Nota Kecil :
Dengan IradatNya jua khatrat hati ialah untuk mempercepatkan posting posting yang hendak dimasukkan kedalam blog ini. Bagi peminat peminat Ilmu Hakikat eloklah kiranya di cetak isi kandungan blog ini dan dibinding untuk dijadikan nota rujukan jika isi kandungannya sesuai dengan rasa hati dan keimanan masing masing.
Fakir berhajat untuk memasukkan artikel artikel dari Manuskrip WAHDANIATULLAH karangan Arwah Syaikh Qamaruddeen Wahdaniatullah ke dalam blog ini, setelah semua artikel dari Manuskrip Alfakirabdillah Al-Gemasi selesai dipostingkan.
Fakir juga tertarik hati dengan kunjungan saudara saudara dari Singapura keblog ini dan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih. Silalah beri komen dan pendapat agar segala kekurangan dapat diperbaikki.
Salam Takzim
Fakirabdillah
Gemas, Malaysia.
………………………………………………………………………………………………
HURAIAN KALIMAH RASUL
Ketahuilah bahawa yang berkata ANA atau AKU apabila kita melafazkan Kalimah Rasul itu bukanlah lidah atau mulut kita TETAPI ialah BATIN KITA atau RUH kita yang dinamakan MUHAMMAD MUSTAFFA RASUL ALLAH.
RASUL dalam bahasa Melayu bermaksud MENYAMPAIKAN ( Penyampai ). Yang disampaikan oleh Rasul ialah Hak Allah.
Ketahuilah bahawa MUHAMMAD itu ialah IBU kepada segala Ruh yang wujud dibumi ini ( Riwayat Nur Muhammad ). Zahirnya Ruh kerana Muhammad yakni Sifat bagi Zat ingin mengenalkan Tuhan kepada umatnya. Muhammad itu ialah Diri Batin kita dan Muhammad itu ialah Rasul. Rasul menyampaikan Hak Allah dan Hak Allah itu ialah Zat Allah sendiri. Firman Allah :-
Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU ( Zat ? )
Sekarang barulah nyata kepada kita bahawa Muhammad itu adalah Sifat Bagi DIRI ZAT. Tanpa ZAT maka tidak wujudlah Muhammad dan tanpa Muhammad
pula tiadalah RUH. Bila Ruh tidak ada maka tiadalah Nyawa dan tidak akan adalah kita manusia didunia ini.
Jika tiada manusia seperti kita maka siapakah secara terus menerus akan menyatakan akan KEBESARAN dan KEAGUNGAN Allah ? Allah Hu Akbar ?
Maka apabila menyebut kalimah AAMIIN ketika membaca Fatihah khasnya ketahuilah bahawa ALIF dan MIM itu tidak akan berpisah buat selama-lamanya selagi kita hidup didunia ini.
KESIMPULAN
Diri ZAT mengzahirkan SifatNya bernama Muhammad Mustaffa Rasul Allah dimana Muhammad itulah Diri Batin manusia itu dan Muhammad inilah yang menyampaikan PERINTAH ALLAH kepada Diri Zahir yang bertubuh dan berjasad itu yang bergelar ADAM.
KESIMPULAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Tiada Nyata Hanya Allah & Akulah Muhammad Menyampaikan Haq Allah
Yang bermakna Allah itu MELIPUTI diri kita manusia dan nyatalah kepada kita bahawa apabila liata ME-ESAKAN Jasad kita dengan Batin kita, maka binasalah anggapan kita bahawa kita ini manusia.
Nyatalah bahawa kita sebenarnya adalah Allah Taala kerana bila Zat itu memenuhi anggota zahir binasa nama Jasad maka nyatalah Sifat Muhammad yang mengakui bahawa DIRI kita yang SE itu ialah Allah yang disuruh cari dan yang kita cari selama ini.
Nyatalah kepada kita bahawa Allah jadikan Muhammad sebagai RasulNya kepada kita kerana tidak lain dan tidak bukan supaya manusia itu MENGEMBALIKAN DIRI-nya didalam keadaan sempurna sebagaimana Rasul telah menyempurnakan tugasnya.
SOAL YANG PALING BERAT sekarang ialah apakah benar bahawa manusia itu Allah ?
Jika benar, bolehkah manusia itu menciptakan manusia seperti mana Allah menciptakan dirinya ? Ilmu Allah jua akan menentukan bahawa yang dikatakan manusia itu MUSTAHIL ALLAH sebab YANG NYATA ialah WUJUD ALLAH MELIPUTI MANUSIA itu,
Surah Ar – Rahman : 19
Dia membiarkan dua lautan mengalir dan kemudiannya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing masing.
Lautan pertama ialah Lautan Jasad dan Lautan kedua ialah Lautan Nyawa. Keduanya bertemu menjadi MANUSIA. Batasnya tertakluk kepada ilmu sasaorang itu khasnya tauhidnya.
Jika tauhidnya syariat dimana dia percaya dia berkuasa dan berkebolehan, maka batasnya ialah syariatnya atau dirinya.
Jika dia bertauhid bahawa tiada yang wujud hanya Allah maka terhapuslah batas itu. Batas mungkin juga bermaksud bulu dan kulit manusia itu ataupun cahaya cahaya yang membalut Diri Rahsia manusia itu. Terpulanglah kepada anda sendiri untuk mentafsirkannya.
Manusia itu terdiri dari dua unsur ( dua lautan ? ) iaitu Nyawa dan Jasad. Nyawa itu Ruh Allah manakala Jasad itu bersifat baharu. Jika dinafikan Jasad maka nyatalah ianya merupakan barang mati yang dihidupkan oleh Ruh. Manakala Ruh pula hidup dengan Zat Yang Maha Menghidupkan.
Maka amatlah perlu kita ME-ESAKAN Jasad dengan Nyawa dan Me-esakan Nyawa dengan Zat Allah. Maka terhapuslah dua lautan menjadi satu. Inilah maksud Me-esakan dan maksud perumpamaan Allah diatas pada fikiran Al-Gemasi.
ALLAH MENYURUH MANUSIA MENG-ESA-KAN Dirinya dengan Allah Tuhannya dan BUKAN MENGAKU DIRI MANUSIA ITU TUHAN BERNAMA ALLAH.
Selagi ombak masih wujud – ianya tetap ombak walaupun pada hakikatnya ombak itu ialah air laut jua dan ombak itu tidak wujud pada hakikatnya.
Bolehkah cahaya matahari yang satu itu mengaku ianya matahari ? Sedangkan sinar matahari itu berjuta-juta walaupun sinar yang satu itu pada hakikatnya adalah matahari. Walaupun bersatu semua cahaya matahari ianya tetap sinar selagi belum kembali menjadi ESA dengan matahari yang ternampak oleh mata kepala kita itu.
Inilah IKTIBAR hubungan manusia dengan Allah itu. Kesedarannya tentang hakikat ini hanya untuk Tauhidnya bukan untuk didakwahkan.
Mustahil ianya dapat dijelaskan tanpa mendatangkan KESALAHAN yang tidak salah sebenarnya. Kerana itulah Imam Ghazali mengatakan :-
Biarlah ianya hilang dalam tumpukan debu hingga ditemui sendiri oleh orang yang mencarinya !!!!
Sebenarnya tiadalah ikhtiar manusia itu untuk mencarinya, kerana dia kosong. Ianya didatangkan Allah kepada sasaorang hambanya sebagai satu Kurniaan.
Bertuahlah anda sedangkan ianya dari Allah Untuk Allah. Tiada ghayrnya ( tiada yang lain ).
Fikir fikir dan fahamkanlah.
Next entry….
Rukun Islam Yang Kedua …..SOLAT.
assalamualikum Tuan Abdillah,
BalasPadamSaya menafikan ayat Tuan Abdillah ini
"Jika benar, bolehkah manusia itu menciptakan manusia seperti mana Allah menciptakan dirinya ?"
Mahasuci Allah dari sifat menjadikan dirinya sendiri. Allah sedia ada, tiada permulaan dan akhirnya.
Dari Fakir yang dhaif, lemah, hina dan tiada apa.