Khamis, 15 November 2012

TULISAN GURUKU 02


DARI TITIK ke TITIK.
Ayahdi PakNgah

AKU adalah titik atau noktah awal perjalananku menuju ke titik akhir iaitu AKU jua.
Titik awal itu nyata dengan sifatnya dan titik akhir ghaib dengan ZatNya. Namun itu
semua adalah AKU jua. Ianya ibarat menghasta kain sarung dari situ kesitulah jua
akhirnya

Namun ia tetap ada perbezaannya. Oleh itu kita mestilah tahu apakah perbezaan nya
dan permulaannya kalau awalnya dari tidak ada menjadi ada. Manakala diakhirnya dari
ada menjadi tidak ada. Titik itu membawa makna pada pengertian adalah AKU iaitu
Ketuhananku dan Ketuhanan itu adalah Rahsia Hidup yang di anugerahkan Tuhan
kepada kita.

Oleh itu setiap sesuatu itu bermula atau bergerak dari titik atau noktah awalnya. Titik
ini adalah suatu daya kuasa atau daya hidup yang mengaliri didalam batang tubuh
ianya menerima dan memberi daya-daya hidup dan menjaga kestabilan keadaan badan
diri ini. Tamnanya badan tidak akan hidup untuk kau tahu itulah kau yang sebenarnya.
Bertitik dari Zatullah dan bergerak dengan daya Qudaratullah.

Padanya mempunyai eion, bion, elektron dan proton serta atom2 Ilahiah iaitu
semulajadi dari tuhan. Dari titik ia berkembang-berkembang lantas menjadi diri didalam
badan setelah itu titik yang awal tu lenyaplah dan kini hanya yang nyata adalah diriku
pula namun AKU ( titik ) tetap ada tetapi aku berada ditempat tiada ada, menjadi
sumber dan tenaga serta aku kini menjadi Aliran Qudratullah pada badan.

Perkembangan titik ini telah menjadikan suatu NUR yang memancar membentuk diri
didalam badan dan diri inilah tenaga atau stroom bagi badan dan kalau kita perhatikan
darimanakah datang nya atau asal di balik asal tenaga itu?.......

Baiklah kalau DIRI ( tenaga ) maka dari manakah tenaga itu datang? Tidakkah dari
induk awal itu iaitu titik ( AKU) ?. Sesungguhnya jalan kita ini adalah mengenal
diri yang sebenar diri dan ianya adalah AKU iaitu titik awal dari Tuhan.
Oleh itu dalam kita mencari kebenaran Ilmu Allah ini terlebih dahulu kau perlu masuk
kedalam atau kau perlu melalui JALAN DALAM supaya dengan jalan inilah kau akan
tahu manakah titik awal dan kemanakah berakhirnya titik itu.

Nah!!!! perhatikanlah itu, dan sesungguhnya titik akhir dan titik awal itu adalah sama
jua ianya adalah AKU yang pasti disebalik titik itu tiada apa-apa lagi kecuali kekosongan
jua.

Maka yang kosong itulah ZAT. Disini bukanlah zat itu kosong maksud kosong
itu adalah tidak ada pada kenyataan namun ia ada dibalik kenyataan kerana
tanpa nya mana mungkin titik itu akan wujud. Maknanya setiap sesuatu itu ada
permulaannya akan tetapi tuhan tidak ada mula dan penamatnya.

Dan lagi bahawa titik itu mempunyai daya dan kekuatan Azali kerana titik itulah
Qudratullah, Hayatullah dan ia menjadi RahsiaKU . Maka berpeganglah pada
AKU itu. Segala sesuatu itu datang nya dari AKU dan AKU datang dari Tuhan.
AKU yang tiada wasithah (perantara) datang langsung dari Tuhan akan tetapi sesuatu
yang ada pada badan ini samaada yang nyata atau yang akan dinyatakan ianya tetap
bermula dariKU kerana AKUlah yang mengadakan sesuatu untuk sesuatu dari sesuatu
menuju ke sesuatu.

Perhubungan dan kesedaran yang mendalam serta penyerahan yang total kepada
Tuhan sehingga sesuatu itu tidak ada melainkan DIA semata-mata maka rahsia nya
adalah proses semula jadi akan berlaku secara automatik dan dengan kekuatan proses
itulah mendatangkan gerak2 tertentu. Ianya bermula dari titik yang dinamakan TITIK
MINDA kemudian ia akan di tranferkan kepada TITIK DAYA jana kuasa iaitu
KUDRAT maka proses akan terjadi GERAK mula berlaku.

Disini saya menyebut titik minda sesungguhnya titik minda itu berasal dari titik awal jua
iaitu (AKU). Tempatkanlah AKU itu pada tempatnya antara badan, diri dan AKU serta
tuhan bolehlah di ibaratkan umpama gula, manis, rasa dan nikmat itu lah ibaratnya.

Berbalik kepada hal titik itu tadi.........ketahuilah titik awal itu namanya ROHULLAH
(KETUHANAN) dan dari titik itulah nyatanya DIRI (RUHANI) dari rohani inilah
RASA mula terasa pada badan namun kesemuanya ini bergerak serentak bukan
bergerak asing asingan dia umpama lampu dan suis apabila suis dibuka lampu terus
bernyala,

Itulah rahsianya. Ingat-ingatlah TUHAN dan AKU ( titik ) itu jauhnya tiada antara
dekatnya tiada berbatas........Pandanglah ia dengan RASA bukan dengan MATA. Ianya
ada tetapi tidak ada, nyata pada kita bila kita tidak ada maka nyatalah ia.
Adakanlah PENGAKUANmu pada Tuhanmu, BADAN yang kau terima itu untuk
kau guna menyatakan pengakuan dan mengadakan bakti KEHAMBAANMU
itu. Dari titik sampai ke titik jua dan dibalik titik itulah rahsia tak terungkap
oleh makhluk kerana ianya adalah ZATULLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan