Salam saudara pembaca yang di Rahmati Allah.
Entri dari Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat tidak dapat diposkan kerana Fakir mahu mengulas komen dari salah saorang pembaca yang mengunjungi laman ini semalam.
Semalam saorang pembaca yang menggunakan username 1 Malaysia menulis komen di c-box laman blog ini seperti dibawah :-
1 Malaysia: layarmerah.blogspot pernah aktif 2-3 lepas yang mendedahkan rahsia ketuhunan dan dan boleh MENYESATKAN..dan kini laman itu telah dihapuskan oleh kerajaan..nampaknya laman ini pun tunggu masa saja mempelajari dan menyebar Ilmu Ketuhanan itu SESAT & MENYESATKAN.
Fakir bersetuju dengan pandangannya bahawa satu ketika nanti blok ini akan dihapuskan / suspended oleh pihak kerajaan. Kebarangkalian nya adalah tinggi kerana inilah yang menjadi keutamaan pihak berkuasa Agama Malaysia, mengharamkan apa jua aliran Tasauf apatah lagi Ilmu Hakikat.
TETAPI Fakir mohon maaf kerana tidak dapat bersetuju dengan kenyataannya bahawa mempelajari dan menyebar Ilmu Ketuhanan itu SESAT & MENYESATKAN.
Namun begitu Fakir memilih untuk tidak berhujah dan menimbulkan polemik mengenai pandangan saudara kita itu. Kepada Allah jualah kita kembalikan segala persoalan.
Bagi pembaca pembaca yang betul betul berminat untuk mempelajari Ilmu Hakikat dan yakin serta bersetuju dengan isi kandungan laman blok ini, eloklah download apa apa yang difikirkan perlu sebelum blok ini dihapuskan / suspended.
Untuk memberi gambaran kepada pembaca dalam konteks sama –ada mempelajari dan menyebar Ilmu Ketuhanan itu sesat atau tidak, Fakir turunkan dilaman ini satu artikel karangan Tuan Ismail Abd Rahman saorang penganut Tarikat Ahmad Ahmadiah untuk renungan saudara pembaca sekalian.
………………………………………………………………………………………………
CARA MENUNTUT ILMU KETUHANAN
Sebenarnya saudara saudara menuntut Ilmu Ketuhanan itu TIADA SIAPA YANG BOLEH MENEGAH dan TIADA SIAPA PUN BOLEH MENGHALANGNYA kerana ilmu itu adalah hak masing masing. Mencari ilmu adalah sama jua dengan mencari rezeki.
Kita mencari adalah untuk kita bukannya untuk orang lain. Ibaratnya kita mencari rezeki semata-mata untuk diri kita untuk membuat bekalan hidup didunia ini. Mencari ilmu adalah untuk bekalan diri kita dinegeri Akhirat. Adakah tersangkut dengan orang lain, macam mana orang boleh melarang kita. ? Maka inilah sebabnya menuntut ilmu ini tiada sesiapa yang boleh menegahnya.
Banyak jua saya bertanya kepada alim ulamak tentang Ilmu Ketuhanan ini. Ada juga yang mengatakan SALAH dan ada juga yang mengatakan BETUL.
Pada pendapat saya pula yang mengatakan salah itu ialah alim ulamak yang tamak dan haloba. Dia takut hendak mengembangkan ilmunya itu bukannya takut salah. Hanya ia takut orang ( lain ) alim. Jikalau orang lain semuanya alim bererti SEMPITLAH SYURGA baginya. Maka inilah dibahasa ia alim tamak kerana dia sendiri sahaja mahukan Islam, orang lain biarlah hidup didalam kejahilan yang mengatakan Ilmu Ketuhanan ini SALAH, DI-TEGAH orang ramai mempelajarinya.
Maka alim inilah yang muafakat dengan syaitan tidak suka kepada Ilmu Ketuhanan ini. Maka inilah sebabnya ia MENYEKAT kemahuan orang lain, supaya jangan belajar.
Ada pula setengah daripada alim ulamak mengatakan Ilmu Ketuhanan ini bukannya pakaian orang awam kerana ilmu ini adalah pakaian untuk ulamak ulamak sahaja. Ini alim penipu namanya. Cubalah fikir baik baik jikalau ilmu ini ditegah untuk orang awam belajar, siapakah yang boleh mewarisi pesaka Islam ini ? Adakah ulamak itu boleh hidup menungkat langit ? Jikalau semuanya ulamak itu sudah mati, dimanakah hendak mencarinya ilmu ini, dan siapa hendak mengganti tempat ulamak ini, kerana yang tinggal itu semuanya jahil jahil belaka kerana hendak mempelajari ilmu yang tinggi tinggi sedikit tidak boleh – SALAH.
Terdengar sahaja orang mengajar Ilmu Ketuhanan cepat cepat mereka bertindak serta melemparkan tuduhan tuduhan liar dan memfitnahkan bermacam macam habuan. Mengatakan mengajar ilmu salah. Mereka tidak sedar syaitan menghasut mereka dari belakang. Kerana tiap tiap hidup dialam ini jikalau dirinya tiada memegang kukuh dengan kuasa keimanan, nescaya syaitanlah bermaharaja pada dirinya.
Oleh itu saya tegaskan disini bahawa didalam Islam tiada siapapun boleh MENGHUKUM kita melainkan diri kita sendiri. Yang kena hukum itu adalah ISLAM PAK TURUT kerana menurut perintah NAFSUnya.
Jikalau diri kita sudah benar benar dikuasai oleh Islam siapa hendak menghukum kita kerana kita tidak melakukan kesalahan.
Oleh itu janganlah dengar percakapan yang karut karut. Gunakan akal dahulu, berfikirlah semasak – masaknya dan tilik pada hati demi mencari kebenaran. Jangan kita ikut perasaan orang lain kerana kita datang kedunia ini pun saorang diri semasa keluar dari perut ibu kita, tiada bersahabat dengan sesiapa melainkan dengan ilmu jua sahabatnya. Dia mengajar kita bergerak dengan mengajar kita berkata-kata. Dia mengajar kita mendengar. Dia mengajar kita merangkak. Dia mengajar kita berjalan. Apabila kita sudah berakal ianya menghilang.
Salahkah jika kita mencari ia sekarang ? Kerana ia sahabat karib kita daripada dalam kandungan ibu lagi. Bukankah ilmu sahaja yang boleh membawa kita kembali kealam akhirat ?
Siapa yang mengatakan menuntut ilmu itu salah bererti mereka belum mengenali DIRI-nya lagi. Tiap tiap yang tidak mengenal akan dirinya sanya orang itu masih didalam golongan kafir dan masih menjadi hamba kepada syaitan dan jin. Bukannya mereka menjadi UMAT MUHAMMAD dan HAMBA kepada ALLAH.
Oleh itu mengetahuilah wahai saudaraku kaum muslimin dan muslimat bahawasanya Ilmu Ketuhanan itulah HARTA bagi dirimu, bekalan bagi dirimu daripada kandungan ibu sampai kealam ini, dan daripada alam ini sampailah kembali kealam Akhirat.
Oleh itu tiada siapa pun yang boleh MENEGAH kita menuntut dan mencarinya.
Kerana ianya adalah HAKMILIK kita yang tulen. Sedangkan bangsa lain pun diseru supaya mengikut Ajaran Islam. Sedangkan Rasul Allah pernah berkata : Tuntutlah ilmu olehmu walau kenegeri Cina sekalipun. Begitulah besarnya harapan baginda kepada umatnya supaya mereka semua jangan SESAT didalam agamanya sendiri.
Pada pendapat saya orang orang yang mengatakan salah dan menghalang pendapat ini, maka mereka inilah yang menjadi alat alat kaum kafir. Mereka daripada kebendaan daripada golongan golongan AHLI KEDUNIAAN atau golongan saintis yang pro dengan kebudayaan kuning dan mengikut pengaruh barat. Atau pun pada golongan yang berfahaman kominis didalam agama supaya senang ianya memasukkan jarum hasutannya untuk mencapai cita citanya hendak merobohkan satu satu negara.
Pada halnya kita semua boleh berfikir diatas kehidupan kita sehari-hari dan kita dapat melihat akan sesuatu pergerakan dan perubahan pada kaum belia dizaman ini. Tidakkah banyak anak anak muda yang terpesong daripada landasan sebenarnya ? Tetapi mengapakah kita tidak mencari jalan untuk mengatasi masalah ini ?
Oleh itu saya berseru kepada kaum muda mudi carilah jalan kebaikan pada diri sendiri. Dan tuntutlah akan ilmu ilmu yang boleh menjamin kehidupan kita dari dunia sampai Akhirat. Kerana ajaran Islam sahajalah yang boleh menjamin kehidupan dan keamanan didalam sesebuah negara. Tugas Islam ialah untuk menyatupadukan kesemua umat umatnya demi untuk menjaga kedaulatan dan keamanan sesebuah negara dan bangsa.
Separuh ulamak berkata Ilmu Ketuhanan ditegah dipelajari kerana tiada orang dizaman kita ini dapat memperoleh MAKAM WILAYAT. Ini sangat tidak lojik. Jika ditegah belajar sejak muda lagi akan Ilmu Ketuhanan , bagimanakah boleh sampai kemakan Wilayat ?
Diwaktu muda tak mahu belajar asyik dengan tipu daya daripada syaitan. Tak boleh menuntut Ilmu Ketuhanan ini kerana kamu orang awam bukannya pelajaran dan pakaian kamu. Siapakah yang rugi ..bukankah kita sendiri yang rugi ?
Dipetik dari Buku MUFTAH AL-ZIRAH IL AKWAL I’DAH
Karangan Tuan Ismail bin Abd Rahman
Tariqat Ahmad Ahmadiah
Kuantan Pahang.
Setiap ilmu ada ahlinya. yg kata sesat itu bukan ahlinya. tapi tak nak mengaku takut masyarakat tahu dia tak tahu.
BalasPadamBertanyalah pada ahlinya jika kamu tidak tahu.
BalasPadamSiapa yg amal dia tahu apa yg buanya
BalasPadamSiapa yg amal dia tahu apa yg buanya
BalasPadamHanya aku...menemui cahaya itu dlm ke ada an tiada yg wujud dlm ke ada nya yg maha ghaib
BalasPadamkt mana blh dptkn MUFTAH AL-ZIRAH IL AKWAL I'DAH versi rumi
BalasPadam