* Artikel ini dipetik dari laman grup Facebook BBM4U....*
DIRI....
Istilah DIRI merupakan salah satu KUNCIKATA untuk memahami Ilmu Bapak ini malah Bapak mengatakan sendiri bahawa Ilmunya ialah ILMU MENGENAL DIRI. Dalam pengajian kita ..Ilmu Mengenal Diri itu ialah ILMU HAKIKAT.... Dalam bukunya Bapak juga menyebutkan ayat ayat populer Mengenal DIRI yakni " Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu ( siapa yang kenal dirinya maka kenallah akan Tuhannya )
Jadi SANGATlah penting kita memahami betul betul akan perkataan DIRI ini. pakah DIRI itu dan apa kaitannya dengan Allah SWT..dan kenapakah dikatakan "sape kenal diri maka kenal Tuhannya ...
Dalam Ilmu BBM ini ..ada namapaknya perbezaan fahaman akan istilah DIRI ini antara pelbagai golongan anak BBM...kita serahkanlah saje pada fahaman masing masing tanpa mahu mengatakan betul atau salah atau apa pun...
Disini saya TURUNKAN pemahaman kami ..yang disampaikan oleh guru kita AYAHDIPAKNGAH..mudah2an tulisan PakNgah ini membantu kita memahami IP BBM ini....Selamat Membaca...
***********************
DIRIKU
Ayahdi PakNgah
Ketahuilah wahai anak-anakku…..DIRI itu adalah ia berasal dari AKU dan ia adalah satu Tajjali atau Penyataan dari Rahsia Ketuhanan ( AKU ). Keadaan nya pula bersifat halus dan ia merupakan cahaya atau nur yang memancar dan meliputi badan dari dalam nya. DIRI adalah penyata bagi AKU.
DIRI…..adalah rahsia pancaran dariKu dan padanya ada mengandungi rahsia dariKu kerana ia adalah DIRIKU. Pada nya juga ada beberapa sifat yang semula jadi yang telah ditentukan kepada keadaan nya iaitu DIRI. Inilah pada ada perasaan, naluri dan juga kehendak.
Tempatnya pula dibawah kulit kita ini dan ia meliputi dari dalam dan diri ini ada berbentuk sebagaimana bentuknya badan akan tetapi ia bersifat halus dan hanya dapat kita tahu sahaja jua. Namun gambaran nya boleh dikatakan ianya sebagaimana gambaran luaran ini. Kedudukan nya sebagaimana duduknya badan………
Contoh….diri ini diumpamakan seumpama cahaya pelita yang memenuhi ruangan dan cuba kita perhati bagaimanakah bentuk cahaya itu apabila berada pada ruangan tadi Sudah tentu ia akan menuruti keadaan ruangan itu sendiri. Dan kalau kita ubahkan keadaan ruangan tadi maka ia akan menuruti juga perubahan ruangan itu dengan cahaya nya. Inilah keadaan DIRIKU.
DIRI……adalah pancaran Nur Ketuhanan menerangi alam nya iaitu badan diri ataupun alam saghir mengisi ruangan dan memenuhi kekosongan pada keadaan badan nya. Dalam bahasa biasa kita gunakan ianya dipangil NYAWA atau JIWA untuk menandakan DIRI itu wujud.
Maka kita dapat mengetahuinya dengan tanda-tanda hidup iaitu NAFAS dan juga pergerakan-pergerakan semulajadi seperti nadi, darah, jantung maka inilah dia keadaan DIRIKU.
Ingatlah olehmu……didalam peramalan kita maka perlulah kita dapat Mengenal Akan DIRI ini kerana ia merupakan asas bagi Mengenal Tuhan. Untuk itu apabila kau sudah dapat menemuinya maka kau akan tahu betapa besarnya kurnia Tuhan padamu. Untuk itu buatlah penyaksian dan pengakuan dengan sebenar-benar pengakuan kepada tuhan mu agar kau dapat pengakuan darinya.
Fanakanlah keadaanmu itu dan serahkanlah kepadanya moga-moga kau dapat menemukan mutiara hidup yang bernilai tinggi.
Apabila kau temuinya pasti kau akan merasa nikmat didalam hidup ini. Teruskanlah perjalananmu itu. DIRI……..terhasil dari penyatuan molikul-molikul ghaib yang bersatu atas Kehendak Tuhan secara semula-jadi dan apabila bersatu kesemuanya lalu berdirilah ia dengan Kudrat Ilahi…..Hayyun Daaimu la yamut. DIRI…….mengikut ahli hakikat diri ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu…..
1) diri sendiri
2) diri terdiri
3) diri tajalli
4) diri terperi
Namun kesemuanya itu satu jua hakikatnya. Walau apapun namanya kita tetap berada pada fahaman diriku ini adalah pancaran Nur Ilahi Rahsia Tuhan yang Maha Kuasa. inilah diri yang ku kenal…………DIRI yang berdiri dengan sendiri kerana diriku inilah Qudrat iIahi………..
DIRI……….yang menjalani Perintah dan Amanah Tuhan serta menjalani kerja Tuhan pada Kehambaan selagi ia berbadan. DIRIKU yang ku kenali inilah diriku yang difahami dan yang diduduki.
DIRI….yang menerima dan memberi serta menjalani apa-apa yang diamanahkan oleh Tuhan nya dan ia merupakan orang tengah bagi Sifat Keinsanan dan Ketuhanan. DIRI yang ku kenal inilah yang ku duduki padanya dan ia mempunyai daya seribu daya bagi melakukan kemahuan dan tindakan yang diperlukan.
Ketahuilah olehmu wahai anak-anakku akan siapakah yang dinamakan AKU itu barulah engkau tahu dan mengenal akan hakikat sebenar Rahsia Ketuhananmu. Maka dengan ini ku lampirkan suatu keterangan buatmu dan ku bukakan tabir rahsia untukmu agar kau tahu dan mengerti apakah dan siapakah yang dimaksudkan kepada AKU.
AKU…..adalah kalimah mufrad (satu) dan ia tidak mewakili mana-mana jenis samada lelaki atau pun wanita dan ia melepasi anggapan itu. AKU adalah satu hal yang tidak ada padanya gambaran yang nyata kerana ia bersifat tidak nyata (nagetif), dan sesungguhnya AKU itu adalah satu rahsia yang di tajjallikan oleh Tuhan dan ia menjadi Penyata bagi Zatullah.
AKU adalah merupakan Sifat Ketuhanan yang terbit dari Tuhan Yang Maha Kuasa.
Padanya pula terdiri akan Sifat-Sifat Kebesaran Tuhan kerana ia ( AKU) itu adalah Penyata Bagi Zat Tuhan atau dengan kata lain dia (aku) itulah KENYATAAN TUHAN.
Sesungguhnya Zatullah itu tidaklah dapat kita ketahui akan keadaan dirinya dan jauh sekali untuk kita mengatakan dia itu berupa dan macam-macam lagi, kerana ia LAISA KAMISLIHI SAI’UN ……..tidak menyerupai dengan sesuatu apa pun.
Oleh kerana itulah Tuhan mahu memperkenalkan diriNya maka ia telah menyatakan akan Sifat Ketuhanan Nya dan ia yang bernama AKU.
Dalam Ilmu Hakikat AKU ini digelarkan oleh mereka dengan nama AMAR ROBBI ….urusan tuhan, dan ia membawa makna kepada Keadaan Tuhan padanya.
Perlu di ingat AKU itu bukanlah Tuhan akan tetapi ianya PENYATA yang dinyatakan Tuhan agar ia nyata maka apabila ia (aku) nyata maka nyatalah Kebesaran Tuhan itu, kerana kalau ia tidak nyata maka Kebesaran Tuhan tidak akan nyata dan kita tidak akan tahu yang Tuhan itu ada walaupun ia ada.
Didalam ilmu yang kita perlajari ini saya ingin menyatakan bahawa AKU itu adalah Ketuhanan dan ia merupakan titik pertama yang dinyatakan Tuhan pada jasadku ini.
Apabila ia berada didalam badan diri ini maka ia telah menjadi diri pula. AKU yang tadinya merupakan titik atau noktah awal kini telah berkembang menjadi diri dan diri itulah Cahaya Ketuhanan yang dinyatakan nya daripada nyalah (aku) mendatangkan kehidupan kepada badan kita ini.
Pada AKU itu ada berbagai-bagai rahsia dan ia merupakan satu Khazanah Tuhan kepada kita ini. Asal kita mahu pasti kita akan dapat sesuatu darinya tetapi dengan syarat kita mesti mengenal dan mengetahui akan keadaaan nya.
AKU yang tidak berupa dan bertampan ini hanya mampu kau tahu sahaja kerana ianya satu hal yang terahsia pada keadaan sifat kezahiran rupa paras dan bentuk. Oleh itu kau hanya mampu tahu dan merasai sahaja akan keberadaanku pada badan dirimu itu.
AKU merupakan induk kepada kehidupan mu itu tanpaku kau akan mati.
Anak-anakku…….ketahuilah olehmu bahawa AKU itu adalah KETUHANAN dan pada nya ada beberapa sifat yang telah digantungkan oleh Tuhan bagi menyatakan dan mendalilkan akan Kebesaran Tuhan dan dengan nya ( sifat ) ia dapat mentadbir alam badan diri ini.
sifat-sifat itu adalah……..
1) hayat
2) ilmu
3) qudrat
4) irodhat
5) sama’
6) basar
7) kalam
Inilah sifat-sifat nya dan ia dipangil Sifat Ma’ani. Sebenarnya Sifat-Sifat ini ada pasangan nya dan ia terzahir dari pasangan itulah siapakah pasangan nya itu? Pasangan nya itu adalah sifat maknawiah iaitu……..
1) hayyun
2) alimun
3) qodirun
4) muriidun
5) sami’un
6) basirun
7) mutakalliman
Sifat-Sifat ini adalah pasangan nya dan ia menunjukan akan keadaan Tuhan pada Kebesaran Nya itu….maka jelaslah bagi kita ini bahawa AKU itu membawa faham kepada kita dengan makna Ketuhanan (Kenyataan Tuhan).
Adalah Zat dan Sifat itu sebenarnya tidak terpisah dan saya tidaklah mengatakan ianya terpisah akan tetapi dalam menyatakan Kalimah AKU ini .
Saya menyatakan ianya adalah Penyataan, umpama lampu suluh mengeluarkan cahaya dan menyuluh dinding. Cahaya pada dinding itu adalah cahayanya dan cahaya pada cermin lampu itupun cahaya nya oleh itu adakah cahaya yang berada pada dinding itu terpisah dari lampu dan cahaya pada cermin lampu itu…….tentu tidak bukan, walaupun ianya berjarak dengan jarak yang jauh, kerana ianya adalah tali bertali dari punca yang sama.
Maka tali itulah bagi AKU ianya Sifat Ma’ani dan tali bagi penyambungnya itu adalah Sifat Maknawiah dan ia dari Tuhan jua datang nya.
MANLA YAKRIF FALA YAKZUK…barang siapa tak mengenal maka tak akan merasai.
Anak-anakku ….kau perlu meletakkan fahaman mu itu dalam hal ini kepada kedudukan AKU kerana itulah asal dirimu dan asal dibalik asalmu itu adalah dari Zat jua adanya, dan semua yang ada ini berasal dari nya iaitu daripada ilmunya.
Kau jangan bicara tentang keadaan Zat Tuhan kerana kau tak mampu untuk itu. Cukuplah kau bicara tentang AKU kerana ia adalah asal mula dirimu dan darinya dirimu terbit. Kata orang bijak pandai “ mengenal diri mengenal tuhan ” dan AKU itulah Zat bagi diri dan diri itu kenyataanku.
AKU…….adalah kenyataan tuhan dan ia adalah sifat kesempunaan nya. Bila AKU menerima badan maka diriku terbit mendatang pula dan aku lenyap didalamnya itulah saya mengatakan ianya adalah Zat Diri, bukan Zat Tuhan, kerana AKU adalah AKU dan AKU bukan TUHAN dan TUHAN adalah TUHAN dan TUHAN bukan AKU, akan tetapi AKU datangnya dari TUHAN AKULAH KETUHANAN.
Renungilah olehmu dengan pandangan basirahmu agar kau tahu dan mengerti dan temuilah AKU. Kehidupan yang kita ada ini merupakan dalil penyataan Af’al (perbuatan) AKU yang mana ia terjadi melalui proses-proses semulajadi.
AKU…..yang menanggung Amanah Dari Tuhan membawa dan menerima suatu tugas yang besar didalam menjalani kehidupan didunia maupun akhirat.
Ingat-ingatlah wahai anak-anakku………..
Dalam perjalanan ini pastikan kau meletakkan semua pengharapan kepada AKU kerana AKU itu cukup mencukupi bagi mu. Rahsia Ilahi Yang Maha Kuasa itulah yang menjadi bekalanmu. AKU……..yang hidup tiada mati, kekal tiada binasa menjadi diri bagi badanku sendiri dan kini AKU bergerak pada jalanku iaitu jalan rahsia ilahi………..
AKU adalah rahsia Tuhan Menyata Sifat Yang Maha Esa. Kini aku telah berbadan Hidup didunia sebagai hamba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan