Jumaat, 14 Januari 2011

SEMBANG KOSONG - Ada ke isinya ?

Salam para pembaca yang budiman. Semuga sentiasa di Rahmati Allah SWT

Hari ini hari sabtu. Hari cuti. Sebenarnya fakir sentiasa bercuti, maklumlah dah pencen, dah lama pencen dah , pencen kerajaan. Kerja fakir dulu kerja pelik juga. Fakir dipencenkan ketika berumur 36 tahun sekarang dah tua dah sudah 59 tahun ikut kiraan tahun Masehi. Jika ikut kiraan Tahun Hijrah agaknya dah lebih 63 tahun kot ? Lebih 20 tahun dah kata orang fakir MAKAN PENCEN.

Pagi ini fakir meneruskan sembang maya dengan saorang anak muda yang sudi menceritakan pengalaman kerohaniannya. Saorang anak muda yang bertuah. Fakir dah pun postkan jawapan kepada e-mailnya. Ianya merupakan SEMBANG SEMBANG kosong antara 2 hamba Allah bercerita tentang Allah jua. Kira zikirlah tu sebab zikir itu bukankah maksudnya Mengingati Allah. Jika kita bercerita tentang Allah mustahil kita lupa kat DIA ya tak ?

Ikutilah sembang sembang kosong itu saperti dicatatkan dibawah :-

Salam takzim,

sifakir dari gemas.

............................................................................

Saorang hamba Allah ...dalam perjalanan MENCARI DIRI-nya menulis...

( Kadang kadang saya terfikir sekiranyalah BENAR kata kata IBNU ARABI bahawa YANG WUJUD HANYA ALLAH - maka saya pun ALLAH juga ) ( kalaulah saya ditakdirkan masuk Neraka dan dibakar dengan API NERAKA ) maka saya KENALAH bertanya :-

kalu dok kena bakar api neraka sapa yg sakit?? aku ke Allah..???

Pening ( kepala ) bila difikirkan.. nanti malam2 saya cuba "on" minta GURU bagi
ilham.

Saorang hamba Allah yang lain mulalah berlagak menjadi USTAZ katanya wahai saudaraku tidakkah kamu pernah dengar / baca FirmanNya dimana DIA berfirman :-

DIA Allah membiarkan dua lautan mengalir dan bertemu diantaranya ada BATAS / sempadan - batas ini sangat nipis ..entah berapa mikron agaknya ) ...apakah batas itu ?? hapuskan batas itu....barulah dua lautan menjadi SATU dan menjadi LAUTAN SEBENARNYA

Si –ustaz terus menulis ( macam dia ni BAGUS je , macam PANDAI je – ustaz tu macam terdengar komen aku )

Dia terus berkata ..yang pandai itu bukan akulah brader.. tapi GURU aku ..yaitu AKU ..peliklah kata ustaz ni ..cakap macam orang SEWEL je bukan aku tetapi AKU juga )

Salam tuan,( kata ustaz cabuk tu kepada sihamba Allah )

Dalam bab saperti ayat tuan diataslah selalu menyebabkan orang tergelincir...sebab tabir pemisah dua lautan yang mengalir itu terlalulah nipis umpama buih sabun.

Ramai yang keliru hingga ramai juga yang mengaku dia Allah dan menjadikan Ilmu Hakikat ini sebagai satu ilmu yang bukan sahaja sesat tetapi ilmu gila pada orang yang tidak memahaminya.Maka jadilah Ilmu Hakikat ini bahan senda gurau orang.

Contohnya ialah mengaku diri Tuhan adalah kerja paling gila dan pembohongan tahap maksima dan kesesatan paling nyata. Itulah awal awal lagi saya sudah sebutkan perbezaan antara MANUSIA dan INSAN ....

Insan itu bukan manusia dan manusia itu bukan insan TAPI akhirnya tuan akan tahu juga bahawa Manusia itulah Insan dan Insan itulah Manusia. ..ya AKHIRNYA bukan sekarang ini .( Peliklah orang ini cakap berbelit belik dan merapu tidak tentu arah pulak - kalau bercakap biarlah dengan cara yang mudah supaya orang senang faham )

Manusia itu tetap manusia MUSTAHIL Tuhan. Keupayaan manusia itu amatlah terbatas..sangat minimal ..keupayaan INSAN ( pada kamu sekarang ini ) juga kelihatan amat minimal jika ianya masih dibalut oleh lapisan lapisan asalnya...

Dalam keadaan sebegini keupayaan yg ditunjuk oleh INSAN hanyalah bertahap SIFAT MAANI hingga ramai pelajar ( termasuk aku = ustaz cabuk tu ) SAKIT kepala untuk JUSTIFY kenyataan Allah ...yang mengistiharkan bahawa Insan itu ialah MAKHLUK paling sempurna dijadikanNYA....( lebih sempurna dari Malaikat & Iblis )

Sempurna apa ?? aku terkial - kial untuk dapat hidup mewah..disana sini banyak sangat perkara negatif berlaku dsb dsb..yang menunjukkan keupayaan minimal manusia dan insan yang menggerakkannya...tetapi IMAN ( aku ) berkata ...tak kan Tuhanku Allah SWT berbohong ...cuma aku yang tidak tahu ..( Maha Suci Allah dari berbohong ..engkau itu memang bodoh dan sombong ).

( Ustaz cabuk itu terus berkata kepada sihamba Allah itu )

Dalam bab ini saya PENING hampir sebulan mencari jawapan...ketika itu saya rasa kira terror juga RASA macam boleh MAMPU mencari jawapan....tapi akhirnya balik ke pangkal jalan..juga ..kena serah ke guru sejati semula....

Badan melalui otak amat terhad keupayaannya...dah tu selalu pulak komplen ...aduhai macam nak pecah kepala aku memikirkannya ...macam nak pecah je ..belum pecah lagi....dan masaalah tak juga terpecahkan oleh otak badan

Sehinggalah GURU berkata engkau pergilah duduk kat belakang rumah engkau tu semasa DINIHARI ....Saya pun pergi kebelakang rumah ..duduk ..kat kerusi malas ...mula mula nak berlatih...tafakur cara bagindo muchtar..guru kata ..tak payah..gi masuk rumah semula ..lampu terpasang tu ..kipas berpusing...offkan switch..letrik mahal..nape cuai !!!!!...aduhai cerewetlah guru ni ..yang bayar bil aku ..bukan engkau ...kata otak badan...guru kata...alahai ..sombong lagi..kamu wahai otak itulah pasal engkau perlukan AKU.

Guru kata kepada otak ...ok ..ok BERHENTILAH berhujah ..sekarang kau mulai bekerja semula ..aku tadi kata pasal LETRIK .sekarang ..kau arahkan mata kau ..pandang DAWAI LETRIK tu...dah sebulan kau PENING..jawapannya mudah sekali...ada kat dawai letrik itu dan ada di semua perkakas letrik didalam rumah engkau ini

Disitu ( dawai dan kelengkapan letrik ) ada SIFAT MAKNUYAH AKU ....sifat aku banyak...bukan 20 shj..tapi kau kan LEMAH cukuplah tahu 20..kat engkau ada ..7 + 6 ....yang ada kat dawai tu 7 + 1 lagi....yakni SIFAT MAHA...Maha Melihat...Maha Mendengar..Maha Berkuasa dsb dsb......

Peliklah engkau wahai guruku engkau kata ada 20 sifat yang wajib aku tahu ..bila aku campurkan pada aku ada 7 + 6 jadi 13 pada dawai letrik ada 7 +1 jadi 8 ..campur semua jadi 21 bukan 20. Wahai guru matematik mudah pun engkau tak dapat selesaikankan dengan betul.

Mana boleh guru salah..akulah yang salah agaknya ...ok ok 21 pun 21 lah Ustaz cabuk malas berhujah lagi dia terus berkata....

Berkaitan dengan ini tuan carilah sambungannya dalam blog fakirabdillah...Pengantar Ilmu Hakikat ....disitu ada sambungan dan jawapannya

Seterusnya ustaz bertukar tajuk ...dia berkata...

Balik kepada ayat tuan siapa yang berasa sakit bila dibakar api neraka tadi...Saya rasa yang berasa sakit itu cuma jasad ....sedangkan yang kembali kepada Allah itu ialah Nyawa yakni Zat.

Saya rasa Zat tidak berasa panas jika dibakar sebab dia ZAT nak bakar cam mana ...yang boleh dibakar ialah OBJEK . Objek ialah benda benda yang ada SEMPADAN ...Zat itu Maha Meliputi ..mana ada sempadan ...dan ianya adalah SATU YANG ESA ...zat yang menaip ini yakni pada saya Zat saya ( nyawa saya ) adalah zat yang sama yang akan membaca tulisan ini ( zat tuan )

Ia umpama air teh dalam tea pot / teko yang dituangkan kedalam pelbagai cawan...jadi kalaulah boleh dibakar zat saya ..zat tuan pun akan sama turut terbakar....zat yang meliputi semua makhluk akan ikut terbakar dan hangus bersama. Jadi apa lagi yang tinggal......??????

Perlu juga kita fikirkan tentang DEFINASI ..perkataan BAKAR itu. Adakah PEMBAKARAN api Neraka sama dengan apa yang kita faham dan lihat didunia ini ...macam kita bakar kayu lemang tu ? atau maksudnya lain ?? Hanya Allah yang tahu. Selalunya apa yang Allah dok kata kena ditafsirkan...dan berbentuk perumpamaan....Yang mampu beri tafsiran ialah orang yang tahu bertaraf pandai bergelar ULAMAK.

Pada saya PRIORITY kita ialah ...perkara yang paling hampir pada
kita..yakni MATI. Yang paling hampir pada MATI ialah TEMUDUGA malaikat diliang lahad.

Kalau badan tak boleh jawab ..aduhai teruklah kena belasah. Hukum akal dok kata ..mesti tak boleh jawab punya..benda dah mati ....tak kan boleh menjawab...tadi semasa dikafankan...dia tak jawab apa pun...AMAT PELIK bila malaikat tanya dia boleh DENGAR dan MENJAWAB pulak...

Lebai besar yang baca TALQIN tu macam confirm ya YAKIN saudara dia kat liang lahad tu BODOH sangat...soalan mudah UPSR pun tak boleh jawab..tulah sebab Lebai Besar tu bagi TUITION. Kok dah bagi tuition masih tak boleh jawab ...padan mukalah engkau kena BELASAH.....

Kita kenalah TUITION bab nak menjawab TEMUDUGA malaikat ni..masa kita masih belum menjadi BANGKAI.....masa GURU masih lagi nak jadi GURU...semasa Guru masih bersama sama kita. Bila Guru dah pergi baru nak tanya..dah terlewatlah tu..

Guru tu kalau dia dah pergi ..dia dah tak mahu balik lagi dah sebab dia bukan pergi dia KEMBALI atau PULANG. Dah lama dia nak pulang dah tapi MAHAGURU kata belum lagi. Engkau kenalah tunai AMANAH AKU. Guru kalau dah KEMBALI kepada MAHAGURU...kita yang tinggal pasti akan HANCUR. Jadi janganlah berlengah untuk bertanya !!!!

Guru ni kalau dia sayang kat kita barulah dia nak mengajar ...kalau
dia menyampah ...dia buat DEK je...jadi kita kenalah selalu BODEK guru tu....sampai DIA sentiasa berkata..engkau sebenarnya bukan MURIDKU...engkau itu SIFATKU yaitu AKU...Aku itu Engkau...Engkau itu Aku....Aku Engakau ..Engkau ..Aku.yaitu DIA. Jadi aku = engkau. Aku = Dia. Akhirnya mengikut formula algebra a=b. b = c therefor a ialah c.

Kan guru selalu SEBUT ..INNI ANA ZATULHAQ INNALLAH ....kita kenalah jawab dengan ...INNI ANA SIFATUL HAQ...siapa Sifatul Haq.??..Guru kata ..INNALLAH. Jadi selalulah engkau katakan : INNI ANA SIFATULHAQ INNALLAH. Inilah Aku SIFAT kepada HAQ yaitu Allah

Kita pun selalu DOAKAN guru...kita kata Salam Sejahtera wahai
PENYAMPAI ( Nabi = Naba" = Rasul = Penyampai= Guru ) Semuga Dirahmati Dan Diberkati Allah . Guru menjawab dengan jawapan PELIK

Guru kata Salam Sejahtera Wahai AKU ( Ana ) Aku itu Engkau , Engkau itu Aku. Aku adalah Hamba Yang Soleh...Marilah kita bersatu semula sebab kita sebenarnya adalah SATU . Marilah kita istiharkan pengakuan kita yakni YANG WUJUD HANYA AKU Namaku ALLAH....

Salam Takzim bro....hanya sembang sembang kosong dipagi sabtu.Luv u all

2 ulasan:

  1. salam tuan fakir,,

    sememangnya perjalanan seorang pencinta allah itu demikian,, ia akan memempuhi pelbagai kesulitan dan kepayahan,, tujuannya ialah supaya dapat dilihat ketabahan dan kesabarannya dalam menempuh jalan yang penuh duri ini.

    itulah sebabnya ramai yang kecundang di tengah jalan,, ramai juga yang menjadi tidak siuman atau gila,,

    tapi jangan takut wahai pencita allah, selagi niat mu ikhlas,, semata-mata untuk mencari keredaan allah, bukan kerana hendak mendapat nama dan pangkat,, atau pujian,, anda akan ditolong allah akhirnya perjalanan ente akan sampai kepadanya,,

    kerana keikhlasanlah yang menentukan sama ada sampai kepadanya atau tidak,,

    janganlah mengeluh apabila baru sedikit diuji allah,,

    tabahkan tekat, harus bersabar menghadapi cabaran,, dan lalui kebingunan-kebingungan,, kebingungan itu kerana ente mengunakan fikiran mencari tuhan,, sedangkan allah telah memberi tahu dalam al quran,, dia tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran.

    (maaf ente di sini bukan bermaksud tuan fakir, tapi pencari tuhan, tuan fakir, ada satu komen dari sdr Du dalam fakirabdillah.webs.com).

    wassalam

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akhi,

    Keteguhan makrifat ialah Allah menjadikan makhluk bukan menjadikan Allah pada kejadian makhluk.Kita/aku/dia/engkau berdiri tidak sama dengan berdirinya Allah/Kami/Aku/Dia/Engkau itu; qiyamuhu binafsih (begitu juga lain2 Sifat Allah yg teguh MakrifatNya)

    Sedikit mengenai Allah - sifat wujud; Wujud Allah (yg Wajib) tidak sama dengan wujud manusia (yg mungkin apabila dua benih bertemu). lebih selamat utk kita (samada org awam atau khusus) jika dimengertikan akan pengakuan (Syahadah) Ibn Arabi (Lailahaillallah) bermaksud tiada tuhan lain yg wujud melainkan wujud Allah (sbg Tuhan yg Esa) - nafi dan ithbat digandingkan utk menafikan tuhan yg lain dr ALLAH.

    Sedikit mengenai manusia- Jasad tanpa roh tidak bernama manusia, begitu juga roh tanpa jasad tidak bernama manusia. Pada roh ada pendengaran (as-sam'a), penglihatan (absor),hati/akal (af'idah).. (Surah as-Sajdah ayat 9)

    Perkongsian ilmu dari hamba (Al-Abdullah).Alhamdulillah..jika kurang berikan penambahan..

    BalasPadam