medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Jumaat, 27 Januari 2012
LAMAN DISKUSI - Fakirabdillah..BICARA TASAUF SI-FAKIR
Salam para pembaca Yang Di-Rahmati Allah.
Bagi yang berminat bermuzakarah tentang Ilmu Ketuhanan silalah memohon untuk menjadi ahli LAMAN DISKUSI BTF di Facebook . Alamat seperti dibawah :-
http://www.facebook.com/groups/157303017670026/?ref=notif¬if_t=group_activity
Terima kasih
fakir
Rabu, 25 Januari 2012
ILMU TENAGA DALAMAN..disalah ertikan Umat Islam sendiri..
Salam saudara pembaca sekalian...saya poskan dilaman ini satu sedutan artikel yang saya sudah lupa nama blognya...mhn maaf dan izin dari penulis asalnya..
Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib,maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul samaada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam shihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.
Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains...sama dengan fizik, bio, maths, chemistry dan sebagainya.... kalau tidak salah belajar bio, maka tidak salah juga belajar metafizik.. kerana ia juga ilmu sains
Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biology, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.
Seperti ilmu bersifat universal, tingggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih....
Mengaktifkan Tenaga Dalam
Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dart 3 aspek utama
1..fizikal
2..mental
3..spiritual
Ini cukup penting sebab TD yang sempurna di bina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini, Jadi pandang ke dalm diri dan sedarlah tentang hal ini.
Fizikal di latih dengan jurus/move tertentu
Mental di latih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
Spiritual di latih dengan zikir tertentu
Setiap perguruan TD memunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkan TENAGA DALAM
Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib.
Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.
Sebenarnya Ilmu Metafizik adalah Ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.
Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.
Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)
Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani
Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. dan Sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Itulah antara Intisari Islam yang amat jelas dalam mengaitkan hakikat Tenaga Dalam setiap insan yang memang telah tersedia untuk diterokai. Latihan yang baik menghasilkan sesuatu yang baik begitu juga sebaliknya.
Kini terdapat maklumat bahawa Zionis berusaha mendapatkan ilmu super natural melalui syihir Kabbalah nya dan mereka cuba menyaingi kesufian Islam. Malangnya Islam telah meminggirkan harta teragung milik mereka. Kenapa ianya terjadi? SEBABNYA BERPUNCA DARI GERAKAN ZIONIS INI SENDIRI.
Mereka telah mengaturkan gerakan untuk menghilangkan Ilmu Sufi dari hati kaum Muslimin dengan bantuan Eropah. Negara-negara Islam dijajah dan dipaksakan sistem pembelajaran mengikut format Barat. Sedikit demi sedikit sistem pembelajaran tradisional terpinggir dan di labelkan pula sebagai ketinggalan zaman.
Kini ramai orang Islam yang sudah tidak tahu ilmu nenek moyang mereka yang amat hebat satu masa dahulu. Sudah tidak kenal apa itu tasawwuf dan jika tahu pun sekadar pengetahjuan asas sahaja. Tanpa tasawwuf, akhlak manusia akan cepat menjadi rosak seterusnya diisikan pula dengan budaya kuning dari Barat.
Pengagungan ilmu teknologi dan pembangunan fizikal juga memberi sumbangan yang besar, menyebabkan kecederaan ini semakin parah, umat Islam semakin terpinggir jauh dari Ibu Segala Ilmu iaitu ilmu terus dari Allah (Laduni).
END
Khamis, 19 Januari 2012
TUJUH LAUTAN - AyahdiPakNgah
LAUT MATI..
Laut Mati adalah kiasan bagi makna yang tersirat bagi keadaanmu didalam melakukan amalan2 zikrullah dan ia merupakan kedudukan yang amat-amat getir didalam perjuangan dan saya mentakrifkan ia sebagai laut mati atau sifat malas dan mati segala semangat dan juga kemahuan untuk melakukan amal ibadat.
Didalam hal ini kita perlu berjuang sungguh-sungguh kerana inilah ujian yang kita tempuhi dan ia merupakan tembok permisah antara kejayaan dan kegagalan.
Oleh yang demikian itu kesabaran dan semangat yang jitu perlu anda bangkitkan agar ia dapat membantumu didalam melaksanakan tugas yang besar ini. Bisikan demi bisikan akan bermain di minda dan hati anda dan ia menanamkan sifat kemalasan dan putus asa dalam fikiranmu itu. Ada beberapa hal yang perlu anda ketahui adalah:-
1-mati nya semangat
2-matinya minat
3-matinya harapan
4-matinya kesabaran
5-matinya cita-cita
Inilah hal-hal yang menimpa kita semasa kita mengamali amalan dan proses pembaik pulih diri. Setiap sesuatu yang didatangkan olehNya itu adalah ujian bagi rohanimu dan ia merupakan peperiksaan buatmu. Laut Mati yang membuat kita jemu pada peramalan kita ini bisikan kegagalan dan kemalasan akan membuatkan kita akan meninggalkan setiap apa yang kita amali sekian lama.
Sabarlah olehmu, wahai saudaraku....
Bukan senang untuk mendapatkan kejayaan kalau tidak menempuh ujian dahulu. Kalau kita tidak sabar pintu kejayaan tidak akan kita perolehi dan pula pintu makrifat tidak kau dapati dari tuhanmu. Lautan Mati yang tiada kehidupan didasarnya didalamnya kerana ia mengandungi hakikat yang tidak mendatangkan manfaat buat si salik,
Engkau perlu yakin pada Tuhanmu kerana dialah yang mengadakan sesuatu diatasmu dibawahmu dihadapanmu dan dibelakangmu dan seluruh apa yang ada di alam maya ini.
Maka kau perlu mohon padanya atas arah tujumu dikala kau berada di tengah-tengah lautan mati, mudah-mudahan kau terlepas dari fitnah ini. Yang pasti kau perlu kuat dan sabar didalam latihan dan peribadatan mu terhadap tuhanmu.
Ingatlah..bukan senang kita nak senang,dan bukan susah kalau kita nak susah.
Selasa, 17 Januari 2012
TUJUH LAUTAN - AyahdiPakNgah
LAUT KHALZUM.
Laut Khalzum adalah laut yang tiada tepian pantainya. Didalam takrif ilmu ini ianya dibangsakan dengan Lautan Hakikat. Bagi ahli ibadat atau ahli tharikat yang menjalani proses amalan nya akan menempuhi akan keadaan ini. Kebanyakkan orang yang berada di maqom ini akan hanyut dan juga asyik bermain dengan hakikat semata-mata sehinga ia terlupa akan keadaan nya. Tidaklah ia berada didalam fana akan tetapi ia terpesona dengan keadaan hakikat itu sendiri.
Maka disinilah ramai yang akan menjadi kufur dan syirik pada Tuhan Robbul Alamin. Ini kerana ada diatara mereka yang sampai mengaku tuhan dan sebagainya. Maka syariat tidak lagi diguna pakai mereka sangat bahgia dan asyik masyuk dengan hakikatNya sendiri, sedangkan itu hanyalah perumpamaan dan jalan sahaja bagi insan menyatakan Haq Tuhan pada kezahiran atas dalil kejadian alam dan kewujudan nya.
Orang yang mabuk didalam lautan hakikat ini akan sentiasa merasa dialah yang benar dan dialah yang berada pada hakikat sejati, hal ini kita perlulah berhati-hati kerana laut khalzum adalah ujian yang amat dasyat bagi kita yang menjalani ilmu ini jangan kita terpedaya dan jangan kita terleka dengan hakikat ini kerana ia adalah hijab bagi setiap martabat kesempurnaan.
Ilmu Hakikat dan kefahamannya bukanlah salah akan tetapi orang yang mabuk padanya akan menzahirkan akan barang yang batin dengan perbuatan dan ucapan. Ingatlah"kalau najis didalam perut amalan kita akan sah, akan tetapi jika najis diluar badan kita maka ianya batal dan perlu dicuci,"
Begitulah akan ilmu hakikat ini. Laut yang tak bertepi permandangan indah tetapi sepi. Bila kita melangkah tiada apa yang didapati melainkan lelah jua tidak terperi. Oleh yang demikian itu kita perlu mendapatkan bimbingan dari mursyid atau guru yang zahir ini. Jangan asyik dengan guru yang ghaib atau batin kerana guru yang tidak nampak dimata itu banyak dan lebih ramai dari guru yang nyata.
Ingatlah bila engkau sampai kedalam laut ini maka kau perlu meletakkan suatu ittiqod yang betul barulah engkau selamat. Kalau kau salah meletakkan nya maka kau akan hanyut dibawa arus dipukul gelombang dihempas ombak nya. Kelak kau akan terapung-apung ditengah lautan itu dan kau akan berada padanya buat selama-lamanya.
Yang ku takuti bukanlah harimau atau gajah akan tetapi yang terlebih aku takuti adalah manusia yang berada di lautan khalzum. Semuanya halal tiada haram, semuanya boleh tiada yang tidak boleh,s yariat dan adat serta adab hilang padanya kerana baginya semua itu tiada apa-apa, nah inilah jalan yang menemukan anda kepada tiada tuhan lain kecuali engkau 'inilah akuan yang sesat dan boleh menyesatkan.
Bagi ilmu yang mulia keadaan nya perlulah kita lengkapi nya dengan penyerahan yang benar-benar pada ALLAH kerana dialah yang berkuasa mentadbir alam ini. Mujahadahlah olehmu bila kau merasa kau telah berada didalam laut ini. Syariat dan Hakikat adalah hal yang penting, namun kau jangan menghukum orang lain.ingat itu!.......
Orang yang mabuk akan ilmu hakikat ini adalah ia didalam peringkat pembaik pulih akan amalnya namun ia terasa megah kerana disaat itu berbagai ilham datang pada nya maka sang nafsu dan si penongkat langit iaitu setan akan membisikkan ilmu hakikat assyaitoniah lalu kau akan SESAT. ingatlah oleh mu wahai salik akan pesanan ini.
Isnin, 16 Januari 2012
TUJUH LAUTAN....
LAUTAN NUR.
Lautan nur merupakan hijab atau ujian yang kedua akan kita temui didalam menjalani amal ibadat kita. Ianya merupakan alam cahaya yang penuh dengan keasyikkan pada ahli ibadat padanya banyak perkara yang sebelum ini tidak kita temui akan kita temui didalamnya, sehinggakan kita terlupa dan terlena dengan keadaan cahaya itu.
Yang perlu kita ketahui disini bahawa setiap orang yang membawa amalan atau ahli tharikat yang menuju jalan makrifat akan mengalami keadaan ini. Dimasa inilah anda akan dibukakan atau dihidangkan dengan berbagai juadah yang anda sendiri tidak pernah tahu akan hakikat hidangan itu.
Cahaya ini adalah suatu perumpamaan bagi kealpaan kita didalam amal kita itu.
Didalam lautan cahaya kita akan sesat dan keliru pada kedudukan kita pada sisi tuhan maka inilah lapisan2 cahaya yang mengelirukan kita,,Apakah barang yang mengelirukan kita pada keadaan ini..antaranya adalah..
1-sukar membuat keputusan
2-asyik yang tidak ada ain nya,
3-khayalan pada barang yang tiada kenyataan
4-amal yang tiada keputusan
5-tidak ada kenyataan pada amal
Bagi mereka-mereka yang berada didalam ikatan keadaan ini perlulah berhati-hati kerana anda munkin terikat pada keadaan ini. Bayangan yang samar memunkinkan ada salah dalam tafsiran dan akibat dari itulah anda akan mengalami masalah2 yang saya sebutkan diatas.
Ingatlah lautan cahaya adalah tempat dewa-dewa atau alam khayalan duduknya didalam minda anda sendiri,,,Orang yang menduduki tempat ini akan merasa hebat dan merasakan ia telah sempurna, sedangkan itu adalah khayalan didalam minda nya sahaja. Kita yang menuju makrifat terkadang terasa kita sudah sampai kepada Allah atau tujuan.
Namun kita lupa bahawa lautan nur atau alam cahaya ini adalah bayangan atau ibarat sahaja jadi kalau kita berpegang pada ibarat makna nya kita tidak lagi sampai kepada makna dan maksud itu. Untuk itu kita perlu memahami akan keadaan dan makna lautan nur itu. Bagi fahaman saya lautan nur merupakan hijab bagi kita untuk kita menemukan yang hakiki, suatu contoh...
Matahari.
Adakah kita mendongak kelangit memandang matahari itu yang kita nampak itu adalah benar-benar matahari, tentunya tidak dan itu cuma cahaya sahaja,
Cahaya adalah hijab yang samar kerana ianya hampir sama dengan nur hakiki (tuhan)
Orang yang telah sampai ke maqom ini kalau ia tidak berhati-hati maka ia akan sesat didalam nya, iaitu sesat didalam khayalan dan angan-angan.
Ingatlah tujuanmu bukan cahaya akan tetapi tuan kepada cahaya itu. Dibalik nyata ada kebenaran yang ghaib maka kau perlu berjalan dan bergerak dengan tidak memalingkan wajahmu kekanan ataupun kekiri agar kau terhindar dari keasyikkan cahaya itu, barulah kau sampai ke tujuan yang asal.didalam amal terkadang ada yang menjumpai..
1-orang2 ghaib
2-wali2
3-syiekh
4-puteri dll
Ini semua adalah hijab lautan nur. Kalau kau asyik dengan nya kau akan tidak dapat mencapai makrifatullah dan kau tidak akan mendapat jalan kesempurnaan jiwa. Ingatlah semua perkara itu bukan tujuan kita dan jika ia mendatangi kita ( dimasa latihan ) berlangsung maka kau katakanlah padanya...urusanku hanya dengan tuhanku dan aku tidak ada urusan denganmu.
Jalanku jalan gerak
bukan untuk menjadi wali
aku mencari barang yang haq
untuk menyempurnakan diriku sendiri.
Khamis, 12 Januari 2012
ARTIKEL OLEH AYAHDI PAKNGAH - 7 LAUTAN
Assalamualaikum saudara pembaca Laman Fakirabdillah yanga dihormati,
Saudara Ayahdi PakNgah ialah saorang guru saya yang walaupun jauh lebih muda dari saya tetapi amat saya hormati akan ketinggian ilmunya. Saya postkan disini rencana karangan beliau mengenai TUJUH LAUTAN NAFSU yang biasa dilalui oleh sipencari Tuhan. Muga artikel Ayahdi PakNgah ini ada manfaatnya kpd sdra semuanya. Selamat membaca.
LAUTAN NAFSU..
Sebuah hamparan luas samudra bergelombang ribut mendesak kapal dipelayaran, mengoncang kapal terumbang ambinglah si anak kapal. Ombak yang ganas meninggi awan memecahkan arah tuju kemudi pelayaran, pusaran angin yang datang menerpa kita tidak bisa dikawal lagi, kegoncangan kapal mendatangkan kekalutan ditengah samudra luas, mengharap berlabuh ditepian namun pedoman hilang haluan, bergerak nya kapal menuruti angin terkadang tenang terkadang kencang, inilah nasib kapal menunggu masa karamnya ia,, dikanan laut dikiri pun laut didepan laut dibelakang pun laut arah mana yang perlu dituju haluan mana yang patut di ikuti, panduan mana yang perlu di turuti si nakhoda bingung kerana kapalnya hampir karam di obak abik oleh si ombak amarah yang tak terkawal.
Lautan nafsu gembira riang bila kapal hampir tenggelam, nakhoda kini hilang panduan arah tujuan ditelan gelombang.
Lautan yang kau lalui itu umpama perjalanan hidupmu yang penuh ranjau dan duri, maka ia akan membawa dan menarikmu kearah itu,,,,lalu apakah yang kita perlu lakukan, ajakan nafsu semakin kuat, amalan yang dibawa semakin melarat, bingung dan bosan semakin melekat, tak tau apa yang hendak dibuat.
Wahai insan ingatlah olehmu…..hawa nafsu jangan kau jadikan guru kerana ia adalah ujianmu kelak kau merana badanmu lesu. Bergerak lah kamu dijalanku akan kau lepas dari ikatannya kerana jalanku jalan bahgia kesemua itu akan binasa.
Cucikan lah 7 nafsumu itu dengan cara ajaran ini, bergerak dengan daya kuasa nur ilahi akan menerangi. Gagalnya amal kerana nafsu kerana mahu cepat kertemu .
Sesungguhnya ini adalah suatu desakan nafsu untuk membawa kejalan buntu. Sabarlah wahai teman aku ini seorang pengarang sama bergerak sama berjalan tidak terlepas dari ajakan nafsu dan setan, ikutilah jalan ini cucikanlah hati nurani biar ia tetap berseri umpama terangnya Nur Ilahi.
Bila kau dapat mengawal nafsu kau akan mendapat warid yang sejati, akan tetapi setiap mujahadahmu itu akan berlakulah perubahan pada jiwamu, muhasabah diri itu yang di tekankan supaya kita tahu akan kedudukan tahap mana didalam perjalanan supaya hidup menjadi tenang.
1-amarah syaitan kedudukannya
2-lawammah binatang kedudukannya
3-mulhimmah malaikat kedudukannya
________________________________
4-mutmainnah insan kedudukannya---inilah kedudukan yg sempurna iaitu insan.
________________________________
5-rodiah redho martabatnya
6-mardiah diredhoi keadaannya
7-kamaliah nurlah dirinya
Dua kedudukan yang kita perlu tempuh maka bersungguh-sungguhlah didalam amalmu, serahkanlah pada yang kuasa, gunakanlah jalan ini dengan meningkatkan martabatmu, tanda-tanda kau telah naik martabat kau sendirilah yang tahu…akan tetapi pesanku kepadamu.....
Lebih baik kau jangan ambil tahu pada kedudukanmu kerana ia akan mendatangkan petaka buatmu iaitu...sifat2 mazmummah...biarlah kita beramal dalam keadaan kita tidak tahu akan kedudukkan kita disisi allah,cukuplah dengan martabat hamba.
Langgan:
Catatan (Atom)