Ahad, 23 Mei 2010

RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA……DIDALAM DIRI ANDA !! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU…


WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

Anda memerlukan dalil dalilNya ? Hendakkan Pedoman Al-Quran ?
Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan.

Firman Firman Allah : Dari pelbagi Surah & Ayat Ayat : Yang Bermaksud :-

Dan pada Diri kamu , mengapa tidak kamu perhatikan ?

Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia

Kami tidak mengutus saorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supaya ia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka ( Ibrahim : 04 )

Nabi Muhammad itu ikhtibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggi sebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan.

Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab. Maka wujudlah Al-Quran didalam Bahasa Arab. Ini adalah Hikmah Allah untuk mengujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikan Doa Nabi Ibrahim a.s

Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasul diutus didalam bahasa kaumnya ?

Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan. Kerana kilauannya memanah MATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah.
Gelap mata zahir ..tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang. Janganlah pula kita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang dan jelas. Maka janganlah diubah-ubah , dikurang atau ditokok tambah.

Kalau kitab ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah kerana aku ini ( sheikh Qamaruddeen ) menjalankan TINTA RASULKU yang bahasanya Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab.

Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka Yang Mengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU. ( Maksudnya Rasulku juga Melayu sebab aku ini berbangsa Melayu )

Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yang melayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya. Bila tidak faham bagaimanakah aku boleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya.

Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati. Datangnya dari NURULLAH. Terbitnya dari air mani lelaki. Suara itulah RAHSIA DIRI. NAFAS itulah Rahsia Malaikat. NYAWA itulah RAHSIA RASUL.

Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu. Kenapakah ianya bernama MUHAMMAD ( eja Mim – Ha – Mim – Dal ) Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBU SEGALA ILMU DUNIA kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD.
………………………………………………………………………………………………
Nota Fakir :-

Didalam kitab asal ada Nukilan Ejaan Muhammad didalam ejaan JAWI. Fakir tidak pandai memasukkannya kelaman ini . Oleh itu kenalah Fakir mengolah semula tulisan Sheikh Qamaruddeen berkaitan hal ini.
………………………………………………………………………………………………..............................................

Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad didalam tulisan Jawi : Tulis dua nama Muhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad , satu Zahir dan satu lagi Batin.

MIM PERTAMA = Kepalanya manusia
HA = Tangannya manusia
MIM KEDUA = Pusatnya manusia
DAL = Kedua kaki manusia.

Cantumkan kedua Ejaan Muhammad anda itu. Bukankah sudah lengkap GAMBAR MANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki ?

Daripada Nukilan Dua Muhammad itu maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkap bukankah begitu ? Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepada nama Muhammad tadi ..adakah ia merupakan gambar manusia ?

Ini adalah SATU MUKJIZAT. Ada berbillion nama didunia ini dulu, kini dan selamanya..bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran …tidak akan jadi gambar manusia melainkan NAMA MUHAMMAD !!!!!.

( Olahan Fakir….Sheikh Qamarudden seterusnya menulis seperti dibawah )

Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR. Maka pasangannya adalah BATIN.

Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir. Ini dinamakan sebagai NYAWA. Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR. Kalau dipanggil ianya MENYAHUT tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT. Kerana apa ? Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLILLAH itu ialah NUR atau CAHAYA. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya.

MUSTAFA itu YATIM PIATU maksudnya tiada berayah dan tiada beribu. Jika tiada ibu maka tiadalah ia diperanakkan.

RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA

Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN.

NYAWA & NAFAS


Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 ( Empat ) Nama Nama iaitu :-

NAFAS MULUT
ANPAS HIDUNG
TANAPAS ANTARA 2 TELINGA
NUPUS JANTUNG

Hidupnya Nafas kerana Anpas. Hidupnya Anpas kerana Tanapas. Dan hidupnya Tanapas kerana Nupus. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian Alam Badan dan juga Alam Mayapada ini.

Sheikh Qamarudden mengemukan Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam huruf Jawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM ( fakir )

RA = Nafas
SHIN = Anpas
WAU = Tanapas
LAM = Nupus

Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau Muhammad Mustaffa Rasullullah.

Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapi ADA dan Memberikan kita Hidup. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kali sehari semalam dengan gelaran NADI manusia.

Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATI namanya.

Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar, kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI. Inagtlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kita jangan jadi HIDUP TETAPI MATI. Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu ?

Firman Allah :-

Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup.

Yang dimaksudkan Ayat diatas ialah manusia yang telah DISERU KEJALAN MENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawa Syariat yang mereka ikuti itu yang betul.

Kerana apa ? Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka. Maka hiduplah mereka secara terus menerus mensyirikkan Allah. Hidup dengan PERASAN dan bukan dengan PERASAAN.

Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya. Kalau betul betul ikhlas mengerjakan Rukun , maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUK SIRATUL MUSTAQIM.

Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam . Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah

Kemudian tidur semula

Bangun dari tidur l.k jam 2-4 pagi , buat SOLAT TAHAJUD

Jam 4 / 4.30 tidurlah semula.

InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar sekalipun tersedik dihati.

Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terus sembuh. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah. Ubat itu penyebabnya sahaja.

Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya. Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang ?

Firman Allah :-

Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya.

Tetapi ADAB-nya ada. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan pertama meminta, kedua mencuri. Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdu suaranya. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual. Jika hendak sangat terpaksalah di-CURI. Barulah sampai hajat dihati.

Sama jugalah dengan Wahdaniatullah ini. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami Sifat Tuhan. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul.

Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul. Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan. Maka jalan yang akhir barangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkan jangan Allah yang kata.

Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahu ERTI ESA Tuhan itu bagaimana.

Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman. Allah ciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan Menyengutukan Allah. Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia.

Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepada Tuhannya. Salah satu caranya melalui Rasul. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialah NAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFA RASULLILLAHI TAALA.

TAMAT BAB MENGENAL ISLAM & RASUL

9 ulasan:

  1. ASSALMUALAIKUM.TUAN aL-GEMASI

    Saya tidak setuju dengan lmu ini.
    Hamba tetap hamba, dan Tuhan tetap tuhan.
    seperti minyak dan air tak kan bersatu.

    seperti paku didinding, mana mungkin paku menjadi dinding walaupun dari jauh orang nampak dinding sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila lihat bacaan berzanji Muhammad Mustaffa rasullowh..NIE ada mengenal bacaan zanzi atau pun tidak kos ni lihat bacaan berzanji?

      Padam
  2. makanya coy kita perlu petunjuk ,kamu jangan langsung bilang begitu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.....bersyukur kita atas rahmat kebenaran yg
    Tiada terhingga. Saudara benar

    BalasPadam
  4. Inni wajahtu wajhia ( sesungguhnya wajahku dan wajahnya.....)

    BalasPadam
  5. Perihal RASUL yg disampaikan dlm artikel di atas adalah benar. Bagi org yg ilmunya blm sampai, tentu akan menolak.Saran saya kpd yg blm paham, teruslah belajar ilmu tauhid dan tasawuf. Insya allah nanti diberi hidayah dan bimbingan dari Allah. Namun perlu sy dampaikan bhw ilmu utk mengenal Rasul dan Allah tdk bisa dijangkau dgn ilmu syariat saja. Anda hrs naik ke maqam yg lbh tinggi. Wassalam, Chandra ML.

    BalasPadam
  6. Apabila kita esa dgn tuhan... maka allah dan rasul itu adalah satu....zat semata mata.

    BalasPadam