Selasa, 24 Ogos 2010

ENTRI SLOWDOWN....



Salam saudara pembaca yang budiman....

Entri pada bulan ramadhan ini nampaknya SLOW SIKIT Almaklumlah...

Mudah2an ianya akan disegerakan selepas Syawal nanti InsyaAllah.

Fakir

Rabu, 18 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI EMPAT PULUH ( 40 ) - ASRAFUR ASRAR – 4 Oleh : Fakirabdillah



Soal

Apa farak ( beza / pemisah ) Sifat dengan Mausuf, Wujud dengan Maujud , Ilaha dengan Ilahiyyat, Ilaha dengan Allah ?

Jawab

Sifat itu kenyataan bagi Mausuf.
Wujud itu kenyataan bagi Maujud
Ilaha itu kenyataan bagi Ilahiyyat dan farak Ilaha itu ialah Allah Yang Kaya daripada tiap tiap sesuatu dan berkehendak kepadaNya tiap tiap sesuatu. Adapun Allah ialah Nama bagi Zat Wajibul Wujud yang mengwajibkan 20 Sifat.

Soal

Adakah Zat bersekutu atau bersyarikat dengan Sifat ?

Jawab

Sifat tidak bercerai mahupun bersekutu dengan Zat. Sifat itulah Zat.

Soal

Kenapakah 20 Sifat itu dibahagi kepada 4 bahagian yaitu Napsiah, Salbiah, Maani dan Maknuyah ?

Jawab

Dibahagikan kepada 4 bahagian kerana dibangsakan kepada 4 bangsa yaitu bangsa Wujud, bangsa Adom, bangsa Hal dan bangsa Iktibar.

Sifat Maani itu bangsa Wujud kerana Sifat Maani itu wujud pada Zihin dan pada Kharij

Bangsa Adom itu ialah Sifat Salbiah kerana tiada maujud pada Zihin ataupun Kharij

Bangsa Hal ialah Sifat Napsiah kerana Sifat Napsiah itu kelakuan Maujud.

Bangsa Iktibar ialah Sifat Maknuyah kerana ianya Nama bagi Zat. Contohnya Sifat Hayyun – Yang Hidup kerana berdiri Sifat itu pada Sifat Hayat itu pada Zat yaitu ertinya dikeranakan dengan suatu kerana.
Soal

Sifat 20 ada berapa mertabat atau tingkat tingkatnya ?

Jawab

Tiga mertabat.

Mertabat Zat - yaitu Sifat Napsiah dan Salbiah. Dikatakan Mertabat Zat kerana Sifat Sifat itu tiada dapat diketahui oleh sesiapapun. Sifat Napsiah itu tiada kenyataan pada Kharij. Begitu juga halnya Sifat Salbiah itu hanya Sifat pada khabar jua.

Mertabat Sifat – yaitu Sifat Maani. Dikatakan Mertabat Sifat kerana Sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan Alam.

Mertabat Asma’ – yaitu Sifat Maknuyah . Dikatakan Mertabat Asma’ kerana Sifat Maknuyah ini Nama bagi Zat saperti Qadirun yaitu Yang Berkuasa kerana berdiri Sifat Kudrat pada Zat.

Soal

Kenapakah Sifat Sifat Wujud , Kidam, Baqa’, Mukhalafatuhu Lilhawadith, Kiamuhu Bainafsihi dimasukkan kepada kumpulan Sifat Kaya ?

Jawab

Kerana Sifat yang lima itu bernama Kaya Zat yaitu ada Zat Allah itu tiada dikeranakan dengan sesuatu dan QadimNya tiada permulaan, BaqaNya tiada berkesudahan, MukhalafatuhuNya tiada sesuatu yang menyerupaiNya dan KiamuhuNya tiada berkehendak pada tempat. Kerana itulah dikatakan Sifat Kaya.

Soal

Kenapakah Sifat Sifat Sama’, Basar, Kalam, Samiun, Basirun dan Mutakallimun juga dimasukkan kedalam kumpulan Sifat Kaya ?

Jawab

Sebab Sifat Sifat itu Mahasuci dari kekurangan. Maka dikatakan Kaya.

Soal

Kenapakah Allah itu dikatakan bersifat Hayat, Ilmu, Iradat , Hayyun, Alimun, Qadirun, Muridun dan Wahdaniat ?

Jawab

Jika tiada Allah itu dikatakan bersifat sedemikian ( 9 Sifat itu ) maka tiadalah alam ini.

Soal

Apakah maknanya dikatakan maujud pada Zihin dan maujud pada Kharij itu ?

Erti maujud kepada Zihin ialah maujud Sifat kepada Zat dan maksud maujud kepada Kharij ialah memberi bekas Sifat kepada menjadikan alam.


Bersambung..........................

Ahad, 15 Ogos 2010

CUBAAN MENJAWAB SATU PERSOALAN PEMBACA..........



CUBAAN MENJAWAB SATU PERTANYAAN........
Oleh : Fakirabdillah

Salam saudara pembaca yang budiman.

Saorang pembaca laman ini yang menamakan dirinya sebagai Puan Fariza, telah menyampaikan satu pertanyaan kepada Fakir melalui sms . Pertanyaan beliau adalah saperti berikut :-


PERSOALAN

Salam..ada pertanyaan berkenaan statement “ Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Didalam blok, encik agak kurang setuju dengan kenyataan diatas kerana encik berpendapat yang baik dan buruk datang dari Allah, jadi bolehkah diterangkan sedikit lagi ? Saya bagi contoh jika sasaorang itu mencuri , membunuh tidak solat, hatta murtad apakah ianya datang dari Allah juga ? Bukankah ia datang dari nafsu jahat manusia dan bisikan syaitan ? Sekian.


CUBAAN MENJELASKAN......

Fakir ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca yang bertanya itu dan didalam entri ini fakir dengan Kudrat & IradatNya jua cuba memberi penjelasan kerana persoalan ini memang susah hendak diterima oleh ramai dari kalangan kita lebih lebih lagi mereka yang hanya belajar Ilmu Syariat.


BUKAN KENYATAAN ATAU PENDAPAT FAKIR TETAPI KENYATAAN ALLAH SWT....

Pertamanya ingin ditegaskan bahawa kenyataan yang menyebut bahawa “ yang baik dan buruk dari Allah kesemuanya” bukanlah kenyataan atau pendapat fakir sendiri saperti yang disebut oleh yang bertanya itu.

Ianya adalah Kenyataan & Penjelasan Allah SWT didalam Al-Quran. Antaranya ialah :-


BEBERAPA DALIL DALIL NAQLI...

Surah An Nisaa : Ayat 78 yang bermaksud :

Jika perkara baik terjadi, mereka katakan dari Allah SWT dan jika perkara tidak baik terjadi , mereka katakan dari kamu. Katakanlah segala-galanya dari Allah SWT

Huraian Fakir...

Barangkali kita sudah terlalu biasa mendengar ucapan terakhir guru guru atau uztaz uztaz malah ulamak ulamak bertaraf tinggi yang selalu mengakhiri syarahan mereka dengan ungkapan saperti berikut : Sekianlah syarahan saya tuan tuan dan puan puan ..Yang baik dari Allah dan yang tidak baik dari saya sendiri...hinggakan kita lupa akan Firman Allah yang disebutkan diatas.

Barangkali juga ramai diantara kita lebih suka mendengar ceramah alim ulamak berbanding membaca Al-Quran untuk menimba ilmu ..hinggakan ramai diantara kita tidak tahu akan ujudnya ayat 78 Surah An Nisaa itu kerana tidak pernah mendengar guru atau ustaz menyebutnya....

Barangkali juga iman dan tauhid kita tidak mahu menerima kenyataan bahawa perkara perkara yang tidak baik itu adalah datangnya dari Allah ..apatah lagi jika dikatakan Perbuatan Allah kerana pada kita Allah itu Maha Agung dan Maha Pemurah lagi Pengasih. Jadi mana boleh Allah melakukan perkara perkara yang Dia sendiri mengatakan sebagai Munkar saperti membunuh dan sebagainya. Ini disebut sebagai budi bahasa kita terhadap Allah .

Surah Al Anfal : Ayat 17

Bukan kamu yang membunuh mereka tetapi Allah yang membunuh mereka dan bukan engkau yang melempar tetapi Allah.

Huraian Fakir..

Ramai diantara kita mentafsirkan atau memahami ayat 17 Surah Al Anfal ini dengan mengaitkannya dengan peristiwa dimana ayat ini diturunkan yakni Perang Badar dimana Allah telah membantu pihak Islam mengatasi kaum Quraisy ..dan kenyataan ini ialah kenyataan khusus dan tidak ada kaitan dengan ayat dimana Allah juga telah menegaskan Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu.

Ini adalah kerana mereka yang berfahaman sebegini tidak mahu menerima atau tidak tahu tentang konsep NAFI & ISBAT.

Surah Al Insan : Ayat 30

Dan tiadalah kehendak kamu melainkan Kehendak Allah jua

Ini ( berkaitan tiada kehendak kita ) kita akui apabila menjawab seruan bilal semasa azan, dimana kita mengakui bahawa tiada kehendak kita dan daya upaya kita untuk melakukan solat melainkan dengan IRADAT & KUDRAT ALLAH.

Ini disebut sebagai HAUQALAH.

Kita sabenarnya amat suka mengatakan kita solat dengan kehendak kita dan daya upaya kita kerana kita hendakkan pahala hingga kita terlupa yang kita telah menodai pengakuan kita sendiri apabila menjawab seruan bilal.

Barangkali ramai juga diantara kita tidak faham apa yang dia sendiri katakan atau lafazkan sebab suka mengikut ngikut tanpa faham.

Surah Al Isra : Ayat 13

Dan tiap tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatan mereka sebagaimana tetapnya kalung pada leher mereka.

Huraian Fakir.......

Ayat ini sangat jelas dan tidak memerlukan apa apa tafsiran..tetapi ramai diantara kita masih tidak mahu menerimanya . Kenapa ? No answer.

Surah Ash Shaffaat : Ayat 96

Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu kerjakan / perbuatan

Ayat yang sangat mudah difahami ..tetapi sukar diterima ramai.


YANG MEMBIMBING & MENYESATKAN ITU IALAH ALLAH......

Ayat diatas wajar juga dibaca bersekali dengan beberapa ayat ayat Al-Quran yang lain dimana banyak kali Allah SWT mengulang-ngulang kenyataan bahawa Yang Membimbing dan Menyesatkan itu hanyalah Allah. ( HADI & MUDHIL )

Kita sedia faham Bimbingan itu merujuk kepada Yang Makruf ( baik baik ) dan Sesat itu adalah merujuk kepada Yang Mungkar ( yang buruk, yang tidak baik ) .

Diturunkan beberapa ayat ayat yang menjelaskan kenyataan diatas.

BEBERAPA DALIL DALIL NAQLI...

Antaranya ialah :-

Surah An Nisaa : Ayat 143

Siapa yang disesatkan Allah niscaya engkau ( Ya Muhammad ) tidak mendapat jalan untuk menunjukkinya.

Surah Al An’aam : 39

Barangsiapa yang dikehendakki Allah niscaya disesatkanNya. Dan siapa yang dikehendakkiNya niscaya ditunjukiNya kejalan yang lurus

Surah Al A’raaf : 43

Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjuki kami

Surah Al A’raaf : 178

Siapa yang ditunjuki Allah , maka dia mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang yang merugi

Surah Al Muddatstsir : 31

.......Demikian Allah membiarkan sesat orang orang yang dikehendakkiNya dan memberikan petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya.

Surah Al-Hadid : 22

Bencana yang terjadi dibumi dan pada dirimu sendiri telah tertulis didalam kitab sebelum Kami melaksanakannya..

Surah Al – Qashash : 56

Sesungguhnya engkau tidak akan mampu untuk memberi petunjuk orang yang kau cintai , tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya. Dia lebeh mengetahui orang orang yang mendapat petunjuk.

Surah An Nahl : 93

Dan jika Allah menghendaki niscaya dijadikanNya kamu satu umat tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendakkiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakkiNya.

Surah Yunus : 107

Dan jika Allah menimpakan bahaya kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu maka tidak ada yang dapat menghalangnya kurnia Tuhan itu. ....

Huraian Fakir.......

Terlalu banyak ayat ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini yakni Yang Membimbing ialah Allah. Ini semua bersetuju. Bila Allah mengistiharkan bahawa Yang Menyesatkan itu ialah Allah juga ..ramai yang tidak dapat menerimanya . Kenapa ? No answer.


HAL INI IALAH BERKAITAN PEMAHAMAN MENGENAI QADHA & QADAR

Untuk memberi lebih pemahaman tentang apa yang disebut sebagai QADA’ & QADAR itu, fakir pinjam penjelasan Dr K.H Muhibbudin Wali dari kitabnya Al-Hikam . Mudah-mudahan ia akan memberi faham yang lebih kepada kita semua berkaitan Rukun Iman Yang Ke-enam itu , sekaligus menjelaskan tentang persoalan yang kita bicarakan ini.

Menurut Mazhab AL- ASY’ARY - AL-QADHA’ dan AL-QADAR ialah :-

AL-QADHA’

Kehendak Allah SWT pada zaman azal ( zaman yang tidak diketahui permulaannya ) pada segala sesuatu menurut keadaannya pada waktu adanya. Dan dia termasuk sifat sifat Zat disisi mereka.

Misalnya Allah berkehendak pada masa azal akan menjadikan hambaNya Fuad misalnya menurut apa yang kita lihat pada waktu adanya. Bentuknya begitu, jadi saorang doktor, isterinya dua dan lain lain. Oleh sebab itu maka qadha’ menurut ini adalah Sifat Zat Allah SWT.

Dan qadha’ menurut ini pula adalah QADIM dan bukan HADIS ( baharu )

AL-QADAR

Penciptaan Allah SWT akan segala sesuatu menurut ukuran yang telah ditentukan dan rupa yang telah ditentukan pula sebagaimana yang telah dikehendakki olehNya.

Maksudnya Tuhan menjadikan sesuatu menurut apa yang telah dikehendakki olehNya pada sebelum menjadikan itu. Hal keadaan ini disebut Al-Qadar. Maka Al-Qadar adalah baharu ( Hadis ).

Menurut mazhab AL-MATURIDY – Al-Qadha’ ialah :-

Allah menjadikan segala sesuatu serta menambah kekokohan dan kebagusan pada yang dijadikan – maka Al-Qadha’ merupakan SIFAT PERBUATAN ALLAH menurut ulamak mazhab ini.

Contohnya ialah, Allah SWT menjadikan langit, bumi dan lain lain dengan begitu indah, bagus, kokoh, teratur dan lain lain dari sifat sifat yang menunjukkan atas keagungan segala sesuatu yang dijadikan olehNya. Kerana itu Al-Qadha’ menurut mazhab ini adalah baharu sebab ia SIFAT PERBUATAN ALLAH SWT.

Adapun Al-Qadar menurut mazhab ini ialah :-

Allah menentukan pada azal tiap tiap makhluk menurut ketentuanNya yang diperdapat pada makhluk itu waktu diadakannya berupa kebagusan , kejelekan, manfaat, mudharat dan lain lain. Artinya Ilmu Allah pada masa azal tentang sifat sifat semua makhluk, maka berkaitanlah Al-Qadar menurut mereka pada ulamak mazhab ini kepada Sifat Ilmu, sedangkan Sifat Ilmu adalah sebahagian dari Sifat Sifat Zat.

Maksudnya ialah bahawa Al-Qadar ialah Ilmu Allah, artinya Pengetahuan Tuhan yang tidak ada permulaan tentang sifat sifat makhluk berupa ketentuan ketentuan yang terdapat pada makhluk makhluk itu, dimana akan diciptakan oleh Allah SWT.

Umpamanya keadaan kita sekarang baik hidup dan kehidupan ataupun mati dan sebagainya, sudah merupakan ketentuan dan ketetapan Allah yang diketahuiNya. Oleh sebab itu maka Al-Qadar bertalian dengan Ilmu Allah yang merupakan salah satu dari Sifat SifatNya, sedangkan Ilmu Allah merupakan sebahagian dari Sifat Sifat Zat Allah.

Hadith Nabi dari Bukhari & Muslim :-

Seorang lelaki bertanya kepada Rasullullah : Hai Rasullullah apakah itu Iman ? Menjawab Nabi : yaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab kitabNya, Rasul rasulNya dan Hari Kemudian. Juga engkau beriman dengan Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah SWT.

Surah Al-Qamar : 49

Sesungguhnya Kami telah menjadikan sesuatu menurut ketentuannya.

Surah Al-Baqarah : 102

Mereka tidak dapat menghilangkan bahaya dari siapa pun terkecuali dengan izin Allah SWT

Meskipun kita wajib beriman kepada Qadha’ & Qadar tetapi tidak boleh kita jadikan Qadha’ & Qadar itu sebagai alasan sebelum mengerjakan sesuatu demi untuk sampai kepadanya.

Misalnya seseorang bermaksud mencuri maka sebelum ia melakukan perbuatan mencuri itu ia mengatakan bahawa Allah mengqadha’ dan mentaqdirkan ia untuk mencuri. Hal keadaan ini adalah suatu hal yang tidak pantas, disamping ia telah mendahului Allah apa lagi melakukan perbuatan yang dilarang olehNya.

Atau kita telah melakukan perbuatan yang tidak baik ( mesum ) maka demi untuk menghindarkan dari hukum kita katakan bahawa Allah melakukan qadha’ dan qadarNya atas hal itu. Tetapi apabila seseorang mengatakan saperti itu sekedar untuk menolak celaan orang lain maka tidak apa apa.

Hal keadaan ini berdasarkan kepada Hadith sahih yaitu berkata Nabi Muhammad SAW :-

Pada suatu kali dizaman dahulu bertemu roh Nabi Adam a.s dengan roh Nabi Musa a.s. Berkata Musa kepada Adam : Tuan adalah bapak manusia dimana kerana tuanlah maka keluar anak cucu tuan dari syurga kerana disebabkan tuan memakan buah kayu terlarang. Berkata Adam : Hai Musa engkau telah dipilih oleh Tuhan bercakap cakap denganNya dan Tuhan telah berikan kepada engkau kitab Taurat. Kenapa engkau cela saya atas satu pekerjaan padahal Allah SWT telah mentaqdirkan hal keadaan itu atas saya sebelum Tuhan menjadikan saya pada zaman 40,000 tahun sebelumnya .

Berkata Nabi Muhammad SAW : Maka dengan alasan Adam demikian Nabi Adam telah mengalahkan Nabi Musa tentang persoalan itu.

Walhasil dalam segala sesuatu adalah Qadha’ & Qadar Tuhanlah yang berlaku dengan sebenarnya. Kerana itu kita boleh berikhtiar dan berusaha tetapi jangan lupa tawakkal dan menyerah kepada Allah agar Dia menentukan dengan ketentuan ketentuan yang baik buat kita dunia dan akhirat.

..................................DARI AL-HIKAM Karangan Prof Dr K.H Muhibbuddin Waly


IANYA JUGA BERKAITAN DENGAN HAUQALAH & KERANA ALLAH - LILLAH HI TAALA

Ucapan LILLAH HI TAALA memang sering diucapkan oleh seseorang muslim setidak-tidaknya ketika solat 5 kali sehari semalam . Kita berpuasa bila kita suarakan NIAT atau lafazkan pun kita mengatakan LILLAH HI TAALA atau KERANA ALLAH.

Apakah yang kita tashdiqkan dihati bila menyebut kalimah kalimah itu ? Adakah kita solat atau puasa kerana PERINTAH Allah ? Atau kita beribadah itu untuk menyatakan KETAATAN kita kepada Allah ? Atau kerana KUDRAT & IRADAT ALLAH-lah kita boleh beribadat ?

Pada fakir semuanya adalah betul belaka mengikut tahap tahap ilmu dan peringkat tauhid seseorang itu. Pada penganut Ilmu Hakikat tauhid peringkat pertamanya ialah pengakuan dan kesaksiannya bahawa tiada perbuatannya pada hakikatnya melainkan segala-galanya adalah AF’AL ALLAH JUA.

Inilah sabenar-benarnya yang diakui dan dilafazkan oleh seseorang itu apabila menjawab seruan bilal untuk bersolat dengan menjawab : Tiada Daya Upaya & Kehendak Aku Melainkan Dengan Iradat & Kudrat Allah.

Lantas terjawablah persoalan sama ada manusia itu mempunyai kehendak dan daya upayanya sendiri atau dia sabenarnya hanya menjadi sandaran untuk Allah menyatakan Kehendak dan DayaupayaNya. ( Kudrat & IradatNya )

Inilah sahaja yang dapat Fakir kemukakan untuk cuba menjelaskan ( dengan Kudrat & IradatNya jua ) kepada persoalan yang dikemukakan oleh saorang pembaca bernama Puan Fariza. Adalah diharapkan penjelasan diatas dapat diterima dan memberi pemahaman yang bermunafaat.


Terima kasih.

Fakirabdillah.

PERSOALAN UTK DIMUZAKARAHKAN.........



Salam saudara pembaca yang budiman.

Saorang pembaca laman ini telah menyampaikan satu pertanyaan kepada Fakir melalui sms . Pertanyaan beliau adalah saperti berikut :-

Salam..ada pertanyaan berkenaan statement “ Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri sendiri. Didalam blok, encik agak kurang setuju dengan kenyataan diatas kerana encik berpendapat yang baik dan buruk datang dari Allah, jadi bolehkah diterangkan sedikit lagi ? Saya bagi contoh jika sasaorang itu mencuri , membunuh tidak solat, hatta murtad apakah ianya datang dari Allah juga ? Bukankah ia datang dari nafsu jahat manusia dan bisikan syaitan ? Sekian.

Fakir ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca yang bertanya itu dan didalam entri akan datang fakir dengan Kudrat & IradatNya jua akan cuba memberi penjelasan kerana persoalan ini memang susah hendak diterima oleh ramai dari kalangan kita lebih lebih lagi mereka yang hanya belajar Ilmu Syariat.

Sementara itu fakir ingin mengemukakan persoalan ini untuk mendapat pandangan 2 dan pendapat para pembaca laman ini. Silalah kemukakan pandangan dan pendapat tuan tuan & puan puan diruangan komen entri ini.

Terima kasih dan selamat berpuasa.

Fakirabdillah.

Rabu, 11 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI TIGA-PULUH SEMBILAN ( 39 ) - ASRAFUR ASRAR – 3 Oleh : Fakirabdillah




Soal

Kemanakah takluk Makrifat itu ?

Jawab

Kepada Mengenal Diri

Soal

Mengenal Diri pula takluk kepada apa ?

Jawab

Kepada Mengenal Allah

Soal

Mengenal Allah pula takluk kepada apa ?

Jawab

Takluk kepada binasa diri. Sabda Nabi :-

Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu. Waman Arafa Rabbahu Fasadal Jasad :

maksudnya :-

Barangsiapa mengenal akan dirinya ia akan mengenal Tuhannya dan barangsiapa mengenal akan Tuhannya binasalah dirinya.

Soal

Semasa itu siapa yang dikenal dan siapa pula yang mengenal ?

Jawab

Yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal.
Sabda Nabi :-

Ariftu Rabbi Birabbi : makssudnya

Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku

Soal

Bagaimanakah caranya Mengenal Tuhan itu sedangkan Tuhan itu tiada Ain ( tiada bertubuh ) ?

Jawab

Kita kenal Tuhan itu dengan Sifat dan Kesan SifatNya. Firman Allah :-

Aku jadikan tiap tiap sesuatu itu kerana hendak supaya mengenal aku.

Soal

Mana yang dinamakan Sifat ?

Jawab

Yang Menunjukkan akan sesuatu itulah yang dinamakan Sifat.

Soal

Apakah erti Zat, Sifat, Asma’ & Af’al ?

Jawab

Zat itu DiriNya Allah
Sifat itu Kelakuan Allah
Af’al itu Perbuatan Allah
Asma’ itu Nama Allah

Soal

Siapakah yang memberi Nama Allah ?

Jawab

Allah sendiri menamakan DiriNya Allah.

Soal

Nama Allah itu Qadim atau Muhaddath ?

Jawab

Qadim

Soal

Bagaimanakah hukum adanya Allah SWT itu ?

Jawab

Allah SWT itu qadim, Mukhalafatuhu Lilhawadith, Kiamuhu Bainafsihi & Wahdaniat.


Bersambung...........................

Selasa, 10 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN ENTRI TIGA-PULUH LAPAN ( 38 ) - ASRAFUR ASRAR – 2 Oleh : Fakirabdillah



Soal

Apakah erti sebenar percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat & Qada’ & Qadar itu ?

Jawab

Percaya kepada Allah maksudnya percaya kepada Zat, Sifat, Asma’ dan Af’al Allah SWT

Percaya kepada Rasul bermaksud percaya bahawa Nabi Muhammad bin Abdullah bangsa Arab Quraisy yang diperanakkan di Mekah berumur 63 tahun wafat dan dimaqamkan di Madinah adalah PESURUH ALLAH yang menyampaikan Agama Islam kepada kita.

Percaya kepada Malaikat bermaksud percaya akan wujudnya Makhluk Allah yang bertubuh halus, tiada jantina, tiada makan minum, tiada syahwat, tiada beranak dan tiada tidur sepanjang masa melaksanakan tugas yang ditentukan Allah.

Percaya kepada Kitab bermaksud bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada Rasul RasulNya melalui Jibrail untuk membimbing manusia kepada hidup beragama tauhid. Jumlah kitab yang diturunkan ialah sebanyak 104 buah.

Percaya kepada Hari Akhirat bermaksud bahawa hidup didunia ini adalah sementara. Akan berlaku kehancuran dan kebinasaan dunia ini yang dipanggil KIAMAT dan akan berlaku HARI PEMBANGKITAN dan pembalasan dimana setiap manusia akan berhimpun di PADANG MAHSAR, ditimbang, melalui titian Siratul Mustaqim dan percaya kepada wujudnya balasan dosa / neraka dan balasan pahala / syurga.

Percaya kepada Qada & Qadar bermakna bahawa segala sesuatu mengenai kehidupan seseorang itu telah ditentukan Allah sama ada baik atau jahat.

Soal

Apakah maknanya MENG-ESAKAN Zat, Sifat, Asma’ & Af’al Allah itu ?

Jawab

ESA ZAT itu bermakna bahawa TIADA YANG WUJUD di-Alam Semesta ini melainkan Allah semata-mata. Wujud ghayr atau yang lain itu tiada hakikatnya melainkan saperti bayang bayang sahaja . Tiada hakikat baginya.

ESA SIFAT bererti tiada yang hidup, yang mengetahui, yang berkuasa, yang berkehendak, yang mendengar, yang melihat dan yang berkata-kata melainkan Allah SWT semata-mata.

Esa Sifat itu zahir pada makhluk sebagai sifat Bayang Bayang Allah bermaksud hidupnya manusia itu sebagai Bayangan Allah Untuk Allah. Mustahil ujud bayang bayang tanpa orang yang Punya Bayang dan mustahil bergerak bayang bayang tanpa Pergerakan Yang Punya Bayang.

Mahasuci Allah dari bertubuh dan mempunyai bayang bayang. Ianya hanya MITHALAN untuk pemahaman saperti ujudnya cahaya matahari menunjukkan adanya matahari.

ESA AF’AL bermaksud bahawa tiada yangmempunyai PERBUATAN dalam alam ini melainkan PERBUATAN ALLAH. Tiada Perbuatan makhluk walau sebiji zahrah pun . Jika anda percaya bahawa anda mempunyai perbuatan dan ikhtiar maka anda adalah SYIRIK.

Yang dinamakan MAKRIFAT itu ialah membezakan antara muhaddath dengan Kadim dan jikalau tiada membezakan antara Muhaddath dengan Kadim maka dinamakan JAHIL Berganda. Jahil yang pertama ialah jahil akan diri sendiri dan jahil kedua ialah jahil akan Tuhannya.

Bersambung................

SELAMAT BERPUASA...............



Salam saudara pembaca yang budiman.

Esok kita akan mula BERPUASA.

Fakir mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada anda semua..mudah2an dengan Kudrat IradatNya jua kita dapat menunaikan ibadah ini dengan sempurna zahir dan batin.

Sepanjang Ramadhan ini marilah kita bermohon kepadaNya agar kita dapat PUAS - SE yakni puas Mengesakan Allah Sezat-Sesifat-SeAsma' & Se-Af'al. Sesungguhnya tiadalah dayaupaya & kehendak kita melainkan Kudrat & IradatNya jua.


Ikhlas dari......

Fakirabdillah.

Sabtu, 7 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH TUJUH ( 37 )



Salam saudara pembaca yang budiman,

Kita masih lagi meneruskan pelajaran bab sefer sefer ( asas asas ).

Mulai entri yang ke 37 ini fakir akan salinkan kandungan kitab ASRAFUR ASRAR karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui yang ditulis didalam tulisan jawi untuk bacaan saudara sekalian. ( telah dirumikan dan merupakan sebahagian daripada kandungan PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN )

Kitab ini ditulis dalam bentuk soal dan jawab. Dia yang soal dia juga yang menjawab. Pada masa dahulu ramai ulamak suka mengarang kitab masing masing mengikut cara ini.

Selamat membaca,

Fakirabdillah.

.....................................................................................

Hadith Nabi :-

Bermula menuntut ilmu itu FARDHU atas setiap muslim lelaki dan perempuan.

Soal

Apakah yang dikatakan Ilmu Fardhu Ain itu ?

Jawab

Ilmu Fardhu Ain ada tiga bahagian , pertama Ilmu Usulluddin, kedua Ilmu Feqah dan ketiga Ilmu Tasauf.

Soal

Apakah asas atau pokok yang perlu dituntut dalam ketiga-tiga bidang ilmu itu ?

Jawab

Asas Ilmu Usul yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui sekadar perkara yang wajib dan perkara yang mustahil dan yang harus bagi Tuhan kita dan Rasul kita agar sah keimanan kita.

Asas Ilmu Feqah yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui segala syarat dan rukun ibadah agar ibadah tersebut sah dan tidak batal.

Asas Ilmu Tasauf yang perlu diketahui ialah :-

Mengetahui perkara perkara yang membatalkan amal ibadat kita saperti ujub, riak, takbur dan sebagainya yang dicela oleh syarak.

Soal

Apakah hukumnya orang yang beramal tanpa mengetahui perkara perkara diatas ?

Jawab

Hadith Nabi :-

Tiada sekali diterima segala amal ibadatnya termasuk mengerjakan haji dan haram baginya menuntut Ilmu Fardhu Kifayah sebelum mengetahui Ilmu Fardhu Ain contohnya haram bagi seseorang mengerjakan sembahyang sunat, sembahyang fardhu tidak diqadhakan dan haram menjadi wali dan saksi nikah.

Soal

Mana asal Amal dan mana pula asl Makrifat ?

Jawab

Asal kedua-duanya ialah Ilmu. Oleh itu wajiblah menuntut Ilmu.

Soal

Dimana pula asal Ilmu itu ?

Jawab

Asal Ilmu ialah Al-Quran. Ilmu yang tidak selaras atau mufakat dengan Al-Quran & Hadith adalah BATAL dan tidak boleh dipakai atau dipegang.

Soal

Apakah yang dikatakan Awal Agama dan apakah maksud Agama itu ?

Jawab

Awal awal agama ialah MENGENAL ALLAH ( Awaluddin Makrifatullah ) . Yang dinamai Agama itu ialah IMAN, ISLAM, TAUHID dan MAKRIFAT.

Soal

Bagaimanakah kuncinya untuk Mengenal Allah ?

Jawab

Kuncinya ialah MENGENAL DIRI

Soal

Apakah erti Iman, Islam, Tauhid dan Makrifat itu ?

Jawab

Erti Iman ialah Percaya Kepada Allah, Rasullullah, MalaikatNya, Kitab KitabNya, Hari AkhiratNya dan Qadha & QadharNya.

Islam pula bererti Menjunjung Titah PerintahNya dan Meninggalkan LarangaNya.

TAUHID pula bererti meng-ESA-kan Zat, Sifat dan Af’al Allah.

MAKRIFAT maknanya dapat membezakan antara Muhaddath dengan Qadim

Bersambung...........................

Jumaat, 6 Ogos 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH ENAM ( 36 )



TAWAKKAL

Tawakkala itu ada tiga ( 3 ) tingkat :-

Pertama – Menyerah diri kepada Allah saperti seseorang yang menyerahkan kuasanya kepada WAKILNYA dalam sesuatu perkara dimana , orang yang berwakil masih harus melakukan usaha tertentu menurut permintaan wakilnya untuk memenangkan sesuatu perkara itu

Kedua – Menyerahkan diri kepada Allah saperti anak kecil menyerahkan segala persoalan dirinya kepada ibunya, dimana orang yang bertawakkal tidak lagi melakukan usaha selain meminta apa yang diingininya kepada Allah.

Ketiga – Menyerah diri kepada Allah saperti mayat ditangan orang yang memandikan mayat dimana, orang yang bertawakkal tidak lagi berusaha dalam bentuk apa pun bahkan tidak meminta sesuatupun kepada Allah kerana ia yakin Allah menunaikan hajatnya meskipun dia tidak meminta kerana Allah telah menjanjikan akan memberi kan kepada orang yang sentiasa ingat kepadaNya.

Orang yang bertwakkal itu bukanlah FATALIS yang menyerahkan diri kepada NASIB tanpa berusaha.

Hendaklah ia melakukannya ( usaha itu ) menurut batas batas yang wajar dimana dia tidak merasa sedih dan susah dalam usahanya itu dan usahanya itu tidak mengganggu dia dalam INGAT kepada Allah.

Tetapi dalam tawakkal peringkat tiga diatas – memang tiada usaha

ILMU – HAL & AMAL TAWAKKAL

INTI TAUHID orang Muqarribin bahawa segala sesuatu dalam alam ini terbit dari Allah Yang Satu.

MAHABBAH

Cinta kepada Allah ialah darjat yang paling tinggi.

Cinta ialah penggerak yang mendorong seseorang bertaubat dari segala dosanya.

Makrifah Yang Hakiki lahir dari rasa cinta tetapi Cinta Hakiki Kepada Allah pula lhir dari Makrifah. Yang patut dicintai hanya Allah. Jalan yang terlebeh segera bukan dengan Amal tetapi dengan SUHUD MEMANDANG ALLAH.

SEBAB SEBAB MELAHIRKAN CINTA

CINTA DIRI – keinginan akan keabadian dan kesempurnaan wujud diri.

CINTA KPD ORANG LAIN – cinta kepada orang lain yang berbuat kebaikan walaupun kebaikan yang dibuatnya itu tiada kaitan dengan kita.

Cinta kepada orang yang berbuat baik kepada kita

Cinta kepada barang yang indah

Cinta kepada sesuatu yang ada kesamaan dengan diri kita

Apabila seseorang kasih akan dirinya serta segala yang berkaitan dengannya, ia harus mengasihi Allah kerana semuanya adalah Nikmat Allah.

TANDA TANDA CINTA

- Kasih akan mati
- Kasih kepada apa yang dikasihi Allah
- Sentiasa berzikir
- Suka berkhalwat, munajat & membaca Al-Quran.
- Tidak kesal akan kehilangan sesuatu selain Allah
- Sedap berbuat taat kepada Allah
- Sayang kepada Mukmin dan benci kepada kafir
- Takut kepada Allah
- Sembunyikan kasihnya kepada Allah dari bukan ahli
- Ridha ia atas segala Qadha & Qadar Allah

RIDHA

Ridha akan KETENTUAN Allah ialah Makam Tertinggi hasil dari MAHABBAH

Ridha maknanya tdak menyangkal akan segala Perbuatan Allah terhadapnya dan terhadap orang lain kerana segalanya adalah Af’al Allah belaka. Ianya puncak ketenangan jiwa seseorang ahli sufi.

Ridha tidak termasuk ridha akan maksiat dan kekafiran sebab disesuaikan dengan prinsip Asy’ariah ( Syariat ) bahawa semua perbuatan manusia adalah Ciptaan Allah tetapi diciptakan SERENTAK dengan usaha dan ikhtiar manusia itu sehingga manusia wajib bertanggungjawab atas perbuatannya.

Pada prinsip Ibnu Arabi pula , manusia tidak wujud pada hakikatnya. Yang Wujud Hanya Allah. Oleh itu mana ada perbuatan manusia baik yang baik mahupun yang buruk ( jahat / maksiat ). Yang demikian bagaimanakah manusia itu boleh dipertanggungjawabkan.

Dalam hal ini anda fikir dan tentukanlah keyakinan anda sendiri. Penulis tidak mahu campur atas urusan anda dan orang lain.

MAKRIFAH – FANA’ & BAQA’

MAKRIFAH ialah matlamat kesufian. Ianya adalah Syurga Dunia dicapai melalui makam makam sebelumnya.

Tingkat permulaan Makrifah ialah Tauhid Peringkat Ketiga dimana salik memandang bahawa segala sesuatu dalam Alam Semesta ini terbit dari Yang Maha Satu .

Puncaknya ialah Makrifah yaitu Tauhid Peringkat Tertinggi dimana salik memandang bahawa Yang Ada Hanya Allah yaitu makam Nafs Ar-Radliyah.

Pandangan batin bahawa Yang Ada Hanya Allah itu dikatakan Fana’ Dalam Tauhid yaitu orang yang sudah mencapai pandangan Karam Ia Dengan Suhud Kepada Allah.

FANA ITU ADA 3 TINGKAT

Pertama – Fana’nya segala PERBUATAN dalam Perbuatan Allah

Kedua – Fana’nya SIFAT makhluk dalam Sifat Allah

Ketiga – Fana’nya WUJUD makhluk dalam Wujud Allah.

BAQA’ ialah makam yang dicapai selepas Fana’. Apabila salik itu matang sebagai orang sufi, dia kembali dari khalwatnya kealam sedar berbakti kepada masyarakat.

Kesedaran satelah fana’ tidak saperti kesedaran sebelumnya, kerana selepas fana’ segala sifat basyariyahnya sudah bertukar kepada Sifat Sifat Al-Haq. Ini disebut sebagai Nafs Ar-Radliyah.

KEESAAN DALAM KETERBILANGAN

Ini Makrifah orang Nafs Al-kamilah dimana ia memandang Keterbilangan Didalam Keesaan dan sebaliknya.

Makrifah yang paling sempurna ialah Memandang Tuhan Melalui Alam Semesta tetapi pandangannya ini hanya dicapai oleh orang yang telah memandang Zat Mutlak Secara Langsung melalui pengalaman batinnya.

RUMUSAN

Saudara pembaca yang budiman,

Apa yang saudara baca didalam entri entri sebelum ini dan apa yang ditulis dientri ini ditulis berdasarkan kitab SAIRUS SALIKIN yang ditulis oleh Ulamak Melayu terkenal yakni Syaikh Abdus Samad Palimbani.

Rumusan penulis yakni Al-Fakir Abdillah Al-Gemasi adalah saperti berikut :-

Oleh kerana kita orang Nusantara, saya yakin Ilmu hakikat atau Ilmu Mengenal Diri yang sampai kepada kita pada hari ini adalah melalui Ulama Ulama Sufi Nusantara yang kebanyakannya berpeluang belajar di Mekah. Mereka ini mengkaji kitab kitab ulama ulama tersohor hingga ada yang menterjemahkannya. Syukur Alhamdulillah , dengannya maka sampailah ilmu itu kepada kita khasnya mereka yang tidak faham bahasa Arab.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya telah menemui banyak kitab kitab berbentuk manuskrip tulisan tangan, risalah risalah yang ditulis oleh peminat peminat atau pendokong Ilmu Hakikat ini sama ada dari Malaysia, Indonesia malah Selatan Thailand atau Pattani.

Kita bersyukur dan amat berterimakasih kepada beberapa muslimin yang dengan gigih berusaha menterjemahkan kitab kitab sebegini khususnya Yayasan Fataniah yang telah banyak membukukan manuskrip manuskrip tulisan ulamak ulamak dari Pattani saperti Syaikh Daud dan anak anak muridnya.

Selain dari Syaikh Abdus Samad Palimbani, ulamak ulamak Nusantara yang ulung ialah Syaikh Hamzah Al-Fansuri, Syeikh Abdul Rauf Fansur, Syeikh Shamsuddin bin Abdullah as-Sumaterai dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan disini.

Apa pun ulamak ulamak Nusantara ini baik Syeikh Daud, Abdus Samad mahupun Syeikh Hamzah dan yang lain lain meneruskan penyebaran fahaman fahaman ulamak terdahulu yang pada asasnya terbahagi kepada tiga sekolah pemikiran :-

Pertama – TASAUF SUNNI yang dipelopori oleh IMAM GHAZALI melalui kitabnya yang tersohor IHYA ULUMIDDIN, yang mengikut pendapat ramai telah meredakan tentangan dan perbalahan ilmu yang maha dahsyat ( hingga ada yang mati ) antara Ulamak Fuqaha dengan Ulamak Tasauf.

Kedua – TASAUF WAHDATUL WUJUD yang dimulakan oleh Abu Mansur Al-Hallaj dan diperjelas dan disempurnakan oleh MUHYIDDIN IBNU yang pada peringkat awalnya mendatangkan satu bentuk kegemparan hingga sehingga hari ini ada yang menggelarkan Ibnu Arabi sebagai ZINDIK YANG ATHEIS ( Tidak Percaya kepada Tuhan dan masih ramai yang menghormati dan mengkagumi beliau sebagai WALI ALLAH YANG AGUNG.

Ketiga – TAUHID USULUDDIN ASA’ARIAH atau Syariat yang menggelarkan diri mereka sebagai AHLI SUNNAH WAL JAMAAH yang mementingkan ibadah dan Hukum Hakam Islam.

Saperti Ghazali , Abdus Samad cuba dan berjaya mengahwinkan Tasauf Sunni dengan Wahdatul Wujud melalui kitabnya SAIRUS SALIKIN.

Pada saya ini mungkin satu PENYELESAIAN dan Jalan Selamat tetapi ianya membingungkan ketauhidan orang orang Tarikat Syattariah yang menjadi pendokong utama ajaran Ibnu Arabi.

Namun begitu TAUHID itu berkaitan dengan KEBATINAN seseorang, maka terpulanglah kepada kita sendiri memilih sekolah masing masing. Berdasarkan kepada prinsip Ibnu Arabi dan Firman Allah kalau kita TERSESAT pun ianya atas Kehendak Allah jua kerana Allah-lah Yang Maha Membimbing dan Allah jualah Yang Menyesatkan.

Saya ( fakir ) pula yakin bahawa saya ini KOSONG umpama kotak televisyen yang hanya menerima apa apa yang disiarkan oleh STESYEN PENYIAR yang disampaikan oleh gelombang MEGAHERTZ .

Walau ada berjuta peti televisyen dari pelbagai ukuran, warna, jenama dan sebagainya SIARAN tetap diterima dengan baiknya tanpa menjejaskan sedikitpun keadaan STESYEN PENYIAR.

Cerita yang ditayangkan adalah HAK MUTLAK Stesyen Penyiar dan bukan hak atau milik KOTAK TV. Itulah saya. Maka jadilah saya DIA dan bukannya anak murid Ibnu Arabi kerana DIA adalah DIA jua yakni AKU.

Wallah-hu – alam & terima kasih kepada Dr Chatib Quzwain.