SIFAT DUA PULUH – BAHAGIAN DUA
By Adnan Dahalan
SIFAT DUA PULUH
SIFAT MA'ANI
Apakah maksud sifat
ma'ani ?
Pengertian sifat ma'ani
adalah membawa maksud "PERGANTUNGAN". Ma'ani adalah sifat yang
menumpang kepada sifat lain, seumpama sifat hidup yang bergantung kepada sifat
haiyun, seumpama sifat basor, yang bergantung kepada sifat basiron dan
sebagainya. Sifat ma'ani adalah sifat yang bergantunh kepada sifat
maknawiyah. Tanpa maknawiyah sifat ma'ani tidak berfungsi.
Berfungsinya sifat ma'ani adalah dengan kerana limpahan rahmat dari sifat
maknawiyah ( kuasa Allah ). Sifat ma'ani itu, bergantung dan menumpang sifat
maknawitah.
Sifat Apakah Yang
Terkandung DI Dalam Ma'ani ?
Sifat yang terkandung
di dalam sifat ma'ani ada 7 perkara:-
1. Hayat.
= hidup
2. Qudrat. =
kuasa
3. Irodat. =
berkehendak
4. Ilmu =.
Mengetahui
5. Sama'.
= mendengar
6, basot. =
melihat
7. Qalam =
berkata-kata
Apakah Bentuk Sifat
Ma'ani ?
Bentuk sifat ma'ani
itu, adalah sifat yang boleh dilihat dan boleh digambarkan oleh akal. Ianya
juga merupakan sifat yang terzahit (tergambar) pada fikiran dan terbayang pada
khayalan. Seumpama sifat hayat (hidup), ianya terbaayang kepada sifat
nyawa, sifat melihat, terbayang pada sifat mata dan pendengaran,
terbayang kepada sifat telinga. Kita boleh bayangkan sifat ma'ani,
melalui pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Sifat ma'ani bukan
sahaja terzahir pada khabar tetapi terzahir juga pada kenyataan, ertinya maujud
pada khayalan fikiran dan maujud juga pada kenyataan sebenar. Ujud sifat
ma'ani itu, adalah dikeranakan dengan sesuatu, kerana yang lain. Tanpa
kerana sifat yang lain, sifat ma'ani tidak boleh wujud dan tidak boleh
zahir. Wujudnya sifat ma'ani adalah dikeranakan menumpang sifat
maknawiyah.
Bagaimana Menterjemah
Sifat Ma'ani Pada Diri Kita ?
Sifat ma'ani Allah
Ta'ala yang jelas terzahir pada diri kita ada 7.
1. Hidup
2. Mengetahui
3. Berkuasa
4. Berkehendak
5. Melihat
6. Mendengar
7. Berkata-kata
Ada dengan terang dan
jelas menzahir sifat-sifatNya ke atas diri kita. Tujuan dizahirkan
sifatNya supaya dijadikan sebagai pedoman, sebagai panduan dan sebagai
iktibar untuk kita mengenal, melihat dan memandang Allah melaluinya.
Allah bukan ain (bukan benda) yang boleh dikenal melalui bentuk hitam dan
putih. Allah menzahirkan sifat-sifatnya ke atas diri kita adalah
bertujuan supaya dijadikan "Tempat memandang sifat-sifatnya" kepada
mereka-mereka yang berpandangan jauh.
Tetapi ramai yang
masih tidak memerhatikannya. Sifat hidup, sifat mengetahui, sifat
berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat dan sifat berkata-kata yang dipakai
Allah atas diri kita, adalah menjadi tanda kebesaranNya atas diri kita
supaya kita memerhati dan melihatnya. Sifat-sifat tersebut bukannya sifat
peribadi kita tetapi sifat tersebut sebenarnya adalah hak kepunyaan mutlak
Allah Ta'ala.
Sifat yang kita pakai
ini adalah pinjaman semata-mata. Dari itu hendaklah kita sedar dan insaf
akan hal itu. Kesemua sifat-sifat tersebut adalah hak milik Allah dan
kepunyaan Allah swt yang sepatutnya dikembalikan semula kepada tuan yang
empunya, sementara hayat masih dikandung badan. Penzahiran sifat ma'ani
(angin) atas makluk (diri kita) adalah sekadar pinjaman yang berupa pakaian sementara,
yang akhirnya dikehendaki kembali semula kepada tuan yang empunya. Allah
tidak boleh diibarat atau dimisalkan dengan sesuatu.
Maha seci Allah dari
ibarat dan misal. Segala misalan atau segala perumpamaan yang dinukilkan
itu, hanya sekadar mempermudahkan faham. Sifat ma'ani itu, adalah
seumpama bayang-bayang, manakala Allah Ta'ala itu, adalah seumpama tuan yang
empunya bayang.
Firman Allah :-
25.Surah Al-Furqān
(Verse 45)
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ
رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا
الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا
Tidakkah engkau
melihat kekuasaan Tuhanmu? - bagaimana Ia menjadikan
bayang-bayang itu
terbentang (luas kawasannya) dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya
tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)!
Kemudian Kami jadikan
matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu;
Maksud hadis:-
"Allah Jadikan
Manusia dalam bayangNya"
Maksud bayang itu,
adalah merujuk kepada makhlok dan diri kita. Bayang (diri) sebenarnya tidak
mempunyai apa-apa sifat. Bayang hanya sekadar sifat yang menumpang dari
yang empunya bayang. Bergeraknya bayang adalah gerak daripada yang
empunya bayang. Berdirinya bayang adalah dengan berdirinya tuan yang
empunya bayang (Allah). Mustahil bayang itu boleh berdiri dengan sendiri
tanpa kuasa dari yang empunya bayang (Allah). Bayang dengan yang empunya
bayang itu, mustahil bersatu dan mustahil bercerai.
Diri kita dengan wajah
Allah itu, adalah seumpama ujud bayang dengan yang empunya bayang atau seumpama
bayangan wajah dipermukaan cermin. Sifat ma'ani itu tidak boleh berdiri
dengan sendiri tanpa bergantung dari sifat maknawiah. Hubungan antara
sifat ma'ani dengan sifat maknawiah itu, adalah seumpama hubungan antara bayang
dengan yang empunya bayang, Contohnya seumpama sifat mata dengan
penglihatan, sifat telinga dengan pendengaran dan sifat mulut dengan yang
berkata-kata. Walau bagaimana keadaan sekalipun, ianya tetap tidak boleh
bercerai dan juga boleh bercantum. Inilah yang dikatakan hubungan sifat
ma'ani dengan sifat ma'anawiyah itu, bercantum tidak bercerai tiada.
Maksud hadis :-
"Tiada bercerai
antara nafi dan isbat, dan siapa-siapa ceraikan antara keduanya maka ora g itu
kafir adanya"
Bayang bukan cahaya
tapi tidak lain dari cahaya. Cahaya bukan matahari tapi tidak lain dari
matahari. Begitu jugalah contohnya hubungan antara Allah dengan diri
kita. Dari itu marilah kita sama-sama mengambil faham dan insaf bahawa
sifat yang kita miliki ini, sebenarnya hak kepunyaan Allah, yang harus kita serah
kembali kepada yang empunya.
Tujuan mempelajari
sifat ma'ani adalah bertujuan supaya kita mengaku bahawa sebenarnya diri kita
ini tidak ada, tidak wujud dan terjadi. Yang wujud, yang ada dan yang
terjadi adalah hanya semata-mata Allah, seumpama sifat bayang, terzahirnya
bayang itu, adalah bagi tujuan menampakkan dan menyatan sifat yang empunya
bayang itu sendiri.
Di dalam keghairahan
membicarakan soal sifat ma'ani, harus diingat bahawa Allah tidak bertempat.
Allah tidak menjelma keatas jasad. Allah tidak bertempat di dalam atau di
luar badan, Allah tidak bersatu, tidak bercantum dengan badan, Allah bukan
kesatuan, Allah bukan bersyarikat, bukan bercantum dengan jasad kita.
Orang-orang yang mengaku bahawa Allah menjelma di dalam jasad dan tidak kurang
pula ada yang mengaku Tuhan dan sebagainya. Sesungguhnya mereka-mereka
itu, adalah tergolong dikalangan mereka-mereka yang sesat dan sejahil-jahil
manusia.
Allah tidak ada dalam
diri kita, tetapi kitalah yang ada dalam Allah. Bukan kita mengandungi Allah,
tetapi Allahlah yang mengandungi kita. Bukan kita yang meliputi Allah,
tetapi Allahlah yang meliputi kita. Kesemua sifat yang kita miliki ini
adalah milik Allah, sifat yang ada pada diri kita akan hancur, binasa dan
hilang lenyap, sifat yang kekal dan yang abadi itu, hanyalah Allah swt.
Firman Allah :-
28.Surah Al-Qaşaş
(Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ
اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا
وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Dan janganlah engkau menyembah
tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada
Tuhan melainkan Dia.
Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan
segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
Apa Hubungan Sifat
Maani Dengan Roh ?
Sifat ma'ani adalah
wajah Allah yang terzahir melalui sifat dan rupa paras roh, melalui sifat mata,
mulut, telinga, dan anggota tubuh seluruhnya. Sebagaimana rupa dan paras
roh, sebegitulah wajah ma'ani Allah, kerana rohlah sifat ma'ani Allah.
Untuk melihat sifat ma'ani Allah lihatlah pada wajah dan sifat rupa paras diri
kita sendiri. Hubungan roh dengan sifat ma'ani itu, seumpama sifat mata
pada roh, penglihatan bagi Allah, telinga pada roh, pendengaran bagi Allah dan
begitulah seterusnya.
Apakah Hubungannya
Sifat Ma'ani Dengan Kalimah Syahdah?
Tujuan kita
mempelajari dan mendalami ilmu ma'ani itu, adalah untuk membawa kepada
pemahaman kalimah syahadah. Tujuan nafsiah membawa pengertian kepada
lalimah "Laa" adalah kslimah bagi menafikan kewujudan sifat
makhlok. Manakala sifat ma'ani kalimah "Ila ha" pula, bermaksud
mengadakan atau mengiakan dan mengambil balik segala apa yang kita telah tolak
dalam kalimah "Laa". Jika dalam kalimah "Laa" kita
tolak semua sifat makhlok, manakala dalam kalimak "Ila ha" pula,
ianya kita adakan semula. Walaupun sifatnya diadakannya kembali, ianya
adalah sekadar sifat yang menumpang.
Jika dalam kalumah
"Laa" kita mengaku bahawa tidak ada lain, selain Allah, manakala
dalam kalimah "Ila ha" pula kita mengaku bahawa Allah telah
menzahirkan makhloknya melalui 7 sifatNya, seumpama sifat hidup, kuasa,
berkehendak, mengetahui, mendengar, melihat dan sifat berkata-kata. Walau
bagaimana pun 7 sifat tersebut diatas hanya sekadar sifat menumpang. Seumpama
sifat sama' menumpang sifat sami'un, sifat basor menumpang sifat basirun dan
begitulah seterusnya.
Untuk dihubung kaitkan
dengan kalimah syahdah, kita hendaklah melihat sifat mata yang kita miliki,
tidak berguna, tanpa penglihatan Allah, telinga kita tidak akan bermakna tanpa
pendengaran Allah, mulut tidak bererti tanpa berkata-kata Allah, hidung tidak
berguna tanpa hidup Allah, akal tidak bererti jika tanpa ilmu Allah, anggota
tidak bermakna tanpa kuasa Allah. Segala-galanya yang ada pada kita
bergantung dan menumpang sifat Allah.
Semasa melafazkan
kalimah "Ila ha" dalam bersyahadah, kita dikehendaki mengingati diri
kita bahawa sifat yang ada pada diri dan yang kita bawa ini, tidak boleh
berdiri sendiri, hanyalah sekadar sifat yang menumpang dan bergantung kepada
sifat Allah. Diri kita tidak memiliki apa-apa. Kita tidak akan dapat
melihat tanpa basirun Allah dan kita tidak akan dapat mendengar tanpa samiun
Allah. Dari kesedaran dan keinsafan itu, membawa hati kita kepada suatu
perasaan kosong, hiba, hina, kerdil, miskin, kecil dan perasaan fakir dihadapan
Allah. Inilah tujuan kita mempelajari sifat ma'ani.
Diri kita ini
sesungguhnya yatim piatu yang tidak punya apa-apa. Ibubapa, anak-isteri,
kaum-keluarga, harta benda, hidup mati dan kaya miskin itu, adala hak Allah
ta'ala, yang boleh diambilnya balik pada bila-bila masa. Yang kita miliki
ini, adalah semata-mata hak kepunyaan Allah. Ditangan Allahlah diri kita,
segala kekuatan, kecantikan, kekayaan dan kegagahan yang selama ini kita
megah-megahkan itu, sebenarnya adalah milik kepunyaan Allah. Dengan
kefahaman bahawa, sifat diri kita ini, sebenarnya mati dan menumpang.
Seumpama sifat mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan seluruh anggota,
menumpang wajah kebesaran Allah. Yang hendahnya dikembalikan semula sifat itu
kepada Allah.
Anggaplah diri kita
ini, sudah mati, binasa, hilang dan lenyap dalam wajah Allah. Yang kita
miliki ini, semuanya adalah hak Allah Ta'ala belaka. Hendaklah kita serah
kembali kepada Allah. Kembalikan sifat-sifat tersebut kepada Allah.
Jadikanlah diri kita ini seumpama fakir, muflis, hina, mati, binasa dan hilang
dalam kekuasaan Allah. Inilah diantara hikmah dan diantara intipati
mempelajari sifat ma'ani dalam sifat 20.
Bagaimana Mengenal
Allah Melalui Sifat Ma'ani ?
Peranan sifat ma'ani
hanya sekadar menjadi saksi (kesaksian) Sifat ma'ani berperanan sekadar sifat
menumpang. Seumpama basor, hanya menumpang kepada sifat basirun. Telinga
menumpang sifat sama', manakala sama' pula menumpang sifat samiun. Lidah
menumpang sifat kalam, manakala kalam pula menumpang sifat mutakallimun.
Sifat ma'ani adalah sifat menumpang sifat maknawiah (sifat kekuasaan Allahh).
Dari kefahaman itu,
dapatlah kita tilik diri sendiri, betapa sifat yang ada pada diri kita ini,
semuanya kepunyaan Allah. Kita ada mata, tatapi Allah yang memiliki sifat
penglihatan. Kita ada telinga tetapi Allah yang memiliki sifat
pendengaran. Kita ada mulut tetapi Allah yang memiliki sifat
berkata-kata. Begitulah seterusnya, yang menggambarkan bahawa diri kita
ini adalah kepunyaan Allah.
Sifat ma'ani bertujuan
supaya sifat Allah dapat dilihat melalui pancaindera, pada roh dan pada diri
kita sendiri. Allah berilmu manakala diri pula bersifat mengetahui
melalui akal. Allah berkudrat, manakala diri pula bersifat berkuasa melalui
pancaindera. Allah berirodat, manakala diri pula bersifat berkehendak (
dapat berkeinginan melalalui rasa ). Allah bersifat sama' manakala diri
pula bersifat mendengar melalui telinga. Allah bersifat basor manakala
diri pula bersifat melihat melalui mata. Allah bersifat kalam, manakala
diri pula bersifat berkata-kata melalui lidah.
Jangan sekali-kali
kita menjadi lupa diri, bahawa semua sifat-sifat yang kita miliki ini, adalah
kepunyaan Allah, diri kita ini, hanya sekadar menumpang sifat Allah. Apabila
kita faham sifat ma'ani, dengan sendirinya membawa diti kita pulang kepangkuan
Allah dengan tangan kosong, dengan menyerahkan segala sifat kepada Allah.
Bahawasanya diri kita ini, sebenar nya adalah kepunyaan dan milik Allah
sepenuhnya secara mutlak. Sifat yang kita pakai dan yang ada pada kita
ini, seumpama sifat bayang (menumpang yang empunya bayang).
Setelah kita sedar,
bahawa sifat yang kita pakai ini adalah sifat pinjaman dan menumpang sifat
Allah, sebaiknya kembalikanlah semua sifat-sifat itu kepada Allah. Jangan
sekali-kali cuba memakai pakaian Allah, walaupun secara percuma atau secara
pinjaman, kerana kita tahu bahawa pakaian Allah itu, amat tidak layak untuk
dipakai oleh kita. Kita tidak layak memakai pakaian Allah dan kita tidak
sajak untuk menerima pijaman Allah. Pakaian Allah itu, Allahlah
pemiliknya, Allahlah yang layak memakainya. Sebenarnya kita ini, tidak
punya apa-apa pakaian atau persalinan. Kita ini adalah ibarat tangan
kosong. Yang menjadi milik dan kepunyaan kita bukan pakaian atau
persalinan, yang menjadi mikik dan kepunyaan kita yang mutlak, adalah Allah itu
sendiri.
Inilah konsep yang
hendak diketengahkan dan yang hendak diterapkan melalui sifat ma'ani. Konsep
serta kefahaman inilah yang benar-benar perlu kita fahami. Cuba fahami
dan hayati betul-betul sifat ma'ani yang tujuh itu, apabila kita telah kasyaf
dalam menghayati sifat ma'ani, di sinilah membawanya lebur dan terbakarnya
sifat diri yang palsu dan yang menumpang ini.
Bagi mereka-mereka
yang mengenal Allah, apabila dia cuba untuk memakai sifat Allah. maka
hancur terbakarlah anggotanya, lebur musnahlah sifat jasadnya. Mereka
tidak sekali-kali berani memakai sifat pakaian Allah. Pakaian Allah itu
ada tujuh iaitu seumpama sifat hidup, ilmu, kudrat, irodat, samak, basor dan
kalam, manakala pakaian kita juga tujuh isitu seumpama
1. Pakaian sifat
mati (binasa)
2. Pakaian sifat bodoh
dungu
3. Pakaian sifat
lemah, lumpuh tidsk berupaya.
4. Pakaian sifat tidak
berkemahuan, tidak berkehendak
5. Pakaisn sifat pekak
dan tuli.
6. Pakaian sifat buta
7. Pakaian sifat bisu.
Inilah pakaian dan
sifat-sifat yang kita pakai serta pakaian mereka-mereka yang mengenal diri dan
yang mengenal Allah swt. Mereka ini beranggapan dan beriktikat bahawa,
diri serta jasad mereka sudah mati, tidak ada, lebur dan binasa.
Mereka tidak lagi berakal tidak lagi mempunyai kekuatan, tidak lagi
berkemahuan, tidak berpendengaran, tidak lagi berpenglihatan dan tidak lagi
bersuara,diri
da. Jasad mereka sudah fana', sudah baqo' dan karam dalam wajah Allah swt.
Diri mereka tidak ubah
seumpama manyat yang hidup. Mereka tidak memakai pakaian Allah, mereka
tidak meminjam pakaian Allah, mereka tidak mengambil persalinan Allah, mereka
tidak memakai apa-apa yang menjadi haq Allah. Tidak layak bagi mereka
untuk menerima apa-apa yang menjadi milik Allah. Bagi mereka,
segala-galanya adalah dari Allah, kepada Allah dan berserta Allah.
Baiklah didalam tidur, dalam jaga, dalam gerak, dalam tutur kata, dalam
penglihatan, pendengaran, berkeinginan Dan sebagainya, semuanya milik Allah
Bukan sifat mata yang
mereka pandang, tetapi penglihatan Allah, bukan sifat telinga menjadi tumpuan,
tetapi pendengaran Allah, bukan mulut menjadi keinginan, yang menjadi keinginan
mereka ialah suara (kata-kata) Allah Allah. Yang berkeinginan dan
berkehendak itu, adalah Allah swt. Yang berkuasa dan berilmu itu adalah
Allah. Inilah kaedah pegangan iktikad orang makrifat, dalam menterjemah
sifat ma'ani. Yang menjadikan hati kita penuh yakin kepada Allah.
Tujuan sifat ma'ani
diketengahkan untuk dipelajari dan difahami, adalah untuk membawa kita kepada
suatu keinsafan diri, bahawa semua yang kita miliki dan yang ada pada diri kita
ini, sebenarnya adalah milik Allah. Setelah kita sedar yang segala-gala
sifat itu menjadi milik Allah, hendaklah kita kembalikannya semula kepada
Allah. Seandainya yang menjadi milik Allah itu telah kita serahkan semula
kepada Allah, semasa hayat masih dikandung badan dan semasa masih berada
didalam dunia, apabila kita pulang kerahmatullah kelak (setelah kita mati
nanti), tidak ada apa-apa lagi yang perli ditanya, perlu dihisab dan perlu
dipersoalkan oleh Malaikat Mungkar Dan Nakir.
Perkara yang membuat
kita ditanya dan disoal itu, adalah kerana hutang sifat kita semasa di dunia
masih belum dijelaskan, mereka yang belum melangsaikan pinjaman dan yang belum
mengembalikan hak Allah semasa hayat masih ada dan semasa masih hidup didunia,
hutang sifat yang kita pinjam dari Allah, hendaklah dikembalikan semula kepada
Allah. Jika ianya dilangsaikan semasa di dunia, tidaklah ada lagi sial
jawab dari Mungkar dan Nakir didalam kubur.
Apa lagi yang Allah
hendak tuntut, apa lagi yang Allah hendak tagih dari kita, jika semuanya telah
dikembalikan dan diserahkan kepadaNya. Hidup dan mati kita telah kita serahkan
kepada Allah, jasad zahir dan batin telah dikembalikan kepada Allah. Apa lagi
yang hendak Allah dakwa!, apa lagi yang hendak Allah tuntut !, yang hendak
Allah dakwa dan tuntut itu, bagi mereka-mereka yang kembali kepangkuannya
dengan tidak menjelaskan hutang sifat dan tidak mengembalikan hakNya.
HakNya diambil pakai, diambil guna, tapi tidak pandai untuk memulangkan dan
tidak pula pandai mengembalikannya semula kepada Allah.
Jika semuanya telah
dikembalikan kepada yang empunya, nescaya tidak ada lagi, tuntut menuntut,
dakwa-dakwi dan tidak lagi ada soal jawab kubur, malah dipintu surgalah kita
disambut oleh Allah swt.
Inilah tujuan
pengajaran sifat ma'ani diperkenalkan. Ini adalah tujuan sifat ma'ani
diketengahkan untuk di ambil tahu oleh sekalian kita. Dengan mempelajari
sifat ma'ani, akan membawa kita tahu untuk membezakan, yang mana hak kita dan
yang mana hak Allah swt. Perhatikan sekali lagi perkara ma'ani dan
hendaknya kita hayati dan tilik dengan mata hati yang kasyaf.
Selagi hayat masih
dikandung jasad, kita di kehendaki mengembalikan hak kepada yang berhak,
nantinya bila tiba di alam akhirat kelak, kita akan mendapat layanan dan
sambutan yang istimewa dari penguasa langit, lain dari yang lain. Kita
akan ditempatkan bersama orang yang sempurna lagi terpuji. Roh
orang-orang sebeginilah di namakan roh mutmainnah, roh yang diterima
Allah. Tempat kita itu, adalah disisi Allah, bukannya disisi tanah yang
mengandungi ulat dan cacing.
Roh sebeginilah yang
dikatakan roh yang suci bersih, roh yang sentiasa disertai air sembahyang, roh
yang sentiasa di iringi dengan kalimah syahdah. Inilah roh mereka-mereka
yang mati sebelum mati dan roh mereka-mereka yang mengenal diri semasa
didunia. Inilah yang dikatakan roh yang mengenal tuannya. Tuan yang
empunya roh itu, tidak lain dan tidak bukan hanya Allah swt yang satu lagi esa.
Inilah penjelasan dan kupasan tentang kefahaman ilmu mengenal Allah (makrifat)
melalui pelajaran sifat ma'ani dalam sifat 20, yang bukan sahaja setakat tahu
makna tetapi hendaklah dihayati dengan isi disebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan