Jumaat, 30 November 2012

TULISAN GURUKU.....


MENGADAKAN PENGAKUAN UNTUK MENDAPATKAN PENGAKUAN. ..Ayahdi PakNgah

Untuk mendapat pengakuan, hendaklah kita mengadakan pengakuan:
      Siapa yang mengadakan pengakuan?
      Kepada siapa pengakuan diadakan?
      Dari siapa pengakuan itu kita perdapat ?

Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah didahului dengan NIAT. 

Setelah kita mendapat kepastian tentang diri kita, maka hendaklah kita mengadakan Pengakuan terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali, ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah,’ yang ertinya; ‘Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan yang lain yang aku sembah melainkan Allah; dan Muhammad Rasul Allah.’ 

Kita akui bahawa tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, dan kita akui Muhammad Rasul Allah, utusan Tuhan. Maka adalah hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah antara lain ialah pengakuan dan pangkat atau martabat.’

Untuk mengadakan pengakuan terhadap Tuhan yang kita sembah itu, kita harus berjalan (bertarekat), dan yang berjalan itu bukan badan kita, melainkan dia, diri yang telah kita temui dan kita berjalan menurutkan jalannya.

Kalau kita yang di luar yang mencari Tuhan, ke mana kita akan pergi mencari-Nya? Masukkah di akal, kita yang berupa dan bertampan dapat mencari dan menemui-Nya yang tidak berupa dan bertampan? Kita ketahui Dia ada di mana-mana, di Indonesia, diMalaysia, di Asia, di Afrika, di Eropah, di Amerika dan di Barat, di Timur, di Utara, di Selatan dan lain sebagainya. 

Dia ada tapi tiada. Keadaannya di dalam tidak ada. Bagi orang yang mahu berfikir,
dapat membenarkan dan mengakui akan keadaan-Nya dengan tanda-tanda yang telah ditemuinya, dan kitab-kitab banyak menyakinkan akan keadaan-Nya. Bagi orang yang mahu memperhatikan akan segala sesuatunya, tak dapat memungkiri akan adanya Yang Maha Kuasa itu. Akan dapatkah si badan kasar menemui Yang Maha Ghaib? Tentu tidak, dan pasti tidak

Diri yang telah ditemui itulah yang membawa badan berjalan, dan dialah yang tahu jalan untuk ke Sana kerana ia berasal dari Sana, dan ke Sana pula tempatnya kembali. Lain halnya badan yang dijadikan dari yang telah dijadikan-Nya, iaitu dari tanah, barang yang mati. Dan dari itu pula makanya kalau orang telah mati atau meninggal, keadannya dikembalikan ke asal iaitu ke tanah. Dan, adalah bagi kita setelah menemui diri sendiri, 

Jalan untuk ke Sana telah terbuka. Mencari Yang Ghaib (Allah) hendaklah dengan yang ghaib (diri). Para ariffin (orang arif) dan budiman mengatakan, siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhan, dan siapa yang menemui dirinya akan menemui Tuhan
dengan sendirinya.
Sekarang, kita telah menemui diri kita; sudahkah kita menemui Tuhan yang kita sembah? Bagaimana kita menemui-Nya dan dalam keadaan bagaimana kita menemui? Diri yang bagi kita ‘berdiri dengan sendirinya,’ kalau pintu telah terbuka, akan berjalan dengan sendirinya pula. 

Sekarang malam telah masuk kepada siang dan siang kepada malam. Yang hidup telah keluar daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup; telah tahu di diri, bahkan telah menemui diri, dan telah punya pegangan hidup. Rupanya pegangan selama ini salah, tidak benar kerana berpegang kepada yang mati. Yang mati yang dianggap hidup, sedangkan yang sebenarnya hidup dan tak mengenal erti mati dibiarkan begitu sahaja, tidak pernah dikuasai dan dipunyai untuk pegangan hidup sungguhpun diketahui dengan pasti bahawa dia ada bersama kita, bahkan terkandung dalam badan kita. 

Itulah dia, diri. Itulah Aku, dan Akulah dia itu. Orang yang tak tahu di diri, tak berpendirian. Aku, yang sekarang telah dapat tahu siapa sebenarnya Aku, iaitu si hidup lagi terang, jadi bukan si mati lagi gelap, sebelum berjalan keluar dari rumahku untuk tujuan tertentu, lebih dahulu memperbaiki keadaanku sendiri luar dan dalam. 

Setelah itu Aku berjalan menemui-Nya, Tuhan-ku Yang Pengasih lagi Penyayang, untuk mengadakan sujud syukur terhadap-Nya dengan mengucap kata pengakuan yang berbunyi ‘Asyhadu allaailaha il-Allah; Waasyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.’ 

Dengan telah mengadakan pengakuan itu, jadilah Aku seorang Islam dengan erti
yang sebenarnya, dan adalah Aku seorang muslim sejati yang menjalankan tugas terhadap Allah untuk kebaikan sesama manusia. Dan adalah Aku seorang musafir yang sentiasa dalam pengembaraan menjelang sampai kembali ke pangkalan, iaitu pokok pangkal dari segala pangkal, pokok kejadian dari segala kejadian. 

Pokok hidup dari segala kehidupan, iaitu hidup yang kekal dan abadi. Dari Sana Aku datang, dan ke Sana pula Aku akan kembali. Dan semenjak aku menemui diriku sendiri, Aku telah terlahir kembali, dan penemuanku itu menjadi peganganku, dan berubahlah jalannya kehidupanku sehari-hari.
 
Dengan membaca keteranganku di atas, mungkinkah orang begitu saja dapat mempercayaiku? Aku tidak memaksakan orang supaya mempercayai aku, malainkan aku ingin supaya kenikmatan hidup yang aku rasai dapat pula dirasai oleh orang lain hendaknya, dengan mempelajari caranya aku menemuinya diriku, dan semoga dapat dibenarkan oleh orang yang berilmu hendaknya dengan mencuba memecahkan dan menurutkan jalanku ini.

Padanya banyak diperdapat petunjuk-petunjuk, dan dengan menurutkan jalannya diri itu, dengan sendirinya kita telah menjadi manusia baru. Kita telah menjadi manusia baru oleh kerana dia telah lahir. Kelahirannya menggemparkan alam sekelilingnya,kerana pembawannya yang hidup lagi berisi berlainan dengan orang ramai, yang termasuk golongan manusia lama yang tak tahu di diri yang sebenarnya. 

Kecerdasan dan kearifan membawa kepada keahlian, ahli di segala bidang. Keahlian mendatangkan pengakuan dari orang-orang, dari alam sekelilingnya, kepadanya;

• Dia sanggup menundukkan masa kerana dia telah pandai menundukkan alamnya sendiri.
• Dia pandai membaikkan orang kerana dia telah pandai membaikkan badan diri sendiri.
• Dia anti penjajahan kerana dia telah merasakan bagaimana sakitnya di jajah atau terjajah, kerana bukankah dia selama ini terkongkong dan terkurung dan telah banyak pengalaman dan penanggungan?

• Dia suci kerana berasal dari Yang Maha Suci.
• Dia benar kerana berasal dari Yang Maha Benar.
• Dia lain dari yang lain kerana keistimewaannya terletak pada dirinya, bukan pada orangnya.


Itulah aku yang telah menjadi manusia baru. Aku telahmengadakan pengakuan dan  seterusnya aku sentiasa mengadakan pengakuan terhadap-Nya, Tuhan yang aku sembah, dan sementara itu aku telah mendapat pengakuan pula melalui orang-orang yang mendatangiku.
Jadi, pengakuan aku perdapat bukan langsung dari Tuhan, melainkan melalui orang dan adalah itu petanda bagi orang yang tahu.Tiap-tiap sesuatu yang akan dilakukan hendaklah dengan niat. 

Perjalananku mencari-Nya untuk mengadakan pengakuan ialah dengan ilmuku yang berasal dari diri, yang keluarnya mendatangkan daya-gerak kepada anggota badanku yang jalannya menembus hujung jari-jariku yang dapat dirasakan; suatu perjalanan yang berisi dan bertujuan dari yang ada kepada yang tiada, dari tiada kepada tidak ada dan dari tidak ada kembali kepada tiada, dari tiada kepada ada. 
 
Di Sana, di Hadirat-Nya, di Tempat Tidak Ada, bertemulah yang mencari dengan Yang Dicari, yang dijadikan dengan Yang Menjadikan, seorang hamba dengan Khaliknya, aku dengan Tuhan-ku. Dan adalah aku dengan Dia, jauh tak berantara, dekat tak berbatas.

Gerak adalah kelakuan tuhan pada hamba jd gerak itu merupakan rahsia af'allullah pada hamba kita tk dapat nk tapsirkan namun kalau ada izin tuhan dapat jua kita mengerti akan pembawaan itu,keatas=kau naik......kebawah kau=kau masuk....kekanan=kau memberi.. kekiri=kau menerima.. berpusing pusing=proses..diam=menyatu

3 ulasan:

  1. Assalam tuan, saya amat berminat dlm soal jawab ilmu hakikat perjalanan diri kerana saya ada belajar dgn arwah ayahanda saya. Adakah tuan menjual buku2 tentang soal jawab perjalanan diri?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..tuan boleh bantu saya? Saya selalu dgr arwah ayah bercerita ttg ilmu jalan pulang tp tak sempat nak beljar - 0172827751 (fiz)

    BalasPadam
  3. Assalamualikum
    terima kasih tuan karena uraian2 yang sangat bermanfaat.
    izinkan kami mengambil kemanfaatnnya dengan izin allah.
    wassalam
    (faisal)

    BalasPadam