Rabu, 26 Mei 2010

MENGENAL ZAT....& ULIL AMRI


WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamaruddeen Wahdaniatullah Al-Haj


MENGENAL ZAT…..
Jangan Sekali-kali Anda Sekutukan Allah

ALLAH ITU ZAT

ALLAH itu Tuhan segala manusia. Apakah Allah itu ? Allah itu Nama / Asma’. Nama bagi siapa ? . Nama bagi DIRI ZAT. Siapa itu Zat ? ZAT inilah RAHSIA bagi manusia.

DIA Maha Mengetahui segala Alam Saghir dan Alam Kabir. Yang dikatakan Alam Saghir ialah Alam Kecil iaitu manusia itu sendiri, manakala Alam Kabir ialah Alam Semesta , bumi , matahari, bulan dan sebagainya. Menjadikan dan Yang Menciptakan serta Mematikan segala yang bernyawa.

Kebanyakan manusia tidak lazim dengan panggilan ZAT tetapi Nama Yang Agung bagi manusia ialah Allah. Sebut Allah semua orang faham, Dialah Tuhan. Sebut Zat tidak ramai yang tahu, kerana apa ? Kerana ahli sains telah memberi nama zat kepada besi, galian, makanan dan sebagainya.

Cuma Ahli Tasauf mengatakan ZAT WAJIBUL WUJUD atau dalam Bahasa Melayunya untuk mudah difahami ialah :-

Manusia itu mengandungi Zat…tetapi bukan zat besi, galian, vitamin dan sebagainya.

ZAT yang MELIPUTI SEKALIAN ANGGOTA MANUSIA, yang memberi PERASAAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN, PENCIUMAN dan PERGERAKAN. Itulah yang dikatakan ZAT.

Oleh kerana Zat ataupun Allah ini suatu Pelajaran Yang Seni maka tumpukan sepenuh jiwa kalau mahu Mengenal Tuhan.

Kerana apa ? ZAT inilah Penyelamat Diri Manusia.

Syurga atau Neraka, Mati atau Hidup semuanya bergantung pada Zat Wajibul Wujud iaitu Allah.

Islamnya sasaorang bukannya terletak pada kuat mengerjakan Rukun dan Hukum. Kafirnya sasaorang bukan terletak pada perbuatan Melanggar Rukun dan Hukum.

Islamnya sasaorang jika ia dapat MENTAATI Allah, Rasul dan Ulil Amri saperti Firman Allah An Nisa : 59 yang bermaksud :-

Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kamu.

Cara manakah hendak mentaati Allah , Rasul dan Ulil Amri ? Ikut Rukun dan buat Hukum ? Ya ini adalah langkah pertama bernama Syariat. Memperbanyakkan zikir ? Ya
Ini adalah dasar Tariqat untuk mensucikan hati.

Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan Syariat, maka eloklah difahami dahulu perkataan dan makna ALLAH – RASUL dan ULUL AMRI.

ALLAH itu Nama bagi DIRI ZAT
RASUL itu Sifat bagi DIRI ZAT
ULIL AMRI itu Af’al bagi DIRI ZAT

MEMAHAMI MAKNA ULIL AMRI


Sebut kalimah Allah orang tahu pada NamaNya. Begitu juga Rasul namanya ialah Muhammad. Tetapi Ulil Amri ramai yang tahu tetapi buat buat tahu terutamanya Ulama’ Feqah.

Adapun pengertian Ulil Amri oleh Ulama’ Feqah ialah Pemerentah sesuatu negeri atau Negara yang bergelar Kerajaan. Contohnya Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan PAS.

Jika sasaorang itu beriman bahawa ulil Amrinya ialah Barisan Nasional atau PAS, maka SESAT – lah manusia itu dan bertambah jauhlah AQIDAH Keimanan pada Ulil Amri yang sebenar.

Kenapa boleh jadi begitu ? Ingatlah bahawa Ulil Amri yang dimaksudkan bukannya manusia dan bukannya dipilih melalui Pilihanraya oleh rakyat tetapi ALLAH YANG MEMILIHNYA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah PEMERENTAH yang Maha Kaya dan tidak memerlukan pungutan cukai untuk memerentah seperti kerajaan dunia.

Firman Allah : Al- An Am : 116

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan MENYESATKAN kamu dari Jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah MENGIKUT PERSANGKAAN dan mereka TIDAK LAIN HANYALAH DUSTA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah Pemerentah Diri kita. Segala gerak geri dan diam kita adalah kerananya. Dialah yang menghidupkan Jasad. Jasad kita adalah umpama rakyat yang menjalankan Titah Perentah Pemerintah didalam diri manusia. Ulil Amri itu adalah Tuhan manusia.

Nyata pada mata kasar bahawa manusia itu bergerak saperti berjalan, duduk dan sebagainya tetapi terfikirkah oleh manusia kenapa ianya berjalan ?

Siapakah yang menggerakkan kakinya untuk berjalan ?

Maka kalau jawapannya = aku berjalan dengan kehendak aku TANPA FAHAM MAKSUD AKU itu – nyatalah manusia itu sedang MENDUAKAN Allah. Kenapa dikatakan begitu ? Kerana manusia itu lupa bahawa Jasadnya itu MATI kalau tiada Nyawa. Nyawa pula tidak akan ada kalau TIADA ULIL AMRI. Ulil Amri pula ujud daripada ZAT. Bukankah itu berkait ?

Manusia dan Ulil Amri TIDAK BOLEH BERPISAH dan kalau berpisah juga MATI namanya. Kalau DIPISAHKAN – SYIRIK jatuhnya. Kalau di SE-KAN HIDUP selama-lamanya jadinya.

Pilihlah yang mana anda hendak ?

Nak MATI berpisah dengan Ulil Amri
Nak SYIRIK pisahkan Ulil Amri
Nak HIDUP SE-kan Ulil Amri.

Lazimnya manusia ada dua mertabat :-

Pertama mati terus menanggung Azab Kubur
Kedua TERUS dengan Mensyirikkan Allah.

Mertabat yang seni yakni SE. Hanya Allah saja yang MEMILIH umatnya. Manusia yang mengenal Ulil Amri akan menjalankan segala Titah PerintahNya dan jadilah mereka orang orag BERIMAN DISISI ALLAH tetapi kebanyakannya KAFIR di SISI MANUSIA.

Firman Allah : Al-Jin : 13 : yang bermaksud :-

Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN.

Firman diatas jelas akan maksudnya yang mengatakan manusia yang beriman YAKIN bahawa dirinya bergerak kerana DIGERAKKAN oleh Allah. Maka ianya hanyalah MENJALANKAN TITAH PERENTAH YANG BERKUASA terhadap segala sesuatu perbuatan walaupun perbuatan itu melanggar Hukum Feqah yang telah menetapkan dosa dan Pahala.

Dia tidak takut SEBAB DIA BERIMAN bahawa dia sebagai manusia tidak boleh berbuat apa apa Yang berbuat itu ialah Allah termasuk melakukan perbuatan perbuatan yang melanggar hukum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan