PENGANTAR kepada MEMAHAMI PEMIKIRAN IBNU ARABI 03
METAFIZIK ISLAM:
MERUJUK KHUSUS AL-FUTUHAT ALMAKKIYYAH KARYA IBN AL- `ARABI
Oleh : Mohd Sani Badron (PhD )
Abstrak
Kitab-kitab
besar metafizik (tasawwuf) seumpama al-Futuhat
al-Makkiyyah, agar
dapat dihargai secara kritis, perlu ditekuni secara yang betul.
Melalui makalah
ini, kedudukan Futuhat yang wajar di antara karya-karya Ibn al-`Arabi dinyatakan
dalam ruang-lingkup latar-jaya kehidupan pengarangnya.
Penjelasan
juga akan diberi mengenai asas Kitab tersebut berkaitan epistemologi, dan dasar
pandangan hidup Islam menurut Futuhat mengenai apa yang seseorang Muslim perlu i`tiqadkan
secara umum dalam shahādah lā ilāha
illā Allāh.
Katakunci:
Al-Futuhat
al-Makkiyyah,
karya-karya Ibn al-`Arabi, latar-jaya kehidupan Ibn al-`Arabi, epistemologi
Ibn al-`Arabi,
epistemologi Sūfī, lā ilāha illā Allāh, shahādah, i`tiqād, pandangan hidup Islam, metafi zik Islam, tasawwuf.
Pendahuluan
Pendekatan
makalah ini dalam menghargai secara kritis kitab-kitab metafizik ataupun
tasawwuf seumpama al- Futuhat
al-Makkiyyah adalah
seperti berikut:
Pertama,
akan disinggung secara ringkas mengenai cara yang betul untuk mengkaji sesebuah
buku agung; kedua, dengan rujukan khusus kepada Futuhat,
kedudukannya di antara karya karya yang lain oleh Ibn al-`Arabi akan
dinyatakan; ketiga, menyorot kedudukan Futuhat di tengah-tengah latar-jaya pengarangnya; keempat,
menjelaskan asas-asas Futuhat dari segi epistemologi; dan kelima, melihat
dasar-dasar pandangan hidup Islam dari pernyataan Futuhat mengenai apa
yang orang Islam perlu i`tiqadkan secara umum dalam shahadah la ilaha illa Allah, tanpa
penelitian dan penjelasan lanjut.
Sekurang-kurangnya
ada dua cara untuk mengkaji sesebuah buku…
Pertama adalah
cara yang salah tetapi sudah menjadi kebiasaan ramai, iaitu dengan menganggap bahawa
buku memaktubkan perkataan-perkataan yang mati atau lesu.
Maka
jadilah buku itu umpama benih sebij yang
kering dan gersang, ditanam pula dalam akal yang mandul si pembacanya—hasil
pembacaannya hampa dan sia-sia, tidak berguna.
Kedua adalah
cara yang betul iaitu dengan memahami pangkal-bicara buku tersebut yang menjadi
asas dan dasarnya; memahami sejauh mana kekuatan segala kesimpulan buku itu;
memahami jawaban-balas demi menyahut sebarang bangkangan terhadap buku
tersebut; dan memahami susun-atur buku itu secara menyeluruh.
Maka
jadilah membaca buku umpama melihat pohon yang subur akarnya—perdunya
berkena-mengena jua dengan batang dan dahan, cabang dan ranting, daun dan pucuknya.
Latar Al-Futuhat
al-Makkiyyah
Al-Futuhat
al-Makkiyyah merupakan
satu daripada sekian banyak kitab yang dikarang oleh Ibn al-‘Arabi yang jika dikumpul
jumlah karya-karyanya yang beliau pernah sebut ada 317 buah buku yang beliau
karang. Angka 317 ini merujuk kepada judul-judul buku yang pernah dipetik oleh
Ibn al-`Arabi sendiri
sebagaimana lazimnya amalan seseorang pengarang; namun jumlah sebenar karyanya
boleh dijangkakan melebihi jumlah tersebut.
Kajian
tersebut kemudian diterbitkan sebagai 2 jilid buku yang menyenaraikan lapan
ratus empat puluh enam (846) buah karya yang dianggap sebagai karangan Ibn
al-`Arabi. Selepas
ditolak buku-buku yang disangsikan pengarang sebenarnya, masih ada lebih empat
ratus (400) karangan Ibn al-`Arabi. Walau bagaimanapun, hanya sekitar 100 tajuk sahaja
yang telah dikenalpasti benar naskhah manuskripnya oleh para sarjana semasa.
Menarik
disebut bahawa lebih 400 karangan itu ditulis dalam jangkamasa 44 tahun; iaitu,
purata 10 buku setahun, semenjak dari kitab pertamanya Kitab Mashahid al-Asrar al-Qudsiyyah ditulis
pada waktu umurnya 30 tahun, iaitu dalam tahun 590 H./1194 M., hinggalah ke
tahun terakhir beliau menulis iaitu 636 H./1238 M.
Menurut
Osman Yahia, karya-karya tersebut boleh dibahagikan kepada pelbagai disiplin
ilmiah: tafsir al- Qur’an (sekitar
40 buah); hadith
(sekitar 20 buah); ‘ulum al-haqa’iq (metafi zik Islam) (sekitar 40 buah); ‘ulum al-asrar (esoterik
Islam) (sekitar 300 buah); usuluddin (sekitar 45 buah); akhlak, etika, moral dan
persuratan (al-adab) (sekitar 180 buah); perundangan Islam (fi qh) (sekitar
15 buah); sejarah (sekitar 20 buah); puisi (sekitar 20 buah); dan yang
selainnya juga.
Daripada
lebih 400 karangan itu, sebahagiannya adalah karya kecil, tetapi sebahagian
lagi terkandung dalam jilid besar.
Ibn
al-`Arabi pernah
menyatakan bahawa beliau menulis hingga 64 jilid satu kitab tafsir al-Qur’ān, al- Jam‘ wa l-Tafsil fi Ma‘rifah
Ma‘ani al-Tanzil yang
merangkum hingga Surah Maryam iaitu surah ke-19, hingga ayat yang ke 59.2 Jika
dilihat bahawa tafsir beliau yang sebanyak 64 jilid ini hanya merangkumi
sehingga juzuk ke-16 sahaja,
maka bolehlah diunjurkan bahawa sekiranya tafsir
tersebut lengkap ditulis ia akan mencapai lebih 120 jilid.
Pada hemat saya, banyaknya karya-karya Ibn
al-`Arabi ini menuntut sikap
yang saksama kepada keilmuannya. Walaupun seseorang
itu mungkin tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan
Ibn al-`Arabi, jelaslah tidak
adil untuk menuduhnya sesat secara terburu-buru,
tanpa terlebih dahulu mendapatkan pandangan yang
lebih menyeluruh mengenai
pemikirannya.
Saya
pernah terjumpa rencana semberono satu mukasurat yang mengkafirkan Ibn al-`Arabi! Mengkafi
rkan, atau menuduh sesat, yang dilakukan dengan sikap bermudah-mudah atau
simplistik, merupakan perbuatan kebudak-budakan yang takut kepada bayang-bayang
sendiri di tengah-tengah samudera pemikiran tokoh ini.
Al-Futuhat
al-Makkiyyah ditulis
tangan oleh Ibn al-`Arabi sendiri dalam 2 edisi. Edisi pertama ditulisnya dalam
masa 31 tahun
antara tahun 598H./1202M. hingga 629H./1231M., dalam 20 jilid.
Tiga tahun
kemudian, Ibn al-`Arabi mula menulis edisi kedua pula yang memperbaiki bahagian tertentu
berkenaan gaya
bahasa dan penghalusan isi yang tidak melibatkan perubahan besar kandungan buku.
Edisi kedua itu
siap selepas 4 tahun, dalam tahun 636H./1238M., dalam 37 jilid, dan sekarang
ada tersimpan di Evkaf Musesi, Perpustakaan Suleimaniye, di Istanbul, Turki.3 Cetakan
moden pertama adalah dalam tahun 1274H./ 1857M. di Istanbul dengan dibiayai
oleh Amir ‘Abd
al-Kader al-Jazā’iri, yang terkenal sebagai pahlawan Islam yang memimpin
penentangan bersenjata terhadap penjajahan Perancis di bumi Algeria di
pertengahan abad ke-19 (1830
1847M.).
–
Dalam
cetakan terkenal edisi Qāhirah 1911/1329 yang ada sekarang ini, ia mencakupi
lebih 2,600 halaman dalam 560 bab dan 7 bahagian (1 muqaddimah + 6 fusul).
Kepada soalan
kenapakah ada 560 bab, ada dua dugaan yang boleh diberikan. Pertama, kerana ada 560 kalimah yang terkandung
dalam al-Qur’an surah al-Fath, secocok dengan judul kitab ini al-Fath al-Makki (atau dalam bentuk jamaknya al-Futuhat al-Makkiyyah).
Kedua,
kerana Ibn al-`Arabi lahir pada tahun 560 selepas Hij rah; justeru 560 bab
mencerminkan jangkamasa dalam zaman Islam antara hij rahnya Rasulullah ke
Madinah dengan lahirnya Ibn al-`Arabi ke dunia.
Justeru
mungkin sahaja dalam cita-cita ilmiah Ibn al-`Arabi buku ini merupakan
khulasah
(intisari ringkas) yang mencerminkan jangkamasa 560 tahun yang tersebut, dengan
penekanan kepada makna mendalam al-Qur’ān, Hadith, Shari ‘ah dan khabar
para anbiya’. Pada
halaman 597, jilid 1, disebut: ( komputer tak dapat baca tulisan jawi ini
---hanya maksud yang disalin )
Maksudnya:
Anutan kami dalam (mengarang) Kitab ini, dengan segenap kemampuan, bercirikan ringkas
dan singkat. Sesungguhnya ini Kitab yang sangat besar, mengandungi apa yang
tidak boleh tidak darinya di jalan Allah (tarīqillāh), dari pangkal membawa ke usul; adapun percabangan
dan percawangannya, sungguh hampir tidak terbatas― bahkan sememangnya tiada
terbatas [untuk dikandung dalam sesebuah Kitab].
Manakala
kepada soalan kenapa ia dibahagikan kepada 7 penggal, jawapannya kerana ia
secocok dengan 7 sifat utama Allah, iaitu:
1.
Muqaddimah; berbetulan dengan sifat-Nya Maha Hidup (al-Hayy), sebagai
syarat sebelum wujud Sifat-Sifat-Nya yang lain;
2. Bahagian pertama, ilmu kerohanian (al-ma`arif); selaras
dengan sifat-Nya Mahaberilmu (al-`Alim) – 73 bab;
3. Bahagian kedua, perilaku (mu`amalat)
seseorang yang hendak menuntut ilmu; sesuai dengan sifat- Nya Yang Maha
berkehendak (al-Murid) – 116 bab;
4. Bahagian
ketiga, hal keadaan rohaniah (ahwal); sepakat dengan sifat-Nya Yang Mahaberkuasa (al-Qadir)
menghasilkan ahwal manusia di luar upayanya untuk mencapainya sendiri –
80 bab;
5. Bahagian keempat, darajat rohaniah (manazil), sesuai
dengan sifat-Nya Yang Maha Berkata (al- Mutakallim) – 114 bab, setiap satu darjat berhubung dengan satu
surah al-Qur’an, kalamullah
6. Bahagian
kelima, perbicaraan dan penghadapan rohaniah (munazalat) antara
Tuhan dan manusia; selaras dengan sifat-Nya Yang Maha Mendengar (al-Sami`) – 78 bab
7.
Bahagian keenam, kedudukan tetap rohaniah (maqamat); sesuai
dengan sifat-Nya Yang Maha Melihat (al-Basir) – 99 bab
Latar-Jaya
Pengarangnya Ibn al-`Arabi
Lahir
tanggal 17 Ramadan, 560 Hij riah atau 27 Julai 1165 Masihi di Murcia, Sepanyol
(Andalus ketika itu), nama penuh al-Shaykh al-Akbar Muhyiddin Ibn
al-`Arabi ialah Abu `Abdallah Muhammad b.
`Ali b. Muhammad b. Ahmad b.
`Abdullah al-Hatimi al-Ta’i.5
Leluhur
termashhur beliau adalah Hatim al-Ta’i, satu-satunya legenda kesatriaan dan kedermawanan
bangsa Arab silam. Bapanya (m. 590/1194) salah seorang pegawai kanan tentera
kerajaan al-Murabitun dan al-Muwahhidun Andalus; dan menurut khabar sejarah
bapa kandung dan tiga bapa saudara Ibn al-`Arabi adalah di
kalangan mereka yang punya himmah rohaniah yang unggul atau awliya’ullah.
Oleh
kerana tarikh lahir beliau adalah lebih kurang setahun sebelum kewafatan `Abdul
Qadir al-Jilani (m. 561/116),
Ibn al-`Arabi merupakan
sezaman dengan tokoh tokoh seperti Suhrawardi al-Maqtul (m.
587/1191), Abu Madyan
(m. 594/1197-98), Ibn Rushd (m. 595/1198-99), Ibn al-Jawzi (m.
597/1200), Maimonides (m. 601/1204), Fakhr al- Din al-Razi (m.
606/1209), Najm al-Din Kubra (m. 618/1221), Farid al-Din Attar (m.
627/1229), dan Shihab al-Din
Suhrawardi (m. 632/1234-35).
Dalam medan politik pula, dunia
Islam saat itu
sedang digugat di sebelah Sepanyol oleh Reconquista (Cordoba ditawan dalam
633/1236); di sempadan Timur oleh serbuan tentera Salib; dan dalam
tahun 638/1240, kaum Mongol telah menghancurkan kota Kiev dalam pawai mereka yang cukup
menggerunkan meluru ke bandaraya Baghdad .
Kehidupan
Ibn al-`Arabi sewaktu belasan
tahun adalah bebas dan menyeronokkan. Dia seorang remaja lelaki yang gemar
berburu dan menjalani latihan ketenteraan, dan untuk menurut jejak langkah
ayahnya, dia memasuki perkhidmatan tentera.
Menurut
cerita Ibn al-`Arabi kepada Ibn Sha‘‘ar al-Mawsili (m. 654/1256), waktu mereka berjumpa di Aleppo , Syria
pada 6 Rabi` al-Awwal
635/27 Oktober 1237,
What led
me to leave the army, on the one hand, and to take up the [Sufi] Path on
the other hand, was this: I had gone out one day with Prince Abu Bakr [b.] Yusuf b.
`Abd al-Mu’min in Cordoba .
We went to the great mosque and I watched him while he bowed and prostrated
himself in humble and contrite prayer. I then remarked to myself, ‘If someone
like this, who is no less than the sovereign of this country, is submissive and
humble, and behaves in such a way towards God, it is because this lower world
is nothing!’ I left him that same day, never to see him again, and undertook
the Path.
Menurut
salah seorang penulis biografi Ibn al-`Arabi: ketika berusia lima belas tahun, sewaktu
dalam khalwah, beliau telah dianugerahi fath rohaniah oleh Allah, yang menjadikan beliau seorang yang memiliki
ilmu-ilmu rohaniah yang hebat lagi mengagumkan; hingga pakar falsafah yang
telah berumur lagi ternama Ibn al-Rushd meminta untuk bertemu beliau.
Dalam
jangkamasa ini, selaku seorang majdhub, Ibn al-`Arabi telah melepasi kesemua turutan maqam
rohaniah. Tetapi hanya setelah lima
tahun kemudian baharulah beliau mula menggiatkan diri dengan amalan-amalan dan
latihan-latihan kerohanian.
Dalam
tahun 598/1202 Ibn al-`Arabi telah dilantik sebagai khatm al-walayah al-muhammadiyyah. Selepas para rasul, nabi, dan
pengikut terdekat, ‘mohor wali muhammadi’ adalah: “makhluk yang paling berilmu mengenai Allah, justeru
tiada yang sezaman atau selepas zamannya berilmu mengenai Allah dan mawaqi‘ al-hikam lebih daripadanya”.
Juga, “tidak ada wali selepasnya di atas kalbu Muhammad s.a.w.,
dan tiada wali sesudahnya
melainkan merujuk kepadanya”.
Ibn
al-`Arabi juga cukup
terdidik dengan ilmu-ilmu tradisional seperti al-Qur’an, al-hadith, sirah Rasulullah s.a.w.,
fi qh, serta persuratan dan kesusasteraan Arab. Ibn al-`Arabi memiliki
penguasaan yang kukuh mengenai al- Qur’an, `ulum al-Qur’an, dan `ulum al-qira’ah sehingga—seperti yang telah dinyatakan di atas
tadi—
Khabarnya
salah satu daripada sekitar 37 buah kitab tafsir al-Qur’an karangan
beliau, judulnya al-Jam`
wa I-Tafsil fi Ma`rifah Ma`ani al-Tanzil yang menghuraikan al-Qur’an daripada
tiga aspek jamal, jalal, dan kamal, walaupun hanya sempat digubah sehingga surah Maryam
(surah
kelapan belas) sahaja, menjangkau hingga enam puluh empat jilid.
Hinggalah
ke penghujung hayatnya, beliau terus-terusan mempelajari `ulum al-hadith dan
sihah sittah Muslim, Bukhari, al-Tirmidhi, Ibn Majah, Abu Dawud, dan al-Nasa’i, sehingga mampu menulis sekitar 17 buah kitab hadith,
antaranya Kitab al-Misbah fi l-Jam‘ bayna al-Sihah.
Menurutnya
sendiri, beliau telah mentelaah kesemua masalah, qawl dan dalil fi qhiyyah yang
terdapat sejak awal Islam hinggalah ke zaman beliau.
Beliau
turut meminati persuratan dan kesusasteraan kerana ia adalah alat pendidikan
yang cukup berkesan lagi ampuh untuk menyatakan pengajaran akhlakiah dan hikmah
yang universal sifatnya.
Kebanyakan
daripada guru-guru kepada Ibn al-`Arabi adalah tokoh pendidik termasyhur pemerintahan al- Muwahhidun di
Andalus dan bahagian lain dunia Islam.
Banyak
mengembara, awalnya sekitar Andalus dan kemudiannya menempuhi luasan dunia Islam, Ibn
al-`Arabi merentas (kebanyakannya
menerusi jalan-darat) Seville, Cordoba, Marchena, Algeciras, Ceuta, Tlemcen,
Tunis, Fez, Ronda, Granada, Almeria, Salé, Marrakech, Ibjisal, Anjal, Bougie,
Kaherah, Hebron, Jerusalem, Madinah, Makkah, Taif, Baghdad, Mosul, Malatya,
Konya, Aleppo, Siwas,
Dan akhir sekali
bermastautin di Damsyik, dari tahun 620/1223 hinggalah kewafatannya pada 22 Rabi`ul Akhir
638/1240.12
Dalam
pengembaraan-pengembaraan tersebut, para raja dan sultan—seperti Malik al-Zahir Ghazi anak
kepada Sultan Salah al-Din al-Ayyubi (m.612/1216), Malik al-`Adil Abu Bakr b.
Ayyub
(m.615/1218), Sultan ‘Izz al-Din Kayka’us (m.615/1218), Sultan al-Nur b.
al-Rashid
(m.615/1218), dan Malik al-‘Aziz (m.630/1233)—telah menganugerahkan penghormatan yang
tinggi kepada beliau.
Mereka
sebaliknya telah diberikan nasihat-nasihat keagamaan yang tegas oleh Ibn
al-`Arabi, bukan
sahaja untuk kebahagiaan diri mereka sendiri, tetapi juga demi keselamatan dan
kesejahteraan rakyat.
Antara
lain, Ibn al-`Arabi telah menyeru mereka agar mempertahan- kan ketinggian kalimatullah sewaktu berjihad
mendepani gelombang serbuan tentera Kristian dalam Peperangan Salib ketika itu.
Dalam kesempatan terbatas ini, diperturunkan
sebahagian isi surat
Ibn al- Arabi kepada
Sultan `Izz al-Din Kay Ka’us, yang membidas baginda kerana terlalu tunduk kepada
masyarakat Kristian dalam suasana berkobarnya Perang Salib:
The worst
thing that Islam and Muslims suff er in your realm is the sound of
bells, the manistestation of infi delity (al-kufr), the
affi rmation of an associate of Allah (i`la’ kalimat
al-shirk), and the disappearance of the
rules instituted by the Prince of Believers, Umar b. al- Khattab,
regarding dhimmis: namely that neither in the city itself nor in the
surrounding regions are they to build new churches, monasteries or hermitages,
that they are not to repair any of these buildings if they become dilapidated,
that they are not to prevent any Muslim from being given food and shelter in
their churches for a period of up to three days, that they are not to hide
spies, that they are not to conspire in secret against Muslims, that they are
not to teach the Qur’an to their children, that they are not to make public
show of their polytheism (shirk), that they are not to prohibit their relatives from
Islam if they
want to, that they are to respect the Muslims, that they are to stand up for
them from their seat if they want to sit down, that are not to imitate the
Muslims’ dressing: neither in cap nor turban nor shoes, that they are not to
part their hair, that they are not to be named by the Muslims’ names, nor to be
called by the surname of the Muslims’, that they are not to have saddles to
their horses, that they are not to put on sword, not to take on any arms, that
they are not to engrave their fi nger ring with Arabic, that they are not to
sell wine, that they are to trim their front hair, and wear their dress
wherever it may be, that they are to wear waste-belts, that they are not to
take out the Cross nor anything of their scriptures in Muslim habitation, that
they are not to ring bells [at times of Muslim prayers] except mildly, that
they are not to raise their voice in their recitation [of hymn] in their
church, whenever the Muslims are present, that they are not to go out with
disheveled hair, that they are not to raise their [wailing] voice, nor show off
fi re, due to their deceased, that they are not to buy the slaves that are
transacted between the Muslims. If they contradict anything conditioned over
them, then there is no protection for them, and they are due to be punished by
the Muslims like what is due to the people of hostility and trouble (ahl al-mu`anadah wa ’l-shiqaq).
Beliau
turut bertemu dan kadang-kadang bertembung dengan alim-‘ulama’, para
faylasuf,
mutakallimun, fuqaha’, sufi
palsu dan sufi hakiki (al-muhaqqiqun), dan setiap tabaqat awliya’ullah.
Antara
murid Ibn al-`Arabi termasuklah para pemuka metafi zika dan kerohanian Islam seperti
‘Abdullah Badr al-Habashi (m.
618/1219), Isma‘il b. Sawdakin al-Nuri (m. 646/1248), Sadruddin al-Qunawi (m.
672/1274), dan ‘Afif al-Din al-Tilimsani (m. 690/1291); tokoh muhaddith seperti ‘Ali b. Muzaff ar
al-Nushbi (m.
656/1258); ahli fi lologi seperti Husayn al-Irbili; serta pakar khat seperti Ibrahim b. ‘Umar
al-Qurashi.16
Sekali lagi kita sebut, bahawa beliau mewariskan
kepada generasi mendatang sekitar 400 karya.17 Daripada lebih empat ratus buah
kitab ini, karya Ibn al-`Arabi yang paling kukuh
tak syak lagi adalah yang sedang kita perkatakan al-Futuhat
al-Makkiyyah fi Ma‘rifat al-Asrar
al-Malikiyyah
wa I-Mulkiyyah yang dikarang dalam
jangkamasa tiga puluh tahun dan draf terakhirnya disiapkan dalam tahun
636/1238. Futuhat
mungkin sintesis terhebat dan pemaduan teragung akan
huraian pandangan hidup Islam yang bersifat
sekaligus naqliah, dhawqiah, dan fi kriah; dalam lima ratus enam puluh bab.
Edisi
kritis baru Futuhat yang dimulakan suntingannya oleh Dr. Osman Yahia
(yakni semenjak 1972), dij angka akan menjangkau hampir empat puluh jilid, dan bakal
merangkum lebih dua puluh ribu halaman. Tak hairanlah kalau Dr. Osman
menggelarkan Futuhat sebagai The
Encyclopaedia of Islamic Esoteric atau Summa Mystica of Islam
Walau
bagaimanapun, karya Ibn al-`Arabi yang paling terkenal—sekali gus paling famous dan paling
notorious dalam sejarah kaum Muslimin—adalah Fusus al-Hikam wa I-Khusus al-Kalim yang
ditulis bertahun lebih awal sekitar 627/1229.
Khusus
berkenaan kitab Fusus ini
sahaja, Osman Yahia menemui 195 kitab dikarang oleh para sarjana Islam lain
untuk menghurai dan mensyarahkannya. (Penganalisa al-Ghurab dalam Sharh Fusus al-Hikamnya
menemui 86 pernyataan Fusus yang
bercanggah lantas dianggapnya palsu berbanding dengan Futuhat.)
Ibn
al-`Arabi mempertegaskan
bahawa pengalaman rohaniah pada paras paling luhur sentiasa bersumberkan pelaksanaan
ajaran-ajaran terperinci al-Qur’an dan al-Sunnah.
Mereka
yang ahli dalam ilmu ini boleh mengisyaratkan pengalaman mereka kepada orang
lain melalui peristilahan fi kriah (seperti kalam dan falsafah); walau
bagaimanapun, perlu ada pertimbangan yang saksama lagi tertib terhadap
keperluan dan keterbatasan tiap-tiap jenis, kebolehan dan keadaan masyarakat seseorang
manusia itu.
Kalau
sewaktu hidup beliau Ibn al-`Arabi sendiri selaku shaykh dan
pendidik kerohanian giat menyebarkan ilmu-ilmu tersebut kepada masyarakat manusia
dari Andalusia hinggalah ke Anatolia ,
selepas kewafatannya perjuangan tersebut telah disambung oleh para pewaris ilmu
beliau.
Sejarah
menyaksikan yang abad demi abad, ajaran dan silsilah rohaniah
beliau telah menjangkau dan akhirnya meliputi Timur dan Barat: Semenanjung
Tanah Arab, Afrika, Iran, Turki, Indo- Pakistan,19 Kepulauan Melayu, Tanah
Besar China; serta negara-negara maju Eropah dan Amerika Utara dunia moden.
Apapun,
kefahaman dan huraian keagamaan, malahan wibawa keperibadian Ibn al-`Arabi kemudian
telah diragui lagi disyaki, dan ajaran-ajaran beliau khasnya yang bersifat
ontologikal dan metafizik—seperti wahdat
al-Wujud—telah disanggah
hebat oleh segolongan ilmuwan zaman berikutan, diketuai oleh al-Imam Ibn
Taymiyyah (m. 728/1328). Ini telah dituruti oleh al-Subki (m. 733),
al-Ta azani (m. 792/1390), al-Khayyat (m. 811/1408), al-Biqa’i (m.
875/1470), dan ramai lagi.21
Dalam kajian
Osman Yahia yang terbit 1975 , ada sebanyak 138 fatwa yang negatif mengenai Ibn
al-`Arabi pernah
dikeluarkan sepanjang sejarah.
Walau bagaimanapun, menarik untuk dicatat
bahawa para sejarahwan dan periwayat hidup yang semuanya sezaman dengan Ibn
al-`Arabi (sebahagiannya
pernah berjumpa, malah ada seorang penulis sejarah Abu Shama
yang turut menghadiri pengkebumian Ibn al-`Arabi)
dan merakamkan perjalanan hidup beliau secara bertulis, seperti Ibn Musdi (m.
633/1234 atau 663/1265), Ibn al-Najjar
(m. 643/1245), Sibt Ibn al-Jawzi (m. 654/1255), Ibn
Sha‘‘ar (m. 654/1256), Ibn al-Abbar
(m. 658/1259), Ghubrini (m.
704/1304), al-Tadili (m.
627/1230), Abu Shama
(m. 665/1268), dan Yunini (m.
726/1326), tidak pernah menyatakan sebarang perkara yang buruk sama ada
mengenai kehidupan maupun ajaran-ajaran Ibn al-`Arabi.22
Justeru,
tidaklah menghairankan sekiranya ramai pemuka agama kita yang tetap
mempertahankan Ibn al- `Arabi dan huraian-huraian keagamaan beliau seperti Ibn ‘Ata’illah (m.
709), al-Baydawi (m. 716),
al-Fayruzabadi (m. 817),
al-Suyuti (m. 911/1505), al-Sha‘rani (m. 573/1565), Ibn Hajar al-Haithami (m. 973),
dan Murtada al-Zabidi (m. 1790 M).
Malahan,
karya dan ajaran Ibn al-`Arabi telah menjadi sumber inspirasi buat generasi yang
terkemudian dalam rencana memperislamkan pengetahuan sezaman, seperti cabangan
disiplin falsafah yakni ontologi, kosmologi, epistemologi, psikologi, etika,
jurisprudens, dll.
Antara yang
telah menggembeling tenaga dalam usaha ini adalah rantaian murid beliau Sadruddin al-Qunawi (m.
673/1274), ‘Afifuddin al-Tilimsani (m. 690/1291), Mu‘ayyaduddin al- Jandi (m. s.
700/1300), ‘Abdurrazzaq al-Kashani (m. 730/1330), dan Dawud al-Qaysari (m.
751/1350). Turut terlibat adalah Fakhr al-Din al-‘Iraqi (m.
688/1289), Sa‘d al-Din al-Farghani (m.
700/1300), ‘Abd al-Karim al-Jili (m.s. 832/1428), Nuruddin ‘Abdurrahman Jami (m.
898/1492), Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri (kedua-duanya
masyhur dalam abad ke- 16 M), Amir ‘Abdul Qadir al-Jaza’iri (m. 1300/1883) dan Syed Muhammad
Naquib al-A as (1931-).23
Dalam
mentakrif dan menghurai sekian banyak peristilahan terpenting dalam pandangan
hidup Islam, mereka
telah mengemukakan rumusan yang penuh berdayacipta terhadap renungan batin
ahli-ahli Sufi (khasnya aliran Ibn al-`Arabi), pemikiran mutakallimun (aliran
Ash‘ari, Maturidi dan
Mu‘tazili) dan spekulasi
para pakar falsafah (aliran Aristotle-Ibn Sina) dalam persoalan-persoalan
penting metafi zika dan teologi.24
Persis
pengamatan Syed Muhammad Naquib al-Attas,
The
Islamization of ontology and metaphysics which marked the real break from the
Aristotelian tradition—that is, the real transition from the metaphysics of the
existent (mawjud) to the metaphysics of being and existence (wujud)—was accomplished
by the Sufis,
particularly as refl ected in the rational and theoretical formulation of the ‘system’
by Ibn al-‘Arabi, their greatest representative, as based on intuitive
knowledge gained from spiritual experience. Their school of thought, asignifi
ed by the various appellations applied to its exponents such as the People of
Unity (ahl alwahdah), the Affi rmers of Unity (al-muwahhidun), the
Existentialists or Affi rmers of Existence as the Sole Reality (al-wujudiyyah)—is
characterised by its affi rmation of the transcendent Unity or Oneness (wahdah) of Being
or Existence (wujud); and hence it became known as the school of wahdat al-wujud.25
Melalui
Ibn al-`Arabi dan para
pewaris beliau, tasawwuf tidak memencilkan falsafah dan teologi atau
keseluruhan usaha pemikiran manusia; ia tidak pula menyerah kepada falsafah
lalu mengkhianati agama; ia sebaliknya telah memperislamkan falsafah.
Tasawwuf
telah merobah wajah falsafah tanpa sedikit pun mencacatkan rupanya. Tidak cuma
mengembalikan makna sebenar falsafah; tidak hanya memperbetul, memperkukuh dan
memperlengkapkan falsafah; tasawwuf telah menghasilkan metafi zika dan falsafah
serta teologi Islam yang hakiki lagi sebenar, yang telah mencapai kemurnian
budi dan keluhuran daya yang belum pernah dikenal oleh ahli-ahli falsafah
sendiri.
Falsafah
patuh kepada teologi yang disinari oleh tasawwuf; metafi zika dan falsafah serta kalam yang
kini peristilahannya mengalir dalam nadi tasawwuf telah dihembuskan nafas baru
yang hidup dan segar.
Ajaran-ajaran
Ibn al-`Arabi juga telah
meniupkan suatu perubahan yang hebat, suatu revolusi, dalam pemikiran Shi‘ah. Ini
jelas tercermin dalam karya Sadruddin Ibn Turka, Haydar Amuli (m.
787/1385), Sa’inuddin Turka Isfahani (m.s. 835
H), Ibn Abu Jumhur al-Aha’i, serta
Mulla Sadra (m.
1050/1640), yang antara jasa terbesarnya adalah mengusahakan pembentangan yang
menyeluruh dan mudah akan renungan-renungan penting Ibn al-‘Arabi dan para
penghurai beliau.
Dalam
zaman kita ini, Khomeini, dalam surat terbuka beliau kepada presiden Russia
Mikhail Gorbachev, telah mengesyorkan agar kebuntuan ideologi dan kehampaan
budaya akibat keruntuhan Marxisme diisi dengan ajaran hikmah nan abadi dan
nilai-nilai akhlak yang dihuraikan oleh pemikir-pemikir Muslim silam seperti
Ibn
al-`Arabi.
Elok juga
dinyatakan sepintas lalu bahawa menurut kajian ilmiah pendeta Kristian Sepanyol
Miguel Asìn Palacios, dan para sarjana yang selainnya, sebahagian karya dan
ajaran Ibn al-`Arabi amat berpengaruh terhadap perkembangan ajaran mistik
Kristian menerusi para pemukanya seperti Raymond Lull (s. 1232-1326), dan Dante
Alighieri (1265- 1321) yang dianggap antara pujangga teragung Kristian
sepanjang zaman.
Bahkan
sekarang ini, terdapat hujah yang meyakinkan bahawa Ibn al-Arabi adalah
ilmuwan Islam paling ternama yang ditelaah di dunia Barat; seperti yang
diungkapkan oleh Muhammad Hamidullah (m. 2002), ‘it is not a Fakhruddin Razi that
overwhelms a modern Westerner, but a Muhiuddin Ibn al-‘Arabi.’
Demikianlah
Ibn al-`Arabi telah
dipandang dan dinyatakan dalam sejarah kaum Muslimun: antara mohor wali
muhammadi dengan wali kepada syaitan; antara imam ahli tahqiq, shuhud dan wujud dengan
seorang daripada ahli zandaqah dan ilhad yang berkefahaman i ihad dan wahdatul wujud; antara
faylasuf Islam dan
keagamaan dengan seorang yang berkefahaman kesatuan agama; antara seorang Batiniyyah dan
Isma‘iliyyah
dengan seorang Ahli Sunnah atau Shi‘ah. Antara seorang yang punya samudera ilmu-ilmu
sulit asrar, yang
mengkaram dan membuntukan kebanyakan ahli ilmu yang cuba menyelesai dan menghurai
rumusan, isyarat dan talwihat ilmu-ilmu adhwaq beliau dengan seorang yang kedudukan fekahnya tak
dipedulikan.
Ini semua
menyebabkan Mahmud Mahmud al-Ghurab, yang telah menulis lebih dua puluh lima buah kitab mengenai Ibn al-`Arabi, berasa
terpanggil untuk mengkaji kedudukan sebenar beliau itu antara pelbagai mazhab
dan agama—dengan cara membahas dan mentahqiq nas-nas yang jelas daripada
pernyataan-pernyataan Ibn al-`Arabi yang terdapat dalam pelbagai kitab yang sabit
dinukilkan daripada beliau.
Sebagai
intisari hasil kajiannya, al-Ghurab menyatakan: Kita menyimpulkan bahawa al-Shaykh al-Akbar
Muhyiddin Ibn
al-`Arabi rahimahullah ta‘ala: Imam Muslim Salafi Usuli Sufi. Imam Muslim, bermakna beliau faqih yang
punya mazhab tersendiri, seorang daripada pemuka Ahlus Sunnah wal Jama‘ah. Salafi, bererti
beliau pengikut Nabi, bukan pembikin bid‘ah. Usuli, bererti beliau menerima-pakai
apa yang disepakati oleh ahli-ahli usul fi qh iaitu Kitab, Sunnah
dan Ijma‘. Sufi, bererti
beliau adalah warith muhammadi yang
memiliki sebahagian besar akhlak yang termulia (makarim al-akhlaq).
Al-Shaykh
Ibn al-`Arabi rahiyallahu‘anhu adalah cermin
muhammadiyyah
yang paling jernih dan seimbang lagi tetap. Sesiapa yang melihat kepadanya hanyalah
melihat dirinya sendiri, dan sesiapa yang berkata-kata mengenainya hanyalah
mengatakan mengenai dirinya sendiri.
Dengan itu
terpulanglah kepada mereka yang punya kelayakan akliah dan akhlakiah di
kalangan generasi terpelajar masakini untuk memanfaatkan karya-karya Ibn al-`Arabi—the Magister Maximus.
Asas dan
Dasar Futuhat
Asas
pembicaraan Futuhat berkisar mengenai tiga martabat ilmu.
Martabat
pertama ilmu diperoleh akal secara naluri, atau/dan melalui proses berfikir.
Secara naluri, dan segera diketahui oleh akal seperti prinsip mustahilnya satu benda
itu ada dan tidak ada serentak. Contohnya, mustahil untuk “Tuhan itu wujud dan
tidak wujud” serentak. Mustahil bahawa “Tuhan itu Esa dan berbilang” serentak.
Selanjutnya,
ilmu diperoleh oleh akal dengan menyelidik bukti (dalil), melalui
proses taakulan fi kiran.32 Oleh kerana kesalahan dan kekeliruan juga boleh
berlaku, sebahagian dugaan akal adalah sahih dan sebahagian yang lain tidak sah (fasid).
Martabat
kedua ilmu diperoleh dengan merasai atau mengecapi hal atau keadaan sesuatu.
Manisnya madu, pahitnya jadam, hanya boleh diketahui dengan merasai, begitu
juga asyiknya cinta, kasih yang mendalam, geloranya rindu (wajd) hanya
boleh diketahui melalui pengalaman merasainya (dhawq)35 yang
secara langsung terus tepat
mengesahkannya.
Tanpa
merasainya secara langsung, ilmu tersebut tidak akan diperoleh. Sepandai mana
pun seseorang itu, dia tidak akan dapat mengetahuinya sama ada melalui takrifan
erti mahu pun ketetapan dalil-dalil akal.
Ilmu ini
boleh diterima oleh orang yang mengalaminya, tetapi tidak boleh dipindahkan
kepada orang lain yang tidak menerima pengalaman yang sama. Tidak mungkin untuk
benar-benar mengetahuinya melalui nukilan perkataan atau laporan berita, betapa
panjang berjelapun laporan ceritanya.
Sebaliknya
penerangan yang panjang lebar mengenainya hanya menyebabkan putar-belit hakikat
sebenar.Tidak mungkin untuk orang yang merasainya menjadikan orang yang tidak
merasai untuk memperoleh ilmu sedemikian; martabat orang yang merasai sama
sekali berbeza dengan orang yang tidak merasai, mustahil untuk benar-benar memahamkan
orang yang tidak merasai akan apa yang dikecapi oleh orang yang merasainya.
Kalaupun
ilmu ini perlu diajar kepada orang lain, cukuplah mengungkapkannya secara
peribaratan isyarat yang membayangkan maksud sebenar orang yang merasainya.
Itupun belum tentu pernyataan tersebut dengan segala peristilahannya akan pasti
difahami oleh pendengarnya.
Walau
bagaimanapun, orang yang mendengar boleh bersetuju, mengiakan dan menerima rumusan
orang yang merasainya, sebagai peringatan (munabbih wa mudhakkir) jika
kemudiannya dia lupa.
Kesalahan
dan kekeliruan ilmu ini di kalangan ahl
aldhawq tergambar dalam keadaan
seseorang yang lidahnya dipenuhi hempedu, hingga dia merasai madu pahit
rasanya, sedangkan hakikat sebenar bukan sedemikian. Apa yang sebenarnya
menyentuh lidah (alat perasa-jasmani) adalah hempedu dan bukan madu.
Martabat
ketiga ilmu digelar ‘ilm
al-asrar. Asrar (kata tunggal
sirr) adalah perkataan yang memiliki makna berlawanan
iaitu rahsia dan nyata, apa yang
tersembunyi dan apa yang dizahirkan. Iaitu ilmu yang
rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang Nabi dan wali oleh Allah. Rahsia Zahir dan Hati ketiga-tiganya
dipanggil sirr dalam bahasa
Arab.
Justeru,
ilmu ini melampaui batas ilmu yang diperoleh melalui akal dugaan. Ini adalah
ilmu yang dihembuskan oleh Ruh al-Quds dalam hati (ru`).43 Inilah ilmu yang khusus
bagi para nabi dan wali, seperti fi
rman-Nya
“(Allah)
menentukan kurnia rahmat-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah
mempunyai anugerah yang mahabesar.”
Imam
al-Ghazali menjelaskan
bahawa ilmu yang rahsia yang dizahirkan dalam hati-damir seseorang wali itu tidaklah
lain atau bercanggah dengan Wahyu kerana ilmu tersebut adalah mengenai lima perkara berikut. 1)
Ilmu mengenai perkara yang sangat samar, terlalu halus sehingga menumpulkan
kefahaman ramai orang.
Contohnya
seperti ilmu mengenai rahsia ruh dan ilmu mengenai sifat-sifat Allah SWT yang
sama sekali tidak ada keserupaan-Nya bagi makhluk. Dalam satu hadith
disebutkan:
“Bahawa bagi
Allah Yang Maha Suci tujuh puluh hij ab daripada nur. Jikalau dibuka-Nya,
niscaya kemahasucian wajah- Nya akan membakar pandangan yang melihatnya” (Ibn Hibban dari Abu Hurairah).
Mengetahui
Ilmu ini adalah kurnia rahmat kepada orang-orang tertentu sahaja, yang bertanggungjawab
untuk tidak menyebarkannya kepada mereka yang tidak berkeahlian sehingga
tertimpa fi tnah akibat singkatnya kefahaman mereka yang beku. 2)
Ilmu mengenai
perkara-perkara yang kalau disebut boleh membawa mudarat rohaniah kepada
bahagian terbanyak dari pendengar.
Contohnya
seperti mengenai rahsia taqdir yang ditentukan oleh Allah SWT. 3) Ilmu
pemahaman yang mendalam tanpa batasan mengenai apa-apa yang disebutkan dalam
Agama tidak secara langsung tetapi secara kiasan (kinayah),
peribaratan (isti`arah) dan isharat (rumuz): “dan perumpamaan-perumpamaan
ini (dalam Wahyu)
Kami buatkan
untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali
orang-orang
yang berilmu” (al-Ankabut, 29: 43).
Contohnya kias peribaratan dan isharat yang berikut:
“Tidakkah
engkau perhatikan Tuhanmu, bagaimana Dia jadikan bayang-bayang itu memanjang!
Kalau dikehendaki- Nya nescaya dij adikan ia [bayang-bayang] tetap [tiada hilang
dengan terbit matahari]! Kemudian Kami jadikan matahari itu sebagai tanda
baginya (perubahan bayang-bayang itu). Kemudian Kami genggam ia (bayang-bayang)
kepada Kami, dengan tarikan yang perlahan-lahan” (al-Furqan, 25: 45).
4)
Ilmu
mengenai perincian (tafsil) kepada apa yang diketahui oleh masyarakat awam hanya
secara umum dan ringkas sahaja (ij mal); iaitu perincian ilmu yang difahami menerusi pengalaman
kerohanian (tahqiq, dhawq,
tajribah).
Seperti iman, tasdiq, dan rindu. 5) Ilmu mengenai
hakikat keadaan (hal)
kata-kata (maqal). Seperti “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada
di dalamnya bertasbih kepada Allah SWT.
Dan tak
ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya (al-Isra’, 17: 44 );
dan,
“Kemudian
Dia menuju kepada penciptaan langit dan ia masih merupakan asap, lalu Dia
berkata kepadanya dan kepada bumi ‘Datanglah kamu kedua-duanya menurut
perintahku dengan taat atau
terpaksa’, kedua-duanya menjawab ‘kami datang dengan suka
hati’” (Fussilat, 41: 11).
Ilmu asrar ini
terdiri daripada dua: [1] Jenis satu difahami oleh akal, seperti martabat
pertama ilmu. Bezanya adalah, jika martabat pertama ilmu diperoleh melalui penelitian
nazar, jenis satu ilmu
al-asrar diperoleh
dengan mengabulkan atau menyambut atau menerima pemberian, anugerah, kurnia,
dan curahan Ilahi.
Contohnya
terdapat dalam kata-kata Rasulullah “Dahulu Allah, dan tiada suatu sertaNya
pun” Jenis dua [2] ilmu asrar terdiri dari dua macam. [2.1]
Pertama,
menyangkut kepada martabat kedua ilmu (yang diperoleh dengan merasai atau
mengecapi hal atau keadaan sesuatu), tetapi hal-keadaaan si alim di sini adalah
lebih mulia.
Contohnya
sabda Rasulullah mengenai hari Kebangkitan yang kolam (hawd) airnya
lebih manis dari madu. [2.2]
Kedua,
ilmu yang diperoleh melalui khabarberita daripada sumber yang benar. Sifat
‘benar’ penting sekali kerana khabar-berita boleh jadi benar atau palsu, tergantung
sama ada ada tidak ia berasal daripada sumber yang benar dan bebas kesalahan (ma`sum) mengenai
apa yang khabarkannya.
Contohnya
khabar daripada Tuhan kepada Rasulullah
mengenai hakikat syurga dan isinya. Mereka yang mengetahui `ilm al-asrar, para
nabi, dan para awliya’, adalah para bij aksana (hukama’) yang mengetahui segala ilmu dan memahaminya secara
yang menyeluruh, seperti ilmu-ilmu ilahiyyat, tabii, hisab dan mantiq.
Hal yang
sama tidak berlaku kepada mereka yang memiliki ilmu-ilmu dua martabat lain di
bawahnya.
Justeru,
tidak ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu yang serba mencakup (‘ilm al-muhit) yang mengandung segenap ma`lumat (al-hawi ‘ala jami` al-ma`lumat).
Soal yang
tinggal adalah, kalangan masyarakat umumnya mensyaratkan sesiapa yang
mengkhabarkan ilmu-ilmu asrar perlulah jujur dan terpelihara dari kesalahan (ma`sum). Walau
bagaimanapun, bagi kalangan cerdikpandai dan murni-jiwa (al-`aqil al-labib al-nasih nafsahu), tidak
akan melemparkan tuduhan salah kepada semua
yang lain yang tidak ma`sum.
Sebaliknya,
dia akan berkata, perkara ini pada saya mungkin benar mungkin bohong.
Demikianlah
sewajarnya kelakuan kalangan cerdik-pandai apabila didatangkan kepadanya dengan
ilmu asrar oleh seseorang
yang tidak ma`sum, sama ada dia benar jujur mengenai hakikat yang
dikhabarkannya. Sepertimana bagi pendengar tidak semestinya apa yang
dikhabarkan kepadanya itu benar, begitu juga tidak semestinya ia bohong.
Sebaliknya,
hendaklah dia menahan dirinya dengan menunda keputusan untuk membenar atau
tidak. Sekiranya dia membenarkannya, tidaklah memudaratkan dia, kerana dia
membawakan dalam khabarnya apa yang tidak mustahil pada akal tetapi sebaliknya
apa yang harus kepada akal; atau apa yang tidak dapat tercapai oleh akal, sebaliknya
apa yang mungkin untuk diterima oleh akal; atau apa yang akal menggantung
keputusannya benar atau tidak; dan tidak merobohkan apa-apa daripada rukun dan
tiang shari`ah; dan
tidak membatalkan apa-apa daripada prinsip dan lunas agama.
Apabila
datang seseorang memberitahu perkara yang boleh diterima akal dan Shari `
(pemberi Shari `ah)
diam mengenainya maka pada prinsipnya tidak patut bagi kita untuk menolaknya.
Bahkan kita boleh memilih kiranya lebih baik untuk menerimanya kalau keadaan
yang mengkhabarkan itu menuntut kewajaran dan tidak memudaratkan kita untuk
menerimanya.
Ini selaras
dengan penerimaan kesaksian seseorang dalam kes-kes perundangan yang melibatkan
harta dan nyawa, sekiranya dia dalam pengetahuan kita tidak memiliki sifat adil
maka kita akan tilik kesaksian yang diberinya, sekiranya apa yang diberitahunya
itu benar pada satu sisi (daripada pelbagai sisi) yang mengesahkannya, maka kita
akan menerimanya.
Sekiranya
tidak benar, maka kita akan tidak ambil peduli mengenainya dalam bab perkara perkara
yang boleh diterima akal, dan tidaklah kita akan bicara apapun mengenai siapa
saksi yang mengatakannya. Ini kerana ia adalah kesaksian yang diperintahkan ke
atas seseorang yang kita akan dipersoal mengenainya. Firman Allah SWT,
“Kelak akan dituliskan persaksian mereka
dan mereka akan dimintai pertanggung-jawaban” (al-Zukhruf,
43: 19).
“Dan saya
adalah orang yang paling utama untuk menasihatkan dirinya sendiri mengenai
perkara ini,” ujar Ibn al-`Arabi. Ini kerana, seperti yang telah dicatatkan di atas
tadi, beliau sendiri selalu bertemu dengan setiap tabaqat awliya’ullah.
Jika
sekiranya seseorang itu tidak mengkhabarkan melainkan apa yang telah dibawa
oleh seorang Nabi yang ma`sum, dan dia memberitahukan kepada kita apa yang telah
ada di sisi kita daripada riwayat hadith-hadith, maka tidaklah ada faedah yang
ditambahi dengan khabarnya itu kepada apa yang telah sedia ada di sisi kita.
Walau
bagaimanapun, para wali (muhaqqiqin) hanya membawa ilmu-ilmu rahsia yang dizahirkan Allah
kepada mereka, dan pelbagai hikmah daripada rahsia-rahsia shari`ah—yang
di luar daripada keupayaan daya-fikiran untuk memperoleh ilmu mengenainya, yang
selamanya tidak dapat dicapai oleh akal melainkan menerusi jalan mushahadah, ilham dan yang
sepertinya.
Bersabda
Nabi s.a.w.,
“Sesungguhnya
(sebahagian) dari ilmu
itu seolah-olah dalam keadaan
yang tersembunyi, tiada yang mengetahuinya melainkan orang-orang yang berilmu dengan
[pemberitahuan] Allah SWT. Apabila mereka membicarakannya, maka tiada
yang mengengkarinya selain dari orang-orang yang terpedaya mengenai Allah.”
Hadith di
atas diriwayatkan oleh ahli sejarah mengenai para Sufi , Abu `Abd al-Rahman Sulami (m.
412/1021) dalam al-Arba`in, daripada Abu Hurayrah. Al-Suyuti menjelaskan bahawa dalam sanadnya ada seorang
periwayat `Abd al- Salam b. Salih yang diperselisihkan di kalangan ahli-ahli hadith
sendiri sama ada boleh dipercayai atau tidak, seperti perselisihan antara Ibn Majah dan
lain-lain dengan al- Iraqi dan lain-lain.
Maka
al-Suyuti menyimpulkan bahawa hadith ini kalaupun daif statusnya bukan sangat daif bahkan ia bukanlah
mawdu`. Ia turut diperkuat
oleh penerimaan al- Qastallani beralasankan
autoriti Sa`id b.
al-Musayyib; sementara al-Zabidi memperkukuh maklumat
mengenai hadith tersebut dari riwayat Ibn Abi Mansur dari
gurunya Shaykh `Atiq al-Dimashqi dari gurunya Abu al-Naja’ dari Qadib al-Ban (murid kepada Shaykh `Abd al-Qadir al- Jilani).51
Bersabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah
Abu Bakar lebih [dari para Sahabat lain], disebabkan banyak berpuasa dan banyak
bersalat. Tetapi adalah disebabkan oleh suatu sirr [ilmu yang
rahsia] yang mulia yang ada [dizahirkan oleh Allah] dalam kesedaran beliau”.
Ini
diriwayatkan oleh al-Hakim al-Tirmidhi dari Bikr b. `Abdullah al-Muzni (m.
180/796). Menurut al-Zabidi, dia adalah seorang yang dapat dipercaya (thiqah) yang mendengar
dan meriwayatkan hadith dari Ibn `Abbas dan Ibn `Umar.
Daripadanya
pula Sulayman al-Tayyimi dan Mubarak
mendengar dan meriwayatkan hadith. (Menurut Ibn al-Qayyim pula, riwayat tadi
adalah pernyataan Abu Bakr b. `Iyash; dengan ilmu itu Saidina Abu Bakar mengenali ukur-tara
dan pelbagai darjat amalan, dan hanya memilih amalan yang utama dan terbaik,
meskipun amalan yang terbaik itu tidak semestinya sukar dilakukan.)
Al-Imam al-Ghazzali menyatakan
berdasarkan kepada hadith tersebut, tak syak lagi bahawa sirr atau ilmu
yang rahsia yang dizahirkan oleh Allah SWT kepada kalbu Abu Bakar itu adalah
bertalian dengan qawa`id iaitu dasar dasar dan peraturan agama dan tidak
terkeluar dari asas dan peraturan tersebut.
Sedangkan
segala qawa`id agama tidaklah tersembunyi yang zahiriahnya kepada
para sahabat yang lain dari Abu Bakar. Inilah gunanya perkataan salla-Lah
`alayhi wa sallam,
“Di
kalangan para umat sebelummu, terdapat golongan muhaddathun, walaupun
mereka bukan Nabi; sungguh sekiranya ada dari ummatku itu golongan muhaddathun, maka
Umar adalah salah seorang darinya.” Muhaddathun merujuk kepada golongan yang dikhabarkan atau
diberikan ilmu (haddatha) oleh
Allah SWT.
Berkata Ibnu `Abbas r.a. mengenai fi rman Allah Ta`ala:
Allah
Yang Menciptakan tujuh langit dan bumi serupa itu pula. Tiada berkesudahan
turun al-amr (perintah-Nya) antara tujuh langit dan tujuh bumi itu (al-Talaq, 65: 12)
“Kalau aku
sebutkan tafsirnya, niscaya kamu akan merejami aku.” Dan pada lain riwayat:
“nescaya kamu akan mengatakan bahawa aku kafir.”
Ibn
al-`Arabi mendapat
hadith ini daripada Abu Abdullah Muhammad bin `Ishshun daripada Abu Bakr al-Qadi Muhammad b. Abdullah b. Al-‘Arabi al-Ma`afi ri daripada Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al-Tusi al-Ghazzali.
Ayat
al-Qur’an tersebut
turut dihubungkan oleh Ibn al-`Arabi dengan ayat “maka Dia menjadikannya [iaitu menjadikan
dukhan/asap itu] tujuh langit dalam dua hari dan
Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit amruha (perintahnya)” (Fussilat, 41: 12).
Inilah makna kepada pernyataan al-Radi, salah
seorang keturunan `Ali b. Abi Talib:
Tuhan!
permata ilmu, kalaulah ku buka Nescaya dikatakan kepadaku—anda bersama dia yang memuja
berhala. Dan dihalalkan oleh lelaki
Muslimin menumpahkan darahku. Mereka menilai kejelekan perbuatan mereka
(membunuhku) itu bagus
Ibn `Abbas, Abu
Hurayrah dan al-Radi, kesemuanya adalah para pemuka bagi golongan yang
berbakti dalam Islam. Bukan sahaja dalam penilaian Ibn al-`Arabi, tetapi juga
dalam riwayat-riwayat yang tersebar-luas, mereka itu telah mengiktiraf ilmu asrar dan
kedudukannya yang wajar berhubung dengan pengetahuan yang lain.
Lebih jauh
dari itu, riwayat-riwayat tersebut mengakui bahawa kebanyakan manusia
mengingkari ilmu asrar.
Bagi kalangan yang bij ak lagi arif, tidaklah wajar
pula untuk mencela golongan yang mengingkari ilmu asrar.
Bahawa ada
ruang untuk kelompok tersebut mengingkari ilmu asrar adalah
satu pengajaran umum dalam kisah Nabi Musa bersama Khidr (walaupun secara khusus ingkarnya Musa adalah
ekoran lupa terhadap syaratnya dalam mengikuti Khidr dan ketetapan Allah
terhadapnya).
Seperti itu
juga dalam kisah yang sama, ada hujah bagi kelompok yang mengithbatkan
kebenaran ilmu asrar. Justeru, dengan kisah inilah juga kita berhujah terhadap golongan
yang mengingkarinya.
Walau
bagaimanapun, berhujah sama sekali tidak bermaksud bermusuh. Ini
kerana cakupan ilmu asrar adalah khusus dan ia bukan ilmu fardu `ayn yang asasi
yang ditaklidkan kepada semua.
Justeru,
kita nyatakan kepada kelompok yang mengingkari kebenaran ilmu asrar, selari dengan
apa yang dinyatakan oleh Khidr kepada Nabi Musa, bahawa antara pegangan kita yang
mengesahkan adanya ilmu asrar dengan pegangan mereka yang menafi kannya,
“Inilah perpisahan (fi
raq)
antara aku dengan kamu” (al- Kahf,
18: 78).
Tidakkah
anda melihat sekiranya dibawa kepada anda mengenai satu mimpi yang seseorang
alami, maka anda pasti akan cuba
menjelaskan takbir mimpi tersebut, dan mencari maknanya.
Selari
dengan ini, ambillah apa yang diberi kepada anda oleh sufi tersebut, bimbinglah
jiwamu sedikit demi sedikit, dan kosongkan ruang hatimu untuk menerima apa yang
dihidangkannya kepadamu, hingga terbitlah pengertian maknanya dalam jiwamu. Ini
lebih baik daripada anda berkata pada Hari Kebangkitan
“bahkan
kami adalah dalam kelalaian mengenai [penjelasan ilmu asrar] ini,
bahkan kami adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri dengan sebab
mendustakannya.” Ini mengambil iktibar daripada al-Qur’an, surah al-Anbiya’, 21: 97.
Segala
ilmu yang apabila dijelaskan dengan panjang lebar boleh difahami maknanya, atau
jadi lebih hampir dan segar fahamnya bagi si pendengar, maka ia adalah ilmu
yang diperolehi oleh akal dengan menggunakan pertimbangan fikiran (nazari).
Lain kata,
ia boleh difahami oleh kerana ia berada dalam bidang yang boleh dicapai oleh
akal. Oleh kerana ia sememangnya boleh dicapai, serba-sedikit ilmu yang seperti
itu memang boleh didapatkan oleh akal-nazari kalau dia meneliti atau
merenung penjelasannya.
Lain pula
dengan ilmu asrar: bila ia dibicarakan, maka ilmu mengenai
perkara-perkara yang halus itu menjadi kasar dan kaku untuk kefahaman masyarakat
awam; lain kata, ilmu mengenai perkara-perkara yang samar itu menjadi sulit dan
sukar difahami pengertiannya oleh masyarakat awam.
Lebih jauh
dari itu, pembicaraan ilmu asrar mungkin menimbulkan kegusaran kepada pembaca yang
memilikiakal yang lemah, tambahan pula jika mereka bersikap taksub. Bahkan,
ilmu-ilmu asrar mungkin akan “diludahi” oleh golongan yang tidak
cermat dan mengabaikan hakikat bahawa akalnya perlu berhemat dengan meneliti
dan menyelidiki sesuatu ilmu meskipun ia sukar.
Berhadapan
dengan masalah tersebut, ramai di kalangan yang dikurniakan ilmu asrar yang
menyampaikannya kepada kefahaman pendengar dan pembaca mereka dengan menggunakan
tamsilan dan peribaratan; dan, pembicaraan bershair (yang membolehkan poetic licence).
Mengenai
ilmu ahwal pula, keadaannya adalah pertengahan antara ilmu asrar dengan
ilmu yang diperoleh oleh akal. Kebanyakan daripada mereka yang mengakui kebenaran
ilmu ahwal—iaitu ilmu yang difahami dengan merasai atau mengecapi hal atau
keadaan sesuatu yang berkenaan—terdiri daripada mereka yang mengalaminya.
Dari segi
ilmu yang difahami melalui pengalaman, ilmu ahwal lebih
hampir kepada ilmu asrar daripada ilmu nazari `aqali yang difahami melalui proses berfikir.
Dari segi
ciri ilmu yang naluri pula, ilmu ahwal mendekati ciri ilmu `aqli daruri—bahkan ia
sememangnya ilmu daruri bagi sesiapa yang menyaksikan sendiri ilmu itu,
tetapi sebaliknya ilmu ahwal tidaklah dirasakan sebagai ilmu
daruri bagi sesiapa yang lalai mengenainya.
Walau bagaimanapun,
oleh kerana akal tidak mencapai ilmu ahwal melainkan dengan meyakini khabar sesiapa yang mengetahui
ilmu tersebut atau dengan menyaksikannya sendiri dari kalangan Nabi atau
wali—ini membezakan ilmu ahwal daripada ilmu daruri.
I`qtiqad Umum La Ilaha illa Allah Menurut Futuhat
Allah
`azza wa jalla adalah
Tuhan Yang Maha Esa (ilah wahid), tiada yang kedua baginya dalam uluhiyyah-Nya. Yang
Mahasuci dari berpasangan dan beranak. Mahapenguasa yang tiada sekutu bagi-Nya.
Maharaja yang tiada menteri bagi-Nya. Mahapencipta (Sani`) yang tiada pengatur lain bersama-Nya.
Mawjud dengan
Dhat-Nya
sendiri tanpa berhajat kepada pencipta yang mewujudkan-Nya (mujid yujidu-Hu). Bahkan tiap-tiap
yang mawjud
selain-Nyalah yang dalam wujudnya perlu kepada-Nya.
Justeru,
seluruh alam mawjud melalui- Nya (mawjud bi-Hi). Dan Dia
satu-satu-Nya Yang bersifat dengan sendiri-Nya Wujud (Huwa wahdahu mu asif bi ’lwujud li-nafsi-Hi). Tidak ada permulaan bagi wujud-Nya dan tidak
ada penghujung bagi kekekalan-Nya (baqa’).
Bahkan Dia
Wujud Yang
Mutlak tiada terikat (ghayr
muqayyad). Yang berdiri dengan
Sendiri-Nya (Qa’im
bi-nafsi-Hi), bukan
sebagai jawhar yang menempati ruang (mutahayyiz) sehingga
tertentu bagi-Nya tempat, bukan `arad yang memustahilkan
Dia kekal
(baqa’), dan bukan juga jisim sehingga ada bagi-Nya arah dan
titik-pertemuan (jihah wa
’ltilqa’). Yang Mahasuci daripada arah (jihat) dan sisi
(aqtar). Yang boleh dipandang dengan kalbu dan penglihatan (alqulub wa ’l-absar), jika
Dia menghendaki. Dia bersemayam atas `Arsh-Nya sebagaimana fi rman-Nya dan atas makna yang Dia
kehendaki. Milik-Nya akhirat dan dunia (cf. Al- Najm, 53: 25).
Tiada
bagi-Nya keserupaan dalam akal: akal tidak menunjukkan pada-Nya; waktu tidak
membatasi-Nya [Dia Yang tiada terketika]. Dan tempat tidak melingkungi-Nya; bahkan,
Dia ada tanpa tempat (kana wa la makan); bahkan, Dia ber-ada dalam ke-ada-anNya (Huwa `ala ma `alay-Hi kana).
Dia
menciptakan yang-bertempat dan tempat (almutamakkin wa al-makan), dan Dia menciptakan zaman. Dia menyatakan (cf. Al-Baqarah, 2: 255):
Aku Mahaesa, Yang Mahahidup, Yang tiada merasa berat memelihara segala makhluk.
Tidak
dirujukkan pada-Nya sifat yang tidak layak bagi-Nya dari rekaan para
ciptaan-Nya (sun`at al-masnu`at). Yang
Mahatinggi dari ditempati yang baharu [i.e. ciptaan-Nya], atau dari menempati
yang baharu, atau ciptaan-Nya ada selepas-Nya, atau Dia sebelum ciptaan Nya.
Bahkan dikatakan [dalam al-Hadith]:
Dia ada
tanpa sesuatu bersama-Nya (kana wa la shay’
ma`a-Hu); kerana sesungguhnya
“sebelum” dan “sesudah” merupakan bentuk waktu yang diciptakan-Nya (siyagh al-zaman alladhi abda`a-Hu). Dialah
Yang Mahakekal terus-menerus (al- Qayyum) Yang tidak tidur.
Yang
Mahakuasa (al-Qahhar) Yang tidak terkalahkan. Tiada sesuatu pun
menyerupai-Nya (al-Shura, 42: 11).
Dia menciptakan `Arsh dan menjadikannya batasan Istiwa’, menciptakan
Kursi yang meliputi bumi dan langit yang tinggi. Dia menciptakan (ikhtara`a) lawh dan qalam yang luhur.
Yang
menjadikannya (ajra) [qalam] penulis
dengan ilmu- Nya berkenaan ciptaan-Nya (khalq) hingga
Hari Perpisahan dan Penentuan. Dia menciptakan (abda`) alam
seluruhnya tanpa model (mithal) yang terdahulu.
Dia
menciptakan makhluk (khalaqa
al-khalq), dan Dia menghapuskan (akhlaqa) apa yang
dicipta. Dia menurunkan ruh-ruh yang diberi amanah pada tubuh-tubuh [insan],
menjadikan mereka ini di bumi sebagai khalifah, dan menundukkan bagi kita apa yang
ada di langit dan di bumi seluruhnya.
Tidak
bergerak suatu zarahpun melainkan kepada-Nya dan dari-Nya. Dia menciptakan
segala tanpa berhajat kepadanya, tiada yang mewajibkan-Nya (menciptakan) yang
demikian itu. Namun, ilmu-Nya mendahului bahawa Dia menciptakan apa yang Dia
ciptakan.
Dialah
Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin (al-Hadid, 57: 3),
dan Dia Mahaberkuasa atas segala sesuatu (al-Ma’idah, 5: 120,
dll).
Ilmu-Nya
meliputi segala sesuatu (al-Talaq, 65: 12). Dia menghitung segala sesuatu (al-Jinn, 72: 28).
Dia mengetahui yang rahsia dan yang lebih tersembunyi [dari yang rahsia] (Ta Ha, 20: 7).
Dia mengetahui pengkhianatan mata dan yang tersembunyi dalam dada (Ghafi r, 40: 19).
Bagaimana Dia tidak mengetahui sesuatu, padahal Dialah yang menciptakannya?
Apakah
Yang menciptakan itu tidak mengetahui, padahal Dia Mahahalus Maha mengetahui? (al-Mulk, 67: 14).
Dia mengetahui segala sesuatu sebelum wujudnya, kemudian Dia memberinya wujud (awjada) atas had
yang Dia ketahui akannya. Dia senantiasa mengetahui segala sesuatu.
Tidak
menjadi baharu ilmu-Nya tatkala membaharui penciptaan (tajaddud al-insha’). Dengan ilmu- Nya Dia
mengerjakan dan menyempurnakan (atqana wa ahkama) segala sesuatu. Dan dengannya [iaitu Ilmu] Dia menetapkan
dan menentukannya kepada siapa yang Dia kehendaki.
Dia
mengetahui segala kulliyat secara mutlak, sebagaimana Dia mengetahu juz’iyyat, menurut
kesepakatan (ij ma`) dan
persetujuan (i ifaq) ahli nazar yang sahih. Dia mengetahui yang ghaib dan
yang nyata; maka, Mahasuci Allah dari apa yang mereka sekutukan (al-
Mu’minun, 23: 92).
Yang
berbuat sekehendak diri (fa``al lima yurid) (al-Buruj, 85: 16). Dia yang Maha berkehendak (al-Murid) atas
segala yang dicipta (al-ka’inat) di alam bumi dan langit berganda.
Kekuasaan-Nya
tidak tertakluk pada sesuatu hingga Dia menghendakinya, sebagaimana Dia tidak
menghendakinya sehingga Dia mengetahuinya. Sebab, mustahil dalam akal bahawa
Dia menginginkan apa yang tidak Dia ketahui; mustahil juga dalam akal bahawa
Yang bebas memilih— iaitu Yang berkuasa untuk tidak melakukan sesuatu— melakukan
apa yang tidak dikehendaki-Nya.
Seperti
itu pula mustahil terdapat pernisbahan (nisab) Hakikat-Hakikat
yang tersebut tadi [seperti Hakikat Uluhiyyah, Mencipta, Berilmu, Berkehendak,
Berkuasa] pada yang tidak Hidup (hayy); begitu
juga, adalah mustahil bahawa Sifat-Sifat Allah berdiri tanpa Dhat yang
bersifat dengan Sifat-Sifat tersebut.
Maka,
dalam wujud: Tiada
ketaatan dan kemaksiatan, Tiada keuntungan dan kerugian, Tiada hamba dan orang merdeka,
Tiada dingin dan panas, Tiada hidup dan mati, Tiada penghasilan dan kehilangan,
Tiada siang dan malam, Tiada lurus dan bengkok, Tiada daratan dan lautan, Tiada
genap dan ganjil, Tiada jawhar dan tiada `arad, Tiada sihat dan sakit, Tiada
suka dan sedih, Tiada ruh dan jasad, Tiada gelap dan terang, Tiada bumi dan
langit, Tiada percantuman (tarkib) dan penguraian (tahlil), Tiada
banyak dan sedikit, Tiada pagi dan petang, Tiada putih dan hitam, Tiada tidur
dan jaga, Tiada zahir dan batin, Tiada gerak dan diam, Tiada kering dan basah,
Tiada kulit dan isi,
Dan tiada sesuatu
dari bentuk-bentuk hubungan ini, sama ada yang berlawanan, yang berbeda mahupun yang
serupa, kecuali ia di-kehendaki
oleh al-Haqq Ta`ala.
Bagaimana mungkin perkara itu bukan kehendak-Nya, sedang Dialah yang
menjadikannya (awjadahu)?
Bagaimana
mungkin Yang bebas berkehendak, menciptakan sesuatu yang tidak Dia kehendaki?
Dialah
Yang tiada yang menolak perintah-Nya (amri- Hi) dan tidak ada ganti bagi hukum-Nya. Dia memberikan kekuasaan
kepada siapa yang Dia kehendaki, dan menarik kekuasaan dari siapa yang Dia
kehendaki.
Dia
memuliakan siapa yang Dia kehendaki, dan menghinakan siapa yang
Dia kehendaki (Ali `Imran, 3: 26 ).
Dia
menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki [kerana berniat jahat], dan memberi
petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki [kerana niatnya
baik] (al-A`raf, 7: 155).
Apa yang
Dia kehendaki pastilah jadi, dan yang tidak Dia kehendaki tidak akan jadi (al-Hadith).
Kalau seluruh
makhluk berkumpul untuk menghendaki sesuatu yang Allah tidak
menghendaki mereka menghendakinya, maka mereka tidak akan menghendakinya.
Atau
mereka melakukan sesuatu yang Allah tidak
menghendaki jadinya dan Dia tidak memberikan kuasa ke atas mereka [atas
yang demikian itu], maka mereka tidak dapat mengerjakannya dan
tidak mampu atas yang demikian itu.
Maka kufur
dan iman dan taat dan maksiat berasal dari kehendak, kebijaksanaan (hukum) dan
iradah-Nya. Dan senantiasalah Allah disifatkan Berkehendak (iradah) secara
azali serta `alam itu ma`dum bukan mawjud, kalaupun
`alam itu
semata-mata thabit dalam Ilmu-
Nya.
Kemudian
Dia menciptakan alam tanpa berfi kir dan tanpa merencanakan—sama ada kerana
kejahilan mahupun tiada ilmu, lalu pemikiran dan perencanaan in memberikan
padaNya pengetahuan ehwal apa yang tidak Dia ketahui.
Dia
Mahatinggi dan Mahaagung dari yang demikian itu. Bahkan Dia menciptakan `alam dari
ilmu yang mendahului, dan dari ketentuan Kehendak yang suci lagi azali, yang
menetapkan pada alam apa yang ia (`alam) dij adikan atasnya, umpama zaman, tempat, keadaan
dan warna.
Tiada Yang
Berkehendak dalam wujud secara Hakiki yang selain-Nya. Kerana Dia berfi rman,
Kamu tidak menghendaki kecuali Allah menghendaki (al-Insan, 76: 30).
Sesungguhnya
Mahasuci Dia. Sepertimana Dia Mahatahu, Dia memutuskan; dan sepertimana Dia
kehendaki Dia mengkhususkan; dan kerana Dia menentukan qadarnya, Dia
menciptakan.
Demikian
pula, Dia mendengar dan melihat apa yang bergerak atau apa yang diam, [Dia
mendengar dan melihat] apa yang berbicara dari kalangan makhluk dari alam
paling rendah hingga alam paling tinggi.
Kejauhan
tidak menutupi pendengaran-Nya, kerana Dia sesungguhnya dekat. Kedekatan tidak
menghalang penglihatan-Nya, kerana Dia sesungguhnya jauh. Dia mendengar
kata-jiwa dalam diri dan suara sentuhan yang tersembunyi ketika persentuhan (kalam al-nafs fi ’l-nafs
wa sawt al-mumasah al-khafi yyah `inda ‘l-lams).
Dia melihat yang hitam dalam kegelapan, dan (melihat)
air di dalam air. Tidak menghijabi-Nya percampuran, kegelapan, dan cahaya. Dia
Mahamendengar dan Mahamelihat.
Dia
berbicara—tidak dari kebisuan yang mendahului dan tidak dari diam yang
disangkakan—dengan kalam qadim dan azali, sebagaimana sifat-sifat-Nya yang lain [juga qadim dan azali]:
seumpama Ilmu, Iradah dan Qudrah- Nya.
Dia
berbicara kepada Musa. Dia menamakan [kalam- Nya] al-Tanzil, Zabur,
Taurah dan Injil. (Dia berbicara) tanpa huruf, suara, bisikan (nagham) atau
bahasa; bahkan, Dia-lah yang menciptakan suara, huruf dan bahasa.
Kerana
itu, Kalam-Nya tanpa anak tekak dan lidah, sebagaimana Pendengaran-Nya tanpa
kuping dan anak telinga, sebagaimana Penglihatan-Nya tanpa bij i dan kelopak
mata, sebagaimana Iradah-Nya tanpa hati dan kalbu, sebagaimana Ilmu-Nya tanpa
keperluan kepada penjelasan (burhan) dan pengamatan kepada burhan
tersebut,sebagaimana Hayat-nya tanpa udara yang keluar dari rongga dada yang
terbentuk dari percampuran beberapa unsur,dan sebagaimana
Dhat-Nya
tidak menerima tambahan dan pengurangan. Mahasucilah Dia—Mahasucilah Dia dari yang
jauh dan yang dekat.
Dialah
yang agung kekuasaan-Nya, Yang menyeluruh kebaikan-Nya, Yang besar kurnia-Nya.
Segala sesuatu selain-Nya mendapat limpahan kemurahan-Nya.
Kurnia dan
keadilan-Nya mengembang dan mengecut. Dia menyempurnakan penciptaan alam, dan
Dia mengibda’kannya ketika Dia menjadikannya dan mengikhtira’Nkannya.
Tiada sekutu bagi-Nya dalam kerajaan-Nya, dan tiada pentadbir bersama-Nya dalam
kerajaan-Nya.
Jika Dia
memberi nikmat dan kesenangan, maka Dia menjadikannya menyenangkan; itulah
anugerah-Nya. Jika Dia menguji, maka Dia menyiksa; yang demikian itu, keadilan-Nya.
Dia bukan bertindak terhadap kepunyaan yang selain-Nya hingga dinisbahkan
kepada kezaliman dan kesewenang-wenangan. Hukum selain-Nya tidak ditujukan kepada-Nya,
lantas menjadikan-Nya bersifat cemas dan takut [kepada hukum tersebut].
Segala
sesuatu selain- Nya berada di bawah kekuasaan-Nya dan bertindak atas kehendak
dan perintah-Nya. Dialah yang mengilhamkan kepada jiwa-jiwa mukallaf taqwa dan
kedurhakaan.
Dialah
yang mengampuni kejahatan siapa sahaja yang Dia kehendaki, dan menghukum siapa
yang Dia kehendaki, di dunia ini dan di Hari Kebangkitan nanti. Keadilan- Nya
tidak membatasi kurnia-Nya, dan kurnia-Nya tidak membatasi keadilan-Nya.
Dia mengeluarkan
alam (manusia) pada dua genggaman, dan menciptakan bagi mereka dua tempat. Maka
Dia berfirman,
“Mereka
itu untuk shurga, dan Aku tidak peduli. Dan mereka itu untuk neraka, dan Aku
tidak peduli.” Di sana
pemberontak tidak membantah, kerana di sana
tiada mawjud
selain-Nya.
Semuanya berada di bawah pengaturan asma’-Nya: satu
genggaman berada di bawah asma’ hukuman-Nya, dan genggaman yang lain berada di bawah
asma’ keni`matan-Nya.
Jika Dia
menghendaki seisi alam bahagia atau sengsara, niscaya jadilah ia. Jika Dia tidak
menghendaki, maka segala sesuatu yang ada adalah seperti yang Dia kehendaki. Di
antara mereka ada yang sengsara dan ada pula yang bahagia, di dunia ini dan
diakhirat nanti.
Tiada jalan untuk mengganti apa yang Dia sediakala tetapkan.
(Allah) Ta’ala berfi rman mengenai salat: Ia adalah lima sedangkan ia adalah lima puluh.
Bagi-Ku
perkataan itu tidak ditukar, dan Aku tidak menganiaya hamba (Qaf, 50: 29)
kerana kebebasan-Ku untuk bertindak dalam milik-Ku dan pelaksanaan kehendak-Ku
(mashi’ah) dalam kerajaan- Ku.
Sungguh,
yang demikian itu merupakan suatu hakikat yang tiada terlihat oleh mata dan
hati (al-absar wa ‘lbasa’ir), dan tiada terbuka oleh pemikiran dan damir— melainkan
dengan kurnia Ilahi dan kemurahan Rahmani, bagi mereka yang ditentukan oleh Allah dengan
[kurnia dan kemurahan] di kalangan hamba-hamba-Nya (`ibad).
Mendahului bagi diri hamba itu perkara tersebut pada hadrat
dituntut kesaksiannya (ishhad).
Maka tahulah dia ketika diberitahukan, bahawa uluhah mengurniakan
bahagian itu, dan bahawa dia antara raqa’iq yang qadim (raqa’iq al-qadim).
Mahasuci
Allah Yang tiada pelaku selain-Nya, dan tiada mawjud dengan sendirinya
melainkan Dia. Padahal Allahlah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat
(al-Saffat, 37: 96), Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia buat,
dan merekalah yang akan ditanyai (al-Anbiya’, 21:
23),
Allah
mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia
memberi petunjuk kepada kamu semuanya (al-An`am, 6: 149).
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan