RUKUN IMAN PERTAMA = AMANTUBILLAH
Dari kacamata Ilmu Hakikat………………
Nyata pada pemahaman kita bahawa Allah itu WUJUD melalui pecahan pecahan Sifat MAANI & Maknawiyahnya ( Maknuyah ? )
Apabila nyata akan Sifat Maani & Maknawiyah maka barulah nyata Sifat Napsiah iaitu Bahawa Allah itu WUJUD.
Untuk menyatakan wujudNya, Allah memerentahkan kita menunaikan RUKUN ISLAM yang lima itu.
Bila nyata wujudnya Allah, maka Rukun Islam menjadi enam ( 6 ). Rukun Islam yang keenam ialah menyatakan wujudnya Allah melalui kita manusia. Kesemuanya adalah ghaib belaka.
Asalnya Rukun Iman itu berpunca dari Kenyataan Wujudnya Allah. Maksud kalau tidak nyata wujudnya Allah tidak adalah IMAN. Jadilah Rukun Islam tanpa Iman.
KAITAN SIFAT SIFAT MAANI & MAKNAWIYAH DENGAN MANUSIA UNTUK MENYATAKAN WUJUDNYA ALLAH.
Ingatlah akan Firman Firman Allah mengenai manusia saperti dibawah :-
a. Manusia adalah kejadian paling sempurna
b. Manusia itu Rahsia Allah dan Allah-lah rahsianya
c. Manusia itu menanggung Amanah Allah
d. Asal manusia itu dari DIRI YANG SATU. Maka kembalikanlah kepada Tuhanmu.
e. Manusia merupakan Cermin Allah yang di-gilap.
KEHIDUPAN JASAD
Berkuasa dengan Kudrat Allah Anggota
Berkehendak dengan Iradat Allah Hati
Mengetahuidengan Ilmu Allah Akal / Otak
Hidup dengan Hayat Allah Nyawa
Mendengar dengan Sama’ Allah Telinga
Melihat dengan Basar Allah Mata
Berkata-kata dengan Kalam Allah Lidah
HURAIAN
Dikatakan manusia itu hidup dengan adanya NYAWA. Nyawa ialah RUH atau BATIN manusia itu. Ruh inilah yang menyatakan Hal Keadaan hayat Diri Zat.
Maka hiduplah manusia dengan HAYYUN Diri Batin iaitu Ruh.
Berdasarkan perkara diatas, rumusannya ialah manusia itu hidup dengan Hayyun Ruh – Ruh pula Hayyun dengan Hayat Allah. Maka yakin atau percaya atau berimanlah kita bahawa :-
TIADALAH manusia itu , berkehendak, hidup, mengetahui, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata –
Melainkan
YANG HIDUP itu ialah RUH iaitu NYAWA atau DIRI BATIN
Manakala
DIRI BATIN hidup dengan HAYAT ZAT WAJIBUL WUJUD iaitu ALLAH Tuhanku.
Maka nyatalah :-
Hidup aku sebagai manusia adalah untuk :-
MENYATAKAN WUJUDNYA ZAT ALLAH dan ZATLAH YANG MENGWUJUDKAN AKU dan MEMJALANI KEHIDUPAN HARIANKU di-dunia ini.
KENYATAAN WUJUD ALLAH PADA MANUSIA
DIRI ZAHIR DIRI ZAT DIRI BATIN
Sifat Hidup Manusia Sifat Maknuyah Sifat Maani
Hidup Hayyun Hayat
Berilmu Alimun Ilmu
Berkuasa Qadirun Kudrat
Berkehendak Muridun Iradat
Mendengar Samiun Sama’
Melihat Basirun Basar
Berkata-kata Mutakallimun Kalam
DIRI BATIN atau nyawa kita itulah yang dipanggil sebagai MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLULLAH ( Penyampai / Pesuruh ) iaitu ZAT YANG GILANG GEMILANG PENUH CAHAYA ( An-Nur : 35 )
AMANTUBILLAH itu ialah apabila kita tahu wujudnya Allah, maka diri kita terasa aman dan tidak erti makna susah hati walaupun kesusahan menimpa diri kerana ketenangan jiwa itu ialah keamanan diri batin dimana amannya batin kerana mengetahui dirinya Tuhan sekalian alam.
Next Wamala i katihi……….
Dari kacamata Ilmu Hakikat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan