Rabu, 28 November 2012

MENERUSKAN TULISAN GURUKU...


MEMAHAMI – AKU
Ayahdi PakNgah

Bismillahi rahmani rahim

Ketahuilah olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu.

Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.
AKU…..Adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu. 

AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi penyata bagi Zatullah. AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha Kuasa.

Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana ia (aku) itu adalah Benyata bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku) itulah Kenyataan Tuhan.

Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun. Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan DIRINYA maka ia telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan nya dan ia yang bernama AKU.

Dalam ilmu hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada keadaan Tuhan padanya. Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya Penyata yang dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang tuhan itu ada walaupun ia ada.

Didalam ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan pada jasadku ini. Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi DIRI pula.

AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi DIRI dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan Nya daripada nyalah (AKU) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.

Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Tuhan kepada kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.

AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk.

Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu. AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku kau akan mati.
Anak-anakku…….ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan pada nya ada beberapa Sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya (sifat) ia dapat mentadbir alam badan diri ini. Sifat-sifat itu adalah……..

1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam

Inilah Sifat-Sifat Nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya sifat-sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah Sifat Maknawiah iaitu……..

1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman

Sifat-sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).

Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan kalimah AKU ini saya menyatakan ianya adalah penyataan. Umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya dan menyuluh dinding,cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….

Tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama. Maka tali itulah bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya. MANLA YAKRIF FALA YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.

Anak-anakku kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat jua adanya. Dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada ilmunya.

Kau jangan bicara tentang keadaan zat tuhan kerana kau tak mampu untuk itu,cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit,.kata orang bijak pandai “mengenal diri mengenal tuhan” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.

AKU…….adalah kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya,bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah zat diri,bukan zat tuhan.kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan AKU,akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN.

AKULAH ………………..ketuhanan.

Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU,kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi.AKU…..yang menanggung amanah dari tuhan membawa dan menerima suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.

Ingat-ingatlah wahai anak-anakku………..dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi mu.rahsia ilahi yang maha kuasa itulah yang menjadi bekalanmu.AKU……..yang hidup tiada mati,kekal tiada binasa menjadi diri bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan rahsia ilahi………..

AKU adalah Rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha Esa Kini aku telah berbadan …Hidup didunia sebagai hamba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan