Isnin, 10 Mei 2010

BEBERAPA PANDANGAN ULAMA BERKAITAN MANUSIA

Saudara pembaca yang dihormati...

Posting / entri didalam laman blog ini kebanyakannya dipetik dari manuskrip karangan Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi bertajuk PENGANTAR ILMU HAKIKAT Apakah hakikat anda itu ?

Sebelum ini telah dipostkan entri berkaitan definasi manusia dari kaca mata Al-Gemasi. Berikut ialah sambungan kepada entri itu bertajuk BEBERAPA PANDANGAN ULAMA BERKAITAN MANUSIA khasnya pandangan ulama Melayu tersohor iaitu Syaikh Abdus Samad Palimbani. Entri akan datang ialah berkaitan TUHAN DARI KACAMATA ILMU HAKIKAT. Selamat membaca.

Salam Takzim dari....

Gemasindah.


MANUSIA DALAM AJARAN PALIMBANI

Dipetik dari Kitab Sairus Salikin & Buku Mengenal Allah – Dr Quzwain
& beberapa kitab lain


Dalam Tasauf terdapat beberapa ajaran mengenai Hakikat Manusia / Insan dan Tabiat Keruhanian manusia yang unik untuk Mengenal Tuhannya.

PENDAPAT AL- JUNAID AL-BAGHDADI

Manusia telah memilikki Wujud Yang Lebih Real sebelum mendapat Wujud Sementara didunia ini iaitu Wujud Ruhani yang dinamakannya sebagai Wujud Rabbani dialam Azali dan bagi Azali .

PENDAPAT UMAR AL- MAKKI

Tuhan telah menciptakan HATI manusia 7,000 tahun sebelum Ia menciptakan JASAD manusia. Hati ditempatkan di-Makam KEDAMPINGAN ( qurb ). Allah telah menciptakan RUH 7,000 tahun sebelum HATI dan menempatkannya di Makam KEINTIMAN ( uns ) . Allah telah menciptakan SIRR, 7,000 tahun sebelum RUH dan menempatkannya di Makam KESATUAN ( wasl ) lalu SIRR dipenjarakan didalam RUH dan RUH dipenjarakan kedalam HATI dan Hati kedalam JASAD manusia itu.

PENDAPAT AL- HUSSAIN MANSUR AL- HALLAJ

Manusia ( Adam ) adalah PENAMPAKAN CINTA TUHAN YANG AZALI kepada ZATNYA. Manusia itu yang sebenarnya adalah ZAT dari ZATNYA Yang Mutlak.

Adam diciptakan Allah dalam RupaNya, mencerminkan segala SifatNya dan Nama NamaNya sehingga Ia adalah Dia.

Hadith Nabi :

Allah menciptakan Adam dalam RupaNya.






PENDAPAT MUHYIDDIN IBNU ARABI

Ajaran Al-Hallaj mendapat bentuk yang lebih sempurna melalui Ibnu Arabi. Dalam ajaran WAHDATUL WUJUD manusia dipandangnya sebagai PENAMPAKAN LAHIR ALLAH yang paling sempurna. Manusia ialah ALAM KECIL ( Al-Alamul Saghir ) kerana padanya tercermin dengan sempurna segala NAMA NAMA KRTUHANAN dan hakikat hakikatNya yang lahir pada ALAM RAYA ( Al-Alamul Kabir )

Ruh manusia mencerminkan apa yang disebutnya sebagai HAKIKAT MUHAMMAD ( Al-Haqiqatul Muhammadiyyah ) yang merupakan WUJUD PERTAMA berasal dari NUR KETUHANAN dan melahirkan DiriNya dalam rupa dan bentuk Alam Semesta.

JIWAnya ( nafs ) mencerminkan ARASY dan HATInya ( Qalb ) mencerminkan BAITUL MAKMUR dan kemampuan kemampuan mental spritualnya mencerminkan MALAIKAT dan BINTANG BINTANG yang semuanya ini membentuk KELOMPOK ALAM TERTINGGI ( Al-Alamual A’la )

Tubuh Jasmaninya mencerminkan segala sesuatu yang ada didalam dunia ini.

Manusia Aktual berkedudukan seperti diatas adalah INSAN KAMIL yang merupakan para nabi, para wali dan para qutub.

Ajaran Ibnu Arabi ini merupakan satu perbahasan metafisika yang banyak membicarakan hal hal yang saolah-olah KANDUNGAN MAKRIFAH itu sendiri.

PENDAPAT ABDUS SAMAD PALIMBANI

Dua macam ajaran diatas ( Ibnu Arabi & Imam Al-Ghazali ) diadun secara selesa oleh Abdus Samad Palimbani dalam menghuraikan pendapatnya mengenai manusia.

HATI atau Qalb merupakan Jisim Yang Halus yang dibangsakan kepada Tuhan. Hati ini tahu akan Allah. Ianya merupakan landasan bagi DIRI SADAR manusia yang mengenal hakikat hakikat diluar imajinisasi dan akal.

QALBU itu ialah RUH / JIWA / NAFS / AKAL iaitu WUJUD SPRITUAL itu.

Ruh manusia itu telah memilikki wujudnya yang lebih real disisi Allah dan telahpun Mengenal Allah sebelum dizahirkan kedunia. Alastu Birabbikum Qalu Bala ( bahkan Engkaulah tuhan kami )




RUH PERSAORANGAN adalah differensiasi dari NUR MUHAMMAD. Ruh manusia itu adalah MAKHLUK SUCI iaitu PERCIKAN NUR ALLAH YANG AZALI.

PENDAPAT PARA SUFI SECARA UMUMNYA BERKENAAN MANUSIA

Keseluruhan para sufi bersetuju bahawa RUH & HATI manusia itu adalah MAKHLUK AZALI yang sudah ada sebelum adanya waktu.

Sebelum ditiupkan kedalam Jasad, Ruh Manusia itu sudah MENGENAL TUHAN secara langsung bahkan BERADA DALAM KESATUAN dengan Allah. MAKRIFAH & TAUHID ialah pakaian aslinya.

Ada juga para sufi mengatakan bahawa Ruh Manusia itu BUKAN MAKHLUK bahkan NURZAT Allah Yang Qadim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan