Ahad, 30 Januari 2011

DOA....................

Salam para pembaca yang budiman,

Pada hujung minggu i.e hari Sabtu & Ahad fakir memang menghadapi masaalah untuk buat posting sebab perkhidmatan broadband Celcom yang fakir gunakan akan jadi lemah hingga menjadi susah bagi fakir untuk melayari internet. Rumah fakir tidak ada perkhidmatan telefon rumah ..jadi tidak adalah perkhidmatan streamyx. Agaknya TM tidak mahu rugi dengan melabur diluarbandar.

Dikampung fakir hujan lebat telah turun tanpa henti selama 72 jam. Kebun fakir pun dah banjir, kesian juga tengok anak anak lembu kesejukan. Moga diselamatkan Allah dari hanyut dibawa arus Sungai Muar yang deras itu. Jadi fakir banyak waktulah dirumah...nak layari internet hanya nampak maling maling berpusing ( loading shj dan lihat kenyataan problem loading page )

Fakir teringat kepada pembaca lamanblog ini yang berada di tempat tempat bermasaalah khasnya di Kaherah dan Yemen juga di negara Timur Tengah yang lain. Mengikut lapuran Utusan Malaysia keluarga di Malaysia agak sukar berhubung dengan pelajar pelajar kita di Azhar dan lain lain kawasan di negara Mesir.

Marilah kita sama sama berdoa agar saudara saudara kita yang berada dikawasan tersebut SELAMAT dan dilindungi Allah dari apa apa malapetaka yang tidak diingini. Pandai pandailah jaga diri dan sebagai orang luar dinegara orang ...tidak perlulah kita campur wp barangkali kita bersimpati dengan perjuangan saudara saudara Islam kita itu...

InsyaAllah posting POHON KEWUUDAN entri 15 akan fakir poskan esok.

Salam takzim dari....

sifakir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan