medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Selasa, 18 Mei 2010
PENTINGNYA TAFAKUR Bahagian Pertama : Nota Tafakur Al-Gemasi
Dari pelajaran yang lalu kita telahpun memahami bahawa BERTAFAKUR memikirkan tentang Allah itu lebih baik dari beribadah seribu tahun.
Kita juga telah memahami megenai TAUHID kita yang sewajarnya bertingkat naik, juga tentang zikir zikir yang sewajarnya kita amalkan lebih lebih lagi apa yang disebut sebagai ZIKIR NAFAS.
Soalnya – selalukah kita bertafakur ? Selalukah kita berfikir dan merenung tentang Allah atau setidak-tidaknya tentang DIRI kita. Diri Yang Sebenarnya iaitu Nyawa atau Ruh kita.
Barangkali perkara YANG HAMPIR kepada kita ialah KEMATIAN. Entah bila entah lama lagi ( begitulah harapan kita ) entah esok , entah lusa. Dan perkara yang hampir berkaitan sudah mati ( tujuh langkah terakhir ) ialah soal jawab atau temuduga Malaikat.
Cuba difikirkan – jika didunia ini ketika nyawa masih bersama bila dipanggil nyawa kitalah yang menjawab.
Jika sudah menjadi mayat dimana nyawa telah meninggalkan jasad dan jasad dalam keadaan kaku, siapakah yang akan menjawab soalan temuduga malaikat itu ? Bolehkah badan yang sudah ditinggalkan nyawa itu menjawab ? Atau kita mengharapkan nyawa datang kembali kepada badan untuk menjawab ?
Jika sekiranya selama kita hidup didunia ini, jasad kita tidak pernah peduli tentang nyawa. Tidak kenal akan nyawa, apa lagi menemui dan menghargainya , apa sudikah kiranya sinyawa itu kembali membantu jasad yang durhaka itu ?
Fikir – fikirkanlah wahai pembaca yang budiman….dan sambungan seterusnya…
Kita juga sudah belajar bahawa adalah MUSTAHIL kita dapat Mengenal Allah yang sebenar-benarnya yang kita panggil sebagai ALLAH HU RAB BIL ALAMIN itu, dengan mata kasar kita, juga dapat Mengenal Allah dalam ertikata mengetahui bagaimanakah sebenarnya Allah, Tuhan kita itu.
Ini adalah kerana hakikat bahawa Allah itu Maha Ghaib / Ghaibul Ghuyub.
Kita juga telah dapat memahami tentang KAITAN DIRI atau NYAWA dengan Allah, Tuhan kita itu. Maka dari segi ilmunya tahulah kita bahawa Nyawa kita itu Bersifat Ketuhanan Yang Amat Halus, Seni & Kompleks ( Al-Latifah Rabbaniah ) tetapi bukan Tuhan Allah Hu Rabbul Alamin ..ianya hanya RAB diri kita. Ini adalah bersandarkan tauhid kita bahawa tiada yang wujud didalam dunia ini melainkan Wujud Allah sahaja.
Tetapi harus kita ingat bahawa apa yang telah kita pelajari itu hanya ilmu pengetahuan semata. Sekiranya kita yakin dengan kebenaran ilmu kita itu maka sewajarnyalah kita meningkatkan tauhid kita dengan beriman bahawa segala-galanya baik kelakuan kita mahupun kelakuan orang lain termasuk isteri dan anak anak kita adalah PERBUATAN ALLAH BELAKA.
Jadi sekiranya anak yang kita bela dan jaga sejak bayi, tiba tiba engkar dan menderhaka kepada kita maka wajarkah kita marah ? Atau sahabat yang telah banyak kita bantu, tiba tiba menjadi pengkhianat wajarkah kita balas perbuatannya ?
Bukan mudah menegakkan Tauhid Af’al saudara saudaraku ....selagi Tauhid belum mantap didada dan dijiwa…tambahan pula Janji Allah tetap berlaku yakni…semakin kuat imanmu semakin kuat pulalah DUGAANKU.
Ujian Allah berkaitan ketauhidan kita selalunya amat berat …..ada kalanya yang amat kita kasihi diambilNya….yang selama kini mendatangkan nikmat kepada kita ..tiba tiba tiada lagi……tetapi jika lulus ..kita sendiri akan tahu …..akan bagaimana nikmat dan bahagianya.
Dan jika kita BERWIRID selalu, pasti kita telah mengalami apa yang dikatakan sebagai WARID. Janji Allah : Setiap wirid ada waridnya.
Harus kita ingat dan mengingatkan diri supaya jangan terlalu seronok dengan warid warid itu. Dan juga janganlah kita terlalu seronok dengan ilmu ilmu kita itu, lebih lebih lagi Ilmu Hakikat.
Ini adalah kerana ( pada pendapat Al-Gemasi ) warid warid dan ilmu ilmu itu merupakan HIJAB HIJAB yang melalaikan kita dari menuju atau berjalan kearah MATLAMAT TERAKHIR ( the ultimate objective ) kita iaitu MAKRIFATULLAH.
Mungkin ramai diantara kita dalam perjalanan menuju Makrifatullah, telah mendalami dan mengamalkan Ilmu Syariat, Tariqat hingga keperingkat Samaniah, telah berzikir, berwirid serta menjaga Tauhid…..TETAPI MASIH BELUM DAPAT MERASAI – MENGALAMI ERTI MAKRIFAH YANG SEBENAR.
Jika kita berpegang kepada Ajaran Tasauf Sunni Al-Ghazali, maka caranya hanyalah dengan cara cara Tariqat yang kita anuti dan diajar oleh Murshid kita.
Kita akan kecewa kerana dizaman kita ini tersangatlah susah untuk mencari MURSHID.
Namun begitu haruslah kita ingat akan kenyataan Saidina Ali rda : BAHAWA UNTUK KENAL ALLAH MESTILAH DENGAN ALLAH JUA dan Ingatan Ulamak bahawa UNTUK MENEMUI YANG MAHA GHAIB MESTILAH DENGAN YANG GHAIB JUA.
Dalam perkara ini kita sudahpun faham akan maksudnya.
Allah berfirman bahawa pengetahuan manusia tentang Ruh adalah sedikit. Sedikit pada Allah melimpahruah pada kita. Jika kita faham apa yang dikatakan YANG SEDIKIT itu dan faham pula akan JALAN-NYA untuk MENEMUI RUH TUHAN yakni NYAWA kita …maka berkemungkinan besar …
JALAN MAKRIFATULLAH kita sudah terbuka……maka katakanlah ALHAMDULILLAH.
TETAPI ….ya TETAPI …kita masih lagi belum nampak jalan ..bagaimana caranya untuk …MENEMUI DIRI itu…belum lagi dapat jalan untuk mengenal dan bertemu dengan LAPISAN LUAR yakni RUH RUHANI ..apatah lagi …RAHSIA ALLAH yakni….RUH Al-QUDSI
Dalam keadaan sebegini ..adalah normal jika kita berasa susah hati kerana kita tidak tahu dimanakah boleh kita temui guru untuk belajar tentang cara caranya. Kalau pun kita ketemui guru yang sedemikian, kita hendaklah pasti bahawa guru yang mengajar kita itu TELAHPUN bertemu dengan DIRI-nya sebab pada peringkat ini kita tidak lagi mahu berkisar dalam lautan ilmu. Ianya hal praktikal.
PETUNJUK ALLAH
Allah menghuraikan tentang Nyawa kita ini melalui Ayat 35 : Surah An-Nur dan Surah Ali Imran : Ayat 27.
Fakir telahpun postkan entri khusus mengenai kedua-dua Ayat ini.
Dalam perjalanan Fakir bertahun tahun mencari dan mencari tentang cara cara ini, Fakir hanya menemui 2 cara sahaja pertama sebagaimana disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar dan kedua cara yang disyorkan oleh Ustaz Abu Sangkan.
Untuk pembacaan lanjut , silalah baca manuskrip Dr Bagindo Muchtar yang Fakir poskan didalam blog http://layarmerah.blogspot.com
Dr Bagindo Muchtar ada meninggalkan beberapa anak murid yang telah diberi Ijazah dalam membantu MEMBUKA . Fakir telahpun menemui salah saorang murid beliau. Dalam hal ini pengetahuan Fakir tentang perkara BUKA – MEMBUKA ini terlalu sedikit. Oleh kerana itu Fakir memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya melainkan satu sahaja iaitu adalah lebih baik dan lebih Afdal jika kita sendiri dapat MEMBUKA Diri dengan secara terus menerus mengamalkan Tafakur & Zikir.
Jika saudara berminat untuk mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut saudara boleh berhubung dengan Saudara Osman Hadi @ hp 010 – 5445271 atau layari laman web http://internatebest.webs.com
Manakala cara cara Ustaz Abu Sangkan akan dijelaskan didalam laman blog ini.
Kedua-kedua cara ini pada pandangan Fakir adalah lebihkurang sama sahaja dan Fakir sangat yakin jika diamalkan bersungguh-sungguh Allah akan makbulkan hajat kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan