medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Khamis, 20 Disember 2012
TULISAN PARA SAHABAT..Adnan Dahlan..
10.Surah Yūnus (Verse 106)
وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَۖ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظَّالِمِينَ
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak
dapat
mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang
yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan
syirik itu
Ahad, 2 Disember 2012
ADNAN DAHALAN....SAMBUNGAN..
MEMBUANG SIFAT
ke-aku-an ( ego )
Iblis itu adalah kita, kita yang bersifat keberadaan diri
atau keberadaan sifat keakuan, manakala mereka yang bersifat ikhlas itu, adalah
mereka yang bersifat ketiadaan diri ( tidak ada diri ). Bila mana sudah tidak
ada sifat keberadaan diri, maka tidak ada lagi sifat keakuan.
Bilamana sifat keakuan atau sifat keberadaan diri itu sudah
tidak ada, mana lagi adanya iblis, mana lagi adanya syaitan! Bilamana
keberadaan diri telah tiada dari mana lagi datangnya godaan iblis atau syaitan
pada diri.
Yang dikatakan iblis itu, adalah apabila adanya sifat aku atau yang
masih adanya sifat keakuan ( masih ada
diri ). Bagi mereka yang tiada sifat keakuan dan tidak ada sifat diri, mana
lagi ada iblis dan mana lagi ada sifat goda menggoda!
Diri yang sudah hilang, sudah mati, dan diri yang sudah
binasa, apa lagi yang boleh iblis nak goda!. Setelah semuanya telah dipulangkan
kepada Allah, tidak ada apa-apa lagi yang tinggal, tersisa atau terbaki, apa
lagi yang hendak syaitan atau iblis goda?.
Apakah bodoh sangat iblis itu, nak menggoda orang yang sudah
mati. Iblis tidak sebodoh itu!. Sebenarnya iblis atau syaitan itu, adalah
dirimu sendiri! Iblis itu, adalah diri kita yang masih ada sifat diri dan yang
masih ada sifat keakuan.
Setelah tidak ada sifat keakuan, maka tidaklah adanya sifat
iblis dan syaitan! Maka akan menyusullah sifat ingat kepada Allah. Bilamana
sifat ingat kepada Allah telah mengambil tempat maka fana', baqo', lebur dan
binasalah sifat diri, dengan syaitan-syaitan dan dengan iblis-iblis itu sekali
akan binasa!
Bilamana sifat ingat kepada Allah telah meleburkan sifat
iblis, maka itulah yang dikatakan tahap "IKHLAS" mana mungkin orang yang
ikhlas dapat digoda iblis.
Orang ikhlas itu adalah orang yang dirinya sudah mati, binasa
dan hilang. Bilama diri sudah mati, hilang ghaib didalam wajah Allah, apa lagi
yang boleh iblis goda !. Apabila kita sudah berada didalam wilayah ikhlas (
alam mengenal diri ) tidak boleh lagi ada didalam diri kita sifat sombong,
takabur, angkuh atau bongkak, segala-galanya Allah.
MENGEMBALIKAN HARTA
ALLAH…
Hidup kita ini hanya menumpang harta Allah, dengan itu
kembalikanlah harta itu kepada Allah. Kita ini tidak ubah seumpama lembaga /
patung, jika tidak didukungi, ditunjangi, dipayungi dan tidak didirikan oleh
nyawa / roh, siapalah kita?
Untuk melihat roh yang bersemanyam didalam badan kita, kita
hendaklah membinasa, melebur, melenyap dan mengembalikan terlebih dahulu sifat
diri yang zahir ini kepada Allah, barulah disitu akan kelihatan dan akan
terpandang tuan yang empunya badan iaitu Roh.
Bagi yang tidak nampak diri rohani yang tersembunyi disebalik
jasad, maka akan jadilah sebagaimana yang berlaku kepada iblis,
Iblis ketika disuruh sujud kepada Adam, Ia tidak nampak
bahawa berdirinya Adam itu, adalah diatas dasar berdirinya roh. Yang menguatkan
pembinaan jasad anggota Adam itu, adalah roh.
Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.
Diketika itu iblis tidak dapat membaca hikmah atau rahsia Allah disebalik kejadian Adam. Itu sebabnya iblis ingkar.
Yang menyebabkan iblis itu dimurkai dan disingkirkan Allah
dari surganya, adalah diatas dasar sifat lupa iblis kepada roh Adam.
Bahawasanya yang mendiri dan yang menguatkan diri zahir Adam itu, sebenarnya
adalah roh, yang disebalik jasad Adam
Kunci Pembuka Hijab Ingat Kepada Allah
Kunci keramat untuk membuka hijab kepada Allah adalah dengan "Tidak ingat kepada selain Allah"
Kunci, petua, cara, kaedah atau jalan yang boleh membuka
hijab zulmat hati menuju cahaya ingat kepada Allah itu, adalah dengan cara lupa
kepada makhlok!
Cara untuk lupa kepada sifat makhlok itu, adalah dengan
mengembalikan semua yang bersifat kepada Allah!
Inilah juga kunci pembersih hati dari bersifat kotor. Dengan
cara berserah diri, diri akan menjadi bersih, selepas diri menjadi bersih ingat
kepada Allah akan datang sendiri !
BUANGKAN INGATAN kepada MAKHLUK – INGAT ALLAH
semata-mata
Ingat kepada Allah itu, setelah ingatan kita tidak lagi
terhenti atas sifat makhlok. Selagi ingat makhlok, ingat dunia dan ingat alam
benda, selagi itulah Allah tidak akan dapat kira ingat.
Setelah putusnya ingatan kita terhadap makhlok / diri,
disitulah baru wajah Allah dapat kita lihat, pandang, tengok dan dapat kita
ingat dengan jelas terang lagi nyata. Ingat atau zikir kepada Allah itu, hendaklah
sebagaimana berzikirnya makhlok-makhlik lain. Ingat / zikir kepada Allah bukan
sahaja makhlok manusia ! Malahan semua makhlok berzikir dan bertasbih kepada
Allah.
Tandanya makhlok lain dialam ini berzikir kepada Allah,
adalah melalui sifat patuh, sifat tunduk dan sifat taatnya kepada perintah dan
ketetapan yang telah Allah tetapkan.
Tanda ingat dan tanda berzikirnya makhlok alam kepada Allah
itu, adalah seumpama tidak ada hujan yang terbit dari bumi kelangit. Tak ada
bulan, bintang yang lari atau targelincir dari paksi pusingan galaksinya. Sifat
patuh, taat, akur dan tunduk itulah, tanda berzikir dan ingatnya makhlok alam
kepada Allah. Tanda ingatnya kita kepada Allah itu, hendaklah juga sebagaimana
ingatnya makhlok lain, iaitu dengan percaya, yakin, taat dan patuh kepada
ketetapan Allah !
Berzikirnya makhlok alam kepada Allah itu, bukan dengan cara
sebagaimana sebutan manusia. Berzikirnya makhlok alam itu, adalah dengan
menggunakan cara atau kaedahnya sendiri, iaitu dengan cara pasrah, berserah dan
terserah kepada Allah, atas segala ketetapan azali Allah.
Itulah cara atau kaedahnya berzikir, ingat dan bertasbihnya
makhlok alam kepada Allah Ta'ala . Seandainya kita sebagai makhlok manusia,
boleh berzikir dan bertasbih sebagaimana zikir dan tasbihnya alam semesta
kepada Allah, alangkah tinggi dan mulianya kedudukan zikir kita disisi Allah.
Sayangnya kebanyakan dari kita ingatkan / zikir Allah itu, hanya setakat
lafasan bibir yang selalu berdusta dan mungkir.
Amalan zikir / ingat kepada Allah itu, adalah amalan yang
teramat mudah dan teramat senang untuk diamalkan, tidak seperti payahnya mengamalkan
amalan-amalan lain.
Sayangnya dikeranakan terlalu mudah dan terlampau senangnya
kaedah ingat kepada Allah itu membuatkan kebanyakan dari kita lupa untuk
mengamalkannya.
INILAH YANG DIKATAKAN
HIJAB
CARA BERSERAH DIRI…
1. Sedar akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.
2. Tanya dan soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu?
3. Tentukan jawapannya wujud Allah.
4. Tanda dan bukti penyerahan diterima, sudah tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang, dirasa, dinikmati.
5. Sehingga yang memandang, yang merasa yang menikmati wujud itu Allah sendiri..
1. Sedar akan keberadaan wujud diri zahir dan batin kita.
2. Tanya dan soal kepada kesedaran itu wujud siapakah itu?
3. Tentukan jawapannya wujud Allah.
4. Tanda dan bukti penyerahan diterima, sudah tidak ada lagi wujud selain dari Allah yang dipandang, dirasa, dinikmati.
5. Sehingga yang memandang, yang merasa yang menikmati wujud itu Allah sendiri..
Bagi mereka-mereka yang mengenal, ingat kepada Allah itu
sudah cukup tercantum, cukup lengkap, cukup terkumpul, cukup terungkap dan
cukup terucap dengan hanya melihat alam.
Dengan hanya melihat dan memandang kepada kejadian alam
sekeliling dan dengan hanya melihat kepada kejadian alam dirinya sendiri, ianya
sudah lebih dari ingat dan sudah lebih dari berzikir, sungguhpun ucapan
zikirnya tidak terlafaz melalui bibir mulut.
Dengan hanya melihat alam baginya sudah lebih dari memadai
untuk dijadikan tujuan bagi ingat kepada Allah. Wajah Allah itu sudah cukup
termaktub dan sudah cukup meliputi pada wajah sekalian alam semesta. Itulah
tanda terbuka hijab !
Dengan hanya melihat dalil atau dengan hanya melihat bayang
(wajah kita), kita sudah dapat mengenal dan dapat mengingati tuan yang empunya
bayang ( tuan yang empunya wajah ).
Tuan yang empunya bayang itu tidak perlu menzahirkan dirinya
sebagaimana rupa bentuk wajahnya yang asal, cukup dengan hanya memperlihat dan
menzahirkan dirinya melalui bayang wajahnya sahaja, sudah memadai dan sudah
lebih dari cukup, bagi mereka-mereka yang mengenal Allah
Biarpun melalui bayang wajahnya, kita akan tetap dapat
mengenal Allah dengan sejelas-jelas dan senyata-nyatanya,
Wajah Allah yang hakiki
itu, terzahir beserta dengan wajah makhlok! Bagi yang nampak makhlok, maka
nampaklah Allah ! Wajah Allah itu dimana-mana. Sebagaimana firman "Barang
kemana engkau mengadap, disitulah wajah Aku"
Bayang dengan empunya bayang itu sebenarnya satu (sama).
Seumpama perkara nafi dengan perkara isbat.
Sungguhpun nafi itu bukan isbat dan tiada lain darinya!
Perkara nafi dengan isbat itu, tidak boleh bersatu dan juga tidak boleh
berpisah. Barang siapa memisahkan antara nafi dan isbat, itulah sejahil-jahil
umat Muhammad.
Seumpama samanya antara bulat air dengan bulatnya pembentong.
Cuba tuan-tuan tilik diri tuan-tuan sendiri dihadapan cermin besar.
Apakah sama tuan yang menilik dengan tuan yang ditilik!.
Pernahkah wajah tuan-tuan itu, berbeza dari yang tergambar didalam cermin? atau
bayangan rupa paras tuan yang didalam cermin itu berbeza dari wajah tuan yang
asal ?
Jika jawapannya memihak kepada tidak, yakinlah dan
percayalah, bahawa Allah itu sama dengan wajahNya. Manakala wajah Allah itu,
itulah makhlokNya !
Ya dengan syarat kita dan selain dari Allah sudah binasa,
tidak ada, lenyap ( fanafillah diganti dengan baqo'billah ) Jika masih rasa ada
kita dan selain dari Allah itu baru berada pada tahap ilmu...
Jika kita terhenti pada melihat makhlok, pandangan kepada
Allah akan terlepas.
Manakala jika kita
terhenti pada melihat Allah, akan terbatal, terpadam dan terbinasalah pula
pandangan terhadap makhlok. Pilihlah mana satu pandangan yang menjadi pilihan
kita.
Sabtu, 1 Disember 2012
TULISAN PARA SAHABAT - ADNAN DAHLAN..
RAHSIA DI
SEBALIK RAHSIA
Badan kita ini merupakan tempat tersembunyinya roh. Manakala
disebalik roh pula, adalah tempat tersembunyi rahsianya Allah. Diri kita ini
menanggung dua rahsia.
Pertama menanggung rahsia roh, keduanya menanggung rahsia
Allah. Rahsia Allah tersembunyi didalam roh, manakala wajah roh pula
tersembunyi didalam dada-dada kita semua. Untuk mengintai kedua-dua wajah itu,
tiliklah kedalam diri kita sendiri. Apabila sifat roh telah dapat kita kenal
dengan rata, InsyaAllah kedua-dua rahsia wajah itu akan dapat kita kenal dengan
nyata dan rata ( jelas dan terang )
Setelah kita mengenal diri dan asal saja kita mengenal roh,
segala rahsia itu, tidak lagi menjadi rahsia.
Apabila kita sudah mencapai kepada tahap makrifat kepada
Allah, yang ghaib itu tidak lagi menjadi hilang, yang hilang tidak lagi menjadi
tanda tanya dan yang halus itu tidak lagi menjadi sulit.
Apabila matahari sudah mula menerbitkan sinar cahayanya. Kabus tebal yang menyelubungi kita, akan berlalu dengan sendirinya. Dengan berlalunya kabus diri, akan menjelmalah terang sinar wajah Allah, tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal Allah.
Oleh kerana terlalu terangnya cahaya Allah pada wajah sekalian makhlok menyebabkan penglihatan kepada alam sudah menjadi kabur. Apabila pandangan terhadap makhlok sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab, dimana saja dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah besertanya.
Apabila matahari sudah mula menerbitkan sinar cahayanya. Kabus tebal yang menyelubungi kita, akan berlalu dengan sendirinya. Dengan berlalunya kabus diri, akan menjelmalah terang sinar wajah Allah, tanpa terselindung atau terdinding lagi, seterang hati mereka yang mengenal Allah.
Oleh kerana terlalu terangnya cahaya Allah pada wajah sekalian makhlok menyebabkan penglihatan kepada alam sudah menjadi kabur. Apabila pandangan terhadap makhlok sudah kabur dan lenyap, pandangan terhadap Allah, tidak lagi terselindung dan terhijab, dimana saja dialihkan pandangan kita, disitulah juga akan kelihatan wajah Allah besertanya.
Diri kita ini telah menjadi rahsia disebalik rahsia. Rahsia
kepada badan itu adalah roh, manakala rahsia kepada roh itu adalah Allah. Roh
tersembunyi disebalik wajah badan, manakala wajah Allah pula terselindung
disebalik roh. Kita ini banyak menyimpan rahsia ketuhanan. Apabila badan
boleh menyingkap tabirnya, maka kita akan dapat melihat roh,
Apabila roh pula menyingkap tabirnya maka Allah pula akan
kelihatan melaluinya. Barang siapa yang dapat merungkaikan kedua-duanya sekali,
akan kenallah ia kepada Allah.
Keikhlasan dan ketulusan iktikad hati orang makrifat dalam
memandang Allah itu, adalah dengan membinasakan pandangan terhadap makhlok,
sesuatu, benda dan terhadap diri kita sendiri,
Itulah caranya membawa kita melihat dan memandang
Allah. Dengan terang dan nyata, pada setiap apa yang kita nampak. Dengan
cara itu, ianya akan membuka pintu-pintu ghaib dan membuka kunci-kunci khazanah
ketuhanan yang belum kita ketahui.
Kunci pintu khazanah yang ghaib akan terbuka apabila diri
zahir memandang diri yang batin ( apabila badan mengenal roh = rasa-rasa yang
terasa dihujung-hujung jari ),
Apabila roh sudah mengenal dirinya sendiri ( apabila roh
mengenal roh ), itu tandanya kita telah mengenal Allah. Taala (makrifat)
MENCARI ALLAH
Mencari Allah itu bukan didalam gua, bukit, mesjid, surau dan
bukan di Mekah atau di negeri Cina,
Tempat mencari Allah itu, ada didalam diri masing-masing. Belajarlah mengenal diri (roh), agar Allah dapat kita kenal dengan terang dan nyata, Manakala tanggungjawab dan janji Allah kepada kita sebagai hamba-hambanya adalah tidak sekali-kali menganiayai hamba-hambanya.
Tempat mencari Allah itu, ada didalam diri masing-masing. Belajarlah mengenal diri (roh), agar Allah dapat kita kenal dengan terang dan nyata, Manakala tanggungjawab dan janji Allah kepada kita sebagai hamba-hambanya adalah tidak sekali-kali menganiayai hamba-hambanya.
Kita tidak perlu takut kepada Allah, kerana Allah itu maha
pemurah, maha pengasih dan maha penyayang. Tidak pendendam. Tidak pembohonh,
tidak pendusta dan tidak mungkur dengan janjinya dan tidak akan menganiaya
hamba-hamba nya, asal saja kita, tidak menyengutu, mensyarikatkan dan syirik
kepada Nya
Bagaimana Untuk
Menzahirkan Allah ?
Untuk menzahirkan Allah, adalah dengan cara membinasakan sifat
makhlok, termasuk perbuatan, nama, sifat dan zatnya. Apabila sifat maklok
sudah binasa, barulah sifat Allah terzahir, selagi ada sifat makhlok, selagi
itulah Sifat Allah tidak akan dapat kita zahirkan dan tidak dapat kita
pandang.
Setelah semua makhlok yang bersifat baharu ini dibinasakan
dan dikembalikan kepada Allah, barulah dengan sendirinya sifat Allah itu akan
terzahir dipermukaan hati kita. Wajah Allah itu akan ternyata terlihat
dan terpandang oleh hati, apabila sifat makhlok telah bertukar wajah, dari
wajah makhlok kepada berwajah Allah.
Selagi adanya sifat diri kita dan selagi adanya sifaf
makhlok, selagi itulah sifat Allah tidak akan dapat dilihat, dipandang dan
tidak akan dapat terzahir dipersada Alam.
Seumpama Nabi Musa melihat kepada Bukut Thur Sina, apabila
sifat bukit yang dipandang itu masih terlihat berwajah bukit, wajah Allah tidak
dapat dipandang. Seolah-olah ianya terhijab dan terselindung disebalik sifat
bukit itu. Apabila sifat bukit yang dilihat itu tidak lagi kelihatan
berwajah bukit , sudah terlebur dan binasa, disitulah wajah Allah akan dapat
terlihat dan terpandang oleh mata hati kita.
Begitu juga apabila kita terserempak dengan harimau yang
garang, apabila kita masih beranggapan yang harimau itu bersifat haiwan yang
garang, kita akan berperasaan takut dan cemas.. Jika kita anggap / pandang
sifat harimau sebagai wajah Allah, yang sama dengan wajah-wajah sekalian
makhlok lainnya, sifatnya yang garang itu akan bertukar menjadi lemah.
Setelah sifat makhlok tidak lagi kelihatan pada pandangan
kita, barulah wajah Allah boleh dilihat dipandang dan digambarkan dengan
sejelas-jelas dan nyata melalui pandangan mata hati. Disitulah nantinya apa
yang kita pandang itu akan nampak Allah besertanya.
Selepas sifat makhlok terpadam, karam, dan hilang ghaib di
dalam wajah Allah, semua wajah makhlok yang kita lihat akan terpandang wajah
Allah.
Pandang pada sifat harimau, akan ternampak wajah Allah.
Pandang sifat bukit akan ternampak wajah Allah. Dan pandang pada sifat diri
kita sendiri akan terzahir wajah Allah.
Malahan Allahlah yang meliputi sekalian alam. Disitulah
nantinya barang kemana dan barang apa yang kita lihat, akan terpandang dan
terlihat wajah Allah besertanya.
Mengenal diri
itu, setelah tidak lagi tahu adanya diri. Mengenal Allah itu, setelah tidak
lagi tahu adanya makhlok. Ingatkan Allah itu, setelah tidak lagi tahu adanya ingatan kepada makhlok.
Tahu Allah itu, setelah tidak lagi tahu makhlok.
Adanya Allah itu, setelah tidak adanya makhlok.
Jika masih ada (wujud) perkara selain Allah, itulah
mereka-mereka dalam berkedudukan syirik. Syirik itu adalah dosa yang tidak
diampun oleh Allah.
Oleh itu jauhilah syirik dengan membinasakan
makhlok ! Setelah makhlok binasa, itulah tanda Allah itu Esa, setelah Esanya
Allah itu, barulah terzahir dan ternyatanya Allah Taala dipersada alam
Ingat kepada Allah, setelah lupa kepada Makhlok. Selagi ingatan
kita masih ingat kepada makhlok, itulah tanda kita lupa kepada Allah.
Inilah sebenar-benar pengertian ingat (zikir) kepada Allah.
Ingat kepada Allah itu, seumpama diri diwaktu tidur. Dikala kita sedang tidur,
anggota mulut, akal, ikhtiar, kehendak dan seluruh anggota jasad kita juga
turut lupa kepada makhlok.
Lupa
kepada makhlok, itulah cara dan kaedah ingat kepada Allah
"Allah
menggengam roh ketika mati dan ketika tidurmu" Az-Zumar : 42
Setelah kita berjaya berserah diri semasa belum tidur,
bilamana diketika sedang tidur, dengan sendirinya kita dikatakan selamanya
dalam keadaan berserah diri. Apa lagi diketika jaga.
Sebenarnya diri kita ini adalah tergantung dan terserah kepada Allah Taala. Apabila kita telah sampai ketahap penyerahan yang hakiki / sebenar ianya akan diri kita kosong / fana' dan kosong itulah sebenarnya diri kita.. Selagi belum jadi kosong / fana', itu bukan diri... Belum kenal diri. Jika belum kenal diri, manakan bisa mengenal Allah
Sebenarnya diri kita ini adalah tergantung dan terserah kepada Allah Taala. Apabila kita telah sampai ketahap penyerahan yang hakiki / sebenar ianya akan diri kita kosong / fana' dan kosong itulah sebenarnya diri kita.. Selagi belum jadi kosong / fana', itu bukan diri... Belum kenal diri. Jika belum kenal diri, manakan bisa mengenal Allah
Sebutan Nama Allah yang kosong ( tanpa kehadiran rasa ),
adalah permainan bibir yang kotor, sesat lagi menyesatkan. Allah itu wujud (
ujud dan maujud pada segala sesuatu ) kenapa ingatan kepada Allah, tidak dapat
dizahirkan melalui sesuatu?
Firman Allah yang
bermaksud :-
"Mereka mengatakan dengan mulutnya barang yang tiada
didalam hatinya. Dan Allah lebih mengetahui dari apa yang mereka
sembunyikan"
Berzikirnya kebanyakan kita hanya menyebut-nyebut nama Allah
dengan mengira jumlah sebutan itu. Ingat / zikir kepada Allah bukan sekadar
menyebut nama Allah, sekadar menyebut nama Allah budak seusia 3 tahun pun
boleh, malah burung tiong yang diajar untuk menyebut nama Allah pun boleh..!
Zikir atau ingat kepada Allah itu hanya akan diterima Allah,
bila ianya terkeluar dari bibir mereka-mereka yang mengenal Allah. Bila
perkataan "Allah" terkeluar dari mulut orang yang tidak mengenal
Allah ( jika guna pembesar suara sekalipun ) ianya tidak mendatangkan apa-apa
makna
Jumaat, 30 November 2012
TULISAN GURUKU.....
MENGADAKAN
PENGAKUAN UNTUK MENDAPATKAN PENGAKUAN. ..Ayahdi PakNgah
Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita
mengadakan pengakuan:
• Siapa yang mengadakan
pengakuan?
• Kepada siapa pengakuan
diadakan?
•
Dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?
Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah
didahului dengan NIAT.
Setelah kita mendapat kepastian tentang diri
kita, maka hendaklah kita mengadakan Pengakuan
terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali, ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah,’ yang ertinya;
‘Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku
sembah melainkan Allah; dan Muhammad Rasul
Allah.’
Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain
melainkan Allah, dan kita akui Muhammad Rasul
Allah, utusan Tuhan. Maka adalah hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah pengakuan dan pangkat atau martabat.’
Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang
kita sembah
itu, kita harus berjalan (bertarekat), dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan dia, diri yang telah kita temui
dan kita berjalan menurutkan jalannya.
Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke
mana kita akan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal, kita yang berupa
dan bertampan dapat mencari dan menemui-Nya yang
tidak berupa dan bertampan? Kita ketahui Dia ada
di mana-mana, di Indonesia, diMalaysia, di Asia, di Afrika, di Eropah, di
Amerika dan di Barat, di Timur, di Utara, di
Selatan dan lain sebagainya.
Dia ada tapi tiada. Keadaannya di dalam
tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir,
dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak
dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak
Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan
berjalan, dan dialah yang tahu jalan untuk ke Sana kerana ia berasal
dari Sana, dan ke Sana pula tempatnya kembali.
Lain halnya badan yang dijadikan dari yang telah
dijadikan-Nya, iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang
telah mati atau meninggal, keadannya
dikembalikan ke asal iaitu ke tanah. Dan, adalah
bagi kita setelah menemui diri sendiri,
Jalan
untuk ke Sana telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah)
hendaklah dengan yang ghaib (diri). Para ariffin (orang
arif) dan budiman mengatakan, siapa yang
mengenal dirinya akan mengenal Tuhan, dan siapa
yang menemui dirinya akan menemui Tuhan
dengan sendirinya.
dengan sendirinya.
Sekarang, kita telah menemui diri kita; sudahkah
kita menemui
Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nya dan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita
‘berdiri dengan sendirinya,’ kalau pintu telah terbuka,
akan berjalan dengan sendirinya pula.
Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam.
Yang hidup telah keluar daripada yang mati dan
yang mati daripada yang hidup; telah tahu di diri, bahkan telah menemui diri, dan telah punya pegangan hidup. Rupanya
pegangan selama ini salah, tidak benar kerana berpegang
kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup,
sedangkan yang sebenarnya hidup dan tak mengenal
erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah
dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup sungguhpun diketahui dengan pasti
bahawa dia ada bersama kita, bahkan terkandung
dalam badan kita.
Itulah dia, diri. Itulah Aku, dan Akulah dia itu.
Orang yang tak tahu di diri, tak berpendirian. Aku,
yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, iaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap,
sebelum berjalan keluar dari rumahku untuk
tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki
keadaanku sendiri luar dan dalam.
Setelah itu Aku berjalan menemui-Nya,
Tuhan-ku Yang Pengasih lagi Penyayang, untuk
mengadakan sujud syukur terhadap-Nya dengan mengucap kata pengakuan yang berbunyi ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu
anna Muhammad-ar Rasuulullah.’
Dengan telah mengadakan pengakuan itu, jadilah
Aku seorang Islam dengan erti
yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian.
yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian.
Pokok hidup dari segala kehidupan, iaitu hidup
yang kekal
dan abadi. Dari Sana Aku datang, dan ke Sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri, Aku telah
terlahir kembali, dan penemuanku itu menjadi
peganganku, dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari.
Dengan membaca keteranganku di atas, mungkinkah
orang begitu
saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, malainkan aku ingin supaya kenikmatan
hidup yang aku rasai dapat pula dirasai oleh orang lain
hendaknya, dengan mempelajari caranya aku
menemuinya diriku, dan semoga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya
dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku
ini.
Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk, dan
dengan menurutkan
jalannya diri itu, dengan sendirinya kita telah menjadi manusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana dia
telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,kerana
pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang ramai, yang termasuk golongan manusia lama yang tak
tahu di diri yang sebenarnya.
Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di
segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan
dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, kepadanya;
• Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri.
• Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah
pandai membaikkan
badan diri sendiri.
• Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakan bagaimana sakitnya di
jajah atau terjajah, kerana bukankah dia selama
ini terkongkong dan terkurung dan telah banyak pengalaman dan penanggungan?
• Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci.
• Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar.
• Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya terletak pada dirinya,
bukan pada orangnya.
Itulah aku yang telah menjadi manusia baru. Aku
telahmengadakan pengakuan dan seterusnya
aku sentiasa mengadakan pengakuan terhadap-Nya, Tuhan yang aku sembah, dan sementara
itu aku telah mendapat pengakuan pula melalui
orang-orang yang mendatangiku.
Jadi, pengakuan aku perdapat bukan langsung dari Tuhan, melainkan melalui
orang dan adalah itu petanda bagi orang yang
tahu.Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat.
Perjalananku mencari-Nya untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari diri, yang keluarnya
mendatangkan daya-gerak kepada anggota badanku yang
jalannya menembus hujung jari-jariku yang dapat
dirasakan; suatu perjalanan yang berisi dan
bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada
kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada.
Di Sana, di Hadirat-Nya, di Tempat Tidak Ada,
bertemulah yang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan Yang
Menjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, aku dengan
Tuhan-ku. Dan adalah aku dengan Dia, jauh tak
berantara, dekat tak berbatas.
Gerak adalah kelakuan tuhan pada hamba jd gerak
itu merupakan rahsia af'allullah pada hamba kita tk dapat nk tapsirkan namun
kalau ada izin tuhan dapat jua kita mengerti akan pembawaan itu,keatas=kau
naik......kebawah kau=kau masuk....kekanan=kau memberi.. kekiri=kau menerima.. berpusing
pusing=proses..diam=menyatu
Langgan:
Catatan (Atom)