IHSAN
IHSAN
Agama ditunjangi oleh
Islam, Iman dan Ihsan. Ihsan merupakan pokok (rukun) kepada aharan Islam. Ihsan
adalah sebagai pusat tempat melihat Allah kepada hamba-hambanya, yang
menentukan diterima atau tidaknya amalan kita.
Ihsan adalah nilai
sebuah agama, yang membezakan kita dari agama-agama lain. Amalan dari perbuatan
syariat yang baik itu, belum tentu diterima Allah, jika amalan itu tidak
disertai dengan nilai ruhiyah (ihsan)
Sebut sahaja tentang ibadah,
semua orang akan mengaku bahawa ia beribadah kepada Allah, lebih-lebih lagi
para alim ulama. Bila ditilik dengan mata kasar, kebanyakkan dari kita,
diantaranya golongan yang patuh, taat dan golongan yang tekun dalam menjalankan
perentah Allah. Pada masa yang sama, ramai dikalangan kita beribadah
tanpa roh ibadah ( tanpa ihsan ).
Yang membezakan ibadah
sebenar dengan ibadah ikut-ikutan, adalah dari nilai ruhiyahnya (ihsan), samada
beribadah itu kerana Allah atau kerana keterpaksaan budaya turun menurun.
Sebagaimana contoh
syariat berhijrahnya Baginda Rasulullah saw dari kota Mekah ke kota Madinah,
Jika dipandang dari segi hijrah dengan mata kasar, ramai pengikut setia Baginda
Nabi yang mengambil keputusan untuk berjalan seiringan bersama-sama Nabi,
mengikut Baginda berhijrah. Pada masa yang sama adakah pengorbanan hijrah
mereka itu, kerana Allah! Adapun Rasulullah saw melihat hijrah
pengikutnya itu, dari sudut ruhiyah (ihsan). Setelah Baginda menilik
melalui tilikan ihsan, ada dikalangan pengikutnya yang benar-benar berhijrah
kerana Allah, manakala tidak kurang pula yang berhijrah kerana harta atau
kerana kerana perempuan. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis yang bermaksud :-
"Barang siapa
hijrahnya didasari (niat) kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya akan sampi
dan diterima Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa yang hijrahnya didasari
(niat) kerana kekayaan dunia yang akan didapati dan kerana perempuan yang akan
dikahwininya, maka hijrahnya terhenti (tertolak) pada apa yang ia hijrah padanya"
Begitu juga dalam
amalan bersolat, niat atau ihsan dalam mengerjakan pekerjaan solat itulah yang
dipandang Allah, bukan pekerjaan atau perbuatan solat mengikut syarak yang
dibuat-buat melalui budaya ikut-ikutan turun menurun. Bukan taat dan
patuh yang Allah pandang, Allah melihat atas keikhlasan hati kita (ihsan)
Firman Allah :-
107.Surah Al-Mā`ūn
(Verse 4)
فَوَيْلٌ
لِّلْمُصَلِّينَ
(Kalau orang yang
demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
ugama), maka
kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
107.Surah Al-Mā`ūn
(Verse 5)
الَّذِينَ هُمْ عَن
صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(laitu) mereka yang
berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
107.Surah Al-Mā`ūn
(Verse 6)
الَّذِينَ هُمْ
يُرَاءُونَ
(Juga bagi) orang-orang
yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
Hadis dan firman di
atas, adalah bagi menggambarkan dan menunjukkan betapa pentingnya dan perlunya
perkara ihsan didalam beribadah kepada Allah. Persoalannya beramai-ramaikah
dikalangan kita yang terdorong oleh perasaan itu dalam perkara ini?. Baik
dalam solat mahupun dalam kehidupan seharian! Secaea mata kasar,
kelihatannya mereka itu seperti berhijrah dan bersolat kerana Allah. Akan
tetapi bila dilihat dari sudut rubbubiyah, sudut batin atau dari sudut ihsan,
ternyata ramai dikalangan kita yang tersasar jauh dari matlamat dan tujuan
asal. Diantaranya ada yang diganggu oleh perasaan riak, ingin dipandang,
dupuji, dipuja oleh masyarakat ramai. Tidak kurang pula yang bertujuan
bagi mendapat ganjaran pahala atau balasan surga Allah ( bukannya kerana Allah
atau ihsan)
Ibadah yang tidak
disertai ihsan kepada Allah, ianya tidak mendapat tempat di sisi Allah.
Ibadah yang tidak disertai ihsan itu, adalah ibadah yang jauh dari iman.
Bilamana jauh dari iman, bererti ibadahnya sia-sia kecuali mendapat lelah dan
penat semata-mata. Ihsan itu adalah ibadah tertinggi yang menyentuh rasa dan
yang disertai rohani. Ihsan adalah ibadah yang bukan lagi dikerjakan oleh diri
zahir, sesungguhnya yang mengerjakan ibadah ihsan itu, adalah diri rohani.
Ihsan itu adalah tahap yang didatangi suatu rasa (dudatangi suatu
perasaan). Perasaan dan rasa yang segala pekerjaan ditengah-tengah
kehidupan masyarakat seharian itu. Baik pekerjaan ibadah mahupun
pekerjaan harian, sehingga ianya dapat menghadirkan Allah ta'ala bersama dan
besertanya.
Sehingga tidak lagi
dapat dibezakan diantara pekerjaan ibadah yang dikerjakan itu, datang dari
dirinya sendiri atau datangnya terus dari ihsan Allah. Mengikut tafsiran
syarak, ihsan itu seolah-olah kita melihat Allah, jika kita tidak boleh
menghadirkan pandangan Allah melihat kita, anggaplah kita melihat Allah.
"Mengikut
tafsiran makrifat, pengertian ihsan itu, apabila Allah nyata pada diri kita,
jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah pada diri kita, sesungguhnya diri
kita itulah yang menyatakan Allah"
Tafsiran ihsan itu,
bukan dengan cara menunggu kenyataan arau kehadiran Allah keatas diri. Ihsan
menurut pandangan ilmu makrifat itu adalah apabila kita dapat menyata dan
menghadirkan Allah beserta kita. Allah tidak perlu mendatangi atau
memperzahirkan kita, sesungguhnya kitalah yang mendatangi Allah. Allah
itu tidak perlu dipanggil untuk menghampiri atau mendatangi kita, sesungguhnya
kitalah yang mendatangi Allah Ta'ala. Allah tidak perlu tunggu dipanggil untuk
mendekati kita. Allah itu sememangnya sedia ada berserta dan bersama kita
sebilang waktu dan tempat.
Untuk mencapai amalan
ihsan, tidak dengan caea menjemput Allah mebdatangi hati atau mebghadirkan
Allah kedalam ibadah atau kedalam hati. Allah itu tidak perlu dipujuk supaya
mendatangi atau mendekati kita.
Cara atau kaedah ihsan
itu, bukan Allah melihat kita dan kita pula bukan melihat Allah, ihsan itu
sesungguhnya, apabila kita bersama dan berserta Allah (dengan Allah, bersama
Allah, dan beserta Allah) itulah ihsan. Seumpama kisah nabi Musa melihat wajah
Allah melalui bukit Tursina. Seandainya Nabi Musa masih dapat melihat
Bukit Tursina sebagaimana sifat asalnya, nescaya Allah tidak akan dapat dilihat.
Bilamana penglihatan Nabi Musa tidak lagi melihat bukit Tursina sebagai bukit
lagi, disitulah wajah Allah mengambil tempat, Bila saja wajah Allah telah
mengambil tempat, wajah bukit dan sekaliannya tidak lagi kelihatan. Disitulah
wajah Allah telah mengatasi segala wajah-wajah yang lain selainnya. Inilah yang
dikatakan ihsan ( Jika kita tidak dapat untuk menyatakan Allah, sesungguh Allah
nyata atas kita )
Bilamana wajah makhlok
Bukit Tursina telah lebur dalam pandangan Nabi Musa, maka disitulah wajah Allah
mengambil tempat. Setelah wajah Allah mengambil tempat pada pandangan
Nabi Musa, disitilah Baginda Nabi Musa tidak lagi dapat memandang wajah yang
lain selain wajah Allah. Itulah yang dikatakan tahap ihsan.
Setelah kita faham dan
mengerti apakah itu konsep ihsan melalui kisah Nabi Allah Musa, maka dengan
berpandukan konsep itu, kita bawakannya pula kedalam kaedah cara-cara bagaimana
untuk kita mencapai tahap ihsan dalam sembahyang. Ihsan itu bukan sahaja
diketika sembahyang, jika boleh biarlah konsep ihsan itu, diguna pakai dalam
segala amal. Ihsan dalam bersyahdah, puasa, zakat, haji, sedekah dan
ihsan itu hendaklah juga dalam sebarang amalan.
Dengan konsep ihsan,
sebagaimana ihsannya Nabi Allah Musa diketika melihat wajah Allah pada Bukit
Tursina, sebegitulah kaedah rasa didalam sebarang ibadah. Kaedah bagi
mencapai ihsan dalam ibadah itu, adalah dengan cara melebur, fana', dan
membinasakan sekalian yang ada, lebur dan binasa itu biarlah sampi kepada tahap
hanya wajah Allah sahaja yang terpandang dan terlihat oleh mata hati pada
sekalian Alam.
Untuk membinasakan
alam dan membinasakan pandangan mata pada sekalian alam itu, ikut dan
contohilah kisah Nabi Musa. Sebagaimana leburnya Bukit Tursina pada
pandanga Nabi Musa, sebegitulah hendaknya kita leburkan alam ini pada pandangan
kita. Setelah segalanya lebur pada pandangan hati, disitu barulah kita
dapat lihat dan dapat kita pandang wajah Allah melaluinya dengan nyata lagi
terang. Terang, nyata dan jelasnya wajah Allah itu, lebih terang dan
lebih jelas dari cahaya matahari disiang hari. Wajah Allah itu, lebih terang
dari penglihatan mata itu sendiri.
Mata sekadar melihat,
manakala yang dilihat itu pula, kadabg-kadang kita sendiri pun tak faham.
Tetapi jika penglihatan yang melihat, yang pasti dilihatnya itu adalah Allah,pun kita sendiri
kadang-kadang tiada tiada penglihatan kerana yang melihat itu pun juga
Dia, Melihat wajah alam dengan menggunakan penglihatan biji mata,
sedangkan untuk melihat wajah Allah itu, cukup hanya dengan sekadar melihat alam,
kerana alam itu sendiri adalah wajah Allah. Itulah yang dikatakan bahawa
Allah itu, dapat dilihat dan dipandang sekalipun tanpa biji mata. Tanpa
biji mata sekalipun, Allah akan dapat dipandang melalui alam. Inilah
ihsan dan inilah maksud dan pengertian ihsan yang sebenar. Sesunggihnya
teramat kurang orang yang mengerti perkara ini, dikeranakan buta mata hati
Firman Allah :-
7.Surah Al-'A`rāf
(Verse 179)
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا
لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ
بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ
بِهَاۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُولَٰئِكَ هُمُ
الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami
jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati
(tetapi) tidak mahu memahami dengannya
(ayat-ayat Allah), dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi)
tidak mahu mendengar
dengan nya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Hayatilah kisah Nabi
Allah Musa itu dengan cermat, dengan berpandukan konsep itu, kita bawanya
kedalam amalan ibadah sembahyang dan amalan-amalan ibadah yang
selebihnya. Itulah ihsan. Dari konsep ihsan itulah lahir takwa
(takut kepada Allah). Ihsan itu adalah ibadah yang menyentuh rasa
(getaran yang menyentuh rohani).
Hasil dari perkara
ihsan itulah akan terzahirnya perkara takwa, tawakal, zuhud, ikhlas dan
zuk. Pada kebanyakkan orang, hal ini dikira khayalan akal atau ilusi
para-para pejuang makrifat, sebagai penyedap kata. Sedangkan hal ini
benar-benar dan akan berlaku dan akan terjadi kepada sesiapa sesiapa yang
mencapai tahap makrifat.
Keyakinan di dalam
dada orang-orang beriman bukannya boleh dibuat-buat. Keimanan hati pada mereka
yang yakin kepada Allah itu, bukan ilusi atau lintasan Akal. Iman yang
sampi kepada tahap hakkul yakin pasti akan datang dan pasti akan sampi kepada
mereka yang di kehendaki Allah Ta'ala. Rasa zuk makrifat kepada Allah
bukan sahaja dimiliki atau terletak pada para Nabi atau para-para sahabat
sahaja, orang biasa seumpama kita pun boleh mendapat rasa sebagai mana
mereka-mereka terdahulu. Rasa beriman kepada Allah secara ihsan itu
terletak ditangan Allah, bukannya terletak ditangan ketaatan ibadah makhlok.
Ihsan itu hak Allah, bagi yang sampi kepada Allah, maka akan sampilah pula ia
ketahap ihsan.
Bilamana orang itu
telah dikatakan sampi jepada tahap ihsan, dengan sendurinya perubahan ketara
pada gerak laku dan tingkah bicaranya akan terjadi. Rasa beriman dengan kadar
ihsan itu dengan sendirinya akan terjana melalui kehidupan seharian kita.
Cara kehidupan seharian kita akan berubah secara ketara yang dapat dilihat perubahannya
oleh kita sendiri dan oleh mata masyarakat ramai disekelilung kita.
Bilamana ihsan telah memenuhi ruang hati, dengan sendirinya sikap peribadi kita
juga akan dengan sendirinya turut berubah.
Jika asalnya diri kita
selalu bersikap kasar atau panas baran, akan bertukar keoada sikap lemah lembut
dan bwrsopan santun. Mulanya bersifat bakhil dan dengki khianat kepada
orang lain akan bertukar kepada sikap murah hati, ramah, suka menolong dan suka
bersedekah.
Bilamana melihat
makhlok binatang sekali pun, hatinya turut terasa belas kasihan, apa lagi
kepada makhlok manysia. Gaya percakapannya, gaya bergaul dengan anak
isteri, cara bertegur sapa dengan jiran tetangga juga akan turut berubah.
Sifat-sifat seumpama
itu bukannya datang secara sendiri, datangnya sifat sedemikian adalah hasil
dari ihsan yang dicampakkan Allah kedalam hati mereka-mereka yang mengenal
Allah. Barulah hidup kita beroleh harmoni, aman, damai, tenang, tidak resah,
sejuk hati, tidak panas baran, tolong menolong, menyayangi dan hidup dengan
penuh kasih mengasihi.
Beramal, beriman,
beribadah dan hidup secara ihsan itu mengajar kita berbudi bahasa. Budi
bahasa dan berhati luhur itu akan datang setelah kita sedar yang diri kita ini
tidak memiliki apa-apa selain yang diberi Allah dan milik Allah. Bila
kita sedar yang diri kita milik Allah, bermakna kita tidak memiliki apa-apa dan
tidak punya apa-apa. Untuk apa lagi bermegah-megah dengan kekayaan,
kekuatan, kesombongan, pangkat, gelaran, pujian dan sebagainya.
Semua itu telah menjadi
milik Allah, itulah databgnya sifat rendah diri, bila sifat perasaan rendah
diri itu telah menemani dan mendatangi kita, disitulah sifat-sifat terpuji
mengambil tempat sebagaimana ihsan para ulamak dahulu. Bilamana sampinya
kita kepada tahap ini, itulah yang menjadikan kelopak mata kita selalu
bergenang air mata.
Bila kita beriman,
beribadah, bergaul dan bermasyarakat dengan kaedah ihsan, hati kita akan jadi
sejuk, damai dan hidup kita penuh dengan berserah dan bertawakal kepada
Allah. Dari itulah makanya akan lahirlah ketakwaan, kepatuhan, keta'atan,
kurang berbohong, jurang menipu, kurang bertengkar, kurang berhutang, kurang
meminjam, kurang perkara-perkara mungkar dan sebagainya. Dari itu juga akan
berkurang pula perasaan resah hati, kemurungan, patah semangat, kurang
berusaha, kurang gelisah dan akan berkuranglah pula kegiatan maksiat.
Bila kita telah sampai
kepada tahap ihsan, nantinya segala gerak kerja atau tingkah laku kita akan
dituntun Allah. Allah sendiri yang akan menjaga dan membimbing kita
dari perbuatan yang tidak diredhainya.
Sekali lagi dinyatakan
bahawa ihsan itu bilamana kita dapat menyatakan Allah dalam kehidupan
harian. Sekalipun kita tidak dapat menerima kenyataan, Allah nyata dalam
kehidupan kita. Marilah kita menerima hakikat bahawa sesungguhnya diri
kita sebenarnya telah pun menyatakan Allah Ta'ala, Sebenarnya Allah itu telah
nyata, terang, terzahir, terpamir dan telah terjelas dihadapan mata.
Kerana sifat mata, sifat melihat (basor), dan sifat penglihatan (basirun) itu
sendiri adalah Allah.
CARILAH DISANA !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan