayat ini berlandaskan Ilmu Syariat.

Dalam cuba mencari makna perumpamaan Allah yang disampaikan kepada kita melalui Ayat ini saya cuba melihatnya dari kaca mata Ilmu Hakikat.

Yang hendak dicari IALAH MAKNA CAHAYA itu sebab Allah berfirman : Perumpamaan CAHAYA ibarat sebuah corong…..

Untuk cuba faham saya tumpukan kepada beberapa kalimah Antaranya ialah CORONG atau LUBANG. Kedua perkataan PELITA. Ketiga KACA. Keempat MINYAK YANG DIBERKATI. Kelima TIDAK TUMBUH DITIMUR MAHUPUN DIBARAT. Keenam SEKALIPUN TIDAK DISENTUH API. Ketujuh CAHAYA BERLIPATGANDA. Kelapan Allah menunjukki CahayaNYA kepada siapa yang dikehendakkiNya.

MENCARI MAKSUD LUBANG ????

Sekiranya sesuatu diletakkan didalam lubang atau corong, untuk dapat melihatnya kita perlulah MEMANDANG KEDALAM lubang itu…tidak mungkin memandang keluar lubang. Untuk dapat faham perumpamaan LUBANG , kita perlu faham akan maksud memandang kedalam. Lantas saya teringat akan Firman Allah yang bermaksud : bahkan didalam DIRI KAMU tetapi kamu tidak nampak. ( sebab kamu sentiasa sahaja memandang KELUAR )

Oleh itu arah pandangan kita ialah kedalam diri kita sendiri : selalunya mata kepala diarah untuk memandang keluar setiap waktu melainkan kita tidur. Tidak mungkin kita dapat memandang kedalam tubuh kita dengan menggunakan mata kepala kita kerana sememangnya ianya dijadikan untuk memandang keluar. Maka perlulah kita menggunakan MATA HATI untuk memandang kedalam. Tetapi apakah sebenarnya yang dikatakan mata hati itu ??? ( tidak dihuraikan disini )

Berdasarkan penjelasan diatas kita sudah boleh merumuskan pengertian LUBANG / CORONG dalam perumpamaan Allah itu. Pada pemahaman saya maksud lubang ialah JASAD atau TUBUH manusia.

Firman Allah : apabila siap sahaja LEMBAGA ADAM maka aku TIUPKAN RUHKU. Biasanya bila kita meniup arahnya ialah kedalam. Jika arahnya keluar perkataan yang digunakan ialah menghembus. Berkaitan Jasad maka tumpuan kita bukanlah bahagian luar jasad tetapi bahagian dalamnya bermula dari kepala hinggalah kehujung kaki.

MENCARI MAKSUD KACA.

Sebelum kita tumpukan imaginasi kita untuk mencari maksud PELITA wajarlah kita tumpukan dahulu kepada perkataan KACA. Ini adalah kerana Allah menyatakan pelita itu didalam kaca atau didalam kaca itu ada pelita. Sifat kaca ialah see through atau transparent atau kejernihannya dan keupayaannya memantulkan cahaya seumpama cermin. Kaca itu ialah ruang kukuh dimana pelita diletakkan. Dari segi akalnya untuk menerangi keseluruhan ruang maka sesuatu pelita atau lampu itu sewajarnyalah diletakkan ditengah bukan ditepi ruangan.

Berkaiatan bahagian dalam tubuh kita bahagian atau anggota badan yang dikira sebagai bahagian tengah boleh jadi perut atau dada. Yang demikian fokus pandangan matahati kita sekarang ini ialah perut dan dada.

Petunjuk untuk menentukan letak kaca yang berpelita itu ialah fungsi dan peranan pelita itu sendiri.

MENCARI MAKSUD PELITA

Mari kita rujuk semula penjelasan perumpamaan berkaitan pelita. Pelita itu ialah sumber cahaya menerangi seluruh ruang dengan cahaya yang berlipat lipat serta terang benderang. Pelita itu diletakkan didalam kaca yang jerneh supaya cahaya yang dihasilkan dapat menembus keluar memenuhi setiap ruangan tanpa apa apa penghalang.

Didalam PERUT pelita itu ada minyak yang diberkati Allah. Minyaknya ialah minyak zaitun yang mengeluarkan cahaya yang amat terang benderang tanpa perlu diaktifkan yang tidak mungkin boleh kita temui kerana pohon zaitun Allah ini tidak ada tumbuh dimana - manapun .( menyala sendiri tanpa sumbu pelita dibakar )

Barangkali oleh kerana bahan bakar pelita itu tidak perlu disentuh api untuk mengeluarkan cahaya terang benderang itu maka bahan bakar itu termasuk sumbu pelita tidak akan habis . sebaliknaya terus menerus mengeluarkan cahaya tanpa hentinya setiap detik dan ketika. Cahaya yang dihasilkan berlapis – lapis atau berlipat lipat menerangi seluruh ruang.

Mari kita kaitkan penjelasan diatas dengan anggota bahagian dalam badan kita. Yang terus menerus aktif berfungsi dan menjadi sumber segala fungsi atau yang membuat kesemua anggota badan berfungsi tanpa hentinya , tanpa ada apa apa yang mengaktifkannya ialah JANTUNG kita. Jantung terletak didada buka diperut. Yang demikian yang dikatakan KACA itu terletak didada berdasarkan hujah diatas.

Bagi saya berdasarkan penjelasan diatas yang dirujuk sebagai KACA didalam perumpamaan Allah itu ialah Jantung kita.

PELITA itu didalam Jantung. Didalam perut pelita ialah sumber sebenar cahaya yang bercahaya dengan sendirinya. Seumpama cahaya matahari ianya memebrikan kehidupan kepada semua yang hidup. Maksudnya minyak zaitun yang menjadi sumber cahaya pelita itulah YANG HIDUP dan MENGHIDUPKAN. Ia terletak didalam pelita. Pelita pula mengalirkan seluruh cahaya minyak zaitun kepada kaca yang memantulkannya keseluruh ruang secara berlapis lapis atau berganda ganda secara teratur dan tersusun.

Pada saya yang dikatakan Pelita itu , pelita yang didalamnya ada sumber cahaya itu sebenarnya ialah RUH RUHANI kita.

Minyak Zaitun Yang Diberkati itu ialah RAHSIA ALLAH yang dirujuk oleh Allah sebagai RUHKU atau dinamakan oleh ulama sebagai Ruh Al-Qudsi atau Tiflul Maani. Uztaz Abu sangkan merujuknya sebagai AKU.

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKKINYA.

Jika diteliti Ayat 35 Surah An-Nur ini kalimah kalimah diatas bukanlah sebahagian dari perumpamaan Allah. Kalimah kalimah itu merupakan petunjuk untuk memahami perumpamaan Allah itu.

Cahaya Allah selalunya disebut sebagai NURULLAH atau Cahaya Zat Allah. Nurallah jika kita mahu boleh diertikan sebagai salah satu Sifat Allah. Tetapi bolehkah Zat dan Sifat itu dipisahkan menjadi dua. Bahkan kalimah Zat & Sifat pada hakikatnya tidk wujud melainkan wujud sebagai istilah manusia untuk cuba menerangkan akan Allah itu.
Pada penulis Zat , Sifat, Asma & Af’al Allah ialah Allah sendiri kerana ketiga-tiga perkataan iaitu Sifat / Asma’ & Af’al wujud untuk menceritakan tentang Zat.

RUMUSAN

Yang diceritakan oleh Allah melalui perumpamaan itu ialah hal Allah meliputi diri sekalian manusia yang oleh Allah dijelaskan melalui Hadith Qudsi yang bermaksud : manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya….juga melalui ayat Al-Quran berkaitan Amanah yang tidak mampu dikandung oleh selain manusia. Itulah yang disebut sebagai Diri Rahsia atau Diri Yang Sebenarnya Diri.

Pada penulis maksud kalimah CAHAYA didalam perumpamaan Allah ini ialah RUHKU yang ditiupkan Allah kepada Nabi Adam dan seluruh keturunannya. Pada kita Cahaya Allah itulah yang dikatakan sebagai NYAWA kita. Sumber Hakiki kehidupan yang mengaliri seluruh jasad kita berpusat dijantung. Dialah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Alfakir Abdillah Al-Gemasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan