Jumaat, 16 November 2012

TULISAN GURUKU 03


BUIH dan OMBAK
Ayahdi PakNgah

Dikala gelombang OMBAK menghempas pantai maka terbit nya BUIH sebagai HIASAN.
Dari air menjadi buih namun ia bersama namun berbeza, buih yang terzahir dari gelombang ambang ditiup angin berpusar-pusar menuruti aliran ombak kesana kemari. Adakala buih.,hilang adakalanya buih wujud maka begitulah rasminya buih. Dia ada ketika ada dan dia berada didalam tiada, hiasan penyeri ombak dan laut, bermudik berhulu menuruti kemahuan tidak pernah menyanggah tuntunan tuan, laut yang luas menjadi alam dan kediaman nya.

Inilah kejaadian hikmah Tuhan. Buih dan ombak asal satu menjadi dua terkadang menyatu hilang dimata. Dia berada didalam tiada ombak penyata bagi keadaan nya, Kau hilang aku ternyata. Aku terzahir engkau bernama, moga tetap fitrah hendaknya.

Buih……..kau adalah rahsia yang nyata bagi insan yang mahu memikirkan nya. Dari mana asal mulanya kemana pula akhir perginya. Kembali nya engkau pada yang asal, menjadi satu didalam asal.

Namun ombak  jua yang nyata bila berada kita bersama, ciptaan Tuhan Yang Maha Esa menjadi bukti Tuhan Yang Kuasa. Ombak dan buih sebagai pembuka, Ilmu Makrifat di alam maya. Insan oh insan kau ambil faham, jangan kau lupa akan pedoman, ombak dan buih sebagai ajaran buat panduan Mengenal Tuhan.

Ombak dan buih kau jadikan ajaran didalam ia ada tersimpan, rahsia ilmu khazanah Tuhan, buat makhluk bergelar insane. Buih dan Ombak kau ambil faham jangan kau lupa padanya tuan, ia terbentang didada alam sebagai ibarat engkau dan tuhan. Mengenal Diri jangan kau lupa umpama buih dan juga ombaknya. Kelak kau bahagia dialam sana menjadi kekasih Tuhan Yang Esa.

Sekian saja kiasan hamba buat pedoman pada yang ada, hamba hina tiada apa sekadar menyata sebak didada. Nilainya ilmu tiada bandingan, bagi sesiapa yang mengambil faham, moga tak sesat didalam perjalanan Tuhan dan Rasul sebagai panduan. 

Jalanku adalah rahsia menuruti apa yang digerakkan Tuhan padaku. Hubungan kita tiada garis sempadan namun ia tetap ada batasan AKU adalah AKU dan engkau adalah engkau namun AKU dan ENGKAU jauh tiada antara dekat tiada berbatas,

Engkaulah Tuhan Yang Esa dan AKU-lah KETUHANAN yang ternyata. Aliran ku adalah darimu, mengalirkan kerhidupan didalam badan diri ku ini, ketika bergeraknya AKU maka tiadalah aku pada waktu itu, hanya engkaulah yang ada, aku tiada tetapi ada, yang tiada itu hanyalah ke-akuanku padaku sahaja, yang ada itu adalah keakuanku padamu dalam ertikata AKU yang menyatakan tuhan kerana dari Tuhan AKU datang.

Mahu ku ungkap tetapi tak terdaya mahu ku bercakap tapi tak terlarat mahu ku terjemah tapi ku lemah inilah Rahsia Ilahi bagiku. Tetapi aku tahu dan aku mengerti akan keadaan itu, dalam menurutimu terkadang aku diatas terkadang aku dibawah, terkadang aku diluar terkadang aku didalam begitulah perjalananku yang ku jalani ini.

AKU an dia terkadang bertukar-tukar tempat namun aku tidak pernah membantah menuruti dan mengikuti sahaja. Setiap permohonanku di luar sana aku lupakan bukan sengaja akan tetapi aku serahkan padanya dan aku tidak mau tahu apa yang akan dia lakukan kerana itulah tawakkalku. Aku biarkan dia yang menentukan sehingga aku terus bergerak kerana gerakku itu dibawanya untuk tujuanku mengikut caranya.

Oleh itu aku pasrah dan berserah padanya.

Dari titik aku bermula tujuanku menuju titik jua hendaknya titik mula dan titik penamat itu umpama menghasta kain sarung dari situ ke situ jua sampainya. Titik pertama bermulanya aku maka mulanya aku itu denganku jualah sampainya aku kepada aku jualah. Sesampainya aku kepada aku iaitu titik kepada titik, aku cuba mencari asal mula titik itu.

Ku cari ku renung namun tiada apa2. Kini aku faham rupa2nya ia bermula dari tidak ada dan di tempat yang tidak ada itulah AKU berada. Tidak ada itulah Tuhan Ia tidak ada pada kenyataan zahir dan ia ada dibalik kenyataan AKU dan dia bersatu pada titik dan apabila titik itu hilang atau ghaib maka AKU tiada dan ia pun tidak nyata lagi ITULAH ZAT ILAHI.

Umpama pelita bila api dipadamkan cahaya hilang api tiada ia pulang ditempat asalnya iaitu Alam Zat ( tidak nyata )

Apabila kutahu hal ini dan aku sedar yang aku ada berbadan maka ku adakan pengakuan demi pengakuan untuk kesaksian pangkat darjat dan martabat Ada nya AKU disini sengaja dinyatakan Tuhan untuk menuntunmu kejalannya

AKU adalah hamba yang kurang segalanya HANYA..mampu berserah pada Yang Esa  tergerak mengikut kemahuanNya. Bayangan yang tidak boleh berbuat apa apa melainkan atas arahan tuan nya saja. Dari satu destinasi menuju destinasi lain nya bak musafir yang lewat di padang pasir merentasi panas dan kemarau terkadang kehujanan penat lelah tak dihiraukan kerana AKU adalah hambanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan