Khamis, 13 Januari 2011

PERCOBAAN MENJAWAB PERSOALAN PEMBACA..................... Bahagian Kedua Dari Dua Bahagian.

Salam para pembaca yang budiman. Semoga sentiasa di-Rahmati Allah SWT

Entri kali ini merupakan sambungan kepada entri sebelumnya ( semalam Jan 13 2011.
Fakir mengucapkan terimaksih kepada sdra Du kerana memberi pendapatnya berkaitan persoalan yang dibincangkan. Satu ulasan yang mencerahkan pengetahuan kita semua.

Fakir sangat berharap ada pembaca lain yang sudi memberi pandangan masing2. Begitu jugalah fakir berharap saudara SI yang bertanya juga dapat memberi feedback Tq

SAMBUNGAN ENTRI........................

Perlu juga kita ingat bahawa persoalan TAUHID ialah persoalan BATIN yakni apa yang kita yakini atau PERCAYA sepenuhnya. Ianya bukan persoalan LUARAN yang material. Maknanya ianya ( keyakinan kita / tauhid itu ) tidak dapat ditunjukkan diluar. Ianya didalam diri kita sendiri. Pasti Tauhid ini pada luarannya akan mempengaruhi tindak tanduk atau kelakuan seorang individu itu.
didunia ini dan juga di-Akhirat nanti.

Sehubungan dengan itu jika kita berpegang kepada TAUHID bahawa manusia itu tidak boleh bergerak melainkan digerakkan oleh Allah sama ada gerak itu bersifat positif ( yakni untuk kebaikan ) atau negatif ( yang mendatangkan keburukan ) maka WAJARlah kita bertauhid bahawa tidaklah patut manusia itu dipertanggungjawabkan kepada perbuatan yang bukannya perbuatan dirinya sendiri tetapi merupakan AF’AL Allah semuanya.

Maka berasa BEBASLAH kita dari rasa DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

Maka tidaklah wajar manusia itu mendapat Nikmat Syurga atau dihukum dengan siksa Neraka. SANGAT LOJIK dan MUNASABAH. ( barangkali yang ditumpukan oleh manusia jenis ini ialah untuk BERSAMA TUHAN-nya. )

Apakah balasan yang wajar oleh manusia sebegini ?

Tiada jawapan disini. Setidak-tidaknya hidup kita didunia ini AMAN & DAMAI tanpa rasa marah, dendam kesumat, benci dan merajuk kerana wajarkah kita berbuat negatif kepada orang yang negatifkan kita sedangkan kita yakini bahawa baik pada diri kita mahupun melalui jasad orang lain kesemuanya- segalanya adalah PERLAKUAN Tuhan ALLAH belaka ? Siapakah kita hendak MARAH dan DENDAM dengan Tuhan Allah ????

KELIMA

Sebaliknya jika manusia itu YAKIN dan BERIMAN bahawa Af’al Allah tiada berkaitan atau tidak ada apa apa pengaruh ( tidak ada kene mengena ) keatas perbuatan dan kelakuannya, maka adalah wajar manusia itu DIPERTANGGUNGJAWABKAN atau dia sendiri BERTANGGUNGJAWAB atas kelakuan dan perbuatannya.

Maka akan berfungsilah JANJI TUHAN yakni yang baik dibalas dengan PAHALA yakni NIKMAT SYURGA dan yang jahat atau tidak baik dibalas dengan DOSA yakni SIKSA NERAKA

Dan akan berfungsi jugalah JANJI TUHAN bahawa DIA ALLAH mengikut PRASANGKA hambanya itu ...maksudnya jika manusia itu bersangkaan Allah akan mencampakkannya keneraka akibat kejahatannya maka itulah yang akan diperolehinya...sebaliknya jika manusia itu bersangkaan Allah akan mengampuni segala dosanya melainkan dosa syirik maka itulah yang akan diperolehinya yakni KEAMPUNAN HAKIKI Allah dan NIKMAT- lah yang akan didapatinya seperti kedinginan syurga bukannya kepanasan api neraka.

Termasuk jugalah hal yang kita bicarakan sebentar tadi yakni berkaitan AF’AL ALLAH..jika kita bersangkaan semuanya Af’al Allah belaka , maka itulah SANGKAAN yang paling SELAMAT berbanding balasan bertanggungjawab atas dosa dosa kita .

Boleh selamat ke ??????

KEENAM

Sedangkan atas SIFAT PENGASIH dan PENYAYANGNYA Allah berjanji MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA ( yang berbalas dengan Siksa Neraka ) melainkan DOSA SYIRIK ( tiada ampun bagimu ) dan jika DOSA bertahap NIHIL ( tiada langsung sebelum mati ) apalagi yang nak dirisaukan . You are ....a ....SYURGAMAN... brother....

Maksudnya jika manusia itu SEDAR dan INSAF akan KASIH SAYANG Tuhan Allah SWT yang mentajallikannya ...FAHAM akan AJARAN ALLAH kerana selalu MERUJUK kepada Allah dan FirmanNya ( bukan rujuk kpd hamba Allah bertaraf ustaz ) ...selalu sedar bahawa sebagai ADAB sopan dan kehinaan sebagai hamba yang FAKIR ( beza dengan miskin – fakir = tak mempunyai apa apa – miskin adalah yang dimilikki sikit tapi tak banyak ) maka dia sentiasa sahaja MINTA AMPUN dan selalu TAKUT akan DOSA SYIRIK ( baik kasar atau halus ) maka.....

Peluang baginya untuk MASUK NERAKA adalah pada tahap minimal .....dan peluang baginya untuk MASUK SYURGA adalah pada tahap BANYAK CHANCE-lah bro ..camtulah lebih kurang...

KETUJUH

Menurut saudara sasaorang itu HANYA akan dicampakkan ke Neraka jika Allah MURKA. Jika Allah tidak MURKA barangkali sihamba akan di- LETAKKAN di Syurga.

Berdasarkan dalil AQLI maka WAJAR SANGAT-lah sihamba BERUSHA untuk tidak membuatkan Tuhannya MURKA supaya dapat masuk Syurga.

Berdasarkan dalil dalil NAQLI ( bukan AQLI ) apakah yang membuatkan Allah SWT Yang Maha Penyayang, Maha Pengasih , Maha Mengasehani ( KESIHAN ) dan Maha Pengampun itu menjadi MURKA ?????

Didalam Al-Quran Allah menegaskan :-

Pertamanya DIA ialah Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang akan hambanya yang DIA sendiri cipta ( tajalli ? ) hingga Allah Berfirman : Sesungguhnya NIKMATKU mengatasi segala-galanya ( Nikmat = Syurga )

Kedua DIA Allah Maha Pengampun , Maha Penerima TAUBAT . Sentiasa mengampunkan kesalahan kesalahan ( dosa dosa ) hambanya ( jika hamba itu minta ampun ) untuk dosa yang dahulu sekarang dan akan datang. Ini MEMBUKTIKAN kepada sihamba itu bahawa TUHAN ALLAH yang ditauhid dan diimaninya adalah sangat SUSAH untuk MURKA.

Ketiga DIA Allah tidak sekali –kali MEMAAFKAN apalagi MENGAMPUNKAN hamba yang MENYENGUTUKAN atau MENSYIRIKKAN atau MENDUAKAN – NYA.

Maksudnya TIADA MAAF dan KEAMPUNAN Allah bagi orang YANG TIDAK SECARA IKHLAS MENGAKUI KETUHANAN-NYA. Bukan kah ISLAM itu yakni ( Alif – Shin – Lam Alf – Mim ) itu bermaksud Allah Mengucapkan Salam Kepada hamba Yang Mengakui KetuhananNya dan Kerasulan Muhammad ??? ( Alif = Allah , Shin = Salamun , Lam Alif = Mengakui Ketuhanan Allah, Mim = Mengakui Kerasulan Muhammad )

INI – LAH SATU SATUNYA DOSA ATAU KESALAHAN YANG MEMBUATKAN ALLAH MURKA TIADA YANG LAIN ( pada pendapat fakir sahaja )

Maka penyelesaian dalam bab hal SYIRIK yang mendatangkan Kemurkaan Allah ini ialah TAUHID – MENGESAKAN Zat – Sifat – Asma’ & Af’al Allah yakni bertauhidkan LA MAUJUDA BIHAQQI ILLALAH yang diutarakan oleh ILMU HAKIKAT berlandaskan NAFI dan ISBAT pada peringkat awalnya hingga ketahap TIADA NAFI dan TIADA ISBAT sebagai muktamadnya.

Maksudnya NERAKA itu hanya bagi sihamba yang MENSYIRIKKAN Allah bukan sebaliknya.

Namun fakir juga berpendapat PUNCA sihamba menjadi hamba yang di-MURKAI ( yang menzalimi dirinya sendiri = Firman Allah ) ialah mereka memang dijadikan begitu atas Kehendak Allah jua atas sebab Yang Di-Ketahui Allah jua kerana Allah jua yang membuatkan mereka TIDAK MAHU menerima Kenyataan Kenyataan Allah didalam Al – Quran contohnya Firman Allah yang straightforward saperti AKU JADIKAN KAMU dan SEGALA PERBUATAN KAMU.

KELAPAN

Kekadang kita ini BANYAK SANGAT TAKUT bukan pada Allah tetapi takut pada cakap ustaz....contohnya jika sejak baligh hingga berumur 50 tahun jumlah hari tak puasa melebihi 365 hari camno nak GANTI ...ustaz kata kalau tak qadakkan / ganti masuk neraka ..maka kita pun percaya ...dan SUSAH serta RISAU tak tentu arah... langsung percaya kita nanti masuk Neraka ....

Itu bab menggantikan PUASA. Bagaimana pula menggantikan sembahyang yang juga melebihi 365 hari. Kena kali lima pulak itu ( satu hari = 5 waktu ) Boleh ke kita buat penggantian itu ???? Mampu ke ? Kalau tidak mampu mengikut ustaz maka bersedialah untuk masuk Neraka. Macam mana nak sedia masuk neraka tu ? kenalah tanya si ustaz bagaimanakah persediaan yang perlu diadakan untuk masuk neraka .....?????

Bagi mereka yang suka MENDALAMI Ilmu Agama dengan BERGURU KPD ALLAH , dia relax je sebab dia YAKIN akan PESANAN NABI bahawa Tafakur sesaat itu mengatasi kebaikan beribadah ( puasa & solat ) selama 70 / 1000 tahun dan dia tahu bahawa tidak mungkin boleh bertafakur SESAAT kena main minit maka mulalah dia ambil calculator mengkalikan minit kepada saat dan kalikan dengan 70 atau 1000.

Maksudnya Allah atas SIFAT KASIH SAYANG dan KESIHANNYA – dengan sengaja MENYUSAHKAN kita sebagai hambaNya UNTUK MASUK NERAKA dan dengan sengaja pula MEMUDAHKAN kita UNTUK ke SYURGANYA. So why worry ???

KESEMBILAN

Jika sekiranya manusia itu YAKIN bahawa manusialah yang menentukan segala gerak dan diamnya, bekerja, beribadah malah segala galanya .....

Maka sehubungan dengan keyakinan dan iman pada tahap ini maka adalah wajar, lojik dan munasabah manusia itu mendapat faedah atau nikmat dalam bentuk Syurga atau wajar sangat mendapat siksa dalam bentuk siksa Neraka.

Namun Allah secara simbolik menegaskan SEBENAR-NYA hal masuk Syurga dan Neraka ini HAK Allah semata –mata dan secara berkias Allah menegaskan – Aku ampunkan segala dosa dosa-mu melainkan dosa SYIRIK. Dan secara halus dan rahsia Allah menegaskan NIKMATKU MENGATASI segala –galanya.

KESEPULUH

Soalan saya kepada saudara ialah ... dimana kedudukan saudara ?

Adakah saudara yakin seyakin yakinnya bahawa sebagai manusia JASAD saudara TIDAK BOLEH melakukan apa gerakpun melainkan DILAKUKAN OLEH NYAWA saudara ?

Adakah saudara yakin NYAWA saudara itu BERSIFAT KETUHANAN ? Ianya datang dari Tuhan dan akan kembali kepada Tuhan ? ( Al-latifah rabbaniah ) Yakin atau tidak ?

Atau ......

Saperti orang yang ramai disana tu..................yang berkeyakinan atas kekuatan dan kepandaian mereka sendiri ...memisahkan / FARAK diri mereka sebagai manusia dengan Allah yang menzahirkannya. Mereka berkata ....Allah ..Allah –lah ....aku akulah...

Bolehkah mereka menjelaskan bagaimanakah mayat yang dimasukkan keliang lahat itu dapat menjawab soalan mudah malaikat yang menyoalnya jika si NYAWA yang sudah meninggalkan jasad itu tidak kembali untuk membantu ??????

Saudara telahpun menjawab saperti yang saudara katakan :-

Saya katakan SEGALA YANG BERLAKU PADA KITA SETIAP HELA NAFAS DAN DEGUP JANTUNG KITA ADALAH PERBUATAN ALLAH.. SETIAP ILHAM DAN AKAL FIKIRAN KITAPUN ADALAH DARI ALLAH.. SEKALIPUN PADA SEKETIKA DIHASUT IBLIS DAN SYAITAN.. SEMUA ATAS KETENTUAN ALLAH.. PENDEK KATA SEPERTI YG SUDAH TERSIRAT DI LUH MAHFUZZ... BENAR??

Ironinya ialah jika kita percaya SEGALA-GALANYA , Kesemuanya dari sebiji zahrah hingga sebesar planet matahari adalah Ketentuan , Keputusan , Geraklaku Zat Wajibul Wujud Allah SWT , maka adakah wajar IMAN itu TAUHID itu di- NODAI oleh persoalan persoalan yang tidak mungkin boleh kita dapatkan jawapan sabenar-benarnya ( melainkan satu hujah dan penceritaan saperti entri ini ) – saperti betul ke ada Syurga & Neraka kerana jika tidak ada Syurga dan Neraka maka terbatallah HARI KMUDIAN yakni Hari Akhirat.

KESEBELAS

Mari kita baca dan cuba fahamkan Firman Allah melalui Surah Al-Jin Ayat 13 yang terjemahannya bermaksud saperti dibawah :-

Barangsiapa BERIMAN kepada Tuhannya , maka ia TIDAK TAKUT akan PENGURANGAN PAHALA dan TIDAK TAKUT PULA akan PENAMBAHAN DOSA dan KESALAHAN.

Soalan pertama ?????

Orang yang BERIMAN macam manakah yang tidak takut kepada berkurangan pahala dan bertambah dosa itu ?

Soalan kedua ...

Jika begitu orang yang takut berkurangan pahala dan takut bertambah dosa ialah orang yang TIDAK BERIMAN

Soalan ketiga ....

Orang yang tidak mengakui Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad ialah orang SYIRIk. Orang syiriklah penghuni Neraka yang di-MURKAI Allah.

Sekian, terimakasih dan mohon berbanyak maaf jika penjelasan diatas tidak memuaskan hati tuan atau tidak menepati jawapan kepada persoalan tuan.


Salam takzim dari .....


Sifakir dari gemas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan