medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Khamis, 20 Mei 2010
CARA TAFAKUR DR BAGINDO MUCHTAR
Nota Kecil
Apa yang ditulis dibawah ialah Pemahaman Fakir sendiri mengenai cara cara Tafakur yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar. Barangkali ada perbezaan pemahaman ini i.e …tidak sama dengan pemahaman mereka mereka yang pernah berguru dengan Bapak itu. Yang demikian Fakir meminta pembetulan daripada murid murid Bapak Muchtar. Cara dan pemahaman merekalah yang lebih tepat.
Methodologi Asas :
MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI.
Suasana : Tempat yang hening i.e bebas dari gangguan.
Posisi : Elok duduk diatas kerusi , duduk relaks – kaki dilunjurkan dan kedua tapak tangan diletakkan diatas kepala lutut. Eloklah dalam keadaan terbuka bukan tertangkup.
Lain Lain Eloklah berwudhu dahulu dan bertafakur menghadap Kiblat
Berdoalah agar Allah makbulkan niat dihati.
Oleh kerana ilmu ini ilmu Dr Bagindo Muchtar, eloklah sedekahkan Fatihah kepada ruhnya.
YANG DILAKUKAN
a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah sebanyak 3 x dengan cara yang betul dan berisi.
b. Bersalawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad 3 x
c. Beristighafar dan Berhauqalah sebanyak mungkin
d. Hentikan segala gerak geri anggota badan yang diluar
e. Kosongkan fikiran
f. Mulakan Tafakur iaitu MEMANDANG KEDALAM . Tundukkan kepala, pejamkan mata dan fokuskan pandangan hati kedalam badan kita sendiri.
g. Bawakan zikir ALLAH …ALLAH dengan mengikut masuk dan keluarnya Nafas.
Cara yang biasa Fakir lakukan ialah bawa zikir Allah masuk bersekali dengan menarik nafas masuk. …tahan nafas itu dan bawa zikir Allah itu mengembara keseluruh badan dari hujung kaki kehujung rambut ..dan hembuskan nafas keluar perlahan –lahan dengan zikir HU
Huraian
Apabila kita matikan kedua gerakan fizikal dan mental…yang masih ada hanyalah gerakan keluar masuknya nafas kita yang telah kita isi dengan
zikir Allah Hu itu. Gerakan turun naik nafas merupakan gerakan yang tidak dapat dikawal oleh otak.
Apabila kita lakukan perkara diatas ( g ) maka akan berlaku satu gerakan dalaman umpama kejutan letrik ( stroom ) atau badan umpama mengelujut. Inilah reaksi dalaman pertama yang akan kita rasakan.
Jika kita teruskan berzikir rasa tadi akan mengembang menjadikan tangan kita bergerak sendiri, dan terus menerus berkembang hingga kedua tangan kita menggerakkan satu siri pergerakan umpama kita sedang menggayakan bunga bunga silat…dan gerakan bunga silat itu amat indah dan menarik.
h. Ikutilah gerak kedua-dua tangan kita itu dan tumpukan kepada kekuatannya.
i. Lakukan dan bawalah latihan ini berulang – ulang kali sampai kita dapat MENURUTKAN jalannya gerak pernafasan kita itu dari dalam ( dari punca nafas dijantung hingga keluar kehidung i.e Nupus / Tanapas / Anpas / Nafas )
j. Jika mampu dan ada kemahuan, lakukanlah latihan ini setiap hari. Berlatihlah hingga sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari tangan kita…yang bermakna dinding telah tembus dan rahsia telah terbuka.
HURAIAN
Setelah kita dapat menemui Jalannya Pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam , maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya nafas kita itu DENGAN PENGERTIAN kita sudah mula memakai atau menggunakan TENAGA DARI DALAM iaitu tenaga yang membuatkan kita bernafas itu.
Latihan diatas merupakan JALAN PEMISAHAN yang memisahkan antara BADAN dan DIRI ( Nyawa ) atau memisahkan antara AKU dan DIA.
Untuk dapat membawakan sampai mengerti kita hendaklah MENYERAHKAN segala sesuatu yang ada pada kita kepada DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu ( Nyawa ). Jadikan kita ini sebagai manusia milikNYA dan bukan sebaliknya. DIAlah yang menjadi KITA.
Next entri …Cara Bertafakur Abu Sangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan