medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Khamis, 20 Mei 2010
BERAMAL-lah JIKA MAHU ......dll
Nota Kecil.
Entri ini sepatutnya diposkan selepas entri Bertafakur Cara Abu Sangkan dan Bertafakur Cara Abah Didi.
Oleh kerana entri Beramal-lah jika mahu ini ..dulu yang siap, Fakir poskan mendahului kedua-dua entri diatas. Nota ini ditulis supaya saudara pembaca senang menyusunnya jika berhajat mencetak kandungan laman blok ini.
Fakirabdillah.
.........................................................................................
Apa yang tuan cari tu ?
BERAMALLAH JIKA MAHU
Kalam Allah
Kata Kata Si Fakir
1 Anda sibuk MENCARI ILMU, maka ilmulah yang anda dapat. Anda MENCARI DIRI, maka ALLAHlah yang anda TEMUI. Mulailah MENCARI DIRI. Berhentilah mencari ilmu.
2 Ada macam macam IBADAH, yang wajib, yang sunat dan pelbagai tindaklaku kebaikan Fardhu Kifayah dan Amal Jariah. Tetapi anda lupa TAFAKUR itu mengatasi segala ibadah ibadah itu. Maka eloklah anda mulai BERTAFAKUR.
3 DIRI itu GHAIB. Allah pula MAHA GHAIB. Ini dikatakan BATIN. Zahir itu DILUAR, Batin pula DIDALAM. Tafakur itu MEMANDANG KEDALAM. Carilah Yang Ghaib itu didalam DIRI ANDA sendiri.
4 Amalan Luar / Zahir untuk diluar yaitu Badan / Tubuh. Hasilnya dikatakan DARAJAT. Balasannya SYURGA mengikut tahap pencapaian amal masing masing.
Amalan Dalam / Batin untuk BERTEMU Yang Ghaib, yang akan membawa kita BERTEMU dengan Yang Maha Ghaib. Ini dikatakan sebagai QURBAH Mana satu pilihan anda ? Darajat atau Qurbah. Jadi tanyalah mahu apa aku ini ?
Jika anda memilih QURBAH maka Kalam Allah dan kata kata Si- Fakir adalah seperti berikut :-
1 Berhentilah mencari Ilmu. Ilmu itu HIJAB. Memang seronok tetapi ianya MELEKAKAN kita dalam perjalanan BERTEMU ALLAH. Kita sudah tua, takut takut tidak sempat. Hak memakai Diri diambil semula oleh PemilikNya.
2 Amalan sama ada Zahir atau Batin hendaklah IKHLAS tanpa ingin mendapat Pahala atau takut Berdosa. Beramal hendaklah UntukAllah dan Dengan Allah, tanpa menyengutukanNya denga apa apa pun. Hanya amalan Tafakur ada ciri ciri ini kerana Tafakur tiada dijanjikan Pahala atau hukuman Dosa. Yang bertafakur itu DIA untuk mencari DIA juga.
3 Hentikan amalan Zahir dengan MEMBATINKAN amalan amalan Zahir itu. Caranya mudah sahaja ….. lakukan atau jadikanlah semua amalan amalan anda itu AMALAN KEDALAM atau Amalan Didalam yaitu AMALAN DALAM HATI atau Batin.
a. Sentiasa mengucap 2 Kalimah Syahadah, Selawat, Hauqalah dan Istighafar anda didalam hati anda.
b. Dirikan SOLAT HAKIKI dimana Diri yang bersolat bukan badan. Badan Cuma menjadi pemerhati sahaja. Maka hukum QAULI sudah tiada. Hanya Hati anda yang berkata – kata. Mulut anda tertutup rapat. ( macam BID'AH aje bunyinya..terpulanglah kpd anda )
c. Sentiasa lakukan PENYERAHAN diri anda kepada Allah dalam menjalani kehidupan harian anda. Katakan selalu didalam Hati :-
- Aku hidup dengan HAYYUN Allah
- Aku melihat dengan BASIRUN Allah
- Aku berkata - kata dengan MUTAKALLIMUN Allah
- Aku berkuasa dengan QADIRUN Allah
- Aku mengetahui dengan ALIMUN Allah
- Aku mendengar dengan SAMIUN Allah
- Aku berkehendak dengan MURIDUN Allah
Sebenarnya aku tidak ada. Yang ada hanya Allah. Allah menyatakan Sifat Sifat Jalal ( Keagungan ) Sifat Sifat Jamal ( Keindahan ) dan Sifat Sifat KamalNya ( Kesempurnaan ) melalui aku yaitu Sandaran Allah.
.......................................................................................
BAHAYANYA ILMU
1 Memang wajib menuntut ilmu. Tetapi jika sudah bertahun-tahun menuntut tidak juga pandai pandai, maka wajiblah berhenti mencari ilmu. Jika bertahun tahun sembahyang masih lagi tidak khusu’ eloklah berhenti sembahyang. Takut ….. tidak terdaya nanti memikul beratnya sumpahan Allah.
Jadi apa nak buat ?
Tenangkanlah DIRI anda …… bertafakurlah ….. dan renunglah kepangkal jalan. Angkat kepala pandang habis habis ke hujung jalan.
Anda akhirnya akan berkata : “ Oh ya, awal awal agama Mengenal Allah maka akhir agama mestilah BERTEMU dengan Allah. Siapa yang berkata ? BATIN anda yang berkata bukan mulut anda.
Jadi IKUTLAH BATIN anda.
BERTAFAKURLAH KEDALAM MENCARI DIRI. Hentikan Sembahyang, DIRIKAN SOLAT HAKIKI. DIRI anda itu bukannya anda sebagai manusia tetapi anda tanpa badan anda. Badan Yang mati tetapi dihidupkan oleh DIRI hendaklah menjadi KHADAM anda bukan TUAN anda.
........................................................................................
SOLATKU YANG HAKIKI
Orang lain SEMBAHYANG. Aku tidak. Aku SOLAT.
Orang lain sembahyang MENYEMBAH TUHAN yang entah dimana untuk mendapatkan pahala dan syurga, menjauhkan dosa dan neraka.
Aku tidak. Aku solat untuk meng-usul Diriku. Aku solat untuk menyaksi dan me-nyata-kan DIRI HAKIKIku yaitu Allah yang meliputi seluruh diriku sebagai manusia. Soal dosa, pahala, syurga dan neraka adalah Hak Allah bagiku, bukannya hak aku.
Orang lain sembahyang Rukunnya 13. Aku solat Rukunku 14. Aku solat dengan Wudhu Sempurna.
Orang lain berwudhu untuk bersihkan diri. Aku wudhu’ untuk Me-nafi-kan diri dan Meng-iya-kan ( Isbatkan ) Diri Hakikiku yaitu Allah Tuhanku.
Orang lain QIAM dengan cuba mematikan diri mereka yaitu mematikan hawa nafsu. Aku pula QIAM dengan :-
a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah DIDALAM HATI bukan dengan suara mulutku dengan mentasdiqkan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
b. Kemudian aku mengucap Kalimah Kalimah itu buat kali keduanya dengan cara yang sama dengan mentasdiqkan : Bahawa tiada apa yang NYATA didalam diriku melainkan DIRI HAKIKIku yaitu Allah semata-mata dan Akulah Muhammad menyampaikan HAQ ALLAH kepada seluruh Jasadku.
c. Aku bersyahadah buat kali ketiga dengan mentasdiqkan : Bahawa Yang Wujud dialamku dan Alam maya Pada ini hanyalah Allah semata-mata.
Aku teruskan Qiamku dengan BERSELAWAT kepda Baginda Rasullullah dengan bertasdiq bahawa Dialah asal usulku , bapa kepada Nyawaku dan beliaulah sebenar-benarnya Diri Hakikiku itu yaitu yang menamakan Dirinya Allah. Dialah Sifat Agung Allah Yang Rahsia yaitu Diri Rahsiaku.
Didalam Qiam aku BERHAUQALAH dan aku nyatakan penyerahan aku kepada Diri Hakikiku yaitu Allah : Ya Allah masukkanlah wujud Jasadku kedalam Wujud Batinku dan masukkanlah Wujud Batinku kedalam ZatMu semata-mata Ya Allah setiap detik dan ketika dalam hidupku dunia akhirat. Aku serahkan apa yang ada padaku kepadaMu dan engkau serahkan pula apa yang ada padaMu kepadaku. Aku adalah kepunyaan Engkau sepenuhnya.
5 Aku memang berniat untuk Solat. Namun aku nyatakan Niatku itu dengan melafazkan didalam hati : Ya Allah, aku solat ……. ( zuhur )…..
( empat ) rakaat untuk MENG-USUL, ME-NYAKSI dan ME-NYATAKAN DIRI HAKIKIku YAITU ENGKAU kerana Engkau juga Ya Allah. Jadi orang lain menyatakan Niatnya dengan lafaz yang disuarakan mulutnya. Aku tidak, kerana hatiku yang berkata aku solat …….. ( seperti diatas )
6 Orang lain sembahyang dengan menyuarakan TAKBIRATUL IHRAM, Allah Hu Akbar. Aku tidak. Aku hanya menyuarakan Allah. Didalam HU, aku MIKRAJ kealam asalku yaitu ALAM LAHUT dengan menyerahkan wujudku kedalam Wujud Allah semata-mata. Kemudian aku turun dari Mikrajku menuju keseluruh Alam tubuhku dengan Kebesaran AKBAR. Aku simpan Allah Hu Akbar di baitillah Mukminku didalam Jantungku.
7 Orang lain sembahyang BERKIBLATKAN BAITULLAH di Mekah. Aku tidak. Aku Cuma menghadapkan wajahku kearah Kaabah. Aku berkiblatkan Diri Hkikiku yaitu Allah yang meliputi diriku. Aku memandang wajahku sendiri.
8 Orang lain sembahyang dengan membaca apa apa yang perlu dibaca dengan mulut dan lidahnya yaitu dengan suara zahir. Aku tidak. Diri Hakikiku membaca didalam hatiku. Aku hanya mendengar dan memerhatikan sahaja.
9 Didalam sembahyang, orang lain memberi salam kepada entah siapa. Aku tidak. Aku tahu kepada siapa aku tujukan salamku. Aku tujukan kepada Diri Batinku yaitu ZATULHAQ yaitu Aku yaitu Zat Allah dan aku juga tujukan salam itu kepada SIFATUL HAQ yaitu Diri Zahirku yaitu aku yaitu Sifat Allah.
10 Aku mengakhiri MUNAJATku dengan Kalimah Syahadah dan Selawat Nabi. Aku sedar wudhu’ itu pemisahan sementara antara Diri Zahirku dengan Diri Batinku sementara Solat itu Penyatuan semula kedua-duanya menjadi Esa dengan Zat, Sifat, asma dan Af’al Allah Tuhanku. Aku sudah TIADA, sentiasa TIDAK ADA kerana YANG ADA HANYA DIRI HAKIKIKU yaitu ALLAH Tuhanku, Tuhan diriku dan Tuhan Rabbul Alamin.
ITULAH SOLAT HAKIKIKU dan orang mengatakan entah Islam apakah aku ini kerana tidak sembahyang. Ya memang aku sudah berhenti sembahyang sebab aku SOLAT. Biarlah orang mengata aku asalkan jangan aku mengata orang.
.......................................................................................
HIDUPKU DENGAN TAUHIDKU
1 Hidupku lain dari orang. Orang NORMAL aku ABNORMAL.
2 Orang lain hidup, bekerja mencari rezeki dan sebagainya dengan menggunakan tenaga otak dan tenaga anggota badannya. Ramai yang berjaya , ramai juga yang tidak.
Aku juga hidup dan bekerja tetapi aku hidup dan bekerja dengan TENAGA DIRI BATINKU yaitu Allah. Maka jadilah aku ini :-
a. Aku hidup dengan HAYAT Diri Batinku yang hidup dengan HAYYUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga hidup dengan HAYYUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
b. Aku melihat dengan BASHAR Diri Batinku yang melihat dengan BASIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga melihat dengan BASIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
c. Aku berkata-kata dengan KALAM Diri Batinku yang berkata-kata dengan MUTAKALLIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga bercakap dengan MUTAKALLIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
d. Aku berkuasa dengan QUDRAT Diri Batinku yang berkuasa dengan QADIRUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkuasa dengan QADIRUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
e. Aku mengetahui dengan ILMU Diri Batinku yang mengetahui dengan ALIMUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mengetahui dengan ALIMUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
f. Aku mendengar dengan SAMA’ Diri Batinku yang mendengar dengan SAMIUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga mendengar dengan SAMIUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
g. Aku berkehendak dengan IRADAT Diri Batinku yang berkehendak dengan MURIDUN DIRI HAKIKIKU. Jadi aku juga berkehendak dengan MURIDUN ALLAH dan itulah yang aku katakan.
......................................................................................
MERTABAT
TAFAKUR
Allah Tuhanku BerFirman :-
Bagindaku Rasullullah Menyampaikan :-
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah setahun
Tafakur sesaat lebih besar pahalanya daripada ibadah 70 tahun, daripada ibadah seribu tahun .
Qutubku Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam SIRRUR ASRAR menghuraikan :-
Maksudnya manusia yang berfikir dalam masalah masalah “ Furu “ ( cabang ) , maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah setahun. Berfikir untuk mengetahui hal hal yang diwajibkan oleh Allah dalam ibadah dan berfikir tentang aturan aturan ibadah wajib, maka nilai tafakurnya lebih besar daripada ibadah 70 tahun.
Dan berfikir tentang MAKRIFAT kepada Allah, maka nilai Tafakurnya lebih besar daripada beribadah seribu tahun.
Jadi kenapakah Aku tidak mengambil berat akan Firman Allah Tuhanku, Sabda Baginda Rasulku dan penjelasan Qutubku ?
Aku telah sedar dan kini mengambil berat tetapi bagaimanakah caranya Aku harus bertafakur ? Guruku menjelaskan :-
a. Matikan segala gerak anggota luaranmu – maksudnya duduk diam jangan bergerak – gerak.
b. Matikan otakmu – maksudnya jangan fikir apa apa pun.
c. Tundukkan kepalamu, tarik nafas kedalam dengan sepanjang-panjangnya – tahan nafas itu selama mungkin dan ingatlah Allah Tuhan yang meliputi dirimu diluar dan didalam tubuhmu dengan menyebut Nama NamaNya didalam hatimu – apapun NamaNya yang terlintas dihatimu. Lakukanlah berulang-ulang kali kata guruku.
........................................................................................
MANUSIA
Terdiri dari DUA MUHAMMAD
Yaitu
Muhammad Awal Muhammad Akhir
Atau
Muhammad Batin Muhammad Zahir
Dipanggil sebagai
MANUSIA KEKAL MANUSIA SEMENTARA
Yang Dicari Yang Mencari
Yaitu
Yang Hidup Yang Mati
Yang Menghidupkan Yang Dihidupkan
Yaitu
RUH / NYAWA JASAD / TUBUH
Terdiri Dari
4 Lapisan Balutan Pelbagai Anggota
Cahaya Cahaya Luaran & Dalaman
Tubuh
Balutan Lahut namanya RUH AL- QUDSI yaitu NUPUS
Balutan Jabarut namanya RUH SULTANI yaitu TANAPAS
Balutan Mulki namanya RUH RUHANI yaitu ANPAS
Balutan Mulki namanya RUH JASMANI yaitu NAFAS
Nota :
Maaf Fakir belum pandai memasukkan rajah kedalam blog.
Yang didalam catatan original rajah ni cantik ni......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
diharap dptlah kiranya upload gmbrajahnya..t.kasih tuan..
BalasPadam