Isnin, 31 Mei 2010

ILMU HAKIKAT TIDAK SESAT & MENYESATKAN...........................


TASAUF : ANTARA SYARIAT – HAKIKAT & TAREKAT
Dipetik dari YAYASAN SOFA, REMBAU NSDK.


Saudara pembaca yang budiman.

Diawal laman ini ketika membincangkan Sejarah Perkembangan Ilmu Tasauf, Fakir telah menjelaskan bahawa terdapat pertelingkahan yang berpanjangan dan berterusan antara Aliran Feqah & Aliran Tasauf.

Menurut Prof Dr Abu bakar Aceh pertelingkahan ini berlaku akibat kedua-dua aliran ini berjalan mengikut jalan masing masing hingga menimbulkan jurang yang terus melebar dan semakin jauh terpisah.

Hingga kehari ini terutamanya di Malaysia dimana Ilmu Agama dan penyebarannya dikawal ketat oleh Pihak Yang Berkuasa Agama, terdapat ramai umat Islam yang juga terdiri dari ulamak ulamak terkenal yang berkelulusan tinggi memandang Ilmu Tasauf khasnya Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat sebagai Ilmu Yang Sesat & Amat Menyesatkan.

Membincangkan Ilmu Ketuhanan dilarang sama sekali. Apatah lagi menyebarkannya. Akibatnya tidak ada satu surau atau masjid dibenarkan menjadi tempat untuk mengajar Ilmu Tasauf yang merangkumi Ilmu Tarekat & Ilmu Hakikat. Surau dan Masjid hanya dijadikan tempat belajar , mengajar dan beramal Ilmu Syariat & Ilmu Hukum Hakam iaitu Ilmu Feqah.
Dimanakah seorang yang berminat mempelajari Ilmu Tareqat & Ilmu Hakikat boleh belajar jika semua institusi agama diharamkan dari mengajar ilmu ini ?
Maka ramailah yang belajar secara mencuri – curi atau secra haram.

Barangkali berlandaskan perkara diatas, PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA yang berpusat di Rembau, Negeri Sembilan telah menulis rencana hasil penyelidikannya yang disiarkan di Akhbar Utusan Malaysia pada 1hb Jun i2010.

Kata para penyelidik SOFA :-

Tarekat cuba dimomokkan oleh setengah pihak – seolaholah SEMUA TAREKAT SUFI itu adalah SESAT dan MENYESATKAN.

Ada buku dinegara kita yang menyenaraikan nama tarekat tarekat arus perdana, menyatakan dengan berani bahawa semua tarekat itu mengandungi kesesatan.

Pada Fakir , penerimaan pemahaman bahawa Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu TIDAK SALAH dan sememangnya Ilmu Yang Benar Tidak Sesat , Tidak Menyesatkan dan Tidak Dimurkai Allah – ADALAH AMAT AMAT PENTING untuk bukan sahaja diterima oleh masyarakat muslim tetapi juga untuk diperakui oleh Pihak Berkuasa Agama Islam khasnya di Malaysia.

Berikut Fakir turunkan melalui entri kali ini intipati intipati Rencana Penyelidikan Yayasan Sofa bagi bacaan mereka mereka yang berpendapat bahawa mempelajari Ilmu Hakikat & Ilmu Tarekat itu sesat & menyesatkan.

....................................................................................

1 Istilah Hakikat telahpun digunakan untuk merujuk kepada TAHAP KEIMANAN YANG TINGGI yang dicapai oleh seorang yang benar benar beriman

2 Syariat sebagai asas, manakala Tarekat adalah wasilah dan Hakikat pula ialah buah ataupun hasilnya. Tiga perkara ini saling lengkap dan melengkapi.

3 Sesiapa yang berpegang dengan Syariat akan melalui tarekat dan seterusnya sampai kepada Hakikat. Tidak ada PERTENTANGAN & PERCANGGAHAN.

4 Setiap Hakikat yang bersalahan dengan Syariat adalah Zindiq.

5 Mithalnya didalam Solat : pergerakan dan perbuatan zahir beserta rukun rukun dan syarat syaratnya adalah FAKTOR SYARIAT yang menjadi JASAD SOLAT.

Adapun HADIR HATI didalam Solat merupakan FAKTOR HAKIKAT yang menjadi RUH SOLAT.

6 Orang Mukmin Yang Sempurna ialah yang menghimpunkan diantara Syariat & Hakikat.

7 Tidak ada Tasauf melainkan dengan Feqah kerana tidak akan diketahui hukum hakam Allah melainkan dengan Syariat.

8 Jadinya semuanya menjadi WAJIB pada hukum sebagaimana wajibnya Jasad bagi Ruh. Tidak ada kewujudan bagi Ruh melainkan didalam Jasad sebagaimana tidak adanya Kehidupan bagi Jasad melainkan dengan Ruh.

9 Hakikat , Tarekat & Syariat saling melazimi kerana JALAN MENUJU KEPADA ALLAH mempunyai ZAHIR dan BATINNYA.

10 MAKSUD ketiga tiga cabang ilmu ini iaitu Syariat, Tarekat & Hakikat adalah mendirikan penghambaan kepada Allah sebagaimana yang dikehendakki daripada sesaorang hamba.


Fakir.........terimakasih YAYASAN SOFA.

SYAIR MAKRIFAH.....Haji Adenan Ooi Batu Bara..


SYAIR TUAN HJ ADNAN OOI BATU BARA….
Sambungan Zikir Nafi Isbat.



LA itu maknanya NAFI
Fana’kan olehmu wujud menjadi
Baqa’ itulah Hakikat Rabbi
Cermin indah tidak terperi

Nama Allah nafikan jenis
ILA HUL HAQ fana’kan habis
Wujudnya WA MUHYI engkau lapis
HAQ QUL MUTLAK serumu jawis

IL LAL LAH Isbat Hakiki
Disanalah makan TANAZUL TURKI
Kepada segala arif yang sufi
Nyatanya AIN HAY YUL BAAQI

Allah itu bermula Nama
Dikalbu mukmin tertulis agama
Isim JALALLAH cahaya ternama
Limpah seperti bulan purnama

Ilmu itu jalannya EMPAT
Pertamanya SYARIAT keduanya TARIQAT
Ketiga jalan bernama HAKIKAT
Keempatnya bernama jalan MAKRIFAT

Adapun syariat ILMU ZAHIR
Sungguhpun mudah bukannya hampir
Mencari ilmu janganlah khuatir
Sunat Fardhu kerjamu hadhir

Sungguhpun zahir keadaannya batin
Makamnya furu’ ilmunya YAKIN
Alamnya suatu QALBU SALIMIN
TAUHID-nya AF’AL sembahnya AMIN

Adapun jalan ahli Tariqat
AINULYAKIN MAQAMUL JAMAAT
Kalbunya Tauhid Alam Malaikat
Sembahnya ABDUHU tauhidnya ZAT

Adapun jalan Ahli Hakikat
Bernama makam JAMIUL JAMAAT
HAQQULYAKIN kalbu menghasrat
ALAM JABARUT tauhidnya ZAT.

SANTAPAN JIWA.....UNTUK PERINGATAN DIRI YG MUDAH LUPA...


PERTUNANGAN AZALI……………


Di satu masa yang ditetapkan,
kita pasti dirisik,
pertunangan sejak azali,

dihujung hidup akan berlangsungnya
perkahwinan dengan maut, hantaranya
sakit dan nazak....

tetamu bertandang menghadiahkan tangisan,
pengantin dimandikan,
dihiasi baju putih,
wangian gaharu cendana,
pengantin bersanding bersendirian....
diarak sepanjang kampung,
berkompang azan dan kalimah kudus,

akad nikahnya bacaan talkin berwalikan liang dan lahad,
bersaksikan nisan - nisan.....
siraman mawar keluarga terdekat,
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah,
ketika itulah janji pernikahan dituntut.....

…………………………………………………………………………………….

Puisi Sheikh Jalaluddin Rumi :
Nur Yang Esa
dipetik dari blog sangtawal



Pelita banyak dan berbeza,
Cahaya sama dan satu jua,
Jika anda lihat lampu saja,
Hilanglah anda dalam ‘banyak’ dan ‘berbeza’.

Pandanglah pada cahaya,
Anda akan lihat satu saja,
Berbilang-bilang hanya bentuk saja,
Boleh dibilang, satu, dua, tiga.

Begitu juga pendapat manusia,
Berlain-lainan dan berbeza-beza,
Timbullah pelbagai mazhab agama,
Keluarlah pelbagai pandangan dan fatwa.

WAHDANIATULLAH ................Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

MENGENAL SIFAT.

Firman Allah : Al-Waqiah : 58

Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ? Dia ciptakan dari air yang terpancar. Dari setitis mani , Allah menciptakannya lalu menentukannya.

Adapun istilah bagi SIFAT Tuhan itu adalah umpama setitis air mani yang bergelar AINUL SABITAH ataupun NOKHTAH.
.
Ini adalah Muhammad Yang Akhir yang menjadi RASUL kepada manusia.
AWAL itu adalah ZAT dan AKHIR itu pula SIFAT BAGI ZAT.

Maka marilah diambil contoh . Fikirkan baik baik kerana SIFAT ini dapat diterima akal walau bodoh macam mana pun manusia itu.

CONTOH UNTUK FAHAM – SEBIJI BENIH LADA & SEPOKOK LADA.


Kalau aku ambil SEBUTIR BENIH cili pi, maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlah SEBUTIR BENIH tetapi ianya adalah SEBATANG POKOK CILI API yang lengkap. Ada akar, ada batang, ada ranting, ada daun, ada bunga , ada buah malah ada biji biji benih sekali..

TENTU kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialah SATU BIJI BENIH.

Maka siapakah yang gila ? Aku atau kamu ?. Pada zahirnya aku akan ditomah gila oleh manusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu HANYA sebutir biji benih cili api. Kalau benih tetap ianya benih bukan sebatang pokok.

TIDAK GILA kata Tuhan.

Tuhan kata tidak gila kerana aku TIDAK MEMANDANG BENIH ITU SAHAJA.

BASARULLAH menampakkan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untuk membuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalam masa 1-2 bulan sahaja maka YANG TADINYA HANYA SEBIJI BENIH telah menjadi sebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukkan kepada kamu 1-2 bulan yang lalu.

Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang BENAR kerana buktinya ada didepan mata. Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukannya otak atau hati nurani manusia itu.

Firman Allah : Surah Ali Imran :

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya, kerana itu kami jadikan dia MENDENGAR & MELIHAT.

Sesungguhnya SEBUTIR BENIH CILI API itu adalah sama jua dengan istilah SETITIS MANI bagi manusia.

Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok lada api yang lengkap , maka didalam setitis air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yang lengkap segala-galanya…ya lengkap segala-galanya.

………………………………………………………………………………………………

Nota Sifakir :-

Penulis kitab ini ada membuat NUKILAN berupakan dua bulatan. Pertama ialah satu bulatan yang kosong. Kedua merupakan bulatan yang ada titik ditengahnya.

…………………………………………………………………………………………….

Ini ( bulatan yang kosong ) adalah SIFAT bagi DIRI ZAT ( Fakir = walaupun bulatan itu pada mata kasar dilihat sebagai bulatan yang kosong sebenarnya ia adalah bulatan yang penuh – penuh diliputi oleh Zat umpama cawan yang kosong pun penuh iaitu dipenuhi oksigen / udara yang ghaib = ada tapi tidak dapat dilihat. )

Manakala SETITIS AIR MANI itu ialah SIFAT ZAT bagi diri manusia. ( Bulatan yang ada titik ditengahnya = fakir )

Didalam setitis air mani itu telah lengkap badannya dengan segala anggotanya luar dan dalam, Qada’ & Qadarnya, Rasulnya, Malaikat atau Nyawanya, semua telah diadakan Allah Cuma mata kasar tidak nampak.

Kalaulah nampak maka bukanlah RAHSIA ALLAH namanya.

Firman Allah : Al-Hadid : 22

Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah TERTULIS didalam KITAB sebelum Kami Menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah..

Maka jika dikaji Firman diatas, nyatalah pada diri manusia bahawa jatuhnya SETITIS MANI dan sebelum menjadi DARAH & DAGING telah siap segala-galanya- ya segala-galanya sama ada ianya hidup lama ataupun pendek, kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, baik atau jahat..SEMUANYA telah siap..disiapkan.

Inilah yang dikatakan LOH MAHFUDZ atau SURATAN AMAL ataupun AL-KITAB yang sebenarnya yakni AL-QURAN.

Firman Allah :-

Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah TERTULIS

Dan tiap tiap perkara yang mereka lakukan adalah TERTULIS didalam Kitab Suratan Amal.

Dari itu wahai orang orang Islam Yang Beriman !!!!

Ketahuilah secara mendalam tentang Pancaran Air Mani yang zahir oleh pandangan matamu.

SETITIS MANI yang membawa RAHSIA DIRI ALLAH akan merasakan betapa Lazatnya Rasa Penerimaan ZAT. Kalau anda tidak tahu bahawa mani itu datang dari Zat Allah maka anda sebenarnya mengikut hawa nafsu anda.

Firman Allah : An-Nisa : 140

Dan sesungguhnya Allah menurunkan kamu didalam Al-Quran.

Ayat ini sangat pelik dan tahukah anda apa maksudnya ?

Al-Quran disini maksudnya ialah MANI SETITIK dan dari mani itulah zahirnya manusia melalui pertemuan bapa disampaikan kedalam Rahim ibu.

Firman Allah : Ath – Thaariq : 2-10

Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu ?
Bintang yang CAHAYANYA MENEMBUS. Tiada suatu jiwa pun melainkan ada PENJAGANYA. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan.

Dia diciptakan dari air yang terpancar, yang keluar dari antara TULANG SOLBI laki laki dan TULANG DADA perempuan. Sesungguhnya Allah benar benar Berkuasa untuk mengembalikannya.

Pada hari ini DINAMPAKKAN SEGALA RAHSIA. Maka sekali-kali TIADA BAGI MANUSIA itu kekuatan pun dan tidak ada penolong.

Maka terjawablah segala RAHSIA TUHAN, apabila aku salinkan Ayat Ayat diatas. Zahirnya manusia itu melalui air mani yang Allah Ciptakan yang lengkap dengan jasad yang mati yang menjadi hidup bila ada nyawa.

Nyawa inilah ULUL AMRI yang bernama RUHUL QUDDUS atau RUH AL-QUDSI yang menjaganya.

Kuatnya jasad / manusia kerana kuatnya Nyawa.

Kuatnya nyawa kerana ianya ialah MALIKKIL QUDDUS yakni ZAT ALLAH yang SEDIA ADA didalam DIRI manusia itu.

Jasad itu bergerak kerana KUDRAT ALLAH dan tiada sebiji zahrah sekalipun kuasa manusia itu melainkan KUDRAT ALLAH semata-mata.

Kenapakah manusia itu tidak mahu percaya ?

Nota Fakir :-

Apa yang hendak dijelaskan oleh penulis , nampak lebih jelas didalam beberapa nukilannya. Fakir mohon maaf kerana belum pandai memasukkan nukilan nukilan itu didalam laman ini.

Fakir….bersambung RAHSIA BISMILLAH & ALIF – LAM-RA..

Ahad, 30 Mei 2010

WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj



MENGENAL ZAT

Walau macam mana tajuk ditulis atau dicakapkan pun ZAT & SIFAT ALLAH tetap tidak dapat dipisahkan. Dan eloklah kitab ini mengenalkan kepada pembaca apakah itu ZAT-SIFAT-ASMA & AFAL.

ZAT itu adalah sesuatu yang TIDAK DAPAT dinyatakan atau ditunjukkan. Keraba apa ? Kerana ia adalah RAHSIA dan RAHSIA inilah yang WAJIB bagi Umat Muhammad yang beriman MENCARINYA. Siapa jua yang ( menceritakan tentang ) ZAT , maka memanglah susah untuk DISEBUT akan Sifatnya…bagaimana dan macam mana kerana kalau DISEBUT bagaimana RUPANYA ZAT itu sudah pergi pada SIFAT. Bercerita tentang ZAT sabenarnya menceritakan tentang SIFAT.

Kita menceritakan sebenarnya tidak dapat menyebut atau menjelaskan apakah itu ZAT.

Firman Allah : Al- Insan.

Bukanlah telah datang atas manusia satu waktu dari masa sedang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.

Yantg merupakan sesuatu yang TIDAK DAPAT DISEBUT itulah ZAT. Dan Allah telah Berfirman bahawa ketika belum zahirnya manusia , manusia telah lama wujud ( tetapi bukan wujud dalam rupa sekarang ) bergelar manusia. Ketika itu diri manusia adalah ZAT. Benarkah diri manusia asalnya ZAT ?

Surah Al-Waqiah : 62

Dan demi sesungguhnya kamu telah sedia mengetahui TENTANG DIRI KAMU KALI PERTAMA maka ada baiknya KALAU KAMU MENGAMBIL INGATAN.

…………………………………………………………………………………………

Nota Sifakir :-

Didalam kitab asal ada Nukilan Kalimah Allah – ALIF – LAM – LAM – HA
Dengan tanda SABDU dengan alif pendek diatasnya ( serupa W ) ditengah tengah.
Sila sdra ambil tulisan Kalimah Allah Yang Lengkap.

ALIF Iktibar DIRI ZAT
LAM PERTAMA Iktibar SIFAT DIRI ZAT
LAM KEDUA Iktibar ASMA DIRI ZAT
HA Iktibar AFAL DIRI ZAT

ALIF GHAIB - kedalam - LAM PERTAMA - MENZAHIRKAN SIFAT
TERUS GHAIB - kedalam - LAM KEDUA - MEMBERIKAN ASMA’ AKAN SIFAT
TERUS GHAIB - kedalam - HA - MENGHIDUPKAN AKAN SIFATNYA…………
SETERUSNYA GHAIB – kedalam SABDU UNTUK PENTAJALLIAN SETERUSNYA.

SABDU adalah iktibar TULANG SOLBI ( tempat air mani )
ALIF PENDEK diatas SABDU iktibar tulang belakang manusia.

KELAHIRAN MANUSIA = PENTAJALLIAN SETERUSNYA

Sila lihat semula Kalimah Allah saudara

ZAT itu ALIF TEGAK umpama HURUF SATU
ZAT GHAIB..seperti dijelaskan diatas….hinga ke HA terus ke SABDU
HA itu iktibar RAHIM IBU
ZAT ZAHIR SEMULA didalam SABDU iaitu iktibar Tulang Solbi dalam bentuk MANI SETITIK.

………………………………………………………………………………………………

Surah Al-A’raaf : 189

Dialah yang menciptakan kamu dari DIRI YANG SATU.

Maka inilah maksud Allah yang menyatakan pada manusia melalui Firman diatas akan CARA MENCIPTAKAN AWAL DIRI MANUSIA.

Maka jika tidak faham aku tinggalkan bahagian ZAT dahulu kerana ZAT ini bukannya senang untuk diterangkan secara sepintas lalu. Aku akan berbalik semula selepas aku menerangkan BAB SIFAT


Bersambung………..MENGENAL SIFAT.

Salam Takzim dari Sifakir...........

WAHDANIATULLAH Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj



BERKAITAN IBLIS
MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN
Dari Kacamata Ilmu Hakikat

Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah mereka itu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahu kelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat.

Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu …….siapakah yang disembahnya ?

Firman Allah Al Jin – 06

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikit Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM.

Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha ) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :-

Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka ( manusia ) ke JALAN YANG LURUS.

Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.

Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ?

Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin.

ALIF iktibar DIRI ZAT
BA iktibar SIFAT BAGI ZAT
LAM iktibar ASMA’ BAGI ZAT
YA iktibar AF’AL BAGI ZAT
SHIN iktibar SIRR BAGI ZAT

Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma; ALLAH.

Dalam kata yang mudah ialah : -

IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.

LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS.

Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR ( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH.

Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

Sabtu, 29 Mei 2010

MARI HIBURKAN HATI YANG BERDUKA…. Bersyairlah bersama Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara.

MARI HIBURKAN HATI YANG BERDUKA….
Bersyairlah bersama Tuan Haji Adnan Ooi Batu Bara.

Salam saudara pembaca yang d-iRahmati Allah.

Orang orang dahulu suka bersyair untuk menyampaikan ilmu ilmu mereka. Antaranya ialah Tuan Haji Adnan Ooi dari Batu Bara.

Didalam entri entri akan datang dimulai entri khas ini Fakir selitkan rangkap rangkap syair Tuan Haji itu sebagai SANTAPAN QALBU saudara saudara sekalian.
Terima kasih

Fakirabdillah.

………………………………………………………………………………………………

SYAIR ZIKIR NAFI & ISBAT.

Ghalib olehmu NAFI & ISBAT
Zauk Wujudmu jadikan Syariat
Makrifatullah sebesar ubat
Jika dilazimkan naik mertabat

Makrifah itu bukannya mudah
Sekalian alam habis berpindah
Alun & ombak teduhlah sudah
Baharulah sampai Makam Musyahadah

La Ilaha Illallah bukannya mudah
Tasdiq dihati ikrar dilidah
Kenegeri akhirat kita berpindah
Mudah-mudahan beroleh faedah

La Ilaha Illallah tali yang teguh
Sebut olehmu bersungguh sungguh
Siang & malam jangan bertangguh
Supaya mesra kedalam tubuh

La Ilaha Illallah tali bukan kepalang
Sebut olehmu berulang – ulang
Jangan bertangguh malam & siang
Supaya mesra kedalam tulang



La Ilaha Illallah ZIKIR yang asli
Maknanya itu hendak dikenali
Melupakan ia jangan sekali
Itulah amalan segala wali

La Ilaha Illallah sempurna ZIKIR
Maknanya banyak BATIN & ZAHIR
Kepada Tuhan Puji yang hampir
Meninggalkan ia MENJADI KAFIR

Itulah ZIKIR NAFI dan ISBAT
Itulah perhimpunan JALAN YANG EMPAT
Itulah puji SYARIAT TARIQAT
Kenyataan Hakikat sempurna Makrifat…

Bersambung……LA itu maknanya Nafi…

………………………………………………………………………………………..

Nota Fakir :-

Bagaimana saudara ..cantikkan bait bait syair syair ini..tersusun indah kata katanya dan jelas dan indah cara penyampaiannya. Itulah kehebatan ulamak ulamak kita dahulu. Ulamak kita sekarang tidak ramai yang suka menulis dan menyampaikan ilmu secara PERCUMA.

Saya bukanlah ulamak…..hanya saorang insan yang amat kerdil lagi fakir . Tidak ada belajar agama secara formal hingga ke Azhar atau Darul Ulum….saya cuma digerakkan untuk menyampaikan kepada yang berminat.

Syair syair ini amat meruntun jiwa sifakir……kalam kalam yang menghiris hati nurani. Saya amat menyayanginya. Fatihah untuk Arwh Tuan Haji Adnan Batu Bara…saya tidak mengenalinya tetapi buah ilmunya merebak keantero Nusantara.

Fakirabdillah.

HIDUP DIDUNIA BERPANDUKAN D-U-N-I-A....Alfakirabdillahabdullah Al-Gemasi


Salam Sejahtera pembaca yang di Rahmati Allah,

Entri Interlude Ketiga ini fakir petik dari Manuskrip bertajuk PENGANTAR ILMU YANG DIWARISKAN karangan Alfakir Abdillah Al-Gemasi untuk pembacaan dan renungan semua pembaca yang berminat.

Fakirabdillah.

………………………………………………………………………………………..

Alhamdulillah salah saorang yang aku anggap sebagai guruku saorang hamba Allah yang aku panggil Pak Cik Raja Muhammad ( Arwah ) telah berkesempatan bermuzakarah dengan Bapak Buya Hamka ( Arwah ) salah saorang ulamak Nusantara yang terkenal.

Mengikut Pakcik Raja , BUYA telah memberi PANDUAN kepadanya mengenai cara menjalani kehidupan yang baik didunia ini juga untuk kehidupan sempurna di Akhirat nanti.

Kata Kata BUYA HAMKA :-

Oleh kerana kita masih hidup didunia ini, maka kita hendaklah menjalani hidup berpandukan EJAAN KALIMAH DUNIA itu sendiri yaitu DAL – NUN- YA dan ALIF.

DAL………


DAL ialah DINAR. Jika di Malaysia wang Ringgit, di Indonesia Rupiah. Memang benar untuk menikmati hidup, kita perlu dinar. Banyak dinar kita banyaklah barangan dan perkhidmatan yang dapat dibeli dan hidup menjadi bertambah mudah dan selesa.

Firman Allah :-

Maka nikmatilah olehmu dunia dan negeri akhirat yang telah dianugerahkan kepadamu…

Untuk menikmati hidup di-dunia kita perlu ada dinar. Untuk menikmati hidup akhirat kita janganlah terlalu leka oleh hal dunia hingga lupa menjalankan ibadah dan terlupa mendalami ilmu agama lebih lebih lagi Ilmu Ketuhanan.

NUN

NUN ialah NAFSU mengikut Buya Hamka. Nafsu ialah kehendak atau keinginan yang diwujudkan Allah didalam hati kita. Nafsu yang ditegah ialah kehendak yang berlebihan dan kehendak kepada perkara yang memudaratkan diri dan orang lain iaitu yang berkaitan dengan HAWA kepada Nafsu itu. Hawa itu panas. Panas itu membakar dan memusnahkan jika ianya menjadi api.

Rumusannya ialah kita perlu ada keinginan dan kehendak yang baik baik yang tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita dan kepada orang lain.

Nafsu hendaklah dikawal dan diselia tetapi tidak perlu dimusnahkan. Boleh ke kita musnahkan kehendak sedangkan Allah Maha Berkehendak ? Orang yang tiada kehendak ialah orang yang sudah mati.

Kemajuan dunia ini jelas dicapai kerana manusia itu masih terus bernafsu atau berkehendak. Kehendak kepada perkara perkara yang mendatangkan faedah sudah tentu menjadikan hidup lebih bermakna.

YA

YA mengikut Buya bermaksud YAKIN iaitu YA yang bertitik. Keyakinan mendatangkan kekuatan dan perjuangan. Tidak akan berjaya sesuatu usaha jika kita tidak ada keyakinan. Kita tidak akan jadi muslim jika kita tidak yakin akan kewujudan dan kekayaan Allah.

Maka hendaklah kita jalani hidup ini dengan penuh keyakinan. Yakin pada diri sendiri, kebolehan sendiri, kepada orang lain dan yang paling penting yakin akan Kekuasaan dan Kekayaan Allah. Yakin sapenuhnya kepada apa yang kita yakin. Yakin itu hendaklah dihalakan kepada perkara dan benda yang positif dan bukan yang negatif.

ALIF

ALIF dimaksudkan oleh Buya sebagai IMAN. ALIF juga dimaksudkan sebagai ILMU, IQTIKAD, IKHTIAR, ILHAM , ISLAM dan yang paling penting ALLAH.

Perkataan DUNIA ( dal-nun-ya –alif ) hanya disebut sebagai DUNIA jika disimpulkan oleh huruf ALIF dihujungnya. Yanpa Alif tidak jadi dunia ..jadilah ianya deni atau denai sahaja. Jadi ALIF-lah yang memberi makna sepenuhnya. ALIF-lah pembimbing dan PENENTU kepada dal-nun-ya.

Hidup hendaklah beriman. Iman itu khusus untuk agama. Iman itu ialah keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Yakin itu pula percaya – betul betul percaya. Maka beriman sasaorang Islam maknanya beriman kepada kepercayaan serta keyakinan yang padu kepada Ajaran Allah yang disampaikan oleh RasulNya.

Iman itu pula bermacam-macam peringkat tertakluk kepada caranya ia datang dan menetap dihati kita.

Ada orang beriman kerana mengikut orang lain tanpa faham, berfikir atau belajar mengenai apa yang diyakininya. Jadilah orang itu orang IKUTILIMAN atau IKUTILYAKIN.

Ada orang bertambah imannya apabila bertambah ilmunya. Maka dikatakan iman orang itu bertaraf ILMUYAKIN atau ILMUIMAN.

Iman atau Yakin yang paling tinggi tahapnya mengikut alim ulamak ialah HAQQULYAKIN iaitu satu bentuk keyakinan yang didatangkan Allah kepada hati sasaorang itu.

IMAN jadi kukuh dan kuat jika kita FAHAM BETUL BETUL dan sejelas mungkin dengan BUKTI yang terang mengenai apa apa perkara yang kita yakini. Faham ialah TAHU – yakni benar benar tahu. Ianya hanya boleh dicapai dengan BELAJAR dan apa yang dipelajari itu dikatakan PENGETAHUAN. Pengetahuan yang DIAMALKAN itu dikatakan sebagai ILMU.

Maksudnya FAHAM itu ialah dengan ILMU dan bukannya dengan TAHU.

Wahai diriku dan saudaraku dan keturunanku , belajarlah olehmu Ilmu Agama Islam dengan bersungguh-sungguh meliputi segala aspek dan bidang yakni SYARIAT-TARIKAT-HAKIKAT – MAKRIFAT yakni ILMU KETUHANAN.

Janganlah IMAN-mu hanya ditahap IKUTIL-IMAN.

Ingatlah POKOK AGAMA ITU IMAN. Iman pula berkaitan dengan TAUHID. Tauhid itu berkaitan dengan TUHAN yang menamakan DiriNya sebagai ALLAH. Iany a POKOK kepada Iman. Manakah akan ada buah jika tiada pokok ?

Maka dalamilah olehmu ILMU TAUHID yakni ILMU KETUHANAN. Pedulikan larangan orang lain yang melarang kamu mempelajarinya.

Janganlah kamu terperdaya dengan DAKYAH yang mengatakan bahawa ilmu agama tidak perlu didalami – takut sesat….takut gila isim. Tanyakan kepada mereka bagaimanakah saorang doktor boleh membedahkan orang jika tidak dalam ilmunya ?

Kalau doktor kena belajar ilmu kedoktoran secara mendalam barulah boleh membedah orang, kenapakah dilarang pula mendalami ilmu agama ?

Orang selalu mengatakan belajar agama melalui kitab atau buku itu berguru kepada Syaitan. Bolehkah otak dan pengalaman kamun mengatakan bahawa kenyataan orang itu benar ?

Berapa ramai cerdikpandai lahir akibat membaca buku. Bolehkah kamu lulus universiti jika tidak membaca buku ?

Tanyakan juga kepada mereka yang JUMUD itu, bagaimanakah ilmu agama ulamak ulamak dapat disebarkan kepelusuk dunia jika tiada buku ?

Janganlah kita ikut cakap orang secara bulat bulat walaupun orang itu dikatakan ustaz, ulamak atau orang alim. Fikirkan dan kaji dahulu –baca Al-Quran..lepas itu barulah terima atau tidak atau dalam istilah agama ..JANGAN BERTAKLID.

Keyakinan yang diperolehi melalui Ilmu dan Amalan atau Ibadah mengwujudkan tahap keyakinan kepada Allah yang tinggi tahapnya. Ianya dikatakan sebagai IQTIKAD. Ulamak mengatakan IQTIKAD terhasil akibat KETERPADUAN 4 cabang ilmu agama yang disebutkan sebelum ini.

Mengenai tafsiran ALIF yang lain lain, wahai saudaraku dan keturunanku, gunakanlah akal fikiranmu sebagai PANDUAN kamu untuk menikmati hidup didunia ini berpandukan DAN-NUN-YA-ALIF . Ingatlah PESANAN ALLAH – Hidup didunia ini hendaklah dinikmati mengikut garisan sempadan yang ditentukanNya.

Kepada Allah-lah dikembalikan segala persoalan.

Fakirabdillah.

Jumaat, 28 Mei 2010

INDAHNYA SHALAT............Abu Sangkan


Assalamualikum
Saudara pembaca yang Di-Rahmati Allah.

Fakir menghadapi sedikit masalah dalam meneruskan pencatitan nota nota WAHDANIATULLAH ke Laman Blog ini.

Sementara hal ini dapat diselesaikan diharap entri dibawah dapat mendatangkan munafaat dalam Amal Ibadah kita semua.

Entri ini dipetik secara 100% dari blog Dzikirullah .com dan ditulis sendiri oleh Ustaz Abu Sangkan peneraju Laman Blog tersebut. Selamat membaca.

Fakirabdillah…………

……………………………………………………………………………………………..

INDAHNYA SHALAT

SHALAT itu indah sebagaimana Al-Quran yang dihiasi dengan ungkapan bahasa yang juga indah. Ajakan shalat yang dikemundangkan muazzin, diungkapkan dengan bahasa yang sangat indah, hayya alla sholah, hayya alla falaah, marilah sholat dan anda akan mendapatkan suatu keberuntungan.

Ungkapan yang sangat tidak memaksa, tetapi diberikan sesuatu rahasia bahwa anda akan merasakan suatu keberuntungan. Dilanjutkan dengan ungkapan, Assholatu khorumminannaum , sholat itu lebih baik daripada tidur. Ungkapan rahasia ini sebenarnya tidak rahasia lagi.

Sebagaimana yang diungkapkan dalam Al-Quran, yaitu, dengan selalu menegakan shalat, kita akan terhindar perbuatan keji dan mungkar.

Shalat menjadi sebuah terapi terhadap fenomena kejahatan yang kian hari kian mewabah. Kejahatan muncul karena lebih banyak diawali oleh stress, tekanan hidup yang menghimpit. Maka, terjadilah berbagai kekacauan di masyarakat, korupsi, perampokan hingga pembunuhan. Lantas, Shalat dijadikan sebagai obat berbagai kemelut kehidupan ini.

Shalat bahkan mampu mencegah sebelum kejahatan itu terjadi.
Ketika kita melakukan suatu gerakan ruku maupun sujud, itu adalah awal bagaimana Allah mencegah dari perbuatan stress, yaitu menjadikan tubuh mengalami relaksasi. Orang bisa tercegah dari stresnya dengan adanya relaksasi, otak itu dikendorkan dengan gerakan ruku maupun gerakan sujud.

Tak hanya itu, shalat juga membentuk karakter yang baik, yaitu akhlakul karimah, dengan lebih dulu memproses otak hingga ke alam bawah sadar. Karena, dalam bacaan shalat penuh dengan doa dan bacaan-bacaan yang indah dan positif. Inilah yang akan terekam dalam otak, yang akan menjadi suatu gerakan secara otomatis yaitu autogenic.

Dalam shalat, kita mengucapkan kata-kata subhana robbil azimi wabihamdih atau Allahuakbar yang terus diulang-ulang. Kalimat Allahuakbar, Allahuakbar, masuk dalam penghayatan hingga menjadi suatu kesadaran yang penuh bahwa Allah Maha Besar.

Dalam sebuah penelitian, seseorang mengucapkan kata-kata bunuh diri, aku mau mati, aku mau mati, aku mati dengan penghayatan yang sangat dalam itu akan masuk ke bawah sadar. Dan, terbukti ia akhirnya bunuh diri. Nah, kekuatan pikiran inilah yang akan menjadi sesuatu yang akhirnya menjadi suatu perbuatan negatif.

Kenapa dalam shalat kata-kata takbir dan doa diucapkan terus berulang. Karena, disitulah kekuatannya. Seperti dalam sebuah iklan produk, yang terus diulang-ulang, akan direkam dalam memori, hingga pelanggan dengan mudah mengingat kemudian membeli produk tersebut. Inilah yang disebut The Power of Repetition

Nah, kalau sholat itu hanya dibaca dengan sekedarnya, maka dia tidak akan menghasilkan apa pun. Dalam konteks psikologi modern bahwa manusia dibentuk oleh kepribadian ketaksadaran kolektif atau collective unconsciousness. Bahwa manusia dibentuk oleh "ketaksadarannya". Ketaksadarannya ini masuk ke alam bawah sadar. Apa yang dilakukannya sebagai sebuah kebiasan yang berulang, akan membentuk sebuah karakter.

Oleh karena itu, sholat merupakan pembentukan ahlaqul karimah. Ahlaqul karimah diproses oleh Allah, baik mulai gerakan yang diulang-ulang, bacaan yang diulang-ulang, maka bisa dipastikan secara ilmiah, orang itu akan berubah total menjadi orang baik.

Dengan gerakan, katakanlah 100 hari sholat dengan yang sempurna, orang itu otomatis tubuhnya akan reflek, autogenic . Akan reflek melakukan apa yang dia ucapkan. Ketika ia menundukan wajahnya, pikirannya, dan hatinya yang diulang-ulang, pasti akan merasakan suatu ketenangan, yaitu ketenangan yang terus menerus ketika berzikir.

Zikir yang menenangkan, masuk ke dalam hatinya akan direspon oleh otak. Dalam otak itu akan direspon dalam memorinya, maka orang itu diulang-ulang mendapat ketenangan.
Sebagai contoh sederhana, orang yang takut berjalan di malam hari di tempat gelap, Karena memorinya tanpa sadar, merekam berita dari orang lain bahwa kalau malam hari itu hantu-hantu keluar.

Maka informasi yang diulang-ulang, padahal orang itu tidak pernah melihat hantu sendiri. Tanpa sadar, tapi secara otomatis, otak kita juga bekerja dan mengeluarkan hormon takut. Sehingga jantung berdetak kencang, kemeringet akibat informasi yang masuk ke otak dan memerintahkan seluruh syaraf kita dan hormon kita mengalami ketakutan.

Coba anda bandingkan, dengan petugas forensik yang biasa ke kamar mayat.
Mungkin orang lain ketakutan melihat mayat, tapi bagi dia biasa saja. Bagi ahli forensik yang sudah otaknya diseting, atau pengalaman berulang-ulang, dia tidak menemukan apa-apa, maka otaknya akan mengatakan tidak ada apa-apa. Begitu tidak ada apa-apa, perintah otaknya tidak akan melaksanakan perintah terhadap organ tubuhnya sehingga tidak ada hormon ketakutan.

Inilah yang perlu kita ciptakan dalam shalat. Indahnya sholat, karena sangat indah cara penanganannya. selama ini kita menggunakan tidak indah dengan kata-kata kasar, diperintah, digebuk, dipukul, tapi orang tidak diproses untuk menerima itu. Sehingga adanya proses yang tidak baik terhadap sholat, maka sudah tidak indah lagi karena sholat ditolak oleh bawah sadarnya. Sehingga ketika berdiri sholat, takbir Allahuakbar Allahuakbar, langsung tubuh kita langsung merespon untuk menolaknya. Maka terjadilah ketidakkhusyuan.

Bawah sadar kita tidak mau adanya sholat sehingga kita melakukan suatu gerakan sholat dengan terburu-buru. Itu menunjukan bahwa tubuh kita sudah menolak pekerjaan yang tidak disukainya. sholat itu adalah berdialog dengan tuhan. Kalau anda berbicara dengan tuhan, tidak ada orang yang tidak sholat khusyu.

Assolatubimakna addua.., sholat itu bermakna doa. Berarti ketika baca al-fatihah, engkau mengerti artinya, lalu engkau ucapkan dengan benar, misalkan dalam kalimat : iyya kana' budu, waiyya kanastain. Disitukan ada permohonan, kepada engkau ya Allah, aku bersembah dan kepada engkau, aku minta pertolongan. Berarti ada dialog.

Begitu pula, ketika engkau ucapkan dengan niat, pasti khusyu. Contoh : robbighfirli, warhamni, wajburni, warfa'ni, warjughni, wahdini, waafini wa'fuani.
Kebanyakan kita hanya membaca, padahal disitu artinya : aku minta maaf kepada Allah.

Coba engkau sadarkan, bahwa engkau salah, bahwa engkau harus minta maaf kepada Allah. Apa yang engkau lakukan ? Seolah-olah engkau meminta maaf kepada ibu anda. Ketika kita minta maaf kepada ibu anda, dari rumah sudah ada terasa bahwa saya akan minta maaf sama ibu saya, Berarti ada niat, ada niat berarti ada dorongan dari dalam. Ketika saya mintakan, ...bu..kalau memang anda salah, pasti akan keluar air mata, ketika mengucapkan ibu.., maafkan saya, bu, kasihani saya bu...

Selama ini kita sholat, tidak ada niat minta maaf. Padahal awal daripada sholat ini didasarnya adalah niat. Innamal a'malu binniat. Apa niat itu ?.. Niat itu harus dilakukan dengan sengaja. Berarti kalau kau sengaja, pasti khusyu.

Ketika engkau mengatakan robbiqfirli, tidak mungkin cepat-cepat, pasti ada perasaan salah. Orang yang punya perasaan salah, pasti akan mengatakan robbiqfirliiiiiii... Dan itu akan bergetar kalau diucapkan dengan benar. Kalau disampaikan dengan hajat yang benar.

Kalau itu dirasakan, anda akan pasti bergetar. kalau minta maaf. Kalau engkau hanya membaca , tidak akan terasa apa-apa. Jika engkau mengatakan robbiqfirli.., warhamni.., itu akan bergetar. Setiap kata bergetar, lalu pada akhirnya kita akan mengatakan warjuqni.

Kalau engkau memang sengaja minta rezeki, sengaja engkau memohon, pastilah kalimatnya agak lama, karena ada dialog antara hamba dan tuhannya.Dan kalau engkau minta sehat, pasti engkau ucapkan benar. Kalau engkau sakit, katakan : wa afini. Akan lebih terhayati ketika engkau sakit

JIka, engkau niatkan, ada daya yang mengalir, bergetarkan hati, dari situ ada sambutan ilahi begitu kita ucapkan robbiqfirli, warhamni, wajburni, warfa'ni, warjuqni, wahdini, wa afini, wa'fuani. Inilah intinya keindahan shalat. Siapa pun akan mengalami kekhusyuan jika shalatnya sudah benar, karena ia sedang berdialog dengan Allah, zat yang Maha Besar dan Maha Suci


Abu Sangkan

INTERLUDE PENYEJUK JIWA ...surat kekasih hati.


SURAT UNTUK PARA KEKASIH

Aduhai Pujaanku
Kaulah Kandil Kemerlap
Pelita Jendela Dimalam Gelap
Melambai Setia Selalu

Aduhai Diriku dan Dirimu
Katakanlah Aku Itu Kamu
Dan Kamu Itu Aku
Demi Kasih Kita

Kumulai warkah ini dengan mempersembahkan kepadamu satu SURAT CINTA terbuka, biar semua umat menjadi saksi akan CINTA kita ini. Patutkah mereka mencontohinya ?

Ianya untukmu bagaikan kandil yang kemerlap ..tidak akan ada padamnya selagi ada sumber minyaknya …minyak zaitun yang sangat diberkati….yang tidak mungkin kamu temui di Alam Maya ini……kerana ianya menghilang ditumpukan debu ..hingga kamu temui sendiri dalam kerinduanmu mencari Aku ,,kekasihmu.

Ku, letakkan kandil itu dengan sengaja dijendela…agar kamu jadikan panduan menujuku dalam perjalanan malammu yang gelap gulita, kerana padamu aku dihijab dari pandanganmu oleh gelapnya malam.

Wahai sayangku, sabenarnya……………

Engkau sendirilah yang menghijabkan dirimu dari aku.

Maka lihatlah olehmu lambaian kasih setiaku tanpa ada penghujungnya ..sampai kesampaianmu. Disana aku menunggumu dan kau akan tahu siapa aku dan siapa engkau kerana DEMI CINTA …aku adalah engkau dan engkau pula adalah aku …

Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim
Dari Aku….Yang Kau Cari –Cari Selama Ini.

WAHAI PARA KEKASIH !!!

Asas pertama ialah DIRI BATIN –mu itu yaitu RUH atau NYAWA – mu wahai sayang. Nyawamulah yang menghidupkan kamu, yang membuatkan anggotamu bergerak, otakmu berfikir dan pancainderamu berfungsi.

Bagaimanakah kamu masih lagi menyatakan aku berdusta dan terus saja kamu mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja …lemah & longlai

Ketahuilah bahawa diri batinmu itu mempunyai Sifat 20 Tuhanmu. Sifat 20 itu bukan sifatmu tetapi Sifat Sifat Zat Wajibul Wujud yang menggelarkan DiriNya HU dan menamakan DiriNya untukmu sebagai ALLAH.

Adakah kamu masih lagi mahu menuduhku sebagai pendusta ..lalu kamu terus mahu menghukumku …sedangkan kau dan aku adalah sama sahaja…lemah & longlai tanpa AKU.

Seterusnya, jika kamu mahu MENGENAL DIRI kamu, maka sayugianyalah kamu mengenal Diri Batin-mu itu. Yang patut kamu kenal dan kaji ialah APAKAH DIA Diri Batinmu itu ?
Janganlah kamu terpengaruh dengan kata kata teman temanmu yang menyarankan kamu mencari Allah Tuhanmu itu. Betapakah Allah itu boleh dikenal kerana kamu tidak pernah dan tidak akan dapat menemuiNya dengan mata kepalamu itu.

Aduh sayangku…bukankah aku ini kekasihmu yang sentiasa bersamamu dimana sahaja kamu berada..dalam suka dan dukamu..dalam riang tawamu…Kenapa tidak engkau mencariku ..sedangkan aku berada ditempat yang terang…dan sentiasa saja melambai kamu …tanpa ada hentinya..

Masihkah engkau mahu menuduhku sebagai pendusta…hingga mahu memotong lidah dan jejariku ?

Kunyalakan kandil sebagai pedomanmu wahai kekasihku.
Aku ini adalah rahsiamu dan rahsiamu itu adalah Aku

Betulkan pandanganmu…kenapa masih lagi mahu memandang keluar sedangkan aku sudah berada dikamarmu ? Alihkan pandanganmu kedalam..dan panggil serta serulah aku…..

Warkahku ini akan membantumu mencari aku …janganlah ikut jalan pergi ..ikutlah jalan kembali…yaitu kembali kepadaku.

Maafkan Aku wahai orang yang menyayangi….Siapakah nama mu itu ?

Jawablah walaupun aku ada dan tiada untuk mendengar jawapanmu. Beruntunglah jika namamu MUHAMMAD kerana Allah telah mengistiharkan bahawa MUHAMMAD ITU ADALAH KEKASIHKU. Maka malanglah orang yang bernama lain dari Muhammad kerana tiada berpeluang menjadi Kekasih Tuhannya.

Gurumu akan menjelaskan bahawa Kekasih Allah itu ialah Junjungan mu Nabi Muhammad bin Abdullah Rasul Allah yang terakhir. Memang itulah dia yang benar.

Jika aku katakan bahawa Allah juga mengasihimu adakah kamu akan percaya ? Kamu juga adalah Kekasih Allah . Percayakah kamu …sedangkan engkau masih lagi menyatakan aku ini pendusta….yang suka mengatakan yang sesat ..yang bukan sahaja menyesatkan kamu ..tetapi juga kesemua teman temanmu.

Jika namamu Muhammad atau Roslan atau Latifah mahupun Aminah ..malah temanmu yang bernama David atau Maniam itu juga adalah Kekasih Allah. Betapakakan boleh aku dikatakan benar sedangkan si David itu beragama Kristian, si Maniam beragama Hindu ?
Aku bertanya kepadamu , adakah mereka mereka itu juga dijadikan oleh Tuhan yang kamu sembah yaitu Allah. Beranikah kamu mengatakan bahawa si David & Maniam itu dijadikan oleh Tuhan yang mereka sembah ?

Maka aku nyatakan sekali lagi bahawa kamu sekalian juga adalah kekasih Allah. Kamu semua adalah Muhammad belaka pada hakikatnya..tiada yang lain.

Nama Muhammad itu adalah RAHSIA Allah yang perlu kamu pelajari. Ianya adalah satu mukjizat untuk menyatakan kebenaran Agamamu …Agama Islam. Dalam jumlah nama nama yang tidak terbilang itu hanya nama Muhammad jika kamu tulis dalam huruf Al-Quran merupakan gambar manusia.

Kamu tulislah nama nama yang lain adakah ia menjadi gambar manusia ada kepala umpama MIM pertama, ada tangannya umpama huruf HA, ada pusatnya umpama huruf MIM KEDUA dan ada kakinya umpama huruf DAL.

Dan kamu masih juga mengatakan aku SESAT dan mahu menghukumku…………

Kamu dinamakan Saleh dan teman temanmu mempunyai pelbagai nama untuk memudahkan urusan dunia. Jika semua orang dinamakan Muhammad agar menjadi Kekasih Allah maka bagaimanakah caranya untuk guru menguruskan kelas yang kesemua 40 orang murid bernama Muhammad ?

Wahai Para Pencinta…

Jika kamu mahu terus menjadi kekasihku dan terus menerus menjadi Kekasih Allah, maka carilah AKU kekasihmu…jangan kasih sayang hanya dibibir sahaja…sedangkan setiap waktu dan setiap ketika engkau mempunyai KEKASIH YANG LAIN.

Bukankah engkau sebenarnya SAORANG PENDUSTA & PENDERHAKA ?

Dan seperti biasa engkau terus juga mengatakan AKU YANG SESAT & MENYESATKAN ENGKAU !!
Tidakkah kamu tahu bahawa KESESATAN ENGKAU itu disebabkan KEJAHILANMU TENTANG AKU ????
Dan engkau sudah mula berani mahu memotong jejariku dan lidahku..sedangkan aku telah mengatakan bahawa aku ini ialah…BAGAIKAN BURUNG YANG PATAH SAYAPNYA…BERTONGKATKAN PARUH KUTERBANG JUA….

SELAMATLAH ENGKAU WAHAI KEKASIHKU SELAGI AKU MENGASIHI KAMU………..



Interlude Penyejuk Jiwa ….Fakirabdillah.

Rabu, 26 Mei 2010

MENGENAL ZAT....& ULIL AMRI


WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamaruddeen Wahdaniatullah Al-Haj


MENGENAL ZAT…..
Jangan Sekali-kali Anda Sekutukan Allah

ALLAH ITU ZAT

ALLAH itu Tuhan segala manusia. Apakah Allah itu ? Allah itu Nama / Asma’. Nama bagi siapa ? . Nama bagi DIRI ZAT. Siapa itu Zat ? ZAT inilah RAHSIA bagi manusia.

DIA Maha Mengetahui segala Alam Saghir dan Alam Kabir. Yang dikatakan Alam Saghir ialah Alam Kecil iaitu manusia itu sendiri, manakala Alam Kabir ialah Alam Semesta , bumi , matahari, bulan dan sebagainya. Menjadikan dan Yang Menciptakan serta Mematikan segala yang bernyawa.

Kebanyakan manusia tidak lazim dengan panggilan ZAT tetapi Nama Yang Agung bagi manusia ialah Allah. Sebut Allah semua orang faham, Dialah Tuhan. Sebut Zat tidak ramai yang tahu, kerana apa ? Kerana ahli sains telah memberi nama zat kepada besi, galian, makanan dan sebagainya.

Cuma Ahli Tasauf mengatakan ZAT WAJIBUL WUJUD atau dalam Bahasa Melayunya untuk mudah difahami ialah :-

Manusia itu mengandungi Zat…tetapi bukan zat besi, galian, vitamin dan sebagainya.

ZAT yang MELIPUTI SEKALIAN ANGGOTA MANUSIA, yang memberi PERASAAN, PENDENGARAN, PENGLIHATAN, PENCIUMAN dan PERGERAKAN. Itulah yang dikatakan ZAT.

Oleh kerana Zat ataupun Allah ini suatu Pelajaran Yang Seni maka tumpukan sepenuh jiwa kalau mahu Mengenal Tuhan.

Kerana apa ? ZAT inilah Penyelamat Diri Manusia.

Syurga atau Neraka, Mati atau Hidup semuanya bergantung pada Zat Wajibul Wujud iaitu Allah.

Islamnya sasaorang bukannya terletak pada kuat mengerjakan Rukun dan Hukum. Kafirnya sasaorang bukan terletak pada perbuatan Melanggar Rukun dan Hukum.

Islamnya sasaorang jika ia dapat MENTAATI Allah, Rasul dan Ulil Amri saperti Firman Allah An Nisa : 59 yang bermaksud :-

Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kamu.

Cara manakah hendak mentaati Allah , Rasul dan Ulil Amri ? Ikut Rukun dan buat Hukum ? Ya ini adalah langkah pertama bernama Syariat. Memperbanyakkan zikir ? Ya
Ini adalah dasar Tariqat untuk mensucikan hati.

Sebelum kita mendalami apakah yang dikatakan Syariat, maka eloklah difahami dahulu perkataan dan makna ALLAH – RASUL dan ULUL AMRI.

ALLAH itu Nama bagi DIRI ZAT
RASUL itu Sifat bagi DIRI ZAT
ULIL AMRI itu Af’al bagi DIRI ZAT

MEMAHAMI MAKNA ULIL AMRI


Sebut kalimah Allah orang tahu pada NamaNya. Begitu juga Rasul namanya ialah Muhammad. Tetapi Ulil Amri ramai yang tahu tetapi buat buat tahu terutamanya Ulama’ Feqah.

Adapun pengertian Ulil Amri oleh Ulama’ Feqah ialah Pemerentah sesuatu negeri atau Negara yang bergelar Kerajaan. Contohnya Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan PAS.

Jika sasaorang itu beriman bahawa ulil Amrinya ialah Barisan Nasional atau PAS, maka SESAT – lah manusia itu dan bertambah jauhlah AQIDAH Keimanan pada Ulil Amri yang sebenar.

Kenapa boleh jadi begitu ? Ingatlah bahawa Ulil Amri yang dimaksudkan bukannya manusia dan bukannya dipilih melalui Pilihanraya oleh rakyat tetapi ALLAH YANG MEMILIHNYA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah PEMERENTAH yang Maha Kaya dan tidak memerlukan pungutan cukai untuk memerentah seperti kerajaan dunia.

Firman Allah : Al- An Am : 116

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan MENYESATKAN kamu dari Jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah MENGIKUT PERSANGKAAN dan mereka TIDAK LAIN HANYALAH DUSTA.

Ulil Amri yang sebenarnya adalah Pemerentah Diri kita. Segala gerak geri dan diam kita adalah kerananya. Dialah yang menghidupkan Jasad. Jasad kita adalah umpama rakyat yang menjalankan Titah Perentah Pemerintah didalam diri manusia. Ulil Amri itu adalah Tuhan manusia.

Nyata pada mata kasar bahawa manusia itu bergerak saperti berjalan, duduk dan sebagainya tetapi terfikirkah oleh manusia kenapa ianya berjalan ?

Siapakah yang menggerakkan kakinya untuk berjalan ?

Maka kalau jawapannya = aku berjalan dengan kehendak aku TANPA FAHAM MAKSUD AKU itu – nyatalah manusia itu sedang MENDUAKAN Allah. Kenapa dikatakan begitu ? Kerana manusia itu lupa bahawa Jasadnya itu MATI kalau tiada Nyawa. Nyawa pula tidak akan ada kalau TIADA ULIL AMRI. Ulil Amri pula ujud daripada ZAT. Bukankah itu berkait ?

Manusia dan Ulil Amri TIDAK BOLEH BERPISAH dan kalau berpisah juga MATI namanya. Kalau DIPISAHKAN – SYIRIK jatuhnya. Kalau di SE-KAN HIDUP selama-lamanya jadinya.

Pilihlah yang mana anda hendak ?

Nak MATI berpisah dengan Ulil Amri
Nak SYIRIK pisahkan Ulil Amri
Nak HIDUP SE-kan Ulil Amri.

Lazimnya manusia ada dua mertabat :-

Pertama mati terus menanggung Azab Kubur
Kedua TERUS dengan Mensyirikkan Allah.

Mertabat yang seni yakni SE. Hanya Allah saja yang MEMILIH umatnya. Manusia yang mengenal Ulil Amri akan menjalankan segala Titah PerintahNya dan jadilah mereka orang orag BERIMAN DISISI ALLAH tetapi kebanyakannya KAFIR di SISI MANUSIA.

Firman Allah : Al-Jin : 13 : yang bermaksud :-

Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN.

Firman diatas jelas akan maksudnya yang mengatakan manusia yang beriman YAKIN bahawa dirinya bergerak kerana DIGERAKKAN oleh Allah. Maka ianya hanyalah MENJALANKAN TITAH PERENTAH YANG BERKUASA terhadap segala sesuatu perbuatan walaupun perbuatan itu melanggar Hukum Feqah yang telah menetapkan dosa dan Pahala.

Dia tidak takut SEBAB DIA BERIMAN bahawa dia sebagai manusia tidak boleh berbuat apa apa Yang berbuat itu ialah Allah termasuk melakukan perbuatan perbuatan yang melanggar hukum.

Ahad, 23 Mei 2010

RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA……DIDALAM DIRI ANDA !! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU…


WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

Anda memerlukan dalil dalilNya ? Hendakkan Pedoman Al-Quran ?
Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan.

Firman Firman Allah : Dari pelbagi Surah & Ayat Ayat : Yang Bermaksud :-

Dan pada Diri kamu , mengapa tidak kamu perhatikan ?

Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia

Kami tidak mengutus saorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supaya ia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka ( Ibrahim : 04 )

Nabi Muhammad itu ikhtibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggi sebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan.

Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab. Maka wujudlah Al-Quran didalam Bahasa Arab. Ini adalah Hikmah Allah untuk mengujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikan Doa Nabi Ibrahim a.s

Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasul diutus didalam bahasa kaumnya ?

Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan. Kerana kilauannya memanah MATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah.
Gelap mata zahir ..tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang. Janganlah pula kita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang dan jelas. Maka janganlah diubah-ubah , dikurang atau ditokok tambah.

Kalau kitab ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah kerana aku ini ( sheikh Qamaruddeen ) menjalankan TINTA RASULKU yang bahasanya Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab.

Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka Yang Mengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU. ( Maksudnya Rasulku juga Melayu sebab aku ini berbangsa Melayu )

Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yang melayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya. Bila tidak faham bagaimanakah aku boleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya.

Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati. Datangnya dari NURULLAH. Terbitnya dari air mani lelaki. Suara itulah RAHSIA DIRI. NAFAS itulah Rahsia Malaikat. NYAWA itulah RAHSIA RASUL.

Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu. Kenapakah ianya bernama MUHAMMAD ( eja Mim – Ha – Mim – Dal ) Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBU SEGALA ILMU DUNIA kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD.
………………………………………………………………………………………………
Nota Fakir :-

Didalam kitab asal ada Nukilan Ejaan Muhammad didalam ejaan JAWI. Fakir tidak pandai memasukkannya kelaman ini . Oleh itu kenalah Fakir mengolah semula tulisan Sheikh Qamaruddeen berkaitan hal ini.
………………………………………………………………………………………………..............................................

Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad didalam tulisan Jawi : Tulis dua nama Muhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad , satu Zahir dan satu lagi Batin.

MIM PERTAMA = Kepalanya manusia
HA = Tangannya manusia
MIM KEDUA = Pusatnya manusia
DAL = Kedua kaki manusia.

Cantumkan kedua Ejaan Muhammad anda itu. Bukankah sudah lengkap GAMBAR MANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki ?

Daripada Nukilan Dua Muhammad itu maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkap bukankah begitu ? Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepada nama Muhammad tadi ..adakah ia merupakan gambar manusia ?

Ini adalah SATU MUKJIZAT. Ada berbillion nama didunia ini dulu, kini dan selamanya..bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran …tidak akan jadi gambar manusia melainkan NAMA MUHAMMAD !!!!!.

( Olahan Fakir….Sheikh Qamarudden seterusnya menulis seperti dibawah )

Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR. Maka pasangannya adalah BATIN.

Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir. Ini dinamakan sebagai NYAWA. Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR. Kalau dipanggil ianya MENYAHUT tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT. Kerana apa ? Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLILLAH itu ialah NUR atau CAHAYA. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya.

MUSTAFA itu YATIM PIATU maksudnya tiada berayah dan tiada beribu. Jika tiada ibu maka tiadalah ia diperanakkan.

RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA

Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN.

NYAWA & NAFAS


Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 ( Empat ) Nama Nama iaitu :-

NAFAS MULUT
ANPAS HIDUNG
TANAPAS ANTARA 2 TELINGA
NUPUS JANTUNG

Hidupnya Nafas kerana Anpas. Hidupnya Anpas kerana Tanapas. Dan hidupnya Tanapas kerana Nupus. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian Alam Badan dan juga Alam Mayapada ini.

Sheikh Qamarudden mengemukan Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam huruf Jawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM ( fakir )

RA = Nafas
SHIN = Anpas
WAU = Tanapas
LAM = Nupus

Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau Muhammad Mustaffa Rasullullah.

Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapi ADA dan Memberikan kita Hidup. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kali sehari semalam dengan gelaran NADI manusia.

Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATI namanya.

Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar, kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI. Inagtlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kita jangan jadi HIDUP TETAPI MATI. Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu ?

Firman Allah :-

Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup.

Yang dimaksudkan Ayat diatas ialah manusia yang telah DISERU KEJALAN MENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawa Syariat yang mereka ikuti itu yang betul.

Kerana apa ? Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka. Maka hiduplah mereka secara terus menerus mensyirikkan Allah. Hidup dengan PERASAN dan bukan dengan PERASAAN.

Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya. Kalau betul betul ikhlas mengerjakan Rukun , maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUK SIRATUL MUSTAQIM.

Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam . Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah

Kemudian tidur semula

Bangun dari tidur l.k jam 2-4 pagi , buat SOLAT TAHAJUD

Jam 4 / 4.30 tidurlah semula.

InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar sekalipun tersedik dihati.

Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terus sembuh. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah. Ubat itu penyebabnya sahaja.

Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya. Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang ?

Firman Allah :-

Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya.

Tetapi ADAB-nya ada. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan pertama meminta, kedua mencuri. Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdu suaranya. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual. Jika hendak sangat terpaksalah di-CURI. Barulah sampai hajat dihati.

Sama jugalah dengan Wahdaniatullah ini. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami Sifat Tuhan. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul.

Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul. Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan. Maka jalan yang akhir barangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkan jangan Allah yang kata.

Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahu ERTI ESA Tuhan itu bagaimana.

Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman. Allah ciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan Menyengutukan Allah. Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia.

Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepada Tuhannya. Salah satu caranya melalui Rasul. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialah NAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFA RASULLILLAHI TAALA.

TAMAT BAB MENGENAL ISLAM & RASUL

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ? Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi )

b>
WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ?
Alif – Shin – Lam Alif – Mim. ( ejaan Jawi )

HURUF HURUF UNTUK EJAAN KALIMAH ISLAM = Jawi

ALIF = Allah
SHIN = Salamun
LAM ALIF = Laa Ilaha Illallah
MIM = Muhammadur Rasullullah

Yang Bermaksud :-

Allah Mengucapkan SEJAHTERA kepada manusia yang menyatakan :-
TIADA NYATA HANYA ALLAH dan MUHAMMAD itu MENYAMPAIKAN SIFAT BAGI DIRI ALLAH ( menyampaikan Haq Allah kepada Badan )

Nyata Islam itu terbahagi kepada 2 ( Dua ) Kalimah iaitu :-

KALIMAH TAUHID dan KALIMAH RASUL

TAUHID itu MENGESAKAN ALLAH dan Rasul pula menyampaikan CARA MANA HENDAK MENGESAKAN ALLAH.

Rasul inilah INDUK segala Ilmu Ketuhanan.

Manusia tidak Mengenal Allah, tetapi RASUL ( manusia itu ) KENAL SIAPA ALLAH. Maka Rasul inilah yang perlu dikaji dan dikenali terlebih dahulu kerana kenalnya manusia tentang erti bahawa Allah itu Tuhannya kerana Rasul yang memberitahu.

SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ?

Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :-

Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul ( nya )

Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :-

Manusia itu umat yang satu.

Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :-

Muhammad itu tidak lain hanyalah saorang Rasul.

Firman Allah yang terdapat didalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umat yang dalam ertikata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri.

Maka Firman Allah ini manusia percaya . TETAPI ulamak Syariat tetap tidak menerimanya. Kerana apa ? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul ? Bukankah Rasul sudah wafat ?

Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu. Ini adalah kerana bagi orang yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibni Abdullah itu sudah wafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akan mendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telah wafat itu.

Maka setiap yang Allah wujudkan dimuka bumi ini siap BERPASANGAN. Ada Dunia ada Akhirat. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannya Neraka dan sebagainya.

SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibni ABDULLAH ?

Isterinyakah ? Ya kata Ilmu Syariat. BUKAN kata Ilmu Hakikat.

Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala. Maka jika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlah tidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain.

JAWAPAN SEBENAR ialah :-

RASUL ZAHIR = Nabi Muhammad ibni Abdullah
RASUL BATIN = Nabi Muhammad Mustaffa Rasullullah

Diatas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammad tanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu. Maka Amanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam segala Amal Ibadahnya.

Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :-

Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJA iaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI. Kemudian kamu fikirkan ( lah )

Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya. Bagi umat YANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya. Bagi umat PAK TURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN. Kerugian bagaimanakah itu ?

Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu !. Kenal atau tidak dengan Allah ? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah itu hukumnya HARAM. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu. Kenapakah berfikir tentang Allah itu dikatakan haram ?

Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak takut akan Allah. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kita kepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah ?

Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat ?

Balik balik wafat, wafat, wafat. Apakah wafat itu ? Wafai itu mati. Apakah mati itu ? Entah.

Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikut Firman Allah :-

Al-An Am : 163 yang bermaksud :-

Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperentahkan Kepadaku

Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedar bangun sahaja dari tidur mereka mulalah sekutukan Allah , ambil wudhu ( subuh ) sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang, Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah. Subhanallah !!!

Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENYENGUTUKAN ALLAH. Bagaimnakah ini boleh terjadi ?

ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam. Tetapi BATIN-nya bergelar SYIRIK HOPPI. Kerana apa ? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lah YANG BERBUAT segala Ibadah itu….kerana mengharapkan balasan PAHALA dan ganjaran SYURGA.

Bukankah Allah telah Berfirman : Yang bermaksud :-

Sesungguhnya AKU BESERTA KAMU

Semua orang tahu bahawa : Allah Beserta kita. Tetapi kita tetap mahu MENDUAKAN ALLAH. Yaitu Allah dan kita. Untuk mengelakkan diri dari menduakan Allah, maka Allah telah mengutus Rasul didalam DIRI anda sendiri …diadalam Diri manusia itu. Tidak percaya bahawa Rasul itu kini berada didalam DIRI anda sendiri ????

bersambung.....................

SAMBUNGAN… MENGENAL RASUL & ISLAM. Siapakah Yang Mengislamkan Kita ?


WAHDANIATULLAH
Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

Firman Allah : Al – An’aam : 162 – 63 : Doa Iftitah

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ( kerana ) Allah ( semata-mata ) ( iaiitu ) Tuhan Semesta Alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperentahkan kepadaku dan AKU ADALAH ORANG YANG AWAL ( Pertama ) ISLAM.

Ini adalah DALIL NAQLI bahawa sebelum kita dilahirkan dari setitis air mani kita TELAHPUN ISLAM ( atau di-Islamkan )

Namun Ulamak Syariat yang tidak diberi ilham ( oleh Allah ) tetapi mendapat ganjaran saperti gaji, elaun dsb ( dari manusia ) untuk mengajar dan bersyarah agama TELAH PERASAN bahawa ayat diatas lebih sesuai maknanya, jika dibuang kalimah AWALUL ( aku telah awal awal Islam ) dan DIGANTI dengan kalimah MINAL sahaja yang membawa maksud Aku adalah orang orang Islam.

Soalnya ialah jika kita tidak percaya kepada satu Kalimah atau makna satu ayat Al-Quran maka ianya seumpama kita tidak percaya kepada seluruh Al-Quran itu. Kalau tidak percaya kepada AlQuran, maka jadilah kita golongan Kafir Laknatullah.

Maka inilah jawapan kepada soalan : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ?
Jawapannya ialah : ALLAH – LAH YANG MENGISLAMKAN KITA…bukan ibu bapa, bukan kadhi, atau imam atau guru kita. Alangkah bertuahnya kita. Memang Bertuah.

BILAKAH KITA DI-ISLAMKAN ?


Jawapannya ialah : SEBELUM MENJADI MANUSIA….bahkan sebelum menjadi air mani bapa kita lagi..KITA SUDAH AWAL AWAL ISLAM. ( Kita telah di-Islamkan oleh Allah semasa kita masih bertahap RUH belum lagi menjadi bayi atau manusia )

APAKAH ITU ISLAM – APA MAKNANYA KALIMAH ISLAM ?
Alif – Shin – Lam Alif – Mim.



Bersambung……………………

BAB SATU – MENGENAL RASUL & ISLAM SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ?


Sebelum sasaorang menjalani Amal Ibadat Agama Islam, maka pernahkah terlintas difikirannya soalan begini :-

Kalau orang kafir masuk Agama Islam bergelar Muallaf, ada Imam yang mengislamkannya. Tetapi siapa pula yang mengislamkan diri aku ini ?

Apakah yang dikatakan ISLAM itu ? Siapa pula yang membuat RUKUN ISLAM 5 PERKARA itu ?

Maka umum mengetahui Agama Islam adalah Agama Allah yang disebarkan oleh RASUL AKHIR ZAMAN, Junjungan kita Nabi MUHAMMAD SAW. Tiada lagi Rasul selepas baginda. Jikalau tiada lagi Rasul selepas baginda kenapakah manusia Islam mengucap KALIMAH RASUL yang berbunyi :-

Wa Ashhadu Anna Muhammadur Rasullullah.
Dab aku bersaksi bahawa AKU MUHAMMAD Rasul Allah.

Fikirkan baik baik istilah Arab AN-NA itu bermaksud AKU dalam Bahasa Melayu kita. Ulamak Syariat mengertikan AN-NA sebagai SESUNGGUHNYA. Aku katakan maksudnya ialah AKU atau SAYA.

Bukankah Allah Berfirman : Tiada Rasul selepas Muhammad saw dan kenapa pula manusia menyatakan dirinya MUHAMMAD RASUL ALLAH ?

Adapun tiap tiap soalan ada jawapannya jika difikirkan. Kalau difikirkan betul ..maka ikutlah, jika sebaliknya ..maka janganlah ikut kitab Wahdaniatullah ini kerana Allah telah Berfirman bermaksud :-

Laisa alai la huda hum wa laa kin nallah hu adii mai ya sya’
Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah Yang Memberi Petunjuk

Kerana itulah apa yang hendak diherankan kalau manusia TIDAK DIBERI PETUNJUK oleh Allah SWT. Guru yang turun dari langit pun tidak akan dapat berbuat apa apa untuk menyatakan yang ajaran ini dan itu salah dan yang ini betul dan yang itu salah.

Pokok pangkalnya KEIMANAN sasaorang. IMAN itu YAKIN. Kalau yakin 100% Iman namanya. Jikalau 99% was was dan waham namanya.

Maka untuk mendapatkan JALAN WAHDANIATULLAH kenalah yakin dan berilah tumpuan sepenuhnya dan minta Allah bukakan PINTU MAKRIFAH kita.

Firman Allah bermaksud :-

Allah Pelindung orang orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada CahayaNya.

Yang menyampaikan Firman Allah adalah RASUL. Kalau Firman Allah tidak disampaikan oleh Rasul maka TIDAK ZAHIRLAH KALIMAH yang berjumlah 6,666 ayat menjadi 30 juzuk Al-Quran sebagai PANDUAN ORANG ISLAM yang beriman.

Berbalik kepada soalan yang pertama tadi : SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN KITA ? Apakah jawapan anda ? Emak andakah, bapa andakah , kadhikah atau guru andakah ?

Yang kita tahu lahir sahaja kita, ibu bapa kita daftarkan kelahiran kita di Balai Polis
Masih bayi lagi SUDAH TERCATIT dalam Surat Beranak bahawa agama kita ialah Agama Islam….keturunan Melayu.

Maka nyatalah sekarang bahawa ISLAM KITA ialah ISLAM BERCATIT……
Jadi kita ialah ISLAM ZURIAT atau ISLAM KETURUNAN daripada keturunan kedua ibu bapa yang Islam.

Maka untuk mengingatkan kembali SIAPA yang mengislamkan diri kita, maka Firman Allah kita baca 5 Kali sehari semalam ketika kita Solat dengan sedikit PINDAAN ULAMAK FEQAH kerana mereka TIDAK SETUJU dengan SATU KALIMAH didalam Al-Quran.

Kerana itu maka GELAP GULITA lah manusia Syariat tentang SIAPA yang mengislamkan mereka.

Bersambung………………..

Sabtu, 22 Mei 2010

WAHDANIATULLAH.........Muqaddimah



Saudara pembaca yang di Rahmati Allah

Manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat melainkan Bab Renungan ( yang sengaja tidak diposkan ) telah selesai diposkan. Bab terakhir mengenai Khusu’ & Lalai telahpun diposkan lebih awal. Sila rujuk ARKIB blog.

Mulai entri in Fakir akan poskan beberapa entri yang diambil dari Manuskrip WAHDANIATULLAH karangan Sheikh Qamarudeen Wahdaniatullah Al-Haj

Adalah sangat diharapkan isi kandungan Kitab Wahdaniatullah ini dapat membantu saudara saudara dalam memahami Ilmu Hakikat.

Kepada siapa yang sudi eloklah dihadiahkan Fatihah kepada Ruh Sheikh Qamarudden Al-Haj Al - Bruasi.

Fakirabdillah.

...................................................................................

WAHDANIATULLAH
Manuskrip Tulisan Tangan Arwah Sheikh Qamarudden Al-Haj


PEMBUKA KATA DARI PENYALIN
Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi


Tuan Sheikh Qamarudden Al-Haj adalah salah saorang guru saya. Guru yang sangat saya hormati. Saya memanggilnya sebagai Bang Din. Beliau telahpun kembali menemui Tuhannya.

Beliaulah yang banyak memberikan pemahaman kepada saya tentang INTIPATI ILMU HAKIKAT. Ilmunya berkaitan Ilmu Hakikat adalah sangat dalam dan luas. Beliau diberi kelebihan oleh Allah sebagai saorang penulis yang rajin dan mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan ilmu. Setahu saya beliau telahpun menulis sekurang-kurangnya 16 kitab kitab Ilmu Hakikat. Yang saya tidak tahu – entah berapa.

Semasa kali pertama saya datang kerumahnya untuk belajar Ilmu Hakikat beliau menunggu dimuka pintu rumah sambil menunjukkan Penumbuknya kepada saya dan berkata : Apa engkau ingat aku ini guru ? Engkau nampak ini ? Bila saya menjawab saya nampak penumbuk lantas dia mengahalau saya balik.

Pada malam berikutnya saya ( yang degil ) datang lagi. Kali ini Bang Din menunjukkan Penamparnya sambil menunggu dimuka pintu dan mengherdik saya dengan nada yang garang : Kau nampak ni !!. Saya menjawab : Nampak pelempang , semalam penumbuk semuanya jari jari abang.

Mendengar jawapan saya itu, secara tiba tiba Bang Din berubah wajah dan berubah watak. Beliau mempersilakan saya masuk kerumahnya dengan sopan sekali.

Pelajaran pertama saya dengan Bang Din ialah MENGKAJI MUQADDAM iatu mengenal Alif – Ba- Ta hingga Ya. Bang Din menyuruh saya membaca huruf huruf itu dari Alif hingga Ya bersama kalimah Wassalamu melebihi 30 kali.

Peliknya walaupun didera sebegitu, saya tidak letih, tidak rasa terhina dan tidak pula merajuk dan marah. Akhirnya entah pada kali bacaan yang keberapa atas Kehendak Allah jua saya menyebut kesemua huruf huruf Alif hingga Ya itu sebagai ALIF belaka. Bang Din hanya senyum lebar dan minta saya buktikan bahawa semua huruf huruf itu ialah Alif belaka seperti yang baru saya sebutkan itu.

Dengan Kehendak Allah jua secara spontan, saya minta izin Bang Din untuk meminjam sebuku benang dan gunting dari isterinya yang ketika itu sedang menjahit. Lantas saya buktikan bahawa huruf Ba hingga Ya bahkan Kalimah Wassalamu itu adalah huruf Alif yang telah bertukar rupa menyebabkan berbunyi ba bi ..ya yi dan sebagainya.

Malah secara spontan tanpa berfikir mulut saya berkata : macam jari jari Bang Din semalamlah membentuk menjadi penumbuk, penampar namun ia tetap jari jari.

Mendengar jawapan dan penjelasan saya itu, Bang Din berkata : Memang ada bahagian kamu dalam bab Ilmu Hakikat ini : Marilah kita bersama-sama berdoa kesyukuran terhadap Allah katanya. Bang Din membaca doa dan saya mengaminkannya.

Setelah belajar secara berterusan setiap malam selama dua minggu, Bang Din yakin bahawa saya memang sangat berminat mempelajari Ilmu Hakikat.

Beliau telah menyerahkan 16 Kitab Kitab tulisan tangan karangan beliau kepada saya untuk dibuat salinan. Beliau mengarahkan saya membaca kitab kitab itu satu demi satu hingga faham. Saya tidak dibenarkan datang lagi kerumahnya melainkan ada perkara yang saya benar benar tidak faham.

Antara kitab beliau yang sangat saya minati ialah kitab WAHDANIATULLAH ini. Salam Takzim


Al-Fakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi
15hb Ogos 2006.

………………………………………………………………………………………………..............................................

MUQADDIMAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

WAHDANIATULLAH yang membawa erti MENGESAKAN ALLAH adalah nama yang sesuai kuberikan pada KITAB ini.

Walaupun ianya ringkas tetapi MENDALAM kerana inilah satu-satunya AMANAT ALLAH kepada Rasul dan Rasul kepada umatnya. Bukanlah tanggungjawabku untuk MENSYIRIKKAN ALLAH atau MENGHUKUM KAFIR sesama manusia tetapi kitab ini ku-bukukan untuk TATAPAN Umat Muhammad.

Kalau ada yang mahu menggunakan akal dan menghabiskan masa untuk berfikir tentang KEESAAN ALLH maka renungkanlah kalimat kalimat didalam kitab ini, kemudian serahkan kepada Allah supaya dapat menenangkan hati dan membuka PINTU HIJAB yang selama ini menebal dilubuk hati kita.

Untuk mendapatkan Makrifah Ilmu Ketuhanan agar segala Amal Ibadah kita tidak sia sia , maka ada tujuh ( 7 ) perkara yang wajib manusia buangkan jauh jauh dari lubuk hati yakni :-

RIAK iaitu suka memuji diri
UJUB ertinya herankan diri sendiri
SUM’AH iaitu meminta diri dipuji dan ingin terkenal
TAKABBUR iaitu sombong dan membesarkan diri
HASAD DENGKI maknanya aniaya dan umpat keji
HABUJAH iaitu terlalau kasih dan pentingkan harta dunia
HABUDUNYA iaitu terlalu pentingkan Kehidupan Dunia

Ini adalah Sifat Tercela yang menjadi PERISAI yang menghalang ke JALAN HAQ.



Sheikh Qamarudden Al-Haj

Tafakur Meditasi Abah Didi / TMIAD


Saudara pembaca Yang D-Rahmati Allah.

Entri ini adalah entri terakhir mengenai Amalan Bertafakur. Ianya dipetik secara 100% dari Laman Blog http://www.abah-didi.com.

Mudah-mudahan ianya memberi banyak manafaat kepada kita semua.

Fakirabdillah.
…………………………………………………………………………………………….................................................

PELATIHAN Tafakur Meditasi Abah Didi / TMIAD

Tafakur Meditasi Islam Abah Didi ini hanya dapat diajarkan oleh Pembimbing yang ditunjuk, yang bertanggung jawab dan yang telah mempunyai Sertifikat dari Pusat Pelatihan Tafakur Meditasi Islam Abah Didi.

Program Pelatihan TMIAD terdiri dari 5 (lima) Modul:-

1. Mengingat Allah.
2. Mengingat Kehidupan Akhirat.
3. Rukun Iman.
4. Shalat dan Zakat.
5. Istiqamah.

Program pelatihan ini dikemas secara kursus private, mandiri , pelatih / pembimbing akan datang ke tempat Anda dan bisa di lakukan di rumah atau kantor atau di mana saja dengan demikian cocok buat anda yang memiliki rutinitas atau kesibukan waktu yang padat. Peserta akan di latih dan di bimbing selama 5x tatap muka/pertemuan , yakni seminggu 1x sesuai dengan jadwal yang telah di pilih . Setiap kali berlatih hanya @ 45 menit dan di bimbing langsung oleh pelatih/trainer. Pelatih atau pembimbing akan datang langsung ke tempat anda (yang telah disepakati).

Dalam pelatihan ini akan diterangkan secara garis besar tata cara serta tehnik Tafakur Meditasi Islam Abah Didi yang menggunakan tehnik dan materi pelatihan.

CARA MELAKUKAN


Jika sudah siap dalam posisi “Sin” postur tubuh dibuat tegak agar nafas tidak tertahan dapat masuk dan keluar dengan nyaman dan benar.

Usahakan kepala dalam keadaan tegak agar aliran nafas dapat berlangsung lancar. Bernafas secara alamiah, seringan mungkin dan berkonsentrasi melafadzkan kalimat tasbih “Subhanallah” di dalam hati ketika menghirup dan mengeluarkan nafas. Bahu diusahakan tidak terlalu naik atau tegang, santai dan rileks sehingga bahu tidak ikut dalam kegiatan menarik dan mengeluarkan nafas.

Setelah didapat irama nafas keluar masuk terus menerus yang benar-benar enak lakukanlah konsentrasi supaya pengucapan “Subhanallah” di dalam hati dilakukan sejalan dengan tarikan nafas dan pembuangan nafas. Dalam satu tarikan nafas di dalamnya diucapkan “Subhanallah” kemudian ketika keluar nafas ucapkan juga “Subhanallah” dalam satu hembusan.
Hal yang perlu diperhatikan, akhir penarikan nafas bersamaan dengan selesainya “Subhanallah”. Begitu juga ketika menghembuskan nafas, merasakan saat akhir pengeluaran nafas “Subhanallah” juga sudah selesai diucapkan.

Lakukan hal ini beberapa kali hingga didapat satu kesatuan bernafas yang halus mengandung ucapan “Subhanallah”. Ulangi beberapa kali dengan perlahan-lahan tanpa ada keinginan mencapai sesuatu hal dan tidak terburu-buru.

PEDOMAN
7 PEDOMAN HIDUP


Tujuh pedoman hidup dari Abah Didi bagi yang telah mempelajari dan menjalankan Tafakur Meditasi Islam yang diambil dari Al Qur’anSeperti Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam :

I. An Nazi’at 40, 41:
1. Dan adapun orang yang takut di hadapan kebesaran Tuhannya dan menahan jiwanya dari keinginan yang rendah (hawa nafsu).

2. Sesungguhnya surga tempat diamnya.

II. An Nahl 96:

1. Apa yang di sisi kamu itu akan hilang, tetapi apa yang di sisi Allah itulah yang kekal. Dan Kami akan berikan orang-orang yang berhati teguh itu pembalasan, menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya.

III. Al Hujuraat 13:

1. Hai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan suku-suku bangsa supaya kamu mengenal satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan Allah ialah yang lebih bertakwa (memelihara diri dari kejahatan). Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu lagi Maha Mengerti.

IV. Az Zukhruf 32:

1. Apakah mereka hendak menentukan rahmat Tuhan engkau? Kami yang membagikan penghidupan di antara mereka dalam kehidupan dunia ini; dan Kami tinggikan sebagiannya dari yang lain beberapa tingkatan, supaya sebagiannya dapat bekerja untuk yang lain. Rahmat Tuhan engkau itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.

V. Ath Thalaq 3:

1. Dan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada pernah diduganya. Dan siapa yang mempercayakan dirinya kepada Allah, Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah itu terlaksana kehendakNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ukuran segala sesuatu.

VI. Faathir 6:

1. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.

VII. Huud 6:

1. Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).

17 PEDOMAN HIDUP

Tujuh belas Pedoman Hidup dari Abah Didi bagi yang mempelajari dan menjalankan Tafakur Meditasi Islam:

1. Menegakkan, memperhatikan, dan menghusyu’kan shalat.

2. Harus bisa menegakkan kebenaran dan saling menasihati di jalan kebenaran kepada semua umat.

3. Mengangkat derajat orang yang melarat, bodoh, miskin dan tidak menghinakan mereka.

4. Mempunyai harta benda dan mencari harta benda dari hal yang halal dan digunakan di jalan kebenaran.

5. Menenteramkan hati umat yang sedang sakit lahir maupun batin.

6. Membenarkan serta tidak jelek sangka sesama umat.

7. Mengangkat wibawa diri atas sesama umat dengan perbuatan yang benar dan amal saleh.

8. Memuliakan dan tidak mendiskriminasi sesama umat.

9. Tidak membutuhkan segala sesuatu dari makhluk, kecuali dari Allah Subhanahu Wa Taala.

10. Tidak sayang pada harta benda untuk kepentingan umum.

11. Ilmu yang dimiliki tidak digunakan untuk menjerumuskan umat dari jalan kebenaran.

12. Segala tingkah laku pasrah semata-mata kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

13. Tidak takut kepada fitnah, sihir, dan sebagainya hanya pasrah kepada Allah Subhanahu Wa Taala .

14. Mempunyai kunci kemuliaan dalam menuntut ilmu.

15. Merasa sedih dan menyesal sedalam-dalamnya apabila menjalankan perbuatan munkar.

16. Segala pembicaraan merupakan amanah dan tidak ingkar janji.

17. Mempunyai ilmu pengetahuan untuk memuliakan Allah Subhanahu Wa Taala, baik di daratan maupun di lautan.

PUSAT PELATIHAN
DI bawah Pembimbing Utama ( Bp .Ir.MH.Natalisa.Syarief)

——————————————————————————–

DKI- JAKARTA

Jl. Tebet Timur Dalam VII.No.8
Jakarta Selatan

Kontak Person : Bp Isa 0811-972604 ; 021-91811255


HUBUNGI KAMI


Jika Ada Pertanyaan mengenai Tafakur Meditasi Islam Abah Didi, Silahkan Menghubungi Pusat Pelatihan Terdekat.
Atau Kirim E-mail Ke

Admin@tafakurmeditasiislam.com
tmi.abadi@yahoo.com

KONSEP TAFAKUR SAORANG SUFI…..



Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah,

Kita masih lagi membincangkan tentang AMALAN TAFAKUR.

Melalui entri ini Fakir sertakan satu artikel berkaitan TAFAKUR dari kacamata saorang Sufi / Ahli Tasauf. Lazimnya tumpuan orang sufi ialah kepada CINTA.

Renungkanlah ..tidak ada banyak perbezaan antara cara cara yang telah kita pelajari.

Fakirabdillah.

........................................................................................

Bertafakur mengingatiNya akan membuatkan sufi sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian, kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia. Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan, yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta.

Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan mengabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya.

Inilah yang dikatakan tafakur, tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.

Semasa tafakur sufi dapat mengosongkan fikiran, dan dengan itu sufi dapat merasakan Hakikat Ketuhanan.

Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran dan tidak dapat hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.

Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.
INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam.

Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti ia adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan tiada muda.

Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih adalah satu, dan sebagainya.

Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi satu.

Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.

Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari Hakikat Ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata bagi seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk mengatasi fikiran.

Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.

Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas.

Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring.

Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu, dan akhirnya fikiran akan menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.

Dan ingatlah,, ketika sufi tiada Dia akan ada Dalam Sufi, bila sufi bebas dari diri sendiri, Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.
Dengan mengosongkan fikiran, sufi menciptakan ruang batin di mana sufi dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.

Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong, dan untuk mengalamiNya sufi perlu untuk menjadi diam yang kosong pula.

Dalam tafakur sufi memulangkan dirinya kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam “dunia lautan nan esa” yang tak terbatas.

BERTAFAKUR CARA ABU SANGKAN..........................

Salam saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Pada entri yang lalu kita telah mengetahui Cara Cara Bertafakur yang disyorkan oleh Bapak Dr Bagindo Muchtar dimana terdapat sedikit kesilapan yang telahpun diperbetulkan oleh anak murid Dr Bagindo Muchtar yang bernama Encik Osman Hadi, saorang kenalan Fakir.

Dalam entri kali ini Fakir turunkan Cara Cara Bertafakur yang disyorkan oleh Ustaz Abu Sangkan murid kepada Bapak Haji Oetomo, Bayuwangi. Seperti lazimnya, saorang yang berpegang kepada Tauhid Peringkat Tertinggi tidak akan mahu dipanggil sebagai guru , kerana pada mereka Yang Sebenarnya Guru itu hanyalah Allah. Begitulah Bapak Haji Slamet Oetomo ini seperti yang diceritakan oleh Abu Sangkan didalam bukunya.

Selamat membaca.

Fakirabdillah
Gemas, NSDK, Malaysia.

.......................................................................................

TAFAKUR CARA ABU SANGKAN….
Berdasarkan buku Berguru Kepada Allah

BAHAGIAN SATU
Memasuki Kesadaran DIRI ( AKU )

Manusia itu memilikki DAYA SANG AKU yang merupakan daya tenaga yang diterimanya dari YANG MAHA BERKUASA

Selain daripada itu manusia juga memilikki pelbagai anggota tubuh luar dan dalam disamping daya mentalnya. ( akal )

Semuanya itu adalah MILIK dan BUKANNYA manusia itu sendiri.

Manusia perlulah menguasai semua yang dimilikkinya untuk hidup bahagia didunia dan di akhirat. Untuk itu manusia itu perlu TAHU dan SADAR akan DIRINYA sendiri iaitu AKU.

Manusia mesti tahu dan dapat membezakan yang mana satu AKU dan yang mana satu milik AKU atau alat alat kepunyaan AKU

AKU adalah RUH yang ditiupkan kedalam tubuh yang terbuat dengan komposisi kosmos yang sempurna setelah diberi bentuk ( Al-Hijr 28 – 29 ) AKU bersifat abadi, tidak mati, dan tidak rusak.

AKU juga memilikki kekuasaan , kebijaksanaan dan kenyataan. Ramai manusia tidak sadar akan potensi yang tertidur didalam dirinya dan tidak mengenal DIRInya sendiri yang sebenarnya.

Bila DIRI SEBENAR sudah bangun ia mengenal mana yang disebut AKU dan mana yang bukan AKU.

AKU inilah yang akan kembali kehadirat asalnya : Sesunguhnya AKU adalah berasal dari Allah dan kepada Allahlah AKU kembali.


MEMASUKKI KESADARAN ZIKIR ……


Terlebih dahulu sucikan diri / jiwa kita dengan BERWUDHU’

Carilah TEMPAT yang bebas dari gangguan

Duduklah dengan enak / selesa / rileks

Istirahatkan / rehatkan badan dan pasrahkan / serahkan seluruh jiwa raga, tenangkan fikiran.

Sadarilah bahawa AKU adalah hakikinya ( hakikatnya ) manusia yang tidak pernah tidur, tidak mati, abadi..Aku ialah Ruh Suci yang mampu menembus alam malakut dan uluhiyah…

Kalau anda pejamkan mata, anda akan merasakan dan boleh membezakan mana Aku yang sebenarnya ….disitu ada Aku yang memperhatikan sensasi badan seperti lapar , haus dsb

Anda akan merasakan bahawa bukan aku yang lapar, yang haus tetapi
yang lapar dan haus itu ialah alat milik Aku . Aku sebenarnya diluar dan diatas semua alat alat milik Aku itu.

Aku harus keluar dari alat alat Aku ini …Aku tidak akan fikirkan lagi tentang alat alatku kerana alat alat itu ada Batin Nalurinya.

Keluarlah dan tinggalkan tubuh anda

Kemudian sadarkan Sang Aku anda dan hubungkan Aku itu dengan Zat Yang Maha Mutlak.

Hadirlah dihadapanNya ..panggilah dengan penuh santun Ya Allah Ya Allah..tundukkan jiwa anda dengan hormat dan datanglah keHadratNya dengan terus memanggilNya Ya Allah Ya Allah ..timbulkan rasa cinta yang dalamhadirlah terus dalam ZIKIR..biarkan sensasi fikiran dan perasaan melayang –layang…………….

........................................................................................

LATIHAN TAFAKUR SATU – ABU SANGKAN
Berkomunikasi Dengan Allah.


PERSIAPAN

1 Berwudhu’ dan menghadap Kiblat
2 Membaca Bismillah
3 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
4 Membaca Selawat Nabi

YANG DILAKUKAN

Datangi Allah dengan RASA INGAT. Datang kepada Allah sambil MEMANGGIL nama Allah dengan kesadaran penuh hingga terasa adanya sambutan / respons berupa GETARAN yang terus menerus sehingga timbul rasa Menyintai Allah.

Pertahankan rasa mencintai Allah tersebut dan akhirnya keadaan tersebut akan terhenti dengan sendirinya.

Ketika terhenti , maka ubahlah dengan kesadaran IKUT ALLAH iaitu mengikut Kemahuan Allah – tuntunan Allahm , sambil terus menerus menyebut Ya Allah , Ya Allah dengan seluruh jiwa raga, kita ikut Allah, BESERTA ALLAH ..hingga ada rasa kita betul betul MENGIKUT ALLAH.

Biasanya timbul TASBIH untuk mengagungkan Allah dan memuji Allah. Ianya datang dengan sendirinya dari jiwa dan mengalir begitu sahaja.

Kembalikan wujud kita kepada Allah. Hadapkanlah kepada Allah. Teruskan pengembalian kepada Allah.

Jangan melihat kepada DIRI BATIN anda. Pandanglah alam yang luas sebagai tanda Kekuasaan Allah.

.........................................................................................

LATIHAN TAFAKUR 2 – ABU SANGKAN
Pengembalian Haq Allah.


Berdoa – DOA 1

Ya Allah
Engkaulah yang MEMILIKKI segala sesuatu
Engkau jugalah yang MENGUASAI segala sesuatu
KekuatanMu melebihi Alam Raya ini Yang Maha Dahsyat
Ya Allah
Wujudku bentuk QudratMu – bentuk KekuasaanMu Yang Dahsyat

Terus Berdoa – Doa 2


Ya Allah
Rohku MilikMu , atas KehendakMu kembali kepada Engkau Ya Allah
Dengan petanda keluar masuknya nafasku
Kerana Engkaulah menyebabkan badanku bergerak

Teruskan berdoa – Doa 3
Doa Kesadaran Diri


Bismillahirrahmanirrahim

Masuknya nafas kerana Allah ( memperhati masuknya nafas )
Keluarnya nafas kerana Allah ( memperhati keluarnya nafas )
Nafasku petanda Rohku
Dalam QadratMu Ya Allah
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

Ulang Doa 3 - Kesadaran Ini Beberapa Kali

Nota :-

Biasanya timbul rasa zikir. Ikut terus rasa zikir itu sehingga ada rasa yakni Rasa Ingat dan Rasa Menghadap Allah

Hilangkan atau nafikan Pelaku Zikir. Yang ada ialah Rasa Ingat Allah
Kembalikan Rasa Ingat Allah Kepada Allah

Terus Berdoa – Doa 4
Doa Pengembalian


Rohku adalah dari Allah
Milik Engkau Ya Allah
Atas Kehendak Engkau
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiiuun.
Qudrat Allah Menghadap Allah
Rohku Kembali Kepada Allah
Rasa Ingat Menghadap Allah

Nota :-

Nafikan / hilangkan Diri Pelaku maka timbul Rasa Zikir.

LATIHAN TAFAKUR 3
Fana / Berserah Mengikut Kemahuan Allah.


Perhatikan Tumbuhan Dan Alam Keliling Kita

Perhatikan GERAK YANG MENGHIDUPKAN , membesarkan dan mematikan

Yang Mengatur Alam Semesta
Yang Menghidupkan Semua Makhluk Hidup

WUJUD kita bergantung dan diliputi GERAK yang tidak boleh kita tahan
Kecil, besar, tua lalu mati
Juga segalanya spt pokok pisang, matahari dan sekalian alam berada dalam GERAK yang satu.

Yang menghidupkan tubuh saya, tanaman, bumi, langit adalah sama yaitu Yang Satu – Yang Esa itu.

Kondisikan keadaan ini
Semua wajah, penglihatan – kembalikan
Yang melihat, mendengar adalah Yang Bergerak itu
Hilangkan diri kita

Yang bergerak itu Hidup Yang Sejati
Hidup itu Sifat Allah
Hidup itu mempunyai Kehendak
Hidup itu mempunyai DIRI
Yaitu AKU
Bersabda melakukan sesuatu melalui AKUNYA
AKU Yang Maha Tahu
Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia.

Huraian Abu Sangkan


Yang ditulis diatas bukan hanya untuk dibaca TETAPI UNTUK DILAKUKAN

Hanya yang melakukan sahaja akan dapat memahami akan RASA KEDAHSYATAN BER-IHSAN KEPADA ALLAH.

Yang ditulis itu juga hanya panduan dan bukannya Syariat Baru ( Bid’ah )

Nota Fakir :-

Untuk pemahaman lanjut sila baca buku karangan Abu Sangkan bertajuk BERGURU KEPADA ALLAH terbitan Yayasan Shalat Khusu’ Kebayoran Baru, Jakarta Selatan, Indonesia.
Website : www.dzikrullah.com