Nota Kecil
Fakir menghadapi masalah kerana kekurangan ilmu untuk memasukkan huruf huruf Arab / Jawi kedalam tulisan ini.
KALIMAH NAFI / MENAFI
…huruf jawi Lam Alif ( bunyi LAA )
Maksudnya TIADA
LAA HAYYUN
Tiada aku yang HIDUP
LAA BASIRUN
Tiada aku yang MELIHAT
LAA MUTAKALLIMUN
Tiada aku yang BERCAKAP
LAA QADIRUN
Tiada aku yang BERKUASA / BERGERAK
LAA ALIMUN
Tiada aku yang MENGETAHUI / BERILMU
LAA SAMIUN
Tiada aku yang MENDENGAR
LAA QADIRUN
Tiada aku yang BERKEHENDAK
Nota :-
Fakir sengaja menyusun urutan Sifat Maknuyah diatas mengikut urutan anggota yang dikenakan air ketika kita berwudhu….fikirkanlah.
HURAIAN PROSA
LAA ( Lam Alif ) bermakna TIADA
Apa yang tiada ?
TIADA aku yang HIDUP
TIADA aku yang MELIHAT
TIADA aku yang BERKATA-KATA
TIADA aku yang BERKUASA / BERGERAK
TIADA aku yang TAHU / MENGETAHUI
TIADA aku yang MENDENGAR
TIADA aku yang BERKEHENDAK
Maknanya :-
Kita MENAFIKAN segala perbuatan kita semasa kita hidup dan menjalankan kehidupan didunia ini.
Dari segi pandangan mata kasar sememangnyalah kita lihat kita dan orang lain juga, yang melakukan sesuatu perkara itu TETAPI yang sebenarnya ( pada hakikatnya ) kita tidak boleh ( tidak mampu ) melakukan sesuatu itu tanpa NYAWA. Contohnya mayat yang sudah tidak mempunyai nyawa itu tidak boleh bergerak sedikitpun walaupun jasadnya masih segar.
Seperti yang anda sedia ketahui bahawa kita hidup KERANA ALLAH memberikan kita Nyawa, sedangkan Nyawa HIDUP kerana HAYYAT ZAT ALLAH. Nyatalah kita tiada mempunyai apa apa HAK keatas diri kita walau satu zahrah sekalipun. Segala-galanya adalah HAK ALLAH jua.
Yang demikian semasa mengucapkan bunyi LAA dalam Kalimah Tauhid wajarlah ditashdiqkan bahawa kita ini TIADA ..dengan mengaitkan KETIADAAN seperti dirajah diatas.
LAM ALIF itu ialah KALIMAH MENAFI.
KALIMAH MENAFI
ALIF LAM HA / ILA HA
Maksudnya NYATA
NYATA aku HIDUP dengan HAYAT ALLAH
NYATA aku MELIHAT dengan BASAR ALLAH
NYATA aku BERCAKAP dengan KALAM ALLAH
NYATA aku BERKUASA / BERGERAK dengan KUDRAT ALLAH
NYATA aku MENGETAHUI dengan ILMU ALLAH
NYATA aku MENDENGAR dengan SAMA’ ALLAH
NYATA aku BERKEHENDAK dengan IRADAT ALLAH
HURAIAN PROSA
ILAHA ( Alif Lam Ha ) bermakna NYATA. Adapun yang nyata itu ialah Sifat Sifat Maani Allah yang tujuh ( 7 ) itu didalam Nyawa kita.
Nyatanya Sifat Maani ini apabila DIRI KITA YANG MENGATAKANNYA . Contohnya seperti kita hidup – kita katakan kita ini hidup dengan Hayat Allah. Kalaulah Allah tidak beri kita Nyawa, maka matilah kita. Jadilah jasad kita jasad yang tidak bernyawa, sedangkan Nyawa itu ialah Hak Allah Yang Kekal Hidup Di-Dunia Dan Di-Akhirat. Dan begitulah seterusnya dengan Sifat Sifat yang lain.
KALIMAH ISBAT
ALIF LAM ALIF – IL LA
..maksudnya HANYA
KAUNUHU HAYYUN
KAUNUHU BASIRUN
KAUNUHU MUTAKALLIMUN
KAUNUHU QADIRUN
KAUNUHU ALIMUN
KAUNUHU SAMIUN
KAUNUHU MURIDUN
KAUNUHU itu menyatakan HAL KEADAAN SIFAT MAANI
HURAIAN
ILLA ( Alif Lam Ha ) itu bermaksud HANYA
SEDIANYA diriku HANYA dengan KIDAM ALLAH
KEKALNYA diriku HANYA dengan BAQA’ ALLAH
BERSALAHANNYA diriku HANYA dengan MUKHALAFATUHU LILHAWADITH ALLAH
BERDIRINYA diriku HANYA dengan WAHDANIYAT ALLAH
Maknanya :-
ILLA atau HANYA ialah Kalimah ISBAT, kerana zahirnya segala Sifat Maani & Sifat Maknuyah Allah telah tersurat. Maka nyatalah Kalimah Isbat ini datangnya dari Sifat SALBIAH ALLAH yang lima ( 5 ) itu.
Inilah gerak yang menggerakkan kelakuan kita. Nyatalah kita ini HANYA menjalankan Amanah & Tanggungjawab HAQ ALLAH yakni MENGESAKAN Allah Zat Wajibul Wujud.
KALIMAH MENGISBAT
ALIF LAM LAM HA ( ALLAH )
SIFAT MAANI
HAYAT
BASAR
KALAM
KUDRAT
ILMU
SAMA’
IRADAT
PENERANGAN PROSA……ALLAH
ALLAH itu adalah ASMA’ ( Nama ) bagi DIRI ZAT Tuhan yang mencipta kita sebagai CERMIN – nya untuk melihat DIRI-nya sendiri.
Adapun KALIMAH MENGISBAT itu adalah SIFAT NAPSIAH yang satu yakni WUJUD atau ADA.
Semua Sifat lain sama-ada SALBIAH, MAANI, MAKNUYAH datangnya dari DIRI ALLAH yang satu jua yakni WUJUD.
Kita telahpun menafikan Hak Diri Jasad melalui Kalimah LA ILAHA dan nyatalah Diri kita yang sebenarnya dalam Kalimah ILLALLAH.
Dengan Kalimah Allah ini kita MENGZAHIRKAN UJUDNYA ALLAH. Dan bila telah wujud Allah, maka NYATALAH ALLAH itu MELIPUTI DIRI KITA.
KESIMPULAN KALIMAH TAUHID
Dengan melafazkan Kalimah Tauhid, kita sebenarnya menyaksikan DIRI KITA YANG ZAHIR ini kepada DIRI KITA YANG AWAL ( Batin ) yakni MENGESAKAN ZAT, SIFAT, ASMA’ & AF’AL kita kepada ZAT, SIFAT, ASMA’ & AF’AL – ALLAH.
Nyatanya AWAL kita ialah ZAT ALLAH. Maka Zahir kita NURZAT. Bila dapat di-SE-kan akan ZAT, maka TIADA NYATA NYAWA – HANYA ALLAH itu WUJUD pada kita dan bila WUJUD ALLAH – BINASA – lah kita SEBAGAI MANUSIA.
YANG KEKAL HANYA ZAT WAJIBUL WUJUD.
Next Entri.............
Huraian Kalimah Rasul............
& Kesimpulan Kalimah Syahadah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan