medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Isnin, 17 Mei 2010
RUKUN ISLAM YANG KELIMA MENUNAIKAN FARDHU HAJI KE BAITULLAH Dari Kacamata Ilmu Hakikat……………
PENGERTIAN SYARIAT
Haji Syariat ialah melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan syarat syarat dan rukun sehingga menghasilkan Pahala Haji. Bila kurang syaratnya maka kuranglah pahalanya bahkan boleh membatalkan.
Antara pekerjaan haji ialah Ihram, Masuk Ke Mekah dan Tawaf Qudum, Wukuf di-Arafah, Menginap di Mudzafilah, Menyembelih haiwan qurban di – Mina, Masuk ke- Tanah Haram, Tawaf Keliling Kaabah, Minum Air Zam Zam, Solat Sunat, Tawaf dimakam Nabi Ibrahim, Melakukan Tahllul dan Tawaf Wida…..
PENGERTIAN HAKIKAT
Dari segi Ilmu Hakikat, ianya bermakna KESEMPURNAAN KEISLAMAN sasaorang muslim itu. Haji ditafsirkan sebagai HAJAT. Maka apabila kita telah berjaya SE –kan diri kita dengan Zat, Sifat, Asma’ & Af’al Allah maka mencapailah kita akan HAJAT.
Ini dinamakan PAHALA. Bila kita FANA’BILLAH itu dikatakan SYURGA. Fahamkanlah pokok pangkalnya ialah jangan kita sekutukan Allah. ESA kanlah Allah. Asasnya ialah Kalimah Tauhid. Kemuncaknya ialah tercapai HAJAT MAKRIFATULLAH.
Itulah Haji Hakikat.
Separuh orang mengertikan “ mengerjakan haji “ sebagai jima’ antara lelaki perempuan ( suami isteri ) dimana dikatakan perbuatan jima’ itu seperti melaksanakan rukun rukun haji.
Walaupun pandangan mereka ada benarnya kerana perbuatan jima’ itu adalah suci , jika dilakukan mengikut peraturan Allah, kerana tanpa jima’ manusia akan pupus dan siapa pula akan meneruskan mengatakan Keagungan & Kebesaran Allah kerana pada hakikatnya jima’ itu adalah sebahagian dari proses Pentajallian.
Perkara haji menyerupai jima’ ini tidak dihuraikan disini. Biarlah orang lain yang menghuraikannya.
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan bahawa melaksanakan rukun Rukun Haji adalah sebagai satu Proses Zikir yang bertingkat – tingkat yang harus dilakukan untuk mencapai Makrifatullah . Perkara ini tidak dihuraikan disini. Sila baca Kitab Sirrur Asrar.
BONUS – ZIKIR HATI SYEIKH ABDUL KADIR JAILANI.
Zikir Asmaus Sifat = Pilihan Sendiri
Zikir Nama Kedua = Ya Allah Ya Allah
Zikir Nama Ketiga = Ya Hu Ya Hu
Zikir Nama Keempat = Ya Haqqun
Zikir Nama Kelima = Ya Hayyun
Zikir nama Keenam = Ya Qayyum
Zikir Nama Ketujuh = Ya Qahharun
Seterusnya = Zikir Rahsia.
PERSOALAN PELIK
RUKUN ISLAM KEENAM ????
Rukun Islam Pertama = Awaluddin Makrifatullah
Rukun Islam Keenam = Menunaikan Rukun Haji Ke Mekah
Adakah anda berani mengatakan begitu ???????
Adakah ianya satu Bid’ah ?
Adakah ianya masuk akal ?
Adakah ianya wajib menjadi Rukun Kehidupan kita sebagai orang Islam ?
Pilihan anda !!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
apa yang di katakan haji bukanlah sempurna pada dalil dan makna yang mendalam ialah haji merupakan suatu perintah insan untuk menuju insanul kami.. haji merupakan suatu perintah yang memuatkan perisian kamillah yang menjadikan insan itu menyatu dalam kebebasan hingga terbit penyaksian -SE-
BalasPadam