Ahad, 16 Mei 2010

RUKUN IMAN YANG KEENAM PERCAYA KEPADA QADA & QADAR Dari kacamata Ilmu Hakikat…………….

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah

Dengan posting entri ini maka selesailah perbincangan RUKUN IMAN 6 PERKARA dari kacamata Ilmu Hakikat. Adalah diharapkan ianya membantu pemahaman sdra sdri yang baru mempelajari Ilmuan Hakikat. Bagi yang sudah pakar fakir mohon pembetulan dan tunjuk ajar.

Seterusnya pada entri mendatang InsyaAllah kita akan membicarakan pula RUKUN ISLAM 5 PERKARA dari pandangan Ilmu Hakikat. Selamat membaca & Salam Takzim.

Fakirabdillah
Gemas 16/5/2010

...............................................................................................

Rukun Iman yang ke-6 adalah Percaya Kepada Qada’ & Qadar Allah yakni mempercayai bahawa BURUK atau BAIK semuanya datang dari Allah.

TUHAN ITU ALLAH
KUDRAT & IRADATNYA

BAIK BURUK

Patuh Pada Hukum Engkar Pada Hukum
Mulia Akhlak Tiada Adab Sopan
Dihormati Orang Dihina Orang
Kaya Raya Miskin
Cantik & Segak Buruk & Hodoh
Berilmu Tinggi Bodoh & Dunggu

AF’AL ALLAH
Firman Allah

Dari setitis mani, Allah menciptakannya, lalu menentukannya.
Dan tiadalah kehendak kamu, melainkan Kehendak Allah jua.

Ayuhai diri……..

Berimanlah kepada Allah secara JALAN HAQ yakni meyakini dengan HATI kita akan pengertian Q dan Q yang sebenarnya.

Jangan pandai melafazkan sahaja Q dan Q dari Allah tetapi masih memfarakkan jiwa kita yakni dengan lafaz : Baik dari Allah , yang jahat dan buruk dari Diri Kita atau dari Iblis.

Cuba anda fikirkan : Adakah anda ingin menjadi hakim atau perompak ? Sudah tentu anda ingin menjadi hakim kerana akan dihormati orang, gajinya lumayan dan berkuasa menghukum penjenayah seperti perompak.

Maksudnya jika diberi hak memilih tentulah kita ingin kepada perkara yang baik baik belaka. Saorang perompak tidak mahu menjadi perompak tetapi dia merompak juga. Tiada saorang pun mahu jadi bodoh tetapi ramai juga yang masih bodoh. Semua orang mahu jadi kaya tetapi ramai juga yang miskin walaupun bekerja siang dan malam.

Firman Allah :

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Sesungguhnya kemuliaan , kesenangan, kedhaifan , kefakiran malah segala-galanya didalam kehidupan manusia itu adalah satu ujian dari Allah jua. Ini dikatakan LUH MAHFUZ yang telah siap seumpama Pengarah Filem yang telah menyiapkan SKRIP untuk pelakunnya. Para pelakun akan melakunkan watak masing masing mengikut apa yang tercatit didalam skrip yang disediakan oleh Pengarah.

Ada yang memegang watak hero, heroin, penghulu, OCPD, jutawan, peminta sedekah dan sebagainya.

Cerita tidak akan menarik jika tidak ada watak jahat seperti perompak, perogol, pembunuh dan sebagainya. Untuk menambah seri pengarah akan menyelitkan unsur unsur hiburan saperti nyanyian, muzik, tarian dan sebagainya.

Sabenarnya pengarah membuat filem mengikut seleranya sendiri walaupun tidak sesuai atau disukai watak watak itu oleh pelakun pelakunnya. Semuanya diarah MENGHAYATI SKRIP supaya filem bermutu dan bernilai.

TIADA PILIHAN. Yang menentukan siapa hero, siapa heroin, siapa penjahat, siapa jutawan, siapa pengemis adalah Pengarah – bukan pelakun.

Inilah IQ’TIBAR sebenarnya akan erti Q dan Q dan juga iq’tibar pengertian Firman Allah berkaitannya didalam Al – Quran.

Pengarah itu ialah Diri Allah
Penolong Pengarah ialah Diri Muhammad Rasullullah
Pekerja Produksi ialah Para Malaikat
Skrip itu Nyawa
Pelakun itu Jasad

Filem ialah kehidupan harian manusia yang dihasilkan oleh pengarah iaitu Allah SWT.

Firman Allah : An-Nisa 78

Jika perkara baik terjadi, mereka katakan dari Allah SWT dan jika perkara tidak baik terjadi, mereka mengatakan ri kamu. Katakanlah segala-galanya dari Allah SWT.

Firman Allah : Al- AnAm 32

Dan hidup didunia ini tidaklah apa apa selain dari permainan dan gurau senda, dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik.

Ataupun boleh kita ibaratkan Q dan Q itu umpama SEBUTIR BIJI LADA. Disitulah buahnya, bunganya, akarnya, batangnya, daunnya kemudian kembali menjadi buah dan didalamnya menjadi biji semula. Jadi kita katakan dari biji menjadi biji atau dari benih menjadi benih semula.

Inilah yang dikatakan BENIH YANG SEBUTIR umpama SETITIS AIR MANI. Dalam benih yang sebutir itu telah lengkap sebatang pokok cili api tetapi belum zahir kerana ghaib didalam sebutir biji benih itu. Kalau ditanam disiram dan dibaja maka akan tumbuh menjadi sepohon cili api yang subur. Tidak mungkin tumbuh menjadi sepokok durian kerana benihnya ialah benih cili api.

Maksudnya begini. Q dan Q itu telah siap sewaktu air mani bapa yang setitik itu jatuh kedalam rahim ibu. Ianya merupakan BAKAT BAKAT DIRI KITA yang telah ditentukan Allah mengikut Kehendak Allah jua dan yang ini tiada berubah.

Ia juga disebut sebagai SYUYUYUNAT. Sama ada manusia itu cacat atau lengkap, buruk atau cantik, jahat atau baik semuanya – segala-galanya telah tercatit dan telah ditentukan.

MANI SETITIK inilah yang dinamakan LOH MAHFUZ.

Firman Allah :

Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS.

Untuk menghindar diri dari menyalah dan menghukum Af’al Allah maka eloklah kita tilik dan tilik kembali bahawa kalaulah manusia itu mungkar…maka yang menyebabkan kemungkarannya itu adalah Gerak atau Af’al Allah jua dan serahkanlah kembali kemungkaran itu kepada Allah saperti FirmanNya ..kepada Allahlah kembali segala persoalan.

5 ulasan:

  1. assalam,

    Jika semua manusia ini pelakon, kenapa adanya syurga neraka? Yang menerima nikmat di syurga adalah Allah dan yang menerima azab adalah Allah jua? Tiada faedah Allah menciptakan Syurga dan Neraka. Maka Allah itu JAHIL kerana menciptakan sesuatu yang sia-sia?

    Dari fakir yang dhaif, fakir lagi hina. Maaf

    BalasPadam
  2. Salam.tiada sesuatu pun yg Allah jadikan itu sia-sia sahabat.diberi petunjuk brg sesiapa yg dikehendaki,dan disesatkan brg sesiapa yg dikehendaki.Allah maha kuasa ke atas segalanya.terserah pada Allah dia nak masukkan kita ke neraka atau ke syurga.dia punya kuasa.ada sapa boleh bantah?cuba sahabat fahami apa yg cuba disampaikan oleh teman kita.renungkan dr sudut tauhid.insya-Allah sahabat akan faham.

    BalasPadam
  3. Allah menciptakan syurga dan neraka sebenarnya untuk menguji samaada kita mengikut hawa nafsu atau kembali kepada Allah... sbbnya zaman skrg ni bila berdakwah je buat amal je masuk syurga...dpt pahala... yg kita tahu syurga tu tmpt indah ada bidadari makanan yg lazat.. bila kita teliti semua tu hanyalah nafsu.. jalan sampai kembali kpd Allah terlalu halus titian sirat tu sprt sehelai rambut dibelah 7 lebih tajam dari mata pedang.. kena hati hati bukan suka main jalan je.ko ingat jalan tu bapak ko yg buat. Hakikat syurga sebenarnya smpai kpd Allah.. Hanya Allah yg kekal..syurga xkekal.sebaik baik tmpt kembali hanyalah kepada Allah..bukan syurga yg manusia fasik angan angankn. Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajah Allah.wajah Allah tu la syurga yg kekal...

    BalasPadam
  4. Sesungguhnya tiap² sesuatu akan hancur musnah,kecuali Wajah ALLAH...lalu dimana Shurga dan Neraka?...tentulah ntuk sesiapa yang mendambakanya.

    BalasPadam
  5. Siapakah kita utk mendambakan.. sedang semuanya telah ditentukan.siapakah kita tanpa Allah..Allahlah syurga bagi kita. Tiada Allah tiadalah syurga. Tiadalah segalanya.kita xada pilihan.yg disampaikan pd kita katakanlah sesungguhnya solatku.ibadahku.hidupku dan matiku kerna Allah tuhan sekalian Alam..syurga tiada manfaat sedikitpun bila ianya merupakan hawa nafsu..

    BalasPadam