JANGAN PANDANG WUJUDMU…
Ayahdi PakNgah
Ketahuilah olehmu bahawasa nya selagi kau merasa dan memandang akan adanya ujudmu itu pada keadaan
ini maka kau belum lagi sampai kepada penyatuan yang sejati,,,,,,,
Penyatuan ini bukanlah bererti kita dan Tuhan
bersatu pada tempat yang sama kerana mana mungkin dua hal yang berbeza mendudukki
pada tempat yang sama ..ini tidak munkin terjadi dan tak akan terjadi.
Akan tetapi penyatuan
yang dimaksudkan ini adalah ia (insan) itu
memandang akan segala yang ujud ini adalah kenyataan bekas dari azali iaitu Tuhan,
ke-akuan diri pada menyatakan kewujudan Tuhan secara menyeluruh inilah yang di
kehendaki. Oleh itu kita mestilah memahami nya dalam erti kata yang sebenarnya.
Penampakan atau kezahiran pada barang yang ujud
zahir mahupun ujud batin itu adalah semuanya itu dalil dan ia sememangnya
Kenyataan Tuhan pada Sifat Az-zhohiru (yang zahir) kerana ujud itu hanyalah satu
jua pada nisbah wujud iaitu Zatullah. Maka yang lain itu adalah
kenyataan wujudnya.
Penyatuan yang kita mahukan ini adalah penyatuan
yang hakiki bukan bersatu kita dan Tuhan . Itu dengan makna kita dan Tuhan
berada pada satu tempat akan tetapi ia
membawa makna bahawa Tuhan itulah yang wujud dan aku ini ganti nama bagi Sifat
Kewujudan nya.
AKU adalah Esa dari Ke-esaan Tuhan ia dinamakan
Sifat yang ternyata dari alam zat. Setelah nyata nya AKU maka Zat itu telah
ghaib didalam sirrku. Kini yang dilihat dan dirasa itu adalah Sifat Kenyataan
ZatNya, Oleh itu kalau kita selidiki maka tidak lah ada percampuran didalam hal
penyatuan ini,
Esaku menyatakan Tuhan umpama bayangan pada
cermin......mana munkin bayang atau gambaran didalam cermin itu menjadi dua
kalau yang diluarnya satu objek sahaja. Ini bermakna ianya satu diluar dan
menunjukan satu itu pula adalah didalam cermin itu maka tiada dua lah ia
melainkan satu jua.
Perjalananku melakukan penyatuan dengan
mengadakan Pengakuan dan Penyaksian yang hakiki pada hakikat ku sendiri iaitu Tuhan.
Hadrat ilahi lah yang meleburkan ke-akuanku pada fahamanku yang mengatakan aku
ini ada dan aku ini lain nya dan apabila
hampirnya aku pada maqamku iaitu Ketuhananku maka aku yang dulunya ada kita
telah menjadi tiada kerana bersatunya AKU dan tuhanku.
Maka disitu TIADA LAGI SIFATmelainkan ZAT
semata-mata ini dapat ku tahu apabila aku merasai aku hilang perasaanku
pada keadaanku sendiri.
Saudaraku fahamkanlah ini bukan aku mengaku aku
ini Tuhan akan tetapi aku mengatakan aku ini ujud yang
menyatakan ujudnya Allah, tanpaku dia (allah) tidak akan Nampak wujudNYA nya kerana AKUlah
yang menyatakan nya,.........sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan