Isnin, 10 Mei 2010

AYAT 27 SURAH ALI'IMRAN ..CUBAAN MEMAHAMI dari kacamata Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri

CUBAAN MEMAHAMI SURAH ALI ‘ IMRAN AYAT 27
Dari kacamata Ilmu Hakikat / Ilmu Mengenal Diri


TERJEMAHAN KEBAHASA MELAYU / INDONESIA

Bapak H. Oemar Bakry dalam TAFSIR RAHMAT menterjemahkan Ayat 27 Surah Ali’Imran ini seperti dibawah :-

Engkau panjangkan ( waktu ) malam dari siang dan Engkau panjangkan waktu siang dari malam. Engkau keluarkan ( ciptakan ) yang hidup dari yang mati dan Engkau ciptakan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki ( kepada ) siapa yang Engkau kehendakki tanpa limit.

Ada juga yang menterjemahkannya saperti berikut :-

DimasukkanNya malam kepada siang dan siang kepada malam. Didatangkannya yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup. DiberikanNya rezeki kepada siapa yang dikehendakkiNya dengan tiada terhitung banyaknya.

Pada penulis terjemahan kedua adalah lebih tepat.

TAFSIRAN BAPAK H. OEMAR BAKRY

Didalam TAFSIR RAHMAT , H. Oemar Bakry mentafsirkat ayat 27 ini seperti yang dicatitkan dibawah :-

Tunduk dan mengakui bahawa Allah jualah yang berbuat segala sesuatu. Kehendak Allah itu tiada menyimpang dari keadilan, kebijaksanaan dan sunnahNya. Maju mundur sesuatu bangsa, hina mulianya sasaorang diserahkan Allah kepada usaha dan perjuangannya. Begitulah erti kehendak Allah yang sama maksudnya dengan ayat ayat lain yang menyuruh bekerja dan berjuang.

Ini adalah tafsiran dari kacamata Ilmu Syariat.

CUBAAN sifakir MENTAFSIR Ayat 27 Surah Ali’Imran………………………….

Dalam usaha memahami Ayat 27 ini, Fakir tidak dapat mengelak dari bertumpu kepada kalimah kalimah terakhir ayat yang sepatutnya merupakan ayat lain yang tiada kaitan maksud dengan ayat utama TETAPI Allah mencantumkan kedua-duanya.

Kalimah kalimah itu ialah ……Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakkiNya dalam jumlah yang tidak terkira banyaknya….sedangkan sebelum itu Allah membicarakan tentang malam, siang, yang hidup dan yang mati.

Fakir bertanya kepada diri sendiri ….? Apa kaitan rezeki yang banyak itu dengan siang, malam, yang hidup dan yang mati ? Kenapa ayat itu bersambung didalam satu Ayat Surah Ali’ Imran ?

Adakah ianya bermaksud untuk murah rezeki kita hendaklah bekerja siang malam atau bekerja sampai mati ? Saperti yang ditafsir dan yang difahami oleh Bapak H. Oemar Bakry ? atau ………….

Adakah sesiapa yang memahami maksud Allah melalui ayat 27 itu akan mendapat rezeki yang tidak terhitung banyaknya itu ?

Kedua rezeki apakah yang jumlahnya hingga kita tidak dapat hitung itu ?
Untuk cuba faham penulis bertumpu kepada beberapa perkataan penting didalam ayat saperti malam, siang, yang hidup dan yang mati dengan berpandukan hukum akal dan dengan merujuk kepada ayat ayat lain didalam Al- Quran.

PERCUBAAN MEMAHAMI MAKNA PERKATAAN MALAM & SIANG.

Sifat malam ialah gelap manakala sifat siang ialah terang benderang. Sabenarnya kegelapan berlaku disebabkan tiada cahaya atau nur. Dalam kes ini perbezaan keadaan itu adalah disebabkan oleh ada atau tiadanya cahaya matahari.. Didalam bahasa Arab dan juga bahasa Al-Quran cahaya dirujuk sebagai NUR.

Kewujudan sesuatu perkara tertakluk kepada beberapa sebab musabab atau fakta. Yang dikatakan ada biasanya dikaitkan dengan ada dilihat atau ada kelihatannya. Maksudnya kita hanya dapat melihat benda yang wujud nyata. Tetapi benda yang ada wujudnya tidak dapat kita lihat didalam gelap atau ianya tidak akan dapat dilihat kalau tiada cahaya atau nur.

Ada juga perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Kewujudannya hanya disedari oleh kesan kesannya. Contoh ialah oxygen, tenaga letrik dan yang paling penting kewujudan Allah SWT. Kewujudan sebegini disebut sebagai GHAIB.

Untuk mengesahkan kewujudan sesuatu itu perlulah kita memandang kearahnya. Dan tiadalah pandangan itu membawa apa apa makna jika kita tidak mengetahui apa yang kita pandang itu.


WUJUD / ILMU / NUR / SUHUD
Ada / Tahu / Cahaya / Pandang

Yang demikian bolehlah kita fahamkan bahawa untuk sesuatu benda itu dapat dilihat dan diketahui ianya tertakluk kepada pertamanya benda itu mesti ada atau wujud, kedua kewujudannya pada pandangan bergantung kepada adanya nur atau cahaya. Untuk pengesahan wujudnya pada kita kita harus arahkan pandangan kita terhadapnya. Benda yang kita pandang itu hanya membawa arti jika kita tahu akan benda itu atau ada pengetahuan kita berkaitannya.

Maka kita pun menyebut akan perkataan ini iaitu WUJUD / ILMU / NUR / SUHUD ( ada / cahaya / pandang dan tahu )

Jika sekiranya langsung tiada cahaya diwaktu malam, keadaan itu disebut sebagai gelap gulita. Dalam keadaan gelap gelita tiada apa pun boleh dilakukan oleh manusia. Sehubungan dengan itu malam atau gelap itu dikatakan MATI.

Sebaliknya dengan anugerah cahaya atau nur matahari oleh Allah keadaan siang adalah terang benderang. Cahaya matahari yang melempah ruah itu membuatkan manusia boleh melihat dan membuat pelbagai pekerjaan. Keadaan siang ini dikatakan HIDUP.

ALAM BESAR & ALAM KECIL

Apa yang diceritakan diatas ialah mengenai ALAM DUNIA kita ini. Didalam bahasa tasauf ia disebut sebagai ALAM BESAR atau AL - ALAMUL KABIR.

Alam jasad atau badan manusia pula disebut sebagai ALAM KECIL atau AL - ALAMUL SAGHIR. Ramai ahli tasauf malah ahli sains juga bersetuju bahawa jasad manusia itu umpama prototype kepada dunia maya ini.

MALAM & SIANG PADA BADAN MANUSIA

Sekarang mari kita cuba kaitkan fakta fakta diatas dan ayat 27 Surah Ali’Imran ini dengan Al-Alamul Saghir atau jasad kita. Pertamanya yang dirujuk sebagai GELAP atau MALAM yang bersifat MATI itu ialah BADAN / TUBUH / JASAD kita.

Ramai orang beranggapan bahawa tubuh manusia itu HIDUP. Kenyataan ini dianggap benar kerana ianya KELIHATAN HIDUP.

Pada hakikatnya badan kita itu MATI tetapi ada yang menghidupkan. Dengan ADANYA yang Menghidupkan itu badan kita jadi hidup. Yang menghidupkan ialah NYAWA. Bila nyawa saorang manusia itu meninggalkan jasadnya , jasadnya bukan sahaja akan MATI tetapi akan hancur dalam tempoh yang amat singkat. Ini disebut meninggal dunia. Pada hakikatnya ialah nyawa meninggalkan badan menyebabkan badan terpaksa meninggalkan dunia.

Dengan itu adalah jelas yang dikatakan SIANG pada kita manusia ialah NYAWA. Nyawa jugalah yang dirujuk oleh Allah dalam ayat 27 ini sebagai YANG HIDUP.

Setakat penjelasan ini kita sudah faham bahawa Siang yang terang dan menghidupkan itu ialah Nyawa. Malam yang gelap dan mati itu ialah badan.

Marilah kita rujuk semula kepada kalimah kalimah ayat 27 Surah Ali’Imran dimana Allah berfirman : Allah memasukkan malam kepada siang. Apa jadinya ? Malam yang dimasukkan itu menjadi terang benderang dan terhapus keadaan gelapnya oleh kekuatan siang.

Begitu jugalah halnya Badan yang mati itu jika dimasukkan Nyawa yang hidup kematian badan itu akan terhapus oleh keadaan Hidupnya NYAWA. Maka hiduplah badan yang mati itu selagi nyawa ada atau nyawa meliputinya. Maka keadaan ini dikatakan sentiasa siang. Bila nyawa dan keadaan tarang atau hidup yang dibawanya …pergi meninggalkan badan…maka malam atau gelap atau matilah badan.

REZEKI YANG TIDAK TERHITUNG……………

Sebenarnya tiada siapa yang tahu maksud ayat ini melainkan diberi petunjuk oleh Allah. Maksudnya Yang Tahu Hanya Allah.

Namun selari dengan sifat ingin tahu manusia …apatah lagi ianya berkaitan kekayaan …kita tidaka akan putus putus berusaha untuk cuba mencari maksudnya.

Nasihat fakir ..jika bergolak jiwa untuk mencari jawapan …jika kita yang mencari barangkali susah untuk menemukan jawapan. Jika disedari Yang Berilmu Hanya Dia Allah..mohonlah kepada Allah…

Nasihat fakir ..jawapannya ada diceritakan oleh Bapak Dr Bagindo Muchtar melalui manuskrinya …MEMANDANG KEDALAM. Carilah manuskrip itu……

Dicatat oleh :-

Al – Fakir Abdillah Al – Gemasi
Gemas, NSDK, Malaysia.
10hb Mei 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan