Ahad, 23 Mei 2010

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi )

b>
WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ?
Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi )

HURUF HURUF UNTUK EJAAN KALIMAH ISLAM = Jawi

ALIF = Allah
SHIN = Salamun
LAM ALIF = Laa Ilaha Illallah
MIM = Muhammadur Rasullullah

Yang Bermaksud :-

Allah Mengucapkan SEJAHTERA kepada manusia yang menyatakan :-
TIADA NYATA HANYA ALLAH dan MUHAMMAD itu MENYAMPAIKAN SIFAT BAGI DIRI ALLAH ( menyampaikan Haq Allah kepada Badan )

Nyata Islam itu terbahagi kepada 2 ( Dua ) Kalimah iaitu :-

KALIMAH TAUHID dan KALIMAH RASUL

TAUHID itu MENGESAKAN ALLAH dan Rasul pula menyampaikan CARA MANA HENDAK MENGESAKAN ALLAH.

Rasul inilah INDUK segala Ilmu Ketuhanan.

Manusia tidak Mengenal Allah, tetapi RASUL ( manusia itu ) KENAL SIAPA ALLAH. Maka Rasul inilah yang perlu dikaji dan dikenali terlebih dahulu kerana kenalnya manusia tentang erti bahawa Allah itu Tuhannya kerana Rasul yang memberitahu.

SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ?

Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :-

Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul ( nya )

Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :-

Manusia itu umat yang satu.

Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :-

Muhammad itu tidak lain hanyalah saorang Rasul.

Firman Allah yang terdapat didalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umat yang dalam ertikata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri.

Maka Firman Allah ini manusia percaya . TETAPI ulamak Syariat tetap tidak menerimanya. Kerana apa ? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul ? Bukankah Rasul sudah wafat ?

Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu. Ini adalah kerana bagi orang yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibni Abdullah itu sudah wafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akan mendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telah wafat itu.

Maka setiap yang Allah wujudkan dimuka bumi ini siap BERPASANGAN. Ada Dunia ada Akhirat. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannya Neraka dan sebagainya.

SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibni ABDULLAH ?

Isterinyakah ? Ya kata Ilmu Syariat. BUKAN kata Ilmu Hakikat.

Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala. Maka jika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlah tidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain.

JAWAPAN SEBENAR ialah :-

RASUL ZAHIR = Nabi Muhammad ibni Abdullah
RASUL BATIN = Nabi Muhammad Mustaffa Rasullullah

Diatas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammad tanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu. Maka Amanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam segala Amal Ibadahnya.

Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :-

Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJA iaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI. Kemudian kamu fikirkan ( lah )

Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya. Bagi umat YANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya. Bagi umat PAK TURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN. Kerugian bagaimanakah itu ?

Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu !. Kenal atau tidak dengan Allah ? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah itu hukumnya HARAM. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu. Kenapakah berfikir tentang Allah itu dikatakan haram ?

Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak takut akan Allah. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kita kepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah ?

Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat ?

Balik balik wafat, wafat, wafat. Apakah wafat itu ? Wafai itu mati. Apakah mati itu ? Entah.

Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikut Firman Allah :-

Al-An Am : 163 yang bermaksud :-

Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperentahkan Kepadaku

Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedar bangun sahaja dari tidur mereka mulalah sekutukan Allah , ambil wudhu ( subuh ) sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang, Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah. Subhanallah !!!

Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENYENGUTUKAN ALLAH. Bagaimnakah ini boleh terjadi ?

ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam. Tetapi BATIN-nya bergelar SYIRIK HOPPI. Kerana apa ? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lah YANG BERBUAT segala Ibadah itu….kerana mengharapkan balasan PAHALA dan ganjaran SYURGA.

Bukankah Allah telah Berfirman : Yang bermaksud :-

Sesungguhnya AKU BESERTA KAMU

Semua orang tahu bahawa : Allah Beserta kita. Tetapi kita tetap mahu MENDUAKAN ALLAH. Yaitu Allah dan kita. Untuk mengelakkan diri dari menduakan Allah, maka Allah telah mengutus Rasul didalam DIRI anda sendiri …diadalam Diri manusia itu. Tidak percaya bahawa Rasul itu kini berada didalam DIRI anda sendiri ????

bersambung.....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan