Yang dikatakan Hari Kiamat itu ialah HARI AKHIR ZAMAN. Wajib juga kita percaya bahawa kita yang bernyawa ini akan menemui KEMATIAN & PEMBALASAN.
Al-Quran tidak menyatakan dengan jelas tentang MASANYA berlakunya HARI KIAMAT itu. Yang banyak dijelaskan ialah TANDA TANDA sebelum kiamat berlaku, dan keadaan keadaan semasa Kiamat itu berlaku.
Dari segi Ilmu Hakikat yang ditumpukan ialah KIAMAT berkaitan manusia itu. Ini dirujuk sebagai KIAMAT KECIL iaitu KEMATIAN manusia itu. Maka dibicarakan lah tentang tanda tanda, SEBELUM – SEMASA & SESUDAH manusia itu menemui kematian.
Perkataan Kiamat diambil dari kata akar QIAM. Ada dua Qiam, pertama qiam ketika sembahyang dan yang kedua qiam ketika sasaorang itu dikapankan.
TANDA TANDA UTAMA KIAMAT
a. SEBELUM KIAMAT – Menganiaya Anak Yatim.
Dari segi Ilmu Hakikat anak yatim yang dimaksudkan ialah DIRI BATIN manusia yang tidak berayah dan beribu itu. Ia dinamakan sebagai Muhammad Mustaffa.
Kebanyakan manusia TIDAK MENGENAL siapa itu Muhammad Mustaffa dan hiduplah manusia itu dengan mengambil HAK ANAK YATIM ini dengan manyatakan HAK MANUSIA.
b. SEMASA KIAMAT
Langit dan bumi beredar dan bertembung dan hancur luluhlah manusia dengan azab Tuhannya.
Dari segi hakikat langit itu ialah jasad manusia dari pusat ke-ubun ubun manakala bumi pula ialah dari pusat ketapak kaki.
Bagi manusia yang tidak mengenal dan menganiaya anak yatim maka jasad mereka akan dihimpit bumi pusara. Diri Ruh Jasmani akan menerima azab dari Allah. Anggota jasad akan hancur tinggal tulang belulang.
Subhanallah. Semuga Allah memberi kita Taufik & HidayahNya agar kita mati sebagaimana matinya para anbia’ dan para aulia’ – mati pada nama tetapi sempurna pada Haq.
c. SESUDAH KIAMAT
Sesudah Kiamat kita akan berhimpun di YAUMIL MASYAR dan akan meniti Titi Siratul Mustaqim mengikut amal ibadah masing-masing.
Balasan Syurga ialah balasan bagi hamba Allah yang redho dan menjalankan perentah Allah & Rasul tanpa meminta balasan dan ia selalu bertakwa kepada Allah walaupun dia tidak Mengenal Allah.
Balasan Neraka . Inilah istana iblis yang direjam, syaitan berjasad manusia termasuk mereka mereka yang kelihatan sangat kuat beramal tetapi selalu sahaja MENYENGUTUKAN ALLAH termasuk menyengutukan Allah dengan diri mereka sendiri.
Amal Ibadah tidak dapat menghilangkan kekotoran jiwanya, masih mengumpat, hasad dengki, ujub dan ria’. Pada mereka Ilmu Mengenal Diri sesat dan menyesatkan. Mereka amat bergantung kepada manusia berbanding pergantungan kepada Allah. Jika berlaku musibah kepada dirinya manusia lainlah yang dipersalahkan. Ini disebut oleh Imam Ghazali sebagai Nafsu Ammarah.
Firman Allah : Yunus 106
Ramai manusia yang beriman tetapi masih juga musyrik.
Firman Allah : Al-A’raaf 156
RahmatKu meliputi segala sesuatu.
Firman Allah : Hadith Qudsi
Wahai Muhammad..sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang berdosa kerana Aku mengampuninya. Aku Maha Pengampun dan berikanlah peringatan kepada orang orang yang benar, Aku sangat waspada.
KIAMAT IDAMAN AHLI HAKIKAT – BALASAN HAQ.
Amal ibadahnya 24 jam SUHUD ( memandang ) kepada Zat Allah, Sifat Allah, Af’al Allah. Ia sentiasa SE-kan DIRInya dengan SE-ZAT , SE-SIFAT, SE-ASMA dan SE-AF’AL dengan Tuhannya.
Apabila nyatalah WUJUD ALLAH maka KIAMAT-lah ( Binasalah ) manusia itu. Zahirlah NURZAT, hiduplah ia disisi Allah dan rasulNya.
Sesiapa mengenal DIRI nya maka kenallah ia akan Tuhannya ..siapa yang mengenal Tuhannya..maka binasalah dirinya dan Nyatalah Tuhannya.
Syurga bukan pilihan – neraka pula bukan idamannya. Inilah KIAMAT DUNIA pada pandangan Hakikat iaitu TAUHID PERINGKAT TERTINGGI dimana sasaorang itu beriman bahawa TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH.
Jika hanya Allah Yang Wujud, bagaimanakah sasaorang itu mendapat balasan syurga dan hukuman neraka ?
Ibnu Arabi berpendapat bahawa Rahmat Allah mendahului dan mengatasi segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan