Rabu, 28 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH LIMA ( 35 )



SYUKUR & IKHLAS

Hakikat SYUKUR ialah mengetahui dengan hati akan Nikmat Allah SWT dan menyebutkan akan dia dengan lidah dan mengamalkan akan dia dengan anggota.

Syukur Peringkat Tertinggi ialah mengsyukuri Nikmat Tuhan dan mencita-citakan kebaikan bagi semua makhluk.


ILMU SYUKUR

Mengenai wujud nikmat itu sendiri bagaimana hal itu merupakan nikmat baginya.


HAL SYUKUR

Amal baik diucapkan dengan lidah dan dilakukan dengan anggota.


AMAL SYUKUR

Bercita-cita untuk berbuat kebajikan sesama manusia. Menghadirkan hati selama-lamanya dengan ZIKIRULLAH. Mengucapkan ALHAMDULILLAH. Mengamalkan dengan anggota yang tujuh dalam berbuat taat kepada Allah.


IKHLAS

Apabila seseorang membersehkan amalnya dari UJUB, RIAK, CINTA DUNIA, HASAD , TAKABBUR dan sebagainya daripada segala maksiat didalam hati , mengerjakan amalnya semata-mata KERANA ALLAH. Ianya adalah saorang MUKHLIS dan perbuatannya disebut IKHLAS.

Orang yang beribadah kerana dosa dan pahala tahap ikhlasnya adalah RENDAH daripada orang yang berbuat semata-mata kerana Allah.

Maksudnya beribadah dengan bertauhid bahawa gerak dan keinginan beribadah itu ialah dengan Kehendak dan Kuasa Allah semata-mata tanpa takutkan dosa dan tidak menginginkan pahala.

Apabila didalam hati seseorang tergetar sesuatu tujuan lain disamping untuk mendampingkan diri dengan Allah, amal tersebut KELUAR dari KEIKHLASAN bahkan SYIRIK KHAFI.

Next Entry .......TAWAKKAL – MAHABBAH & RIDHA

Isnin, 26 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH EMPAT ( 34 )



SABAR

Maknanya menahan diri dalam memikul penderitaan baik dalam hal kedatangan mudarat atau perginya munafaat atau nikmat.

SABAR ADA 3 TINGKAT

Pertama – Sabar Orang Awam

Menanggung kesusahan dan menahan kesakitan dalam menerima hukuman serta qadha & qadar.

Kedua – Sabar Pengembara Tarikat

Jadi biasa ia dengan sabar, telah mudah atasnya segala yang susah.

Ketiga – Sabar Orang Arif

Bersedap sedap dengan bala serta dugaan dan suka ia akan Pilihan / Ketentuan Allah

HAL SABAR

Ketabahan hati, tawakkal, ridha atas segala dugaan dan penderitaan yang didatangkan Allah.

AMAL SABAR

Dicerminkan dalam tingkah laku orang yang sabar.


Next Entry.................SYUKUR & IKHLAS

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH TIGA ( 33 )



ZUHUD & ZAHID

Hakikat ZUHUD itu ialah meninggalkan sesuatu yang dikasihi yaitu DUNIA kerana menginginkan sesuatu diakhirat.

Hati umpama bejana . Untuk mengisikan dengan yang baik mesti kosongkan yang kotor dan jahat.

ZUHUD ADA 3 MACAM

Pertama – meninggalkan sesuatu kerana inginkan sesuatu yang lebih baik

Kedua – meninggalkan dunia kerana harapkan Akhirat

Ketiga – meninggalkan segala sesuatu selain Allah kerana cinta terhadapNya

TIGA TINGKAT ORANG ZAHID

Tingkat Satu – Orang MUBTADI ( permulaan ) Masih ada sayang kepada dunia tetapi ia bersungguh sungguh melawan nafsunya

Tingkat Dua – Orang Pertengahan . Telah mudah hatinya meninggalkan akan dunia. Tiada lagi kasihnya akan dunia ini.

Tingkat Tiga – Orang MUNTAHI / ARIFFIN. Dunia ini saperti TAHI kepadanya..tiada nilai. Segenap hatinya menghadap Akhirat.

Tingkat Tertinggi – Meninggalkan daripada hatinya yang lain daripada Allah baik dunia mahupun Akhirat.

ZAHID – DARIKACAMATA SY SAMAD PALIMBANI

Pertama – Bukan tidak memilikki dunia tetapi tidak mengingini yang lain daripada Allah

Kedua – Tidak gembira dengan datangnya sesuatu dan tidak pula sedih jika sesuatu itu hilang

Ketiga – Puji dan cela sama sahaja kepadanya.

Keempat – Merasa INTIM dengan Allah dan lazat mentaatiNya.

Next Entry ..................SABAR.

Ahad, 25 Julai 2010

KOS BUKU FOTOCOPY & KOS POS



Salam pembaca yang dihormati khasnya mereka yang berminat memilikki buku buku fotocopy combed binded

Disertakan harga buku mengikut kos kedai fotocopy. Ada sedikit pindaan dimana kos buku Muftah Zirah bukannya RM 16.00 tetapi cuma RM 11.00 Dibawah ialah senarai yg telah dibetulkan :-


BIL TAJUK BUKU HARGA BERAT

1 Pengantar Ilmu Hakikat $22.00 700 gram

2 Ilmu Yang Diwariskan $45.00 1.6 kg

3 Wahdaniatullah $12.00 350 gram

4 Asraral Makrifah $18.00 500 gram

5 Bagindo Muchtar $18.00 500 gram

6 Dhiyaul Murid $16.00 500 gram

7 Muftah Zirah $11.00 500 gram

8 Hakikat Insan $48.00 1.8 kg

9 Packing $2.00

Kos Pos Malaysia Untuk Bungkusan

SEMENANJUNG MALAYSIA

Dibawah 2 kg - RM 7.00
Bagi lebihan setiap kilogram tambah RM 1.50

MALAYSIA TIMUR ( UDARA )

Bawah 6 kg - RM 35.00

Sekian untuk panduan.

Fakirabdillah

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH DUA ( 32 )



JALAN MENUJU MAKRIFAH – Dari Kacamata Ilmu Sufi.

Untuk mencapai MAKRIFAH mestilah ada jalannya. Ini dipanggil THARIQ atau TARIKAT.

Jalan itu pula ada tingkat tingkatnya. Ini disebut MAQOMAT atau MAKAM. Dalam berjalan mestilah ada UKURAN. Ukurannya ialah pengalaman
Kebatinan yang khusus. Ini disebut sebagai AHWAL ( keadaan batin )

Mengikut Imam Al-Ghazali ada 10 Maqamat yaitu :-

Taubat – Sabar – Syukur – Harap – Takut – Zuhud – Tawakkal – Cinta
Rindu – Intim – Redha

Setiap makam terdiri dari 3 unsur yang membentuk satu kesatuan yaitu pertama ILMU kedua RASA atau HAL & ketiga AMAL.

Sebagai contoh dinukilkan berkaitan Taubat :-

Ilmunya = tentang kemudaratan dosa- bahawa hal ini mendinding seseotang dari Tuhannya.

Rasanya = rasa pilu memikirkan akibat tersebut

Amalnya = tindakan yang perlu dilakukan untuk menghindari perbuatan dosa itu dan memilih kehidupan yang diredhai Allah.

TAUBAT

Taubat ialah langkah pertama jalan Makrifah.

Tenaga penggeraknya ialah RASA CINTA KEPADA ALLAH

Taubat adalah satu KEWAJIPAN AGAMA bagi setiap muslim.

Harus dilakukan tiga hal :-

- Pertama selalu ingat maksiat itu berdosa, sangat keji dan sangat jahat kepada Allah dan juga manusia
- Kedua selalu ingat akan beratnya Siksaan Allah
- Ketiga harus ingat lemahnya kita untuk menanggung siksaan Allah
TAUBAT ITU – 3 BAHAGI

Pertama – Taubat Orang Awam - yakni taubat dari maksiat yang zahir

Kedua – Taubat Orang Khusus – yakni taubat dari maksiat batin saperti ujub, riak, takabbur, hasad dengki dll

Ketiga – Taubat Khawasul Khusus – yaitu taubat dari segala yang terlintas dihati selain Allah

TAUBAT BERTERUSAN

Sentiasa hadhir hati kepada Allah dengan MENGEKALI ZIKIR dan SUHUD yaitu sentiasa memandang dalam hati akan Allah.

10 DOSA BATIN

1- Kuat Makan
2- Banyak bercakap sia sia
3- Pemarah
4- Dengki
5- Kedekut
6- Megah & Bangga
7- Terlalu kasih pada dunia
8- Membesarkan diri & suka menghina orang lain
9- Heran diri – suka melihat kebajikan yang dilakukannya
10- Riak – berbuat ibadah bukan kerana Allah

4 DOSA BESAR

1- Menyengutukan Allah
2- Mengekalkan berbuat maksiat
3- Putus asa akan Rahmat Allah
4- Tiada takut akan Siksaan Allah & NerakaNya

Next Entry ...............TAKUT & HARAP

Sabtu, 24 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH SATU ( 31 )



MEMATIKAN DIRI

SYARIAT = membuang dosa dan kehendak nafsu

TARIQAT = menghapuskan kelakuan yang keji & memakai akhlak terpuji

HAKIKAT =

Menghapuskan ke-AKU-an diri sendiri yaitu kenal Zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal anda sebagai Kenal Allah. Tiada yang wujud hanya Allah. Hanya Allah yang boleh berkata AKU. Tidak ada yang lain.

FIKIR

Fikir ada 3 jenis :-

Pertama fikir tentang hal hal dunia
Kedua fikir tentang Syurga & Neraka
Ketiga fikir tentang Zat & Sifat Sifat Allah

ISLAM

ISLAM KULIT = mematuhi hukum hukum Syariat sahaja tanpa memandang .
kepada HAKIKAT ZAT. SIFAT, ASMA’ & AF’AL ALLAH.

MUSLIM KULIT = Sibuk dengan pembersehan zahir sahaja.

Yang Memberi & menerima itu Allah sebab hanya Dia Yang Wujud dan Dia itu AKU.

AMALAN MAKRIFAH

Anda hendaklah menganggap pelbagai objek ( benda ) sebagai ZAT ALLAH.
Sifat Sifat benda sebagai Sifat Sifat Allah. Perbuatan benda sebagai Af’al Allah

Yang lainnya hilang dari pandangan ( ini dinamakan wahdat ) . Cara Caranya saperti dibawah :-

CARA MENURUN / NUZUL

Anggaplah diri anda sebagai HAKIKAT ZAT
Zat Aku adalah Zat Allah
Sifat aku adalah Sifat Allah
Perbuatanku adalah Af’al Allah

CARA MENAIK / URUJ

Zat Allah adalah Zat Aku
Sifat Allah adalah Sifat Aku
Af’al Allah adalah Perbuatan Aku

NUZUL DENGAN ALLAH

Zat Aku dengan Zat Allah
Sifat Aku dengan Sifat Allah
Perbuatan aku dengan Af’al Allah

Al-Khasas : 88

Tiap tiap sesuatu ( ghayr ) adalah kosong sahaja kecuali ZatNya.

IRSHADAT = Kata Kata Mutiara Ulamak

Daula Samnani

Tidak ada dosa yang lebeh besar dari mengatakan diri sendiri berdosa.

Tauhid ialah memebaskan fikiran dari semua khatrat ghayr.

TAMAT.

Next Entri...........Jalan Menuju Makrifah

Jumaat, 23 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGA-PULUH ( 30 )



TANASUKH

TANASUKH adalah Bid’ah dan Tidak Benar.

Tanasukh ialah kepercayaan bahawa Ruh manusia tidak bergantung kepada badan seseorang itu. Apabila badan binasa Ruh itu pun mencari badan yang lain sama ada sejenis atau jenis yang lebeh rendah. Ianya sama dengan konsep REINCARNATION agama Buddha.

Ada golongan dalam Ilmu Hakikat yang percaya bahawa oleh sebab Ruh dicipta sebelum Azal, Ruh cucu cicitnya ( akan datang ) telahpun diwujudkan Allah. Ruh itu berpindah alam mengikut keupayaannya mengenal asal usulnya yaitu Mengenal Allah.

Ianya diberi peluang 7 kali berada didalam sarung badan manusia. Jika gagal juga Mengenal ia akan berpindah ke-alam binatang atau pokok. Inilah NERAKA mengikut kepercayaan ini. Kepercayaan ini BID’AH.

RIJ’AT ialah kepercayaan kepada kembalinya Ruh yang telah pergi kedalam badan yang baru.

HULUL ialah kepercayaan kepada Penjelmaan Allah dalam bentuk manusia.

Ketiga-tiga fahaman diatas adalah TIDAK BENAR kerana ianya bertentangan dengan TAUHID dan mengujudkan ghayr. Ini berlaku kerana :-

- mereka menumpukan pandangan pada badan sahaja dan tidak percaya kepada kemajuan Ruh

- kerana fahaman Ruh Ruh itu kekal abadi dan bilangannya terhad

- mereka tidak tahu bahawa tiap tiap ketika ada Tajalli Baru dan Manifestasi Berterusan

- bahwa Tajalliyat Allah tidak dapat dikira dan tidak pula berulang-ulang

- mereka tidak tahu bahawa Ruh itu sabenarnya bebas dari badan

Ruh bukanlah benda yang keluar dari badan atau masuk kedalam badan. Yang keluar masuk itu mempunyai kualiti kualiti jasmani sedangkan Ruh bukan Jisim atau Berbadan.

Bahawa Ruh itu penggerak ( operator ) dan gerakannya terkhas bagi satu badan sahaja sama ada untuk baik atau jahat.

Surah Al-Mukminun Ayat 107 & 108 adalah dalil bahawa seseorang tidak akan kembali kedunia ini lagi untuk membaikki diri sendiri satelah Ruhnya kembali ke Rahmatullah.

Next Entry.................MEMATIKAN DIRI DLL

PESANAN BUKU

Salam saudara pembaca yang dihormati,

Bagi saudara saudara yang berminat untuk mendapatkan salinan buku buku dalam bentuk fotocopy & comb binding berdasarkan kos kedai fotocopy diturunkan dibawah kos mengikut tajuk buku.

Kos penghantaran tertakluk kepada berat bungkusan dan jarak penghantaran dan tidak dapat dipastikan.

1 Pengantar Ilmu Hakikat – RM 22.00
2 Pengantar Ilmu Hakikat Yg Diwariskan - RM 45.00
3 Asraral Makrifah - RM 18.00
4 Wahdaniatullah - RM 12.00
5 Memandang Ke-Dalam - RM 18.00
6 Hakikat Insan - RM 48.00
7 Dhiyaul Murid - RM 16.00
8 Muftah Al-Zirah - RM 16.00

JUMLAH KECIL
PACKING ( l.k ) RM 05.00
KOS POS MALAYSIA ?
JUMLAH

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH SEMBILAN ( 29 )

QADHA & QADAR

Hakikat Hakikat itu terpendam dan Allah beri mereka manifestasi ( penzahiran )
Hakikat itu ialah BAKATNYA sendiri.

- Manifestasi ialah mengeluarkan dari BATIN kepada ZAHIR ( dari tiada nampak kepada Nampak )

- A’yan tidak menzahirkan dirinya. Penzahir yaitu Allah menzahirkan mereka.

ISTILAH

Qadha = perintah zahir ikut tempat & masa
Qadar = Keperluan batin dalam Ilmu yaitu bakat diriNya
Taqdir = Ukuran dalam Ilmu
Syuyunat = Keupayaan
A’yanNya = Bakat BakatNya
Bakat = Asli dan asal Asma’. Ianya adalah Hakikat Hakikat Zat dan tidak berubah.

Surah Al- An –Am : 34

Tidak ada pertukaran dalam Perkataan Perkataan Allah.

QADHA bergantung kepada QADAR. Qadar pada Syuyunat ( keupayaan ) dan Zat dalam manifestasiNya bergantung kepada Syuyunat.

Syuyunat masuk dalam Ilmu sebagaimana mereka berada dalam Zat. TAQDIR ialah ukuran dalam Ilmu. Ukuran bergantung kepada Syuyunat. Yang terzahir keluar hanya ALAT ( Agent ) dan BUKAN PELAKU.

HAQ CINTA menzahirkan menurut kehendak A’yanNya dan membentukkan RUPA RUPA mereka dalam IlmuNya dan menzahirkan KELUAR. Proses ini berterusan selama-lamanya.

DIA menjadi cerminNya sendiri dan mempamirkan diriNya dan memerhatikan diriNya dan menikmati pemerhatian itu dan tidak ada yang lain ( ghayr )

IRADAT adalah dalam Allah. Manusia TIADA IRADATNYA sendiri. KUDRAT ( Kuasa ) bergantung pada Wujud. Yang tidak ada tidak mempunyai Kuasa. Manusia pada hakikatnya tidak wujud dan TIDAK BERKUASA.

Allah menjadikan anda dengan IRADATNYA dan IradatNya itu terzahir dalam anda. Dengan itu Allah Berfirman mengesahkan kenyataan ini :-

As-Sifat : 96

Allah menjadikan kamu dan perbuatan kamu.

QADAR terdiri daripada Bakat Bakat diriNya yaitu A’yan dan QADHA adalah PerentahNya kepada bakat bakat atau A’yan untuk menyatakan diri mereka pada tempat dan masa yang ditentukanNya.

QADHA tertakluk kepada ILMU Allah yang kekal dan Ilmu yang kekal tertakluk kepada A’yan dan A’yan dalam keadaan terpendamnya ( sabelum masuk dalam Ilmu ) ada dalam Zat.

Tiap tiap sesuatu meminta untuk dizahirkan dengan lidah bakat bakatnya dan Allah memperkenankannya .

Al-Mukmin : 60

Serulah Aku dan Aku akan jawab kamu.

Sabenarnya Zat Allah dengan Sifat SifatNya menzahirkan DiriNya dengan DiriNya. DiriNya sendiri menzahirkan DiriNya bukan yang lain kerana yang lain tidak wujud.

Salik melihat semua agama adalah satu.
Sesungguhnya Aku beragama dengan agama tuhanku yang satu.

Next entry.......................TANASUKH

Khamis, 22 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH LAPAN ( 28 )

KHATRAT = BISIKAN atau GERAK HATI

FANA’ ialah membinasakan kesedaran kepada yang lain dari Allah sama ada dunia ataupun diri salik.

Ar-Rahman : 26 & 27

Tiap tiap sesuatu akan hilang ( mati ) dan Wajah Allah tetap ABADI dengan Keagungan & KemuliaanNya

Tidak ada IBADAT yang lebeh berkesan daripada Memerhati KHATRAT supaya yang lain dari Allah tidak mempengaruhi anda.

Khatrat ialah dari Allah : Sama ada baik atau jahat adalah Tajalli Perkataan Allah yang turun kedalam HATI

- tiap tiap khatrat atau idea atau gerak fikiran adalah RASUL ALLAH
( Kalam Allah )

Jangan tinggalkan ZIKIR kerana zikir elak godaan nafsu. Anda boleh sampai kepada Allah melalui Zikir.

Apabila anda melakukan dosa, anggaplah itu sebagai Perentah Allah dan diri anda telah dilantik untuk melakukannya dan palingkan diri anda dari dosa itu dengan BERISTIGHAFAR yang juga adalah Perentah Allah.

Jangan lupa pada Qadha & Qadar. Anggaplah diri anda sebagai ALAT.

Pandanglah kepada TAUHID dalam perbuatan diri anda dan perbuatan anda :-

- Tiap tiap perbuatan ( baik atau jahat ) adalah dari Pelaku Yang Haq Mutlak.

- Sesuatu lakuan adalah dari satu Sifat daripada Sifat Sifat Allah yang tidak terkira banyaknya itu. Sifat Sifat pula bergantung pada Zat

- Tiap tiap lakuan anda dalam dunia ini adalah Bayangan Lakuan Sifat atau Zat DIA, dan resapkanlah diri anda dalam bayangan bayangan itu.

Surah Hud : 56

Apa sahaja binatang yang merangkak dan melata melainkan DIA-lah yang memegang jambulnya kerana sesungguhnya Tuhan ada dijalan yang lurus.
Surah As-Sifat : 96

Allah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat.

Aulia & Anbia lebeh takut kepada SYIRIK dari dosa.

Next Entry.................Qadha & Qadar...........

Rabu, 21 Julai 2010

Salam Bahagia Saudara Pembaca Yang Di-Rahmati Allah

Berikut fakir senaraikan ISI KANDUNGAN Laman Blog ini untuk makluman saudara sekalian.

Jika saudara berminat untuk menyimpan isi kandungannya saudara diizinkan ( KERANA ALLAH jua ) untuk copy & paste. Fakir yakin segala ilmu adalah Milik Allah semuanya.

Jika saudara mahukan salinan fotocopy buku buku tersebut sila saudara e-mailkan nama penuh dan alamat saudara ke e-mail fakir yakni : alfakirabdillah@gmail.com

Kos yang dikenakan ialah kos sebenar untuk fotocopy & binding yang dikenakan oleh kedai fotocopy + kos Pos Malaysia atau syarikat courier.

Salam Takzim,

Fakirabdillah.
.....................................................................................

SENARAI BUKU & MANUSKRIP YANG MENJADI ENTRI LAMAN BLOG
FAKIRABDILLAH.

TELAH SELESAI DIPOSKAN

Pengantar Ilmu Hakikat – Al-Gemasi – Posted – Completed
Wahdaniatullah – Syeikh Qamaruddeen – Posted – Completed

SEDANG DIPOSKAN

Pengantar Ilmu Hakikat Yg Diwariskan - Fakirabdillah – Sedang Diposkan

TELAH DIPOSKAN & DIBERHENTIKAN

Asraral Makrifah – Tuan Hj Adenan Ooi – Sebahagian diposkan – Berhenti

LAMAN BLOK - LAYARMERAH

Manuskrip yang diposkan oleh Fakirabdillah Ke-laman Blog
http : // layarmerah.blogspot.com

Memandang Ke-Dalam – Dr Bagindo Muchtar – Selesai

*************************************************

Salam saudara saudara yang telah meminta salinan fotocopy buku buku

Maaf takut terlupa dan hajat tuan tidak sampai...

Sila nyatakan semula buku buku yang tuan perlukan :-
Buku buku yang ada saperti berikut :-

1 Pengantar Ilmu Hakikat - AlGemasi - manuskrip
2 Pengantar Ilmu Hakikat Yg Diwariskan - Fakirabdillah - manuskrip
3 Asraral Makrifah - Hj Adenan Ooi - manuskrip
4 Wahdaniatullah - Syeikh Qamaruddin - manuskrip
5 Memandang Ke-Dalam - Dr Bagindo Muchtar - manuskrip
6 Hakikat Insan - Hj Ahmad Laksamana - manuskrip
7 Dhiyaul Murid - Sy Daud Fatani - pernah diterbitkan
8 Muftah Al-Zirah - Tarekat Ahmad Ahmadiah - Ismail Abd Rahman - manuskrip

Sekian , kerjasama tuan / puan amat diperlukan dan dihargai.

Salam takzim dari,

Fakirabdillah

Selasa, 20 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH TUJUH ( 27 )



Tajalli Zat dan Sifat adalah didalam anda dan dibayangkan didalam cermin fikiran anda, tetapi anda mengotorkan cermin itu dengan kemanusiaan dan perangai anda dan menjadi BUTA dan tidak nampak Tajalli itu.

Tiap tiap jahat ( dosa ) adalah daripada ADOM ( kosong ) yaitu ghayr wujud. Kejahatan tidak wujud. Kejahatan timbul kerana perbandingan Asma Asma yang bertentangan.

ZAT MUTLAK itu adalah orang itu sendiri. Selagi bayangan wujud ini menjadi , objek dalam ilmu anda, maka objeklah yang anda sembah bukanya HAQ. Hak tersembunyi didalam Qalib ( Badan ).

Oleh itu perhatikan Yang Benar disamping badan anda dalam pandangan. Apabila Aku anda keluar, Aku DIA masuk dan menunjukkan KeindahanNya pada anda.

Dosa ialah PERENTAH dari HAQ, atas HAQ untuk HAQ.

Surah Al-Fath : 10

Tangan allah atas tangan tangan mereka.

Al-Fath : 02

Allah telah mengampuni engkau wahai nabi, semua dosa dosa engkau yang dahulu dan dosa dosa engkau yang akan datang.

Ibnu Arabi berkata :-

Orang Arif ialah orang yang bukan sahaja melihat Allah dalam segala-galanya tetapi juga melihat Allah sebagai HAKIKAT SEGALANYA.

Al-Maidah : 01

Allah melakukan apa yang dikehendakkiNya..

Demikianlah pemikiran tentang Haq yang dizahirkan. DIA memakai perkara baik, perkara – pahala, perkara jahat – dosa. Keampunan dan KemurkaanNya tidak ada siapa yang dapat mengganggunya.

SYIRIK timbul dari Khatrat banyak. Zat yang satu itu memakai pelbagai pakaian. Oleh itu melihat YANG SATU sebagai YANG BANYAK adalah SYIRIK.
Sembahyang, puasa, khalwat dan tasbih adalah untuk memerhatikan Haq didalam diri.

- Ombak adalah bentuk bentuk dalam khayalan, hakikatnya adalah air

- Anggaplah wujud anda sebagai WUJUD ALLAH. Perbuatan dan sifat anda sebagai Af’al dan Sifat Allah. Hilangkan diri anda dan cari semula dan bila berjumpa Hakikat Haq adalah hakikat anda.

NamaNya Yang Batin menunjukkan Yang Ghaib dan namaNya Yang Zahir menunjukkan Yang Nyata :-

Peringkat Batin = Ahdiyyat / Uluhiyyat / Rububiyyat ( Ghaib ) Syahadah ( Ruh )

Peringkat Zahir = Arwah / Amthal / Ajsam ( Ruh ) Mithal ( Ajsam )

Surah Al-Hadid : 04

Dia jadikan langit dan bumi dalam 6 hari dan kemudian mengambil kedudukan di Arasy.

Nabi Nabi tidak ditugaskan untuk MEMBUKA RAHSIA RAHSIA ini. Mereka terpaksa menjalankan Syariat membiarkan Hakikat itu tersembunyi

Hadith :-

Aku AHMAD tanpa MIM
( Aku adalah terhad, hakikatku ialah HAQ )

Aulia membuka Rahsia yang ditinggalkan oleh Nabi Nabi itu.
Wali Wali Allah ialah jurucakap Nabi Nabi. Mereka menyatakan batin percakapan Nabi Nabi.

SYIRIK sebenarnya TIDAK WUJUD kerana syirik meksudnya bersekutu dengan yang lain sedangkan yang lain itu tidak wujud. Rupa tidak mempunyai wujud sendiri. Ia hanya idea tentang hakikat.

Surah Israel : 81

Yang benar ( haq ) telah datang dan hapuslah yang palsu ( batil ). Sesungguhnya yang batil itu pasti hapus.

Jika anda anggap diri anda sebagai lain dari Allah dan Allah lain dari anda, anda telah meletakkan ASAS SYIRIK.

Next topic .....................Khatrat / Bisikan / Gerak Hati

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH ENAM ( 26 )



SULUK – KURSUS LATIHAN

SIFAT dizahirkan melalui kebolehan ( fakulti ) yaitu RUH. Dunia ialah penzahiran Sifat Sifat Allah. Tiap tiap Sifat mempunyai kebolehan dan kebolehan disalurkan kepada anggota yang nampak.

Kebolehan ini ialah dalam Alam Malakut dan Sifat dalam Alam Jabarut. Semua anggota badan ialah penzahiran Sifat.

LA ILAHA ILLALLAH. Tiada Tuhan melainkan Allah. Tiada yang wujud melainkan wujud salik. Wujud ini ialah Wujud Haq. Tiada ada sekutu dengan Aku yaitu tiada yang wujud melainkan Aku.

Surah Yusof : 106

Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga MUSYRIK.

Ya Allah Engkau Tuhanku dan aku hambamu, adalah terlibat dalam SYIRIK-i KHAFI. Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada maka segala perbuatan dan gerak gerinya adalah Perbuatan & Gerakgeri Allah.

Surah Al-Anfal : 17

Bukan engkau yang melontar apabila engkau melontar, tetapi Allah-lah yang melontar.

Hendaklah dianggap Zat / Sifat / Af’alnya sebagai Zat / Sifat / Af’al Allah. Tidak ada yang lain. Tidak ada wujud selain Allah.

Aku Allah tiada Tuhan selain Aku.

Siapakah yang boleh berkata AKU selain Allah sendiri ?

Siapa yang kenal DIRI-nya maka kenallah akan Tuhannya.

- Kenal Zat anda sebagai Zat Allah
- Wujud anda sebagai Wujud Allah
- Kenal anda sebagai Kenal Allah

Tidak ada bezanya jika anda katakan AKU ALLAH dan DIA ALLAH.

Berbilang-bilang atau banyak adalah pada Sifat dan Kesannya. WUJUD tidak lebeh daripada SATU.

Berkenaan dengan ZAT :-

- Ia berkata AKU
- Apabila Ia keluar daripada ghaib ia berkata KAMU
- Apabila Ia kembali kepada ghaib Ia mengenang DiriNya sebagai DIA
- Apabila Ia memandang pada hakikatNya secara perkumpulan Ia menggelar DiriNya sebagai KAMI

Surah Al-Khaf : 16

Kami lebeh hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri.

Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan Wujud Allah, anda jadi MUSRIK. Jika ada wujud lain selain Wujud Allah pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan selain Allah. Dia yang keluar dari BATIN kepada ZAHIR bukan yang lain.

Surah Yusof : 106

Banyak orang yang telah beriman dengan Allah tetapi masih juga musyrik.

Surah Yusof : 108

Katakanlah inilah jalanku, Aku ajak kamu menuju Allah dengan pandangan batin.

Wali wali Allah menafikan yang lain dan mendirikan Yang Haq. Mereka tidak peduli tentang dosa. Wilayat ialah melihat Allah dengan Allah.

Al-Anfal : 17

Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni semua dosa yang lain jika dikehendakkiNya.

Al-Thaqabin : 01

Apa sahaja dilangit dan dibumi memuji Allah.

Hadith :-

Semua makhluk diperanakkan dalam keadaan islam.

Bersambung ..........................

Ahad, 18 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH LIMA ( 25



GURU & MURID
ZIKIR & LATIHAN

Tujuan Syaghal ( Latihan ) ZIKIR & MURAQABAH ialah untuk membuang segala ingatan selain Allah.

Pada permulaan salik menggunakan tasbih dan beribadat dengan warak. Semakin bertambah maju kedepan didapati semua itu kosong. Dia melepaskan Jalan Selamat dan menggunakan Jalan Malamat ( yaitu melepaskan peraturan biasa dan mempraktikkan ibadat yang sabenarnya )

Hukum hakam Syariat adalah untuk badan dan bukan Ruh.

Al-Hajj : 47

Satu hari dengan Allah adalah 1000 tahun yang kamu kira.

Hanya SATU CAHAYA itu bagi semua lampu.

HAKIKAT INSAN itu sama juga. Ia adalah HAKIKAT KETUHANAN

Anggaplah anda bercakap melalui semua badan. Perbezaan suara dan cakap itu adalah kerana perbezaan badan. Anda bercakap dimana sahaja.

Sekarang buangkan badan itu, anda bercakap dengan tiada suara. Inilah KALAM IZATI dimana huruf dan suara tidak ada.

Next topic.....................SULUK & KURSUS LATIHAN.

Jumaat, 16 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH EMPAT ( 24 )



SEMBAHYANG / SOLAH – Sola Tihim Da – i – Mun

SOLAH dari perkataan WASLAT maknanya LEKAT atau MENGHAMPIRI. Pengertiannya ialah :-

SYARIAT = Mematuhi hukum2 yang tertentu dalam sembahyang

TARIKAT = Penyatuan Pencinta dengan Yang Dicintai

HAKIKAT = Wudhu ialah Penceraian, Solat ialah Penyatuan. Anda hendaklah mencerai diri anda daripada diri , kemudian anda akan lekat atau bercantum dengan Allah. Oleh itu dikatakanlah wudhu ialah penceraian dan solah itu penyatuan. Siapa tidak bercerai tidak bersatu.

Inilah sembahyang yang berkekalan.

Al-Mikraj : 23

Mereka yang sembahyangnya berkekalan.

Perbezaan Solat Syariat Dengan Solat Hakikat

Waktu

Syariat = 5 kali sehari semalam
Hakikat = berkekalan

Kiblat

Syariat = Kaabah
Hakikat = Wajah Allah

Cara

Syariat = Ikut Rukun 13
Hakikat = Luas bidangnya

Arah

Syariat = Kiblat
Hakikat = Mana mana sahaja

Kiblat ada 4 – pertama Kaabah, kedua Guru, ketiga Hati & Keempat = Haq
Sembahyang adalah MIKRAJ bagi orang mukmin.

Satelah mengosongkan dirinya daripada dirinya sampai kepada yang dicintai yaitu Allah. Inilah MAQAMAN MAHMUDAN / Peringkat Terpuji.

Pada peringkat ini dia mengatakan ucapan sembahyangnya KEPADA DIRINYA

Simukmin dalam sembahyangnya menukarkan hadapnya dari Kiblat Kaabah kepada Yang Haq dan ini dilakukan semasa BERNIAT dalam sembahyang.

MENGHADAP KEPADA ALLAH IALAH SEMBAHYANG YANG BERKEKALAN.

Wudhu ada dua erti = Pertama membersehkan badan dari kekotoran. Kedua Penceraian dari Diri.

Next topic..................Guru & Murid – Zikir & Latihan.

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH TIGA ( 23 )



HIJAB

Hijab ada 2 jenis :-

Pertama – DIRI – Hijab Diri tidak akan hilang selagi anda ABD ( Hamba ) dan Zat hamba itu sendiri adalah hijab.

Kedua – SIFAT – Hijab Sifat hilang apabila anda menukar Zat & Sifat anda dan masuk ke Zat & Sifat Allah.

DUA berlawanan dengan ESA. Sesiapa yang dihijab dengan KEDUAAN tidak nampak KEESAAN. Seorang MAWAHID hendaklah keluar dari keduaan dan memasukkan dirinya kedalam KEESAAN DIRI.

KASYAF ialah KELUAR DARI YANG MELINDUNG. Pelindung yang paling tebal ialah KEAKUAN salik. Anda adalah hijab anda sendiri.

Tidak ada hijab kecuali SANGKAAN tentang wujud anda.

Kata – kata Ahli Sufi :-

Tauhid ialah lupa kepada Tauhid

Siapa yang kenal Allah tidak tahu Allah

Hadith :-

Allah ada dan tidak ada apa apa pun beserta Dia.

Allah sekarang saperti Allah dahulu jua.

Tiap tiap objek ( benda ) mempunyai rupa atau bentuk dan juga makna.
Maknanya ialah Allah.

Next topic.........Sembahyang / Solah / Sola Tihim Da – i – Mun.......

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH DUA ( 22 )



Salam saudara pembaca yang di-Rahmati Allah

Satelah dua entri yang diharap bermunafaat kepada saudara semua, kita sambung semula Entri dari manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat Yang Di-wariskan karangan saya sendiri dengan Kudrat & Iradat Allah jua pastinya.

....................................................................................

ALAM BADAN = ALAM – i – AJSAM

Raja Agung ( Allah ) dalam pintu kuat berkunci DENGAN MEMAKAI PAKAIAN ADAM keluar menzahirkan DIRINYA dari Perbatasan Pertama hingga keperingkat habuk.

FirmanNya :-

Aku adalah harta ( perbendaharaan ) yang tersembunyi . Aku suka diketahui dan Aku jadikan Alam supaya Aku diketahui.

Zahirnya umpama biji benih tersembunyi didalam pokok dan pokok itu pula tersembunyi didalam biji benih.

Wujud kita adalah bayangan ( reflection ) WUJUD DIA. Pandangan kita adalah bayangan PandanganNya. Apabila saya memerhati NAFS ( Diri ) saya Allah memerhati ZatNya.

ZAT dan NAFS ( diri ) adalah dua nama bagi hakikat yang SATU dan yang sama.

Sayyidina Ali rda

Aku kenal Allah dengan Allah . maksudnya :-

Allah diketahui oleh DiriNya sendiri kepada DiriNya tanpa diselangi oleh yang lain. ( ghayr )

As-Fusilat : 53

Allah Menyaksikan segala sesuatu , maksudnya :-

Yang Diketahui dan Yang Mengetahui adalah sama. Barangsiapa mengetahui Allah, dialah Allah.


Al-Araf : 143

Engkau tidak boleh melihat Aku : maksdunya,

Yang lain ( ghayr ) tidak ada wujud dan dengan itu tidak ada yang melihat.
Allah Yang Melihat dan ghayr buta sebab ghayr itu kosong.

Semua benda adalah gelap. Pelihat melihat dengan adanya cahaya. Wujud benda benda dipinjam dari Wujud Allah. Dia Yang Melihat dan Yang Dilihat. Anda hanya Adom ( kosong )

KESATUAN adalah Hakiki. Ranyak adalah sangkaan atau anggapan sahaja.

Kita adalah bentuk dan hakikat kata ialah Allah. Allah itu NYAWA ALAM dan Alam itu adalah BADAN. Inilah KEESAAN dan yang lain itu adalah omong omong kosong belaka.

Membimbing pada JALAN YANG BENAR dan PADA JALAN YANG SESAT adalah diibaratkan berkait dengan Muhammad & Iblis tetapi kedua-duanya adalah Sifat Allah itu sendiri, satu Sifat bernama Muhammad dan satu Sifat lagi bernama Iblis.

-Dengan mengetahui DiriNya Dia memuji DiriNya dan menjadi Muhammad
- Dengan menuding DiriNya daripada DiriNya , Dia menjadi ghayrNya sendiri, menguruk DiriNya dan lari daripada DiriNya sendiri lalu menjadi Iblis bergelar Syaitan.

Satu dapat Rahmat dan satu lagi mendapat Kemurkaan dan ini adalah keadaan yang kekal.

Al-Anbia : 107

Tidak kami utus engkau ( Muhammad ) kecuali sebagai pembawa Rahmat sekalian Alam.

As-Shad : 78

Laknatku padamu sehingga kehari Penghitungan.

Tiap tiap syans ( bakat ) ada mempunyai rupanya yang khusus dan tidak didapati pada lain lain syans.

Apabila syans itu masuk dalam Ilmu ia menjadi A’yan Kharij ( kalimah Allah ) atau objek. Banyak A’yan dizahirkan tidak mengganggu Esanya Zat. Saperti banyaknya jag ( jug ) atau mangkuk yang berasal dari tanah liat yang satu.

Khamis, 15 Julai 2010

AKU ialah AKU ...e-mail dari bapak HENDRO.



Dari: Kushendratno (Hendro)
Judul: Antara AKU dan Aku
Assalaamu'alaykum

Di e-mail ini akan aku tuliskan sejuta rasa yang tiada tara , rasa yang hanya AKU dan aku merasakannya. Begitu sulit untuk diungkapkan tapi begitu indah dan sakral untuk dirasakan.

Setiap detik dan setiap hela nafas yang ada selalu bersingungan dengan AKU. Karena AKU, aku ada dan karena AKU, aku hidup. Pertama kali aku dikenalkan kepada AKU, aku sangat takjub dan tidak bisa berkata2, yang ada hanya "rasa" ingat dan bersyukur kepada AKU. Selama ini aku tau bahwa AKU itu ada tapi aku belum mengenal AKU, setiap hari pula aku sholat tapi tiada merasakan akan adanya AKU.

Aku selalu rindu dengan AKU, akumulasi kerinduan selalu terjadi dikala seorang hamba telah berkenalan dengan AKU. AKU selalu memenuhi kebutuhan aku, AKU selalu melindungi aku dan AKU selalu dekat dengan aku. Berbahagialah aku yang telah mengenal dekat dengan AKU. Karena AKU … aku berbafas dan karena AKU … aku bisa beraktifitas untuk mengisi kemakmuran di bumi alam jagat raya ini. AKU sangat sayang kepada aku, sebagai bukti AKU sayang kepada aku … dihamparkan luas terbentang alam jagat raya ini untuk dimakmurkan oleh aku.

AKU selalu memenuhi keperluan aku, diciptakannya aku dengan kasih dan sayang AKU … diberikan penghormatan oleh aku dari AKU … karena aku adalah ciptaan AKU yang sempurna melebihi ciptaan AKU yang lainnya. AKU tergantung dari aku karena … aku mengingat AKU maka AKU akan mengingat aku, kalau aku dekat maka AKU akan berusaha berlari sambil mendekatkan aku … AKU pernah berkata yang intinya …"Ingatlah kepada AKU, niscaya AKU akan mengingatmu" …

"Pandanglah ISLAM seluas engkau memandang alam jagat raya ini" (aku dapatkan kalimat ini dari AKU melalui proses perkenalan dengan AKU)

Rabu, 14 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH SATU ( 21 )



ALAM MITHAL

Di- ALAM LAHUT yaitu Perbatasan Pertama, Zat , Sifat dan A’yan adalah ABSTARACT ( Mujarrad ) Zat tidak dapat dibezakan dari Sifat dan begitulah sebaliknya. A’yan tidak berbeza antara satu dengan yang lain dalam Ilmu dan belum ada diluar. Peringkat atau Alam ini digelar HAKIKAT MUHAMMAD atau PERBATASAN PERTAMA.

ALAM seterusnya menurun dipanggil ALAM MITHAL atau PERBATASAN KEDUA. Disini Allah melihat segalanya secara PERINCIAN dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Sebagai misalan dicontohkan biji benih :-

- Perbatasan Pertama - ialah pengetahuan biji benih sebagai biji benih
- Perbatasan Kedua – biji benih itu mengetahui keupayaannya untuk menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga , buah dan sebagainya dalam Ilmu atau Pengetahuan.

Perbezaan batas batas itu tidak ujud pada hakikatnya. Ianya wujud untuk menjelaskan ilmu sahaja oleh para sufi.

Butir butir MINIFESTASI ialah ALAM ARWAH, ALAM MITHAL, ALAM SAHADAH dan ALAM INSAN.

Allah jua Yang Sempurna. Manifestasinya yang sempurna ialah Alam ini. Minifestasi kita dan sifat kita adalah sedikit dari SifatNya. Dengan itu sifat sifat kita dan yang lain lain adalah tidak sempurna. Tetapi kita tidak wujud kerana Yang Wujud Hanyalah Allah.

Perbatasan atau Alam tidak ada had bilangannya. Untuk faham ditetapkan 6 sahaja. Perbtasan hanya wujud dalam ilmu sufi dan pada hakikatnya tidak ada apa apa yang dikatakan perbatasan itu.

WAHDAH

Ghaib Yang Pertama dimana A’yan dalan fana’, tidak wujud walaupun dalam Ilmu. Allah ada dan tidak ada apa apa yang bersama dengan Dia.

WAHDIYYAT

Ghaib Yang Kedua. A’yan wujud dalam ILMU ALLAH tetapi A’yan tidak tahu akan kewujudannya.
ARWAH

Disini A’yan mempunyai perbezaan perbezaan antara satu dengan yang lain.

AMTHAL

Disini salinan gambaran ( prototype ) objek objek wujud

AJSAM

Disini mereka mempunyai badan badan kebendaan

INSAN

Paduan semua Perbatasan / Alam / Peringkat diatas bergelar INSANUL KAMIL

Next Topic..............ALAM BADAN

ILMU NAFAS.........dari blog sangtawal



Salam sejahtera pembaca budiman,

Didalam entri ini fakir post & paste satu artikel tulisan sdra Sangtawal berkaitan Ilmu Nafas Melayu. Dalam beberapa entri terdahulu kita ada membincangkan tentang Nafas, Anpas, Tanapas & Nupus. Silalah renungkan.........

Fakirabdillah.

...................................................................................

Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Bangsa Melayu adalah satu bangsa mistik yang memiliki banyak ilmu tersembunyi.Antaranya ialah ilmu nafas.Semua pendekar melayu pasti akan diperturunkan ilmu nafas dan pelbagai petua yang kesemuanya berkaitan dengan nafas.

Dengan memerhatikan suhu dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung,digabungkan dengan sedikit ilmu firasat, biasanya pendekar melayu mampu meramal untung nasibnya di medan tempur.Semasa hendak turun tangga untuk meninggalkan rumah samada untuk berkerja atau merantau pun , petua dalam ilmu nafas selalu digunakan oleh orang-orang tua kita.Nafas kiri atau nafas kanan cukup diambil kira! Tapi sayang, kini ilmu ini semakin pupus dan jarang diperturunkan oleh orang orang tua kita.

Tidak dapat dinafikan lagi, bukan bangsa melayu saja, tetapi boleh dikatakan semua bangsa juga mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan dengan nafas ini.Contoh yang paling baik ialah senaman Yoga, ia amat menitik beratkan berkaitan dengan cara mengolah pernafasan!

Mungkin ada yang terkejut jika saya katakan bahawa ada orang melayu lama kita yang boleh menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya.Ada juga yang boleh menyelam di dalam air agak lama.Ada juga yang kebal dan tidak lut senjata tajam hanya dengan kaedah mengendalikan nafas mereka ! Semua ini berkaitan dengan ilmu nafas.Jika anda membaca artikel saya yang lama tentang pendekar sufi dan Mat Kilau, saya ada menulis tentang bagaimana Mat Kilau pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Mungkinkah Mat Kilau telah menggunakan ilmu nafasnya dan amat mahir dalam ilmu nafas ini?

Lebih hebat lagi, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.Biasanya mereka akan belajar dengan sangat mendalam berkaitan nafas sehingga kepada ampas, tanapas dan nupus, malah dikatakan juga dengan ilmu ini, si pengamalnya akan dapat mengetahui bilakah saat saat kematiannya!

Bagaimana pula ilmu nafas ini dari sudut pandangan sains dan kesihatan?

Rahsia tahap kesihatan seseorang bergantung kepada cara pernafasannya! Ini adalah kerana dengan kaedah pernafasan, manusia memperolehi bekalan gas oksigen untuk keperluan sel sel badan.Oksigen penting untuk mengekalkan fungsi dan tahap kesihatan setiap sel badan.

Udara yang disedut akan memasuki paru-paru dan gas oksigen akan diserap di Alveolus paru-paru kedalam salur kapilari darah.Sel-sel darah merah yang beredar akan mengangkut oksigen tersebut seperti yang diterangkan dibawah :

Setiap unit sel yang sihat akan membentuk satu organ yang sihat dan setiap organ yang sihat akan membentuk satu sistem yang sihat di dalam badan kita.Beberapa sistem dalam badan kita pula akan berinteraksi dan membentuk satu jasad badan yang kita kenali sebagai manusia.

Di antara sistem yang paling penting dalam badan ialah sistem darah dan peredarannya serta sistem limfa.

Dalam youtube dibawah, anda akan dapat melihat bagaimana sel-sel darah merah yang mengangkut gas oksigen menggunakan Hemoglobinnya beredar dalam salur darah dan membekalkan gas oksigen kepada sel-sel badan.

Cara bernafas bukan saja mempengaruhi oksidasi sel, malah ia juga mengawal peredaran sistem cecair limfa.Sistem cecair limfa yang mengandungi sel darah putih adalah merupakan sistem pertahanan badan yang penting bagi manusia untuk melawan kuman dan penyakit.Banyak juga toksin dikumuhkan melalui sistem limfa.

Selain dari pergerakan otot (muscular movement ), “deep breathing” atau cara pernafasan yang efektif juga dikenalpasti mempengaruhi sistem peredaran cecair limfa.Dr Jack Shields, seorang Lymphologist dari Santa Barbara, California dalam kajiannya terhadap immune system telah meletakkan sebuah kamera didalam badan pesakit untuk melihat apakah mekanisma yang menjalankan pembersihan terhadap sistem limfa, lalu beliau membuat kesimpulan bahawa “ a deep diaphragmatic breath is the most effective way to stimulate cleansing of lymphatic system”.

Dr Otto Warburg, Pengarah The Max Planck Institute for Cell Physiology, yang juga bekas pemenang Hadial Nobel Prize telah membuat satu kajian khusus tentang kaitan oksigen terhadap sel.Dalam kajiannya itu beliau mendapati jika kandungan oksigen yang diperlukan oleh sesuatu sel yang sihat itu dikurangkan , maka sel itu akan cepat berubah menjadi ‘malignant cell’.Selepas itu kajiannya diteruskan pula oleh Dr Harry Goldblatt. Dalam Journal of Experimental Medicine 1953, Goldblatt menyatakan hasil kajian ilmiahnya itu keatas spesies tikus.

Anthony Robbins, dalam bukunya “Unlimited Power” telah menyarankan agar kita bernafas dengan cara nisbah 1:4:2 ataupun Inhale one count,Hold four count,Exhale two count.

Untuk lebih memudahkan anda , saya berikan contohnya, jika anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa : dengan nisbah 1:4:2

Mengapa masa hembusan nafas [exhale] 2x ganda masa sedutan nafas[inhale]? Ia adalah untuk memastikan semua toksin dari sel dikumuhkan sepenuhnya ke dalam cecair limfa.

Mengapa pula perlu menahan nafas [hold] dalam masa 4x ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas? Ia adalah untuk memastikan semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan dan dalam masa yang sama akan mengaktifkan sistem limfa.

Anda cubalah bernafas dengan formula ini, iaitu 1:4:2 atau gunakan gandaaan ini mengikut kemampuan anda!anda boleh cuba dengan nisbah 2:8:4 atau 3:12:6 dan sebagainya.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10x sedutan 3x sehari dan insyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Cara bernafas nisbah 1:4:2 yang saya terang diatas ini adalah mengikut sains, jika ada di antara pembaca sekalian yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dalam ilmu nafas melayu lama, komen dan pendapat anda amatlah saya alu-alukan!

Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti dibawah ini sambil mengoptimakan kecerdasan spiritual mereka? Cuba kaji dan cuba fikir-fikirkan, semoga melayu kembali gemilang dan terbilang diakhir zaman.

...................................................................................

Ada satu komen pembaca sangtawal yang menarik perhatian fakir. Ia dicatatkan dibawah untuk bacaan pengunjung laman ini.

PANCABAIDURI said...

1. Berkata Arifbillah,

‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.

Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.

Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.

‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.

Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,

“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………

Selasa, 13 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA-PULUH ( 20 )



ALAM RUH – ALAM – I – ARWAH

Ruh manusia ialah satu RAHSIA KETUHANAN yaitu satu misalan perbatasan RAHSIA ANA ( Aku ) = RUH. Misalan itu disini ialah Hakikat itu sendiri.

TAJALLI sabenarnya adalah MANIFESTASI dan PENUNJUKKAN sesuatu benda kepada dirinya sendiri oleh dirinya sendiri. Contohnya satu biji sawit menunjukkan dirinya dalam bentuk beberapa ladang sawit. Ianya bukannya penjelmaan ( hulul ) dan bukan ulangan.

Ruh dalam tajallinya berbentuk BADAN. Badan itu ialah sarungnya. Alam ialah sarung atau sangkar RUH YANG SATU.

Ada lagi satu sarung dibawah badan yaitu BADAN MITHALNYA. Dialah yang menunjukkan dirinya didalam cermin. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajilliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya penampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri.

Badan itu sendiri adalah satu ruh saperti ice dan air. Ruh tidak masuk dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu. Ruh ibarat penunggang dan badan ibarat kuda.

Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan Allah.

Apabila Allah hendak memandang diriNya, Dia perlukan cermin yang cerah pada satu muka dan gelap pada muka yang lain. Badan manusia mempunyai HATI ibarat cermin. Dia menzahirkan DiriNya pada muka cermin yang cerah itu. Semakin berseh Hati maka semakin teranglah Bayangan Allah padanya.

Bayangan bukan HULUL atau Penjelmaan . Bayangan adalah nama sahaja, yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat
Banyaknya muka kerana banyaknya cermin yang berbagai saiz dan warna. Memandang satu benda saperti banyak digelar Amt-i- Ilahi dalam syariat dan Tajalli didalam tasauf.

Dia membuat cermin bagi DiriNya dan memanggil cermin itu Qalbu / Hati / Jiwa dan muka cermin yang gelap dengan nama Qalib / Badan / Jasad / Jasmani.

Yang memandang KeindahanNya tidak puas memandang dan cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu.
Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau pada binatang yang badannya gelap.

Firman – Firman Allah :-

Dan pada diri kamu dan kamu tidak melihat

Sesungguhnya telah dtang kepada kamu seorang rasul dari antara kamu

Aku tidak boleh dikandung oleh bumi dan langit tetapi boleh dikandung oleh Hati Orang Mukmin

Ruh adalah penunggu pintu Kerajaan Ketuhanan. Ia membawa dirinya dan yang lain sampai kepada Allah.

Semua Ruh adalah SATU dalam keRUHan. Banyaknya timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan badan. Kualiti yang baik berlindung pada Ruh, kualiti yang jahat dengan badan.

KeRUHan adalah Satu Dengan Zat sebelum manifestasi. Sabenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak. Perbezaan adalah SANGKAAN sahaja.

Hadith Rasul :-

Siapa yan melihat saya nampaklah Allah

Dia sekarang saperti Dia dahulu juga

Allah ada dan tiada sekutu dengan Dia.

Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan dahulu, sekrang dan akan datang adalah satu sahaja padanya.

Ruh “ yang tidak dijadikan “ ialah Hakikat Muhammad ( Wahdah ) Dibawah daripada itu ialah Hakikat – i – Insani ( Wahidiyyat ) yaitu Ruh “ yang dijadikan” bergelar SIRR.

Semua ruh adalah bayangan dari Ruh itu ( Hakikat Muhammad ) . Itulah “ Ruh Yang Dihembuskan / Ditiupkan “

Firman Allah :-

Aku hembuskan padanya ( Adam ) Ruhku
Aku jadikan dia dengan kedua TanganKu ( Sifat Jalal & Jamal )
Kemana sahaja kamu menghadap disitu nampak Wajah Allah

Ruh ialah PEMBATASAN / HAD saperti badan adalah pembatasan Ruh. Perkaitannya saperti air dan buih. Pada peringkat pertama ia bergelar Ruh – Al- Quddus yaitu Hakikat –i – Muhammadi.

Ruh bukan didalam atau diluar badan dan tidak juga lekat pada badan. Ruh bukan tidak diluar badan dan bukan tidak didalam badan, bukan terlekat dan bukan pula tidak terlekat pada badan.

Ruh pada aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat yang lain dan ditempat yang lain pula melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama nama yang berlainan.

NUR ( cahaya ) MUHAMMAD ada dua jenis :-

Pertama BATIN – yaitu dalam peringkat ILMU dinamakan Hakikat Muhammad dan tidak dizahirkan.

Aku dari Allah dan seluruh Alam adalah cahayaku
Ianya adalah keadaan Pencipta itu sendiri.

Kedua ZAHIR - yakni Nur yang zahir mulai dari Aql – i – Kul menurun hingga Ruh – i – Azam. Qalam dan lain lain digelar Ruh – i – Muhammadi atau Nur Muhammad.

Allah mula mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku.

Muhammad ada dua aspek :-

Pertama – HAKIKAT - Aku AHMAD tanpa MIM ( AHAD )

Kedua – KEJADIAN – HambaNya dan RasulNya.

Semua objek adalah BAYANGAN WUJUDNYA dan pergerakan objek adalah diperlui oleh Tajalliyat Asma’ & Sifat. Apabila Tajalliyat bergerak objek ( bayanganNya ) pun bergerak.

Tidak ada yang bergerak melainkan dengan Izin Allah.

Tidak Ada Wujud Selain Allah.

Dia Allah terzahir dalam bentuk Aku – Salik. Oleh itu memahami Aku sendiri adalah memahami Allah.

Dia-lah Yang mengetahui & Yang Diketahui. Aku Kenal Allah Dengan Allah.

Dan Dia dalam Nafs kamu...dan kamu tidak nampak Dia.

Isnin, 12 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI SEMBILAN-BELAS ( 19 )



HAKIKAT atau A’YAN

Surah Al-Baqarah : 115

Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) disitu ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui.

TIMUR = menunjukkan Asma’ & Sifat Allah
BARAT = menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli )

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani )

Hanya ada satu Wujud yang timurnya ialah Asma’ dan Sifat Allah dan baratnya Manifestasi Dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’

Asma’ Allah adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmu. Ini digelar A’yan Sabitah atau Maklumat oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falasafah.

- Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri, Allah mengurniakan TajalliNya Yang Pertama ( Faid – u l- Al-Aqdas ) dan mereka mereka terzahir dalam IlmuNya.

- Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua ( Faid Maqdas ) dan mereka mereka ini terzahir diluar mengikut alatan keperluannya.

- MAHIYYAT ( bakat bakat ) menerima Kemurahan dan BerkatNya menurut bakatnya dari Allah . Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam.

UMMUL KITAB ( Ibu Kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara ) . Apa juga yang terzahir dalam Alam Benda mula mula tertulis pada LOH.

Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya. Apabila ia menjadi details ( perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat ITTIBARAT yaitu Wujud / Ilmu / Nur / Suhud.

Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu dimana dapat dibezakan ULUHIYYAT ( Suasana Ilmu Allah ) daripada RUBUBIYYAT ( Suasana Manifestasi Pemerentahan )

Maka bermulalah peringkat peringkat Asma’ – i Ilahi ( Nama Nama Pemerentahan ) dan Asma’ – i – Kiyani ( Nama Nama Yang Diperentah )

Tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah ) Apabila A’yan mengambil bentuk maka bentuk itu lebih tertentu lagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahulu itu menjadi batinnya. Wujud objek adalah Wujud Biasa ( bertentangan dengan Wujud Mutlak atau wujud Sifat )

Al-Baqarah ; 28

Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT bukan tambahan kepada Zat. Tiap tiap A’yan ialah manifestasi satu nama. Tiap tiap objek adalah manifestasi Nama. Nama atau Asma’ memegang jambul objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :-

Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya ( KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul.

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat.

Firman Allah :-

Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar.

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ). Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan , maka hakikat hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka Ilmu Allah tertakluk pada hakikat ini...

......tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu.

Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan itu.

Khamis, 8 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI LAPAN-BELAS ( 18 )



SIFAT

Alam Tajalli atau MERTABAT TUJUH itu sabenarnya adalah mithalan pemahaman sahaja.

Pada hakikatnya tiga ( 3 ) Peringkat Tanazzulat ( Penurunan ) yaitu Ahdiyyat, Wahdah dan Wahidiyyat adalah satu dan sama jua. Ahdiyyat berpadu dalam Wahdat dan Wahdat berpadu dalam Wahidiyyat.

Dalam Wahidiyyat semua Asma’ tersembunyi
Asma’ mula mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudiannya di Alam Mithal & Nasut.
Dalam Hakikat Muhammad semua Nama Nama ( Asma’ ) tersembunyi
Dalam manifestasi Nabi Muhammad semua Nama Nama tersembunyi melainkan HADI ( Pembimbing Yang Benar ).
Bagi IBLIS semua Nama Nama tersembunyi melainkan MUDHIL ( yang Menyesatkan )
Allah itu Indah dansukakan Keidahan. Indahadalah Sifat Zat. Allah menjadikan manusia itu dengan Sifat KeindahanNya sendiri. KeindahanNya adalah CintaNya dan CintaNya adalah Keindahan.

Dia Yang Mencintai dan Dia jualah Yang Di-cintai. Dia nampak DiriNya dalam KeindahanNya sendiri. Dia cinta DiriNya sendiri. Allah tidak cinta pada yang lain selain DiriNya sendiri.

Allah mempunyai Kebaikan Yang Mutlak. Dari Kebaikan Mutlak itu timbul Kejahatan. Apa yang nampak jahat ialah perhubungan antara Nama NamaNya yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri.

Perhubungan diantara satu daripada Nama Nama Keagungan dengan yang lain saperti Latifah dengan Sifat yang lemah Lembut berupa jahat tetapi jika dengan sendirinya ianya adalah baik.

Orang Syariat merujuk kebolehan kebolehan ( faculties ) sebagai malaikat yaitu manifestasi manifestasi Kuasa Kuasa Ketuhanan saperti malaikat angin, api dan sebagainya. Contohnya telinga ialah manifestasi manakala pendengaran ialah kebolehannya ( telinga )

Zat Allah terzahir didalam Sifat. Sifat terzahir dalam Kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan. Perbuatan terzahir pada kesannya. Jika tidak ada badan dimanakah kebolehan ini boleh ditunjukkan ?

Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan kepada Zat. Pada segi pengetahuan Zat itu pengetahuan itu sendiri. Begitulah seterusnya.

MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) yaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya.

Firman Allah :-

Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.

Zat dan Sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Zat anda secara sendirinya tidak boleh membuatkan anda melihat jika tidak ada sifat yakni mata.

Zat ( Lahut ) adalah punca Sifat ( Jabarut ) . Sifat adalah punca Af’al ( Malakut ) dan Af’al adalah punca Athar ( Kesan ) . banyaknya Sifat adalah khayalan dalam ilmu. Ianya tidak wujud sama ada didalam atau diluar Ilmu

Rabu, 7 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TUJUH-BELAS ( 17 )



KAMUS SUFI anda..............

ZINDIQ = atheis , orang yang menjadikan makhluk sebagai tuhan juga digelar zindiq
ZALIM = orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, penganiaya
ZAQUM = pokok didalam neraka penuh duri, buahnya adalah kata kata iblis jadi makanan penghuni neraka
ZAHID = orang soleh
ZAHIR = luar, manifestasi Allah berupa A’yan serta dengan sifat sifatnya

MUMKINUL WUJUD
Yang Mungkin Ada

MUMKINUL WUJUD terzahir KERANA CINTA yaitu Cinta Allah kepada memandang Kecantikan dalam KecantikanNya sendiri.

- Cinta Zat pada Zat digelar JAM’I yaitu cinta Zat pada Hakikat Muhammad
- Cinta Zat pada Alam digelar JAM’I BI JAM’I
- Cinta Alam pada Alam digelar JAM’I BI FARAK saperti cinta saorang gadis terhadap saorang teruna

Cinta Allah Yang Pertama digelar A’YAN yaitu Hakikat Muhammad . Keupayaannya terzahir dalam cermin A’yannya . Oleh itu Allah ialah Bapa A’yan itu dipelihara pada penzahirannya oleh Asma’& SifatNya.

Penzahiran Cinta mengambil bentuk ( yaitu SifatNya ). Zat adalah Mutlak dan apa apa yang terbit daripadaNya adalah Terhad. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.

Alam ini terbit daripada Allah dan tiada yang lain kecuali Allah yang ternampak dari alam ini. Contoh untuk faham :-

- Biji sawit terzahir dalam pokok sawit dan pokok sawit itu didapati dari biji sawit atau benih sawit. Maka lahirlah berjuta ekar ladang sawit tanpa perubahan kepada biji benih itu, tetap menjadi biji benih sawit akhirnya tidak mungkin menjadi biji kelapa atau biji cempedak.

Setiap ketika segalanya meminjam wujud mereka daripada Allah dan setiap ketika mereka kembali kepada Zat mereka yang mana adalah kosong.

ZAT BENDA adalah SIFAT JALAL ( Agung ) dan JAMAL ( Indah ) Allah. Benda ialah penzahiran kedua Sifat ini. Semuanya sama ada baik atau jahat datang dari kedua pintu ini dan kembali melalui pintu yang sama.

Tiap tiap sesuatu adalah BENTUK SATU SIFAT. A’yan adalah bentuk bentuk Sifat. Apa jua yang keluar dari sesuatu Sifat adalah kesempurnaan bagi sesuatu Sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari Alam Yang Sementara kepada Alam Yang Abadi. Sesuatu itu tidak kembali kepada Zat tetapi kembali kepada Sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di-Akhirat kelak.

Firman Allah :-

Segala-galanya binasa kecuali WajahNya.

MUMKINUL WUJUD adalah Tajalli Allah dengan bentuk A’yan dengan kekhusussannya. Ini digelar WUJUD IDHAFI yaitu wujud yang dizahirkan. Ianya juga digelar BAYANGAN - Zil

Firman Allah :-

Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan
bayanganNya ?.


bersambung ..................tajuk baru SIFAT

Selasa, 6 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI ENAM-BELAS ( 16 )



WAJIBUL WUJUD
Yang Pasti Ada

Yang ada hanya Allah. Tiada yang lain. Yang lain tidak ada.

TAUHID ialah mengetahui satu , melihat satu dan menjadi satu
Aku satu dan tiada sekutu denganKu.

Walaupun ada bertingkat-tingkat dari segi badan / akal / ruh / sirr / nur / zat, hakikat anda bukanlah salah satu dari tingkat tingkat itu tetapi adalah Zat itu sendiri.

HAKIKAT MUHAMMAD ialah KEPALA PANCURAN semua manifestasi . Meskipun Muhammad didalam badan, hakikatnya adalah hakikat seluruh alam.
Keturunannya ialah :-

- seluruh alam
- wali wali
- malaikat malaikat
- keturunan yang lahir dari jasadnya

Ulama Syariat berpendapat wujud itu ada dua :-

Pertama – satu yang asal yakni Allah
Kedua – yang dijadikan atau baharu yakni yang dijadikan Allah dari tiada

Ulama Hakikat berpendapat :-

Benda benda wujud bukan dari tidak ada tetapi adalah dari A’yan Sabitah ( bentuk bentuk tetap dalam Ilmu Allah ) yaitu dari Wujud Allah

Perintah KUN hendaklah pada benda yang ada. Yang tidak ada tidak dapat menerima Perentah Kun itu.

Lain lain perbezaan Prinsip Ulama Syariat & Ulama Hakikat :-

Ulama Syariat mengatakan Wujud Kejadian berbeza dengan Wujud Allah. Para Sufi mengatakan Tiada Perbezaan Hanya Satu Jua Yaitu Wujud Mutlah Allah

Ulamak Syariat mengatakan bahawa kejadian sari ADOM. Para Sufi mengatakan Yang Diperentah itu mestilah ada ayau wujud untuk menerima perentah dan ini ialah A’yan Sabitah.

Yang ketiga ialah HU HU ( Dia Dia ) & KAANAHU ( Saperti Dia )

Ulamak Syariat mengatakan dalam fana’ makhluk menjadi KAANAHU ( saperti Dia ) dan bukan HU HU ( Dia Dia )

Ibnu Arabi menyatakan wujud tidak lebeh dari SATU. Yang sama itu menzahirkan kepada DiriNya dengan DiriNya saperti air menzahirkan dirinya dalam bentuk ais. Jadi tiada yang fana’ Ianya Hu Hu. Yang lain tidak lebeh dari hanya nama nama dan benda benda pada fikiran sahaja. Hakikatnya Dia Yang Satu.

Semua nama nama adalah penzahiran daripada satu hakikat. Kadang kadang hakikat itu lautan, kadang kadang bueh, kadang kadang ombak, kadang kadang ais kadang kadang salji, kadang kadang Allah, kadang kadang makhluk

Nama itu banyak ..yang dinamakan itu hanya Satu.

Bentuk bentuk adalah DiriNya sendiri pada zahirnya dan pada hakikatnya.

Semua benda benda wujud kerana WujudNya Allah. Dengan sendirinya mereka itu TIDAK ADA. Huruf tidak ada , yang ada ialah Dakwat.

Yang Tidak Ada ialah cerminnya Wujud Mutlak

Mumtanul Wujud – Ada Yang Negatif = Cermin
Mumkinul Wujud – Ada Yang Mungkin = Bayangnya
Wajibul Wujud – Yang Pasti Ada = Orangnya.

Ulamak Syariat mengatakan Wujud benda benda ( dunia ) adalah Tambahan pada Zat. Para Sufi mengatakan Wujud Mutlak ialah Allah. Pembatasannya ialah DiriNya sendiri.

Zat mengetahui DiriNya sendiri

Dari segi mengetahui :-

Dia Menjadi wajib. Pelaku tanpa kualiti, Pencipta Yang Berkuasa dll

Dari segi Diketahui :-

Dia menjadi Yang Dilakukan . Yang diberi kualiti. Yang Dijadikan tanpa kuasa yaitu Hakikat Insan.
Surah Al-Hadid : 04

Dan Dia bersama kamu dimana sahaja kamu berada.

Huraian :-

Allah ialah hakikat semuanya – hakikat segala-galanya tiada yang kecuali.
Apabila Allah beserta dengan semua, Dia juga tanpa semua.

Selagi anda wujud dalam pandangan anda , DIA TIADA NAMPAK dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda DIALAH YANG ANDA NAMPAK.

Allah menzahirkan DiriNya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Tajallinya tidak terkira banyaknya . Penyembahan Yang Terhad oleh Yang Terhad adalah Syirik.

CINTA ALLAH ialah KEMAHUAN UNTUK MANIFESTASI ( penzahiran ) . Wujud adalah gerak dari KEADAAN YANG TERPENDAM ( Kunza Mahfiyyan – Adom Idhafi ) kepada KEADAAN YANG TERNAMPAK. Ini adalah Gerak Cinta. Tanpa Cinta ianya terpendam dalam Ilmu buat selama-lamanya.

Wujud itu adalah HANYA TAJALLI dan Tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam Tajalli. Hakikat benda ialah ZAT ALLAH sendiri. Wujud diluar dan wujud didalam tidak berbeza. Semuanya adalah Satu Diri Yang Sama itu jua yakni Allah.

Sabtu, 3 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI LIMA-BELAS ( 15 )



KAMUS SUFI anda .............tiada dalam entri kali ini sorry

Saudara pembaca yang dihormati,

Marilah pula kita tinjau pandangan ulamak Tareqat Syattariah mengenai Mertabat Tujuh. Disampaikan disini pandangan Syeikh Muhamad Gazur –i Ilahi diadalam kitab terkenalnya ANA – AL- HAQ.

KEESAAN – AHDIYYAT

Anda lihat dakwat , huruf hilang, anda lihat huruf dakwat hilang. Huruf adalah dakwat pada hakikatnya.

ZAT ternyata pada anda dalam dua bentuk kesempurnaanNya :-

Pertama – Dengan JAMALNYA yaitu KEINDAHANNYA
Kedua – Dengan JALALNYA yaitu KEAGUNGANNYA

ZAT dalam peringkat ghaib tidak dapat diketahui. Diketahui dari kesan 7 SifatNya. SifatNya berkehendakkan kenyataan mithalnya keupayaan Iradat menjadi Kehendak, hayat menjadi Hidup dan seterusnya.

Tiap tiap benda adalah BENTUK SATU SIFAT. Bentuk bentuk berbeza kerana berbezanya Sifat dan keadaan Sifat itu.

WUJUD MUTLAK dan pengetahuanNya disebut A’YAN, tidak dapat dilihat. Yang dilihat ialah kesan kesannya. Zat tidak diketahui kerana ia GHAIB MUTLAK. Pengetahuan yang sempurna mengenai Zat ialah TIDAK TAHU.

Peringkat peringkat nyatanaya Zat adalah seperti berikut :-

Pertama – Peringkat dimana Zat tidak menyatakan pada DiriNya digelar GHIBUL GHUYUB.

Kedua- Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya disebut AHDIYYAH atau Sempadan Pertama atau disebut juga sebagai HAKIKAT MUHAMMAD.

Ketiga – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci ( details ) disebut sebagai Sempadan Kedua atau WAHDAH.

Keempat – Peringkat dimana Zat menunjukkan kepada DiriNya dan Yang Lain secara terperinci tetapi CUMA didalam IlmuNya. Ini disebut sebagai HAKIKAT KEMANUSIAAN atau NAFAS SUCI

Kelima – Peringkat dimana Zat menunjukkan secara terperinci KELUAR. Ini disebut sebagai ALAM ARWAH , ALAM MITHAL & ALAM AJSAM

HU ( Dia ) yang GHAIB menjadi AKU menzahirkan DiriNya.

ZAT itu MUTLAK, tiada berbentuk. PadaNya-lah semua bentuk bentuk yang ada HAD bergantung. Apabila Ia Berkehendak , Ia ambil satu satu bentuk BayanganNya.

WUJUD itu sendiri adalah ZAT. Orang Syariat berpendapat Zat adalah DAHULU dari WUJUD.

Wujud yang paling nampak sekali ialah Wujud Allah. Wujud benda benda lain adalah dengan Cahaya Zat Allah. Jika anda lihat diri anda dan benda benda lain anda akan lihat Wujud Allah. Pandangan pada Wujud Allah adalah terdahulu daripada pandangan terhadap diri anda.

SIFAT yang melahirkan DUNIA bukan ZAT. Kehidupan didunia ialah kesan SIFAT HAYAT ( Hidup ) . Begitulah dengan 6 Sifat yang lain ( Sifat Maani ) . Oleh itu baik dan jahat adalah dari Sifat bukan Zat. Wujud mengambil bentuk HIDUP. Iradat mengambil bentuk Kehendak. . Pengetahuan mengambil bentuk Akal. Segala-galanya terzahir melalui anggota. Iradat berbentuk hati, Tahu dengan Otak. Dengar dengan Telinga dan sebagainya.

HAKIKAT benda itu ialah ZAT

Sesungguhnya Allah Meliputi Segala-galanya ( As-Fusilat :54 ) Meliputi adalah ibarat Air meliputi ombak, salji & embun.

HU ialah Nama ZAT tanpa menunjukkan Sifat. Nama Allah menunjukkan Zat dengan segala Sifat-SifatNya.

Allah tiad Sifat Sifat terhad. Tidak ada ghayr ( yang lain ) Adanya ghayr adalah dalam khayalan kita sahaja yaitu bila kita memberi sempadan kepada Wujud Mutlak.

ILMU yang meliputi sesuatu bend tertentu. Ianya tidak boleh meliputi sesuatu yang tiada had yakni Allah. Allah sedar akan DiriNya Yang Tahu dan Yang Diketahui adalah DiriNya sendiri.

ASMA’ adalah ZAT yang dinamakan beserta segala Sifat SifatNya.

ZAT itu berkenaan dengan HAD atau SEMPADAN PERTAMA dikatakan AKU.
Apabila Ia Terzahir dalam beberapa bentuk Yang Terhad dikatakan KAMU.
Apabila Ia DILUAR HAD dan PENGETAHUAN IaNya menjadi DIA.

Dunia ini dinampakkan dan bukan sabenarnya yang hakiki.

DIA menzahirkan DiriNya dalam berbagai bentuk Tanpa Sebarang Pertukaran Dalam ZatNya. DiaNya sekarang saperti DiaNya dahulu juga.

Jumaat, 2 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI EMPATBELAS ( 14 )



KAMUS SUFI anda .............

MAHAQQAQIN = orang yang menyelidek ilmu batin
MAKLUMAT = yang diketahui = benda benda
MAKRIFAT = mengetahui Allah dengan Allah = Araftu Rabbi Bi Rabbi
MUJAHADAH = proses berjuang mengatasi nafsu / kehendak
MAJZUB = orang yeng tenggelam dalam Allah
MULHID = orang yang tak pedulikan syariat = orang bid’ah

Sambungan dari entri 13...............

PANDANGAN SYEIKH PALIMBANI TENTANG HATI & RUH

Imam Ghazali berpendapat Hati / Ruh / Nafs adalah benda yang sama. Syeikh Abdus Samad Palimbani pula mengatakan Hati ( dan lain lain nama diatas ) adalah TEMPAT bagi Nafs atau DIRI.

Mengikut Palimbani RUH adalah LAPISAN DALAM HATI . Didalamnya terdapat 4 lagi lapisan yaitu SIRR, SIRRUS SIRR, KHAFI & AKHFA sehingga manusia dengan Tubuh Jasmani dibahagian luar terdiri dari TUJUH LAPISAN.

Nafs itu dianggap berpindah tempat dan berubah ALAM mengikut tingkatan kesadaran dan pengetahuan seseorang itu.

PERTAMA – NAFS – AL-AMMARAH

Perjalanannya = Illallah yakni kepada Allah
Alamnya = Alam Ajsam yaitu Jasmani
Tempatnya = Di-dalam dada
Keadaannya = Cenderung kepada kejahatan
Lintasan Hatinya = Syariat
Sifat Sifatnya = Jahil, kikir, loba, takabbur, gemar berkata sia-sia, pemarah, dengki, lalai, suka menyakiti manusia.

Huraian

Nafs atau Jiwa dalam tingkatan ini masih dikuasai hawa nafsu dan belum menghayati nilai nilai keruhanian. Tergolong kedalam Alam Benda bertempat hanya didada masih dalam perjalanan kepada Allah. Belum mengenal Allah sehingga waridnya hanya Syariat.


KEDUA – NAFS AL-LAWAMMAH

Perjalanannya = LILLAH yaitu Kerana Allah
Alamnya = Alam Mithal – Alam Ruh Persaorangan
Tempatnya = Di-dalam HATI
Keadaannya = Mahaballah , kasih akan ibadah
Lintasan Hatinya = Ilmu Tarekat
Sifat Sifatnya = Mencela kejahatan, menyesal diri, banyak berfikir, masih ada ujub dan suka terkenal, sudah mengenal kebenaran dan kebatilan walaupun belum lepas dari kebatilan.

Huraian

Tingkat Nafs ini mencerminkan kejiwaan orang yang sudah mengenal nilai nilai moral dan Ketuhanan. Diaencela kebatilan walaupun dia sendiri belum mampu meninggalkannya. Masih suka mashur kerana ujub dan riak masih bersamanya. Ajaran Ilmu Tarekat telah ertempat dihatinya. Dia sedang dalam perjalanan menuju Allah.

KETIGA – NAFS AL-MULHAMAH

Tingkat ini mencerminkan kejiwaan orang yang sudah sampai ke Tauhid Muqarrabin, Tauhid Sufi Tingkat Pertama. Telah memancar dalam hatinya NUR AL HAQ sehingga ia mampu memandang Alam Wujud ini dari aspek KESATUAN.

Segala perbuatannya dipandang sebagai Perbuatan Allah dan dia menerima segala Perlakuan Allah terhadap dirinya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dia telah mulai Mengenal Tuhannya tetapi Tingkat Makrifahnya belum lagi tinggi kerana ia baru memandang Tuhan melalui Af’alNya dan belum lagi memandang Allah seagai Zat Mutlak tanpa Nama dan tanpa Sifat.

KEEMPAT – NAFS AL- MUTHMAINNAH

Pada tingkat ini kejiwaan manusia itu telah menemukan kembali wujudnya yang pertama dan hati telah mantap kepada Allah. Dia telah memperolehi Ilmu Hakikat dan akhlaknya saperti akhlak para anbia’. Makam ini disebut MAKAM TAMKIN maksudnya TETAP HATI dan MAKAM AINUL YAKIN dan MAKAM IMAN SEMPURNA.

KELIMA – NAFS AL- RADLIYAH

Kejiwaan tauhid orang Shiddiqqin yaitu fana’ dalam tauhid ketahap TIADA WUJUD HANYA ALLAH termasuk dirinya pun tidak wujud. Pada tingkat ini salik melihat Allah sebagai ZAT MUTLAK secara langsung tanpa perantaraan Sifat, Af’al dan Asma’. Tercapai melalui lapisan hati SIRRUS SIRR.
KEENAM – NAFS AL- MARDIYYAH

Pada tingkat ini salik telah kembali dari perjalanan Makrifah Tertinggi yang telah ditemuinya. Dan telah keluar dari khalwatnya dan kembali kedalam masyarakat sebagai pembimbing kejalan Allah.

Dia tidak lagi kuasa oleh Alam Benda kerana kehidupan batinnya tetap mengalir kesedaran khafi yaitu rahasia hati yang tersembunyi. Ia telah mampu memandang keindahan Tuhan Yang Mutlak dan dia sentiasa dalam keheranan.

KETUJUH – NAFS AL-KAMILAH

Ini adalah kejiwaan tingkat tertinggi. Ianya mencerminkan Keesaan Yang Menampakkan Diri Dalam Keterbilangan dan Keterbilangan Yang Menampakkan Keesaan.

Orang yang sampai ketingkat ini adalah manusia yang secara aktualnya merupakan Kenyataan Lahir Allah Yang Kemudian Sekali.

Mertabatnya ialah Wali Allah yang sempurna ( Kamil ) menyempurnakan ( Muakammil ) khusus ( Khawash ) lagi khusus dari yang khusus ( khawash ul khawash ). Dialah INSAN KAMIL seorang QUTUB.

HURAIAN

Ajaran 7 tingkatan nafs adalah pelengkap dari ajaran Mertabat Tujuh yang disesuaikan dengan Ajaran tasauf Al-Ghazali dengan cara palimbani sendiri.

Nafs yang diasuh melalui SULUK berpindah tempat dan berubah ubah nebgikut tingkat keruhanian pembersehan jiwa sesorang. Tatkala kuat dipengaruhi keduniaan dan hawa nafsu ia bertempat didada.

Pada peringkat kelima ia memilikki ALAM LAHUT yakni ZAT ALLAH disebut sebagai MERTABAT AHADIAH. Pada tingkat tertinggi ia memandang Yang Banyak itu Satu dan yang Satu itu Banyak. Yang Satu itulah Allah.

Menurut Dr Quzqain - ajaran ini menjabarkan ajaran WAHDATUL WUJUD Ibnu Arabi dimana Nafs Al-Kamilah dipandang sebagai Penampakan Lahir Allah Yang Paling Sempurna yang mendapat pengwujudan dalam rupa para nabi dan para Wali Allah.

Saudara pembaca yang dihormati,

Barangkali kita juga perlu bertanya kepada diri kita sendiri soalan yakni sebagai manusia biasa bolehkah kita mencapai tingkat Nafs Al-Kamilah itu ?

Khamis, 1 Julai 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI TIGABELAS ( 13 )



KAMUS SUFI anda ..............tiada dalam entri kali ini

Sambungan dari entri 12.

Wujud Zat Allah adalah Hakikat Batin segala yang maujud sehingga semua dan segala yang ada di Alam Maya ini sekalipun sebutir atom tidak sunyi dari wujud ini.

Dari segi hakikatnya ( kunhi ) Wujud tersebut tidak mungkin dikenal oleh sesiapapun . Dan Wujud itu ujud dengan penuh sempurna. Ada dua kesempurnaan :-

Pertama : KESEMPURNAAN ZAT ( Al-Kamal Adz Zati )

Yaitu Penampajan Tuhan atas DIRINYA dengan DIRINYA dalam DiriNya untuk DiriNya yang tidak memerlukan Alam Semesta ini

Kedua : KESEMPURNAAN NAMA ( Al-Kamal Al-Asma’i )

Yaitu Penampakan Tuhan atas DiriNya memandang ZatNya dalam penampakan penampakan LAHIR ( Ta’ayyunat Kharijah ) yakni Alam Semesta dan segala isinya. Kesempurnaan ini bergantung kepada Alam Semesta.

HURAIAN

Gagasan ( perkara-perkara ) diatas merupakan TITIK SENTRAL Ajaran MERTABAT TUJUH – Ibnu Arabi dimana manusia dikatakan KENYATAAN ALLAH YANG KEMUDIAN SEKALI.

Enam Mertabat yaitu Mertabat Kedua hingga Mertabat Ketujuh adalah MERTABAT NYATA atau Mertabat DHUHUR.

Pada Mertabat Wahdah & Wahidiyyah Tuhan telah menampakkan DiriNya dalam RUPA HAKIKAT MUHAMMAD & HAKIKAT INSAN.

Pada Mertabat Alam Arwah, Mertabat Alam Ajsam & Mertabat Insan, Allah telah menampakkan DiriNya dalam rupa ALAM LAHIR.

Ajaran diatas adalah AJARAN ASAS IBNU ARABI.

Menurut Syeikh Abdus Samad Palimbani ajaran diatas ( Mertabat Tujuh ) juga merupakan Intisari Ajaran Tauhid Peringkat Tertinggi Imam Al -Ghazali yang umumnya dirujuk sebagai Tasauf Sunni Al-Ghazali.

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah,

Ajaran Mertabat Tujuh boleh juga dilihat dari segi makam makam atau tingkatan tingkatan Nafsu jika kita mahu melihatnya dari sudut perlaksanaan dan penghayatan Syariat Islam.

Mengikut Imam Al-Ghazali kemuliaan manusia terletak pada kemampuannya Mengenal Allah dengan HATI atau QALBUNYA.

Marilah kita mulakan dengan memahami apakah yang dimaksudkan dengan kalimah HATI atau QALBU itu.

HATI atau QALBU itu ialah JISIM yang halus yang dibangsakan kepada Allah , yang mengetahui akan Allah. Ianya ialah sejenis wujud immaterial yang merupakan landasan bagi DIRI SADAR manusia yang mengenal hakikat hakikat diluar imajinasi dan cakupan akal.

HATI atau QALBU juga disebut sebagai RUH – JIWA – NAFS – AKAL yakni wujud spiritual.

Ruh Manusia telah memilikki wujudnya yang lebih “real” disisi Allah dan telah Mengenal Allah sebelum ditiupkan kejasad seseorang manusia itu.

Sementara itu harus kita ingat seseorang itu memilikki ruhnya sendiri. Ini disebut sebagai RUH PERSAORANGAN. Ianya ( Ruh Persaorangan itu ) adalah DIFERENSIASI dari IBU RUH ( Nur Muhammad ). Ianya juga dikenali sebagai Ruh Manusia yaitu RUH SUCI dari PERCIKAN NUR ALLAH YANG AZALI.

Asalnya dari Allah dan kembalinya juga kepada Allah. Asalnya SUCI dan kembalinya wajarlah satelah disucikan. Proses menyucikan ruh ini adalah aktiviti utama Ilmu Tarekat atau Ilmu Jalan Menuju Allah dengan melalui proses penyucian tingkat demi tingkat hingga mencapai tingkat NAFSU MUTHMAINNAH.

Tingkat Tingkat Nafsu yang bermula dari Tingkat Nafsu Ammarah hingga Tingkat Nafsu Al-Kamilah inilah yang akan dibicarakan seterusnya didalam entri akan datang InsyaAllah.

Bersambung......................Nafsu Ammarah.