medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Jumaat, 28 Mei 2010
INTERLUDE PENYEJUK JIWA ...surat kekasih hati.
SURAT UNTUK PARA KEKASIH
Aduhai Pujaanku
Kaulah Kandil Kemerlap
Pelita Jendela Dimalam Gelap
Melambai Setia Selalu
Aduhai Diriku dan Dirimu
Katakanlah Aku Itu Kamu
Dan Kamu Itu Aku
Demi Kasih Kita
Kumulai warkah ini dengan mempersembahkan kepadamu satu SURAT CINTA terbuka, biar semua umat menjadi saksi akan CINTA kita ini. Patutkah mereka mencontohinya ?
Ianya untukmu bagaikan kandil yang kemerlap ..tidak akan ada padamnya selagi ada sumber minyaknya …minyak zaitun yang sangat diberkati….yang tidak mungkin kamu temui di Alam Maya ini……kerana ianya menghilang ditumpukan debu ..hingga kamu temui sendiri dalam kerinduanmu mencari Aku ,,kekasihmu.
Ku, letakkan kandil itu dengan sengaja dijendela…agar kamu jadikan panduan menujuku dalam perjalanan malammu yang gelap gulita, kerana padamu aku dihijab dari pandanganmu oleh gelapnya malam.
Wahai sayangku, sabenarnya……………
Engkau sendirilah yang menghijabkan dirimu dari aku.
Maka lihatlah olehmu lambaian kasih setiaku tanpa ada penghujungnya ..sampai kesampaianmu. Disana aku menunggumu dan kau akan tahu siapa aku dan siapa engkau kerana DEMI CINTA …aku adalah engkau dan engkau pula adalah aku …
Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim
Dari Aku….Yang Kau Cari –Cari Selama Ini.
WAHAI PARA KEKASIH !!!
Asas pertama ialah DIRI BATIN –mu itu yaitu RUH atau NYAWA – mu wahai sayang. Nyawamulah yang menghidupkan kamu, yang membuatkan anggotamu bergerak, otakmu berfikir dan pancainderamu berfungsi.
Bagaimanakah kamu masih lagi menyatakan aku berdusta dan terus saja kamu mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja …lemah & longlai
Ketahuilah bahawa diri batinmu itu mempunyai Sifat 20 Tuhanmu. Sifat 20 itu bukan sifatmu tetapi Sifat Sifat Zat Wajibul Wujud yang menggelarkan DiriNya HU dan menamakan DiriNya untukmu sebagai ALLAH.
Adakah kamu masih lagi mahu menuduhku sebagai pendusta ..lalu kamu terus mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja…lemah & longlai tanpa AKU.
Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamu mengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA Diri Batinmu itu ?
Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamu mencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernah dan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu.
Aduh sayangku…bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahaja kamu berada..dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkau mencariku ..sedangkan aku berada ditempat yang terang…dan sentiasa saja melambai kamu …tanpa ada hentinya..
Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…hingga mahu memotong lidah dan jejariku ?
Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.
Aku ini adalah rahsiamu dan rahsiamu itu adalah Aku
Betulkan pandanganmu…kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan aku sudah berada dikamarmu ? Alihkan pandanganmu kedalam..dan panggil serta serulah aku…..
Warkahku ini akan membantumu mencari aku …janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalan kembali…yaitu kembali kepadaku.
Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ?
Jawablah walaupun aku ada dan tiada untuk mendengar jawapanmu. Beruntunglah jika namamu MUHAMMAD kerana Allah telah mengistiharkan bahawa MUHAMMAD ITU ADALAH KEKASIHKU. Maka malanglah orang yang bernama lain dari Muhammad kerana tiada berpeluang menjadi Kekasih Tuhannya.
Gurumu akan menjelaskan bahawa Kekasih Allah itu ialah Junjungan mu Nabi Muhammad bin Abdullah Rasul Allah yang terakhir. Memang itulah dia yang benar.
Jika aku katakan bahawa Allah juga mengasihimu adakah kamu akan percaya ? Kamu juga adalah Kekasih Allah . Percayakah kamu …sedangkan engkau masih lagi menyatakan aku ini pendusta….yang suka mengatakan yang sesat ..yang bukan sahaja menyesatkan kamu ..tetapi juga kesemua teman temanmu.
Jika namamu Muhammad atau Roslan atau Latifah mahupun Aminah ..malah temanmu yang bernama David atau Maniam itu juga adalah Kekasih Allah. Betapakakan boleh aku dikatakan benar sedangkan si David itu beragama Kristian, si Maniam beragama Hindu ?
Aku bertanya kepadamu , adakah mereka mereka itu juga dijadikan oleh Tuhan yang kamu sembah yaitu Allah. Beranikah kamu mengatakan bahawa si David & Maniam itu dijadikan oleh Tuhan yang mereka sembah ?
Maka aku nyatakan sekali lagi bahawa kamu sekalian juga adalah kekasih Allah. Kamu semua adalah Muhammad belaka pada hakikatnya..tiada yang lain.
Nama Muhammad itu adalah RAHSIA Allah yang perlu kamu pelajari. Ianya adalah satu mukjizat untuk menyatakan kebenaran Agamamu …Agama Islam. Dalam jumlah nama nama yang tidak terbilang itu hanya nama Muhammad jika kamu tulis dalam huruf Al-Quran merupakan gambar manusia.
Kamu tulislah nama nama yang lain adakah ia menjadi gambar manusia ada kepala umpama MIM pertama, ada tangannya umpama huruf HA, ada pusatnya umpama huruf MIM KEDUA dan ada kakinya umpama huruf DAL.
Dan kamu masih juga mengatakan aku SESAT dan mahu menghukumku…………
Kamu dinamakan Saleh dan teman temanmu mempunyai pelbagai nama untuk memudahkan urusan dunia. Jika semua orang dinamakan Muhammad agar menjadi Kekasih Allah maka bagaimanakah caranya untuk guru menguruskan kelas yang kesemua 40 orang murid bernama Muhammad ?
Wahai Para Pencinta…
Jika kamu mahu terus menjadi kekasihku dan terus menerus menjadi Kekasih Allah, maka carilah AKU kekasihmu…jangan kasih sayang hanya dibibir sahaja…sedangkan setiap waktu dan setiap ketika engkau mempunyai KEKASIH YANG LAIN.
Bukankah engkau sebenarnya SAORANG PENDUSTA & PENDERHAKA ?
Dan seperti biasa engkau terus juga mengatakan AKU YANG SESAT & MENYESATKAN ENGKAU !!
Tidakkah kamu tahu bahawa KESESATAN ENGKAU itu disebabkan KEJAHILANMU TENTANG AKU ????
Dan engkau sudah mula berani mahu memotong jejariku dan lidahku..sedangkan aku telah mengatakan bahawa aku ini ialah…BAGAIKAN BURUNG YANG PATAH SAYAPNYA…BERTONGKATKAN PARUH KUTERBANG JUA….
SELAMATLAH ENGKAU WAHAI KEKASIHKU SELAGI AKU MENGASIHI KAMU………..
Interlude Penyejuk Jiwa ….Fakirabdillah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
memang menyejukan
BalasPadam