Ahad, 16 Mei 2010

HURAIAN KALIMAH RASUL...............

HURAIAN KALIMAH RASUL


Manakala bagi Kalimah Rasul pula terjemahannya berbunyi : Nabi Muhammad itu ialah Pesuruh Allah. Persoalannya ialah :-

Kenapakah Kalimah Rasul yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s dan lain lain Rasul sebelum Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad, serupa dengan apa yang diucapkan oleh seluruh Umat Muhammad didunia ini, sedangkan ketika itu Nabi Muhammad ( yang disebut namanya didalam Kalimah Rasul ) belumpun dilahirkan kedunia ?

Mestilah maksud kalimah Muhammad itu selain daripada merujuk kepada Junjungan kita itu, yang berbangsa Arab itu, yang berketurunan Quraisy dan dari keluarga Bani hashim itu MEMBAWA MAKSUD dan MAKNA yang lain iaitu yang lebih menyeluruh ?

Junjungan kita juga mengucap Dua Kalimah Syahadah ( termasuk Kalimah Rasul ) sama seperti kita juga. Sepatutnya oleh kerana Kalimah Rasul itu merujuk kepada diri baginda sendiri, maka baginda haruslah mengucap dengan membawa erti AKU-lah Muhammad Rasul Allah. Yakni ucapan Kalimah Rasul baginda sepatutnya berbeza dari apa yang kita ucapkan. Namun apa yang baginda ucapkan tetap sama seperti yang diajarkan baginda kepada umatnya.

Oleh yang demikian, pengertian sabenar mengikut Ilmu Hakikat adalah seperti berikut :-

Adapun Kalimah Rasul apabila kita lafazkan , kita sebenarnya bersaksi bahawa Yang Menyampaikan Dan Yang Menanggung Diri Rahsia Allah itu ialah MUHAMMAD ( eja jawi ) iaitu DIRI ZAHIR KITA dan dengan melafazkan Kalimah tersebut, maka berikrar dan bersaksilah kita dengan diri kita sendiri bahawa Diri Zahir kita TETAP AKAN MENANGGUNG RAHSIA ALLAH dan AKAN MENJAGANYA buat selama-lamanya.

Yang demikian jelaslah bahawa :-

Hakikat Ketuhanan itu adalah DIRI BATIN kita atau RUH atau RUHANI

Hakikat Kerasulan itu ialah DIRI ZAHIR kita atau JASAD atau JASMANI.

Kesimpulannya ialah dengan Mengucap Dua , Kalimah Syahadah kita berikrar dan bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa TIADA NYATA HANYA ALLAH pada diri kita ini.

Dialah RAHSIA ALLAH iaitu DIRI BATIN yang kita kandung atau yang dikandung oleh Tubuh Zahir kita. Maka yang dikandung itu perlulah kita lahirkan seperti mana yang disebutkan oleh Qutubul Aulia’ Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani didalam Sirrur Asrarnya dan dijelaskan secara panjang lebar oleh Dr Bagindo Muchtar didalam manuskripnya MEMANDANG KE-DALAM.

Pendek kata Diri Batin kita iaitu Rahsia Allah dikandung oleh tubuh kita yang merupakan sarungnya.

Dato Haji Ahmad Laksamana didalam Hakikat Insan menulis :-

Dengan melafazkan Kalimah Tauhid kita sabenarnya mengaku dengan sepenuh rasa bahawa Tiada Wujud Lain Hanya Allah semata-mata, tiada sekutu baginya didalam segala hal dan sesuatu apa pun yang bercampur aduk denganNya kecuali Dia Sedia-DiaNya.

Oleh itu kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata-mata iaitu DIRI BATIN kita.
……………………………………………………………………………….…diambil dari Hakikat Insan.

Bersambung ……….
Huraian Kalimah Tauhid dengan meninjau Kalimah itu sendiri
melalui sudut Sifat 20 Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan