Rabu, 21 November 2012

TULISAN GURUKU - 07


SYUHUDUL HAQ FIL HAQ.
Ayahdi PakNgah

Memandang Yang Esa pada Ke-esaan, yakni Nur kepada Zat. Kalam Hakikat berkata...

AKU  adalah ZAT menyatakan akan KetuhananKu melalui Penyataan atau Pentajallian Sifat dan Af'alku pada Kezahiran Ujud Maklukat. Hal ini membawa maksud kepada faham Hakikat  Wahdatul Ujud.
(wujud yg satu )...

Huraian nya :-

Asal mula hidup ini adalah Zatul Haq jua adanya dan ia adalah punca segala-galanya pada kita ini. Kemudian Zat pada masa itu adalah pada martabat AHDAH lalu ia menyatakan akan TajaliNya yang pertama iaitu Nurullah ( AKU) dan apabila Nurullah itu nyata maka Zatulhaq lenyap dari kenyataan dan ia menjadi Rahsia bagi Nurullah. Pada martabat ini ia menyatakan Syahadatnya (la ialaha illa ana)

Kemudian Penyataan dari Nurullah itu maka terbitlah Nur Tajalli Sifat iaitu Nur Muhammad Abu Arwah. Disinilah bermulanya Era Ketuhanan dan Kehambaan apabila Nurullah berkata Alastu birabbikum dan Nur Muhammad menjawab qoolu bala syahidna ya rabbi...adakah aku ini Tuhanmu, ya bahkan engkaulah Tuhanku.

Selepas daripada itu Alam Taqdir bermula bagi menyatakan Zamani Makhluk pula, iaitu penciptaan jasad dan seterusnya. Maka disini saya tidaklah mahu menghuraikan secara detail akan tetapi cukup sekadar renungan sahaja...

Kesimpulanya :-

Asalku adalah Zat menyatakan akan Sifat ( Ketuhananku ) pada keadaanku dan menyatakan Af'alku pada Kebesaranku, dan aku kembali kepada Zat jua. Kalau ku diam maka Kenyataan Af'alku tiada. Kalau ku bertukar Alam Kenyataan Sifatku tiada, tetapi kini aku berbadan makanyaku  AKU bersifat dan ber-af'al.......itulah AKU.

zat=diri
allah=nama bagi zat
aku=ketuhanan(sifat)
diriku=nur penyataan(muhammad)
badan=bekas(adam)

Dan kini aku diluar bernama insan dan dialam Ketuhanan disebalik itu akulah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan