SIFAT DUA PULUH – BAHAGIAN TIGA
By Adnan Dahalan
SIFAT DUA PULUH
SIFAT MAKNAWIYAH.
Apakah maksud sifat
maknawiyah?
Pengertian sifat
maknawiyah itu, membawa maksud sifat kekuasaan Allah, menjadi tempat
pergantungan segala rupa (sifat), nama (asma'), berperangai (fe'el) dan
pergantungan segala berzat (roh) krpadanya. Maknawiyah adalah tempat
bergantungnya sifat ma'ani. Contohnya, bergantungnya sifat mendengar
kepada pendengaran Allah, bergantung sifat melihat kepada penglihatan Allah dan
begitulah seterusnya. Seumpama sifat cahaya (ma'ani) yang bergantung
harap kepada sifat matahari (maknawiyah).
Begitu jugalah
hubungan di antara sifat maknawiyah dengan sifat ma'ani, sebagaimana
sifat ma'ani, sebegitulah rupanya sifat maknawiyah. Sebagaimana ciptaan,
sedemikianlah penciptanya. Sebagaimana hasil, sedemikianlah acuannya.
Sebagaimana yang awal sedemikianlah akhirnya, semuanya itu, adalah satu dari
segi zatnya, cuma berbeza pada panggilan nama. Sifat Allah dengan hasil
nukilannya seumpama bercerai tidak bersatu tiada. Pencipta (zat) dan
ciptaan (sifatnya) adalah satu. Sifat bukan zat tetapi tidak lain dari
zat. Sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah, seumpama wajah orang yang
menilik, dengan bayangan wajah di dalam cermin. Sifat maknawiyah
bermaksud adalah bagi menggambarkan kekuasaan Allah. Sifat bagi
menggambarkan akan kehebatan kekuasaannya.
Sebagaimana kuasanya
Allah itu, sebegitulah besarnya Dia. Walau bagaimana besar dan kuasanya
Allah itu, tidak bermakna tanpa ciptaannya (makluk kejadiannya). Tanpa
kejadian alam dan tanpa penzahiran makhlok, segala kehebatan, kekuasaannya, dan
segala kehebatan kebesaranNya tidak akan dapat diterjemah dan diperzahirkan
untuk dilihat makhlukNya.
Kekuasaan Allah di
dalam sifat maknawiyah, diterjemah melalui sifat ma'ani, manakala sifat ma'ani
pula, diterjemah melakui pancaindera kita. Kejadian dan penzahiran sifat
makhloknya yang bersifat ma'ani. Allah yang bersifat dengan segala keperkasaan
pengetahuanNya, ianya tidak membawa
apa-apa makna, tanpa diterjemahkan melalui diri kita ( sifat makhlok ).
Sifat kepandaian yang
ada pada kita itu, sebenarnya ilmu Allah, dengan itu, walau setinggi manapun
darjat kepandaian kita, kita tetap selaku hamba disisi Allah. Oleh itu
janganlah kita bersifat sombong dan angkoh bila berada dan berjalan dibumi
Allah. Dengan sifat mata yang cantik, wajah yang ayu, kuasa yang besar dan
kekayaan yang menimbun, jangan pula menjauhkan dari mengingati Allah.
Ingatlah segala sifat yang ada pada kita itu adalah wajah bagi Allah.
Hendaknya kita itu, bersifat rendah diri, pemalu, tidak sombong, murah hati dan
bersifat sopan santun di dalam menzahirkan sifat Allah atas diri kita.
Jangan bakhil atau kedekut dengan harta yang Allah hamburkan melalui kita,
rajin-rajinlah bersedekah dan bantu membantu kepada orang yang memerlukan,
samada dalam bentuk wang ringgit, mahupun tenaga dari anggota zahir. Semua
sifat itu, bukannya untuk menggambarkan kebaikan atau kebesaran diri kita,
tetapi bagi menzahirkan sifat kekeasaan Allah Ta'ala.
Maksud diperkenalkan
ilmu sifat maknawiyah, adalah bertujuan supaya kita dapat memati, membinasa,
dan mengembalikan sifat anggota jasad. Seumpamanya dengan membinasakan
sifat mata, dengan sendirinya akan membinasakan pula sifat meluhat.
Setelah kedua-dua sifat mata dan sifat melihat (basor) telah dapat dibinasakan
(dikembalikan) kepada Allah, dengan sendirinya sifat basirun Allah (sifat yang
memberi pengkihatan) akan dapat kita lihat.
Setelah ketiga-tiga
sifat pancaindera, sifat ma'ani dan sifat maknawiyah dapat kita serahkan semula
kepada Allah. Disitulah nantinya, kita akan dapat melihat, bahawa diri
kita telah lebur, disitulah, kita akan dapat menatap dan memandang bahawa,
semua yang ada itu, adalah wajah Allah. Tidak sempurna ilmu maknawiyah
jika kita tidak mengembalikan ketiga-tiga sifat tersebut, jangan pula kita
kembalikan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Seandainya
dikembalikan sifat penglihatan sedangkan sifat mata tidak dikembalikan, ini
tidak membawa makna dan konsep maknawiyah. Maknawiyah bukan sahaja sifat
yang terletak pada kita, tetapi juga terletak pada sekalian makhlok alam
seluruhnya. Termasuklah alam haiwan, alam bukit bukau, alam jin dan
seluruhnya seisi alam.
Sifat Apakah Yang
Terkandung Di Dalam Maknawiyah ?
7 Sifat maknawiyah
yang terkandung didalam sifat 20
1. Haiyun = Yang
hidup
2. Alimun = Yang
tahu
3. Muridun =
Yang berkehendak
4. Qodirun =
Yang berkuasa
5. Samiun = Yang
mendengar
6. Basirun =
Yang melihat
7. Mutakallimun
= Yang berkata-kata.
Apakah Bentuk Sifat
Maknawiah ?
Sifat maknawiyah
(sifat kekuasaan Allah Ta'ala), hanya ujud pada zat Allah, tidak memberi bekas
kepada alam. Maknawiyah tidak boleh dikualiti atau dikuantiti. Maknawiyah
adalah suatu sifat yang menggambarkan ketinggian, kebesaran dan kekuasaan
Allah. Sifat kebesaran Allah itu tidak boleh diterjemahkan kepada
penglihatan. Seumpama Allah bersifat tinggi atau besar setinggi dan
sebesar mana Allah itu, tidak dapat dizahirkan melalui kuantiti penglihatan
atau jangkauan akal. Tujuh sifat maknawiyah adalah tempat bergantung
tujuh sifat ma'ani. Maknawiyah menanggung dan mendukungi sifat
ma'ani. Sifat maknawiyah adalah tempat tumpang dan pergantungan sifat
ma'ani.
Apakah Peranan Sifat
Maknawiyah ?
Tujuan sifat
maknawiyah dijadikan dan diciptakan Allah itu, adalah bertujuan untuk
menzahirkan, mempernampak dan untuk memperlihatkan sifat kekuasaannya atas
makhlok. Hendaknya dengan ciptaan sifat maknawiyah itu, makhlok akan
dapat mengenal Allah melalui tujuh sifat kekuasaanNya.
Rupa alam ini, adalah
merupakan bekas, bayang atau wajah Allah. Oleh itu bagi sesiapa yang
berhajat untuk mengenal Allah, maka lihatlah alam dan jangan lupa untuk melihat
pula kepada diri sendiri. Diri kita ini hanya bersifat ma'ani (tetamu)
yang menumpang sifat maknawiyah Allah. Sifat maknawiyah Allah yang
ternyata atas diri kita itu, adalah seumpama rumah, manakala sifat ma'ani pula
seumpama tetamu. Diri kita ini, merupakan tetamu yang menumpang rumah
Allah (ma'ani menumpang sifat maknawiyah). Sifat tuan itu hanya ada pada
Allah dan bukan pada diri kita, kita hanya selaku hamba (tetamu).
Oleh itu kita jangan
sekali-kali bersifat angkoh. Jangan anggkoh sesama manusia, apa lagi
kepada Allah, kerana semua sifat yang ada pada kita itu adalah sifat menumpang,
jadi sedarlah diri itu sikit. Selaku menumpang, buatlah cara menumpang,
jangan pula tinggi kadok dari junjung. Untuk mengatakan alam ini
merupakan Allah, sudah tentu kurang manis pada pandangan syara' dan tidak layak
pada hukum, mana mungkin sifat Allah untuk disamakan dengan sifat makhlok,
tetapi menurut pengajian ilmu makrifat dalam mentafsir sifat 20, telah
mengisyaratkan bahawa, segala sifat yang bersifat itu, sebenarnya adalah sifat
bagi Allah, segala nama yang bernama itu, adalah nama bagi Allah, segala
perangai atau gerak geri yang bergerak itu, adalah gerak Allah dan segala zat
yang berzat itu, adalah zat bagi Allah. Menurut kacamata ilmu makrifat,
alam ini sudah binasa, sudah hilang ghaib dalam wajah Allah. Yang ada
(yang wujud) hanyalah Allah. Jikalau pun ada yang bersifat wujud
selain dari Allah, itu cuma sekadar bayangan nama dari hayalan akal.
Sifat Allah itu
termasuk segala-galanya, yang batin mahupun yang zahir, termasuk sifat yang
dulu mahupun sifat yang sekarang. Awal itu adalah Allah, maka akhir pun
juga adalah Allah. Tinggal lagi cara mana kita memahami sifat 20 dan cara mana
kita mentafsir sifat maknawiyah dan sifat ma'ani keatas diri kita. Ianya
bergantung kepada cara mana kita meletakkan diri dalam wajah Allah dan cara
mana wajah Allah itu, terletak pada diri kita. Bagi yang pandai
meletakkan sesuai pada tempatnya disitu kita akan dapat melihat dan mengenal
Allah melaluinya. Ianya saling berkaitan antara satu sifat dengan sifat
yang lain. Alam mendukung dan mengandungi sifat ma'ani, manakala ma'ani
pula didukungi dan dikandungi oleh sifat maknawiyah.
Maknawiyah pula
didukung oleh sifat salbiah, manakala sifat salbiah pula mendukung kesemua
sifat. Sifat ma'ani dan sifat maknawiyah (sifat menumpang dan sifat yang
ditumpangi) adalah menumpang pula sifat salbiah Allah (sifat kebesaran dan
kesempurnaan Allah)
Tujuan sifat
maknawiyah dicipta adalah, bagi menyedarkan diri-diri kita semua, bahawa hidup
ini, adalah kerana ada Yang Maha Menghidupkan, psndainya kita ini, adalah
kerena adanya Yang Maha berilmu, kuasanya kita ini adalah kerana adanya Yang
Maha Berkuasa, kemahuan kita ini adalah kerana ada Yang Maha Berkehendak.
Makhlok tidak boleh hidup tanpa yang empunya hidup, makhlok tidak berfikiran
tanpa yang empunya ilmu, makhlok tidak berupaya dan tidak berkemahuan, jika
tidak dengan keupayaan dan kemahuan Allah swt.
Apakah Hubungan Sifat
Ma'ani dan Maknawiyah Dengan Diri Kita?
Perhubungan diantara
sifat ma'ani dengan sifat maknawiyah itu, adalah seperti berikut;
1. Bukan hayat
yang hidup, sifat hidup yang ada pada hayat kita adalah bagi menyatakan dan
menzahirkan haiyun yang ada pada zat Allah.
2. Bukan ilmu
yang tahu, sifat tahu yang ada pada ilmu kita itu adalah bagi menyatakan dan
menzahirkan sifat Alimun yang ada pada zat Allah
3. Bukan irodat
yang berkehendak, sifat berkehendak yang ada pada irodat kita itu adalah
bagi menyatakan dan bagi menzahirkan sifat muridun yang ada pada zat Allah.
4. Bukan kudrat
yang berkuasa, sifat berkuasa yang ada pada kita itu adalah bagi menyata dan
bagi menzahirkan sifat kodirun yang ada pada zat Allah.
5. Bukan samak
yang mendengar, sifat mendengar yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan
dan bagi menzahirkan sifat samiun yang ada pada zat Allah.
6. Bukan basor
yang melihat, melihat yang ada pada kita itu adalah bagi menyatakan dan bagi
menzahirkan sifat basirun yang ada pada zat Allah.
7. Bukan kalam
yang berkata-kata, sifat berkata-kata yang ada pada kita itu adalah bagi
menyatakan dan bagi menzahirkan sifat mutakallimun yang ada pada zat Allah.
Sifat ma'ani menumpang
sifat maknawiyah, sifat maknawiyah pula menjadi tempat bergantungnya sifat
ma'ani. Seumpama sifat penglihatan (ma'ani) bergantung kepada yang
memberi penglihatan (makknawiyah), manakala sifat yang memberi penglihatan
(maknawiyah) menumpang dan bergantung pula kepada Yang Maha Esa
(salbiah). Mempelajari sifat ma'ani yang tujuh dan mempelajari sifat
maknawiyah yang tujuh tidak akan memberi apa-apa menafaat, jika ianya tidak
dihubungkaitkan dan jika tidak dirujuk kepada diri kita sendiri. Dengan
cara menghubungkaitkan pelajaran sifat-sifat tersebut keatas diri kita, barulah
ianya mendatangkan menafaat kepada diri.
Bagaimana cara untuk
menghubungkaitkan sifat tersebut dengan diri kita ?. Kaedah untuk
menghubung kaitkan sifat tersebut dengan diri kita adalah dengan cara melihat
kepada sifat mata kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat basor
(melihat), melalui basirun Allah (penglihatan Allah).
Begitu juga dengan
sifat nyawa kita, yang berfungsi selaku untuk menzahirkan sifat hayat (hidup),
melalui sifat haiyun Allah (penghidupan Allah). Apabila kita lihat sifat
basor, sifat hayat, sifat sama', dan lain-lainnya, yang ada pada diri kita ini,
hendaknya jangan kita lupa untuk memandang kepada tuan yang empunya
sifat. Apa gunanya mata, jika tidak dilengkapi dengan penglihatan, apa
gunanya telinga, jika tidak dengan pendengaran.
Segala penglihatan dan
segala pendengaran kita itu, dari mana asal datangnya, jika bukan daripada
Allah. Apabila kita tahu bahawa semua itu datangnya dari Allah, hendaknya
jangan kita lupa akan asal usul diri kita. Bila kita tidak lupa asal
usul, membuatkan kita tidak lupa kepada Allah selaku tuan punya kepada sifat
yang ada atas diri kita ini. Apabila kita sedar bahawa sifat-sifat yang
kita miliki dan yang ada atas diri kita ini sebenarnya adalah hak Allah.
Dari itu jangan pula kita lupa untuk dikembalikannya semula kepada tuannya yang
asal (Allah). Inilah kaedah mengenal sifat maknawiyah Allah atas diri
kita. Apa sahaja ilmu yang kita belajar, semuanya menuju kepada
penyerahan dan mengenal Allah Ta'ala.
Kita ada mata,
telinga, mulut dan sebagainya, namun sifat-sifat tersebut, hanyalah sekadar
menumpang sifat penglihatan, pendengaran dan kalam Allah. Sifat yang ada
pada diri kita itu juga, hanyalah sifat sementara yang menumpang kasih dari
sifat Allah. Setelah sedar yang diri kita sekadar menumpang, janganlah
kita bersifat anggkoh, bakhil, kedekut, tamak, dengki, khianat dan jangan
bersifat sombong. Buat apa sombong, sedangkan pakaian yang kita pakai
ini, bukannya milik kita.
Jika kita sudah sedar
bahawa itu adalah barang pinjaman, harapnya dikembalikan dengan seberapa segera
yang boleh, jangan bertangguh-tangguh lagi. Jika ditangguh-tangguh,
bimbang nanti kalau-kalau ajal terlebih dahulu datang menjemput sebelum
sempat untuk dikembalikan.
Tujuh sifat ma'ani
Allah dan sifat maknawiyah Allah itu, hanya akan dapat diterjemah melalui
penzahiran sifat makhlok, seumpama anggota mata pada sifat ma'ani bermakna
penglihatan pada sifat maknawiyah Allah, yang hanya dapat diterjemah melalui
diri kita. Seumpama sifat pendengaran dan berkata-kata pada maknawiyah,
bila diterjemah pada diri kita, ianya akan memperlihat dan mempamerkan sifat
kekuasaan Allah atas sifat diri kita sebagai makhlok. Sifat dua puluh
itu, adalah sifat Allah, sungguhpun begitu, kita hendaklah mentafsirkan ia ke
atas diri kita, barulah kita dapat mengenal Allah melaluinya.
Dari itu juga, ianya
menampakkan dan memperlihatkan lagi betapa kecil dan kerdilnya kita.
Tanpa sifat-sifat Allah, kita bukanlah siapa-siapa. Kita tidak boleh
berdiri sendiri, tanpa zat Allah. Bagi yang berpandangan, cuba-cubalah
tiliki diri sendiri, dengan cara mengenal diri sendiri, InsyaAllah
mudah-mudahan supaya Allah pula dapat kita knenal.
Renungi
sedalam-dalamnya ke dalam diri masing-masing. Disitu akan kita temui diri
kita yang sebenar dan temui juga akan kebesaran, kesempurnaan dan keagungan
Allah. Sifat yang kita pakai dan sifat yang kita bawa ini adalah hak
Allah Taala sepatutnyalah dan selayaknyalah dikembalikan dan dipulangkannya
semula kepada yang berhak.
Diri kita tidak ubah
seumpama sifat orang yang sudah mati. Sungguhpun orang mati ada mata, ada
telinga dan ada mulut tetapi mata, mulut dan telinganya tidak dapat berfungsi
apa-apa tanpa yang menghidupkannya. Yang menghidupkan ma'ani itu, adalah
sifat maknawiyah Allah.
Pelajaran ini adalah
semata-mata untuk menyedarkan kita, untuk menginsafkan kita bahawa, yang
empunya penglihatan, pendengaran, suara, suami, isteri, anak, makan minum,
kesihatan, pakaian, perlindungan tempat tinggal dan sebagainya itu, adalah
datangnya dari Allah swt belaka dan bukannya dari hasil daya usaha atau titik
peluh kita. Kebanyakkan dari kita tidak nampak dan tidak sedar, yang
semua itu adalah datangnya dari Allah. Ada diantaranya, sengaja buat-buat
tidak nampak.
Kebanyakkannya hanya
pandang sifat mulut, hanya nampak sifat mata dan hanya lihat sifat telinga,
tidak terpandang oleh mereka kepada yang empunya penglihatan, pendengaran dan
tidak terpandang kepada tuan asal yang empunya segalanya. Sekali lagi
marilah sama-sama kita kembali kepada Allah. Supaya dengan cara ini, kita
memperolehi ketenangan jiwa, redho dengan apa yang berlaku, ikhlas dalam
beribadah, jujur dalam pekerjaan dan membuatkan hati kita sentiasa berserah
kepada Allah Yang Maha Esa.
Bagi yang masih tidak
nampak, sesungguhnya mereka itu buta. Buta mata zahir dan buta mata hatinya.
Selagi diri tidak dibinasakan (diserahkan) kepada Allah selaku tuan asal yang
empunya segalanya, selagi itulah kita tidak akan dapat untuk membezakan antara
sifat Allah dengan sifat diri kita. Apakah mereka sangka sifat diri kita sama
dengan sifat Allah! Sifat Allah tidak sama dengan sifat makhlok, tetapi
dalam masa yang sama, ianya juga tidak lain dari itu.
Hidup ini seumpama
suara yang tersimpan di dalam halkum. Segala apa yang terjadi (terzahir)
dan yang bakal terjadi itu, sudah sedia ada dalam pengetahuan Allah, sudah
tertulis, termeterai dan terpahat di dalam ilmu Allah sejak azali lagi, tanpa
berubah atau terpinda sedikitpun darinya. Segala kejadian itu, akan
terjadi dan akan terzahir mengikut apa yang sudah tersurat, itulah makanya
sebagai umat Islam, di sarankan supaya berserah diri dan menyerahkan
segala-galanya kepada Yang Maha Mengetahui.
Bagi mereka-mereka
yang mengenal diri dan bagi mereka yang mengenal Allah, sifat diri yang
dimilikinya sudah dianggap telah menjadi milik Allah swt. Anggaplah yang
diri kita ini, sebenarnya telah mati (matikan diri kita sebelum kita mati),
apabila tiba waktu mati yang sebenar, kita tidak lagi membawa apa-apa hutang,
tuntutan dan dakwaan Allah.
Seandainya telah
berjaya mengembalikan semuanya kepada Allah, jadilah mati kita itu, suatu mati
yang suci, bersih dan diterima Allah. Mati para sufi, ambia', syahid dan
mati dalam golongan para-para syuhada. Hubungan sifat ma'ani, dengan kita
itu, adalah untuk menyatakan dan menzahirkan sifat hidup, berkuasa, mendengar,
melihat, berkata-kata dan berilmunya Allah itu, dizahirkan oleh Allah melalui
sifat makhloknya. Melalui sifat kita dan sifat makhloklah, Allah
menzahirkan sifatnya.
Dari itu kita dapat
mengenal Allah melaluinya. Jika tidak dijadikan makhlok, bagaimana untuk
mempamerkan kebesaranNya. Bagaimana lahar gunung berapi yang ada diperut
bumi memperkenalkan dirinya, jika tidak dizahirkan dengan cara memuntahkan
laharnya kepermukaan bumi. Begitu juga caranya Allah memperkenalkan
dirinya melalui sifat makhlok.
Bagaimana cara Allah
memperkenalkan diriNya kepada kita, sebegitu jugalah caranya kita mengenal Allah.
Sebagaimana lahar
gunung berapi memperkenal dan memperlihatkan dirinya dengan memuntahkan
laharnya kepermukaan bumi. Begitu juga Allah memperkenalkan dirinya
melalui penzahiran sifat makhlok. Dengan mencipta makhlok, Allah dapat
menzahirkan dan memperkenalkan dirinya kepada makhlok. Dengan cara
itu juga bagi sesiapa yang dihatinya berhajat untuk mengenal Allah, lihatlah
kepada kejadiannya (makhlok), dengan cara melihat makhlok dan dengan cara
melihat kepada diri kita sendiri, InsyaAllah bagi sesiapa yang berpandangan dan
berhati basyirah, akan dapat memandang Allah melaluinya.
Allah memperkenalkan
diriNya melalui makhlok dan melalui diri kita, kenapa kita, tidak dapat melihat
Allah melaluinya!. Bagi yang tidak dapat nampak Allah melaluinya, sesunggihnya
teramat sangat butalah hati mereka. Bagi yang dibuka Allah akan pintu
penglihatan dan bibuka pintu pandangannya, pelajarilah sifat 20 dengan sempurna
agar Allah juga dapat dikenal dengan penuh sempurna. Bertitik tolak dari
sifat 20, kita tahu siapa diri kita dan hubungannya dengan Allah. Ilmu
serta kefahaman kita dalam sifat maknawiyah, nantinya akan membawa kita kepada
tahap mengenal diri dengan lebih mendalam dan sebenar.
Itulah tujuan
diperkenalkan ilmu maknawiyah melalui sifat 20. Ilmu maknawiyah itu
tercipta bukan untuk sekadar menjadi hafalan dimulut ulamak atau hanya sekadar
coritan dihalaman kitab, diciptanya ilmu sfat maknawiyah dan sifat-sifat yang
lainnya, adalah bertujuan untuk dihayati, diamati, dan diselami sehingga sampi
kepada tahap mengenal Allah dan mengenal sifat hamba (diri sendiri).
Supaya dengan cara itu, kita dapat membezakan antara sifat hamba dengan sifat
khalik (tuan)
Setelah timbulnya
kesedaran itu, akan hilanglah perasaan dakwaan diri. Dakwaan bahawa yang
diri kita itu besar, kaya, kuat, alim, ulamak dan akan hilanglah perasaan
kebesaran diri. Apabila hilang sifat kebesaran, maka timbullah sifat
kerendahan diri. Kesedaran bahawa diri kita ini bersifat seorang hamba
yang fakir, hina, merendah diri, serba kekurangan, daif dan miskin yang perlu
balik semula kepangkuan Yang Maha Berkuasa.
Bagaimana Cara Untuk
Berpegang Kepada Sifat Maknawiyah ?.
Pengajaran dan iktibar
yang dapat kita ambil dalam kaedah mengenal diri melalui sifat maknawiyah
adalah bahawasanya di peringkat ini, Allah telah menzahirkan tujuh
sifat-sifatNya sebagaimana diatas, yang disandarkan ke atas diri makhlokNya
(diri kita). Oleh itu untuk melihat Allah lihatlah kepada sifat
maknawiyah. Maknawiyah adalah seumpama limpahan lahar gunung
berapi. Semasa lahar masih berada di perut bumi, tidak ada siapa yang
mengenalinya, selepas laharnya diluahkan kepermukaan bumi, barulah kita kenal
apa itu lahar.
Begitu juga halnya
dalam kaedah Allah, untuk memperkenalkan diriNya kepada kita. Untuk diriNya
dikenali, maka dizahirkanlah sifat maknawiyah seumpama sifat yang maha memberi
penglihatan (basirun), dilahirkan melalui sifat basor (melihat) dan
diterjemahkan atas mata kita. Sifat yang maha memberi pendengaran
(sami'un), dizahirkan melalui sifat sama' (mendengar) dan diterjemahkan atas
telinga kita. Begitulah seterusnya cara Allah memperkenal dan
memperzahirkan sifatNya kepada kepada kita.
Bertitik tolak dari
situ jugalah, membuatkan kita dapat mengenal Allah melaluinya. Melalui
penglihatan, pendengaran, akalan, tutur kata dan sebagainya, yang membawa kita
kepada mengenal sifat diri sendiri dan mengenal pula sifat Allah.
Sekarang baru kita sedar dan baru kita kenal diri kita yang sebenar bahawa
segala sifat penglihatan, pendengaran dan seumpamanya yang selama ini dianggap
hak kepunyaan kita, sesungguhnya semua itu, merupakan hak milik Allah dan
bukannya hak milik kita, dengan itu kembalikanlah kepadaNya.
Kuasa yang ada pada
diri kita ini, sebenarnya merupakan kiasan Allah keatas diri kita, kiasan bagi
memperlihatkan sifat kekuasaan diriNya. Dari sifat kekuasaan diriNya itu,
supaya dapat pula dipandang dan dilihat oleh sekalian makhlok. Supaya
melalui penzahiran sifat kekuasaan Allah itu juga, mudah-mudahan bagi yang
berpandangan jauh (tasauf) dan bagi mereka yang berhati basirah, akan dapat
mengenal Allah melakuinya. Dengan terzahirnya sifat ma'ani atas diri
kita, Allah telah menumpangkan pula sifat maknawiyahNya ke atas sifat
ma'ani. Seumpama Allah jadikan mata, kemudian Allah menumpangkan pula
sifat penglihatanNya keatas mata. Dari situ membuatkan kita tahu dan
sedar bahawa sifat ma'ani dan maknawiyah itu, sebenarnya sifat Allah dan
bukannya sifat kita. Apabila kita tahu yang ma'ani dan maknawiyah itu sifat
Allah, bermakna sifat mata dan sifat penglihatan kita itu juga adalah hak milik
dan kepunyaan Allah. Jadi, mana yang dikatakan sifat kita dan mana yang
dikatakan sifat diri kita, jika semuanta menjadi milik dan kepuntaan Allah!.
Sedarlah duhai diri
kita sekalian, bahawasanya sifat diri kita yang sebenarnya, telah tidak ada,
telah diambil oleh Allah. Allah bukan merampas, meragut atau menyita hak
kita, tetapi Allah telah mengambil kembali hakNya. Apabila kita mengaku
yang harta itu hak kita, itulah yang menjadikan kita anggap Allah merampas dan
menyita harta kita. Harta yang diambil Allah itu, sebenarnya adalah harta
milikNya. Yang sebenar menjadi perampas itu bukan Allah, tetapi
kita. Kitalah yang merampas harta Allah dan dijadikan sebagai harta
sendiri. Apabila Allah ambil balik, kita tuduh Allah pula yang merampas
harta kita, sedangkan kita itulah sebenarnya menjadi perampas, penyangak
dan peragut harta Allah.
Setelah semua sifat
telah menjadi hak Allah dan diserahkan semula kepada Allah, jangan hendaknya
kita merampas kembali apa yang sudah menjadi hak Allah. Biarkanlah ianya
tetap menjadi hak dan milik Allah selamanya dan biarkanlah kita kekal dengan
sifat kosong, fakir, kuli, hina, miskin, kuli dan hamba Allah selamanya.
Tetap kekal dan berkekalan sifat baqo' kita dalam wajah Allah. Biarpun
kita disaluti dengan pakaian kuat, gagah, cantik, melihat, mendengar, bertutur
kata dan sebagainya, sesungguhnya semua itu adalah hak Allah.
Apabila ianya sudah menjadi hak Allah, janganlah hendaknya pakaian Allah itu
sampai terlekat pada tubuh kita. Yang menjadi pakaian kita, adalah sifat
hina, rendah diri, tawakkal, berserah, bertaubat, menyesal dan fana'.
Apabila kita pakai
pakaian Allah, itulah yang membuatkan diri kita itu, dikatakan diri yang
terdakwa. Untuk menolak dakwaan Allah keatas diri kita, jangan
sekali-kali memakai pakaian Allah. Segala sifat kebesaran adalah pakaian
Allah, jangan kita memakainya. Tujuan diperkenalkan sifat maknawiyah,
bagi mengajar diri kita bahawa tujuh sifat maknawiyah yang kita pakai itu bukannya
hak milik kita dan bukan sifat kita, tujuh sifat tersebut adalah sifat yang
menjadi hak milik Allah yang mutlak.
Dengan itu marilah
sama-sama kita sedar dan sama-sama kita insaf bahawa sesungguhnya tujuh sifat
yang selama ini kita anggap milik dan kepunyaan kita itu, sesungguhnya adalah
hak dan milik Allah. Hendaknya ia dikembali dan diserahkan nya semula
kepada tuannya yang asal dan tuan punya yang empunya segala sifat.
Yang bernama nyawa
kepada kita, sebenarnya itulah sifat hidup bagi Allah. Yang bernama akal
pada kita, sebenarnya sifat mengetahui bagi Allah. Yang bernama kekuatan
pada diri kita, sebenarnya itulah sifat berkuasa bagi Allah. Yang bernama
niat pada kita, sebenarnya itu adalah sifat berkehendak bagi Allah. Yang
bernama mata pada kita, sebenarnya itulah sifat melihat bagi Allah. Yang
bernama telinga pada kita, sebenarnya itulah sifat mendengar bagi Allah dan
yang bernama kuat pada kita, itu adalah siat kudrat bagi Allah.
Jadi marilah kita
mengambil insaf bahawa, yang ada pada diri kita ini, sesungguhnya adalah hak
milik dan kepunyaan Allah yang tidak ada sedikit pun yang menjadi kepunyaan
kita, melainkan yang ada pada kita itu, hanyalah sekadar kiasan nama
panggil-panggilan semata-mata. Diri kita sesungguhnya tidak punya
apa-apa. Ini sahajalah pengajaran yang hendak disampaikan dan hendak
diketengahkan oleh pencipta sifat 20, khasnya di tahap sifat maknawiyah.
Sifat maknawiyah
adalah sifat penzahiran sifat Allah atau sifat bagi menyatan kekuasaan Allah
yang sebelumnya terpendam dan tidak terzahir, kini Allah melimpahkan dan
menzahirkan sifatNya melalui makhlokNya supaya kita mengambil insaf dan
mengambil faham bahawa barang yang kita miliki ini, sebenarnya adalah barang
kepunyaan Allah, yang hendaknya dikembalikan semua kepada Allah.
Apabila sifat yang
tujuh itu telah selamat dikembalikan semula kepada Allah, maka selamatlah
pelajaran kita dalam bab sifat maknawiyah....
BERSAMBUNG….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan