Isnin, 3 Januari 2011

ENTRI SELINGAN - IBNU ARABI

Salam para pembaca yang budiman.........

Fakir adalah saorang peminat IBNU ARABI...malah hampir semua artikel yang dimuatkan didalam lamanblog ini adalah berlandaskan fahaman dan pemikiran IBNU ARABI.

Berikut fakir copy and paste satu rencana berkaitan IBNU ARABI yang disiarkan oleh sisipan MEGA Utusan Malaysia hari ini Selasa 4hb Januari 2011 untuk bacaan kita semua.

Salah saorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan Tasauf Islam ialah Ibnu Arabi. Nama lengkapnya ialah MUHIDDIN ABU ABDULLAH MUHAMMAD bin ALI bin MUHAMMAD bin AHMAD bin ABDULLAH HATIMI AL-TAI.

Beliau juga dikenali dengan gelaran MUHY AD-DIN ( Penghidup Agama ) dan SHEIKH AL-AKBAR ( Guru Terbesar )

Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang WAHDAH AL-WUJUD ( Kesatuan Wujud ) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ( beberapa = fakir ) ulama.

Setelah berkelana kepelbagai tempat beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayatnya. Disana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektualnya sebagai ahli sufi.

Ibnu Arabi terkenal dengan fahaman WAHDAH AL-WUJUD. Menurutnya tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki iaitu Tuhan.

Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tampakan lahiriah daripadaNya. Kewujudan makhluk bergantung kepada Kewujudan Tuhan atau berasal daripada Kewujudan Tuhan.
(beberapa = fakir ) ulama lain.

Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan takan Makkahsauf khususnya tasauf falasafah sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar keseluruh Dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.

Di Indonesia pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud saperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Al-sumatrani, Abdus Samad palimbani dll.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu arabi. Sebahagian besar ditulis semasa berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah FUTUHAT al-MAKIYYAH ( Penalulukan Makkah ) Dalam karya ini Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

FUSUS al-HIKAM ( Permata Hikmah ) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi karya ini diterimanya daripada Nabi Muhammad dalam mimpinya yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu.

Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaan 25 orang nabi dan rasul.

Fakir sedang mencari buku terjemahan Syaikh Tosun Bayrak al-Jerrahi al-Halveti yang bertajuk Divine Governance of the Human Kingdom karya Ibnu Arabi. Ada ke sesiapa dari pembaca budiman yang memilikki buku ini ???

Sejarah Hidup Ibnu Arabi :-

1165 - lahir di Andalusia
1173 - pindah bersama keluarga ke Sevilla
1195 - mulai berkelana menuntut ilmu
1198 - pergi ke Fez Maghribi
1201 - menunaikan Haji ke Makkah
1205 - pergi ke Konya, Turki
1211 - pergi ke Baghdad, Iraq
1223 - menatap di Damsyik, Syria
1240 - meninggal dunia di Damsyik ( 16 November )

sumber : Sisipan MEGA, Utusan Malaysia 4hb Januari 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan