Ahad, 16 Januari 2011

ENTRI BONUS ....JIKA ADA NILAINYA ????




Salam para pembaca yang budiman.

Berikut fakir catatkan beberapa AMALAN khazanah lama yang fakir petik dari beberapa manuskrip termasuk manuskrip Tok Peramu ini.

Penulis manuskrip memberi Ijazah Umum kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk mengamalkannya.

1 PENYAMPAI.............

Salamun Qaulan Mir Rabbir Rahim Ya Ruhi ......( nama orang yang ditujukan )

Aku tahu asal usulmu ...
Tatkala dalam tubuh tuhan DI namanya engkau
Ditatang malaikat 44 dan
Kembali ketubuh Tuhan WADI namanya engkau
Dikandung bapa 9 hari MANI namanya engkau
Dikandung ibu sembilan bulan ..MA’NIKAM namanya engkau

Lahir kedunia
Yasin namanya engkau ( jika lelaki )
Siti Terjelan namanya engkau ( jika perempuan )

.....dari manuskrip Tok Pawang Johol.

2 SELAWAT DIRI.....

Amalkan 70 kali sebelum tidur selama 7 hari berturut – turut . Elok juga dibaca setiap hari bila teringat..

Bacaannya..........

Allah Hum Ma Salla Ruhi Fil Arwahi Fil Jasadi Fil Ajsaadi Fil Kab Rihi Fil Kabrii

Hadiahkan bacaan FATIHAH sebelum tidur kepada ....
Kedua ruh ibu bapa, Rasullullah, Para Nabi, Pari Wali dan DIRI kita sendiri.

.....dari manuskrip Abang Dolku.

3 KASIH MAKRIFAT...............Ketika Berkasih Sayang ?????

DI – WADI – MANI – MA’NIKAM
Bukan aku yang punya tikam...
Allah Muhammad yang punya tikam.
Aku yang menikamkan kepintu hawa....( sebutkan nama sihawa tu )
Yang tujuh beradik...
Asiah dikanan....
Halijah dikiri....
Maimunah dihadapan...
Salamah dibelakang...
Kabul berkat Allah Allah Hu Hu ..

4 KASIH MAKRIFAT 2....

Baca dalam penafasan ( tarik nafas – tahan & lepas perlahan makrifatkan ke arah sianu..
Ya Allah Ya Rasullullah
Hai telaga hawa Fatimah namanya engkau ( sianu sebutkan nama )
Ya Allah Ya Rasullullah Muhammad namanya aku..
Alif namanya tempat jadi..
Kabul allah kabul Muhammad Kabul baginda Rasullullah kabul berkat Allah Allah Allah

5 SANDARAN FATIHAH............
Bacalah setiap hari apabila sahaja bangun dari tidur...

Alhamdulillah ....akan ibuku Ya Allah Ya Rasullullah
Rab Bul Alamin ....akan sarungku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahman ....akan uratku Ya Allah Ya Rasullullah
Ar Rahim .....akan dagingku Ya Allah Ya Rasullullah
Malikiyau middin ...akan darahku Ya Allah Ya Rasullullah
Iyya Kanaq Budu...akan tulangku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa iyya kanash taa in ..akan otakku Ya Allah Ya Rasullullah
Ih dina sh....siratul mustaqim ..akan hidupku Ya Allah Ya Rasullullah
Siraa tal laazi ...akan hatiku Ya Allah Ya Rasullullah
Na an am taa alai him ...akan rupakau Ya Allah Ya Rasullullah
Ghairil magh du ...akan ilmu taufikku Ya Allah Ya Rasullullah
Wa lad dhallin ...sebenar benar taufikku Ya Allah Ya Rasullullah

Assalamualaikum Ya Jibrael dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Mikail dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrael dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Izrafil dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Yang Empat memagarkan aku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya Malaikat Kiraman dikananku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Katibin dikiriku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Raqib dihadapanku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah
Assalamualaikum Ya malaikat Muqarribin dibelakangku ya saudaraku Ya Allah Ya Rasullullah

Sekaliannnya berkata Aku memakai SANDARAN FATIHAH didalam Kalimah La Ila Ha Illallah Muhammadur Rasullullah.

6 MENCUCI DIRI / BERSUCI DIRI SENDIRI.............

Mandiku mandi kalam didalam kandil Allah
Perigi yang keruh sekali yang harum tinggal iman cahaya Allah
La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah

Ruh mandi Insan mandi
Ruh mandi pintu langit
Insan mandi pintu Kaabah
Aku mandi Cahaya Muhammad
Berkat La Ilaha Illallah Muhammadur rasullullah

Airku Air Al-hayat
Air Yang Hidup tiada mati
Air titik asalku jadi
..SIRR ALLAH namanya
Temuni Sirr aku Allah namanya
Allah terdiri Muhammad duduk

Aku mensuci Zat dan mencuci Sifat Fardhu atasku kerana Allah

6 DOA AMALAN KETIKA HENDAK TIDUR

Sahadat 3 kali
Fatihah sekali
Selawat 7 kali
Berdoalah kepada Allah saperti berikut :-

Ya Allah Ya Rasullullah . Tunjukkanlah aku akan Jalan Yang Benar dan janganlah matikan aku sebelum dapat Jalan Yang Sebenar-benarnya.

7 PENDINDING DIRI HAKIKI

HAQ ada didalam Haq
HU ada didalam Hu
Aku ada didalam HU
Mim ada didalam Mim
Aku ada didalam Mim
MIM HU ALLAH

8 SANDARAN SAHADAH

Ash Hadu Alla Ila Ha Illallah = Tubuhku tubuh Muhammad
Wa ash Hadu annna muhammadar rasulalullah = Tubuh Muhammad terpulang kepada menjadikan aku

La Ilaha Illlah Muhammdur rasulullah
Sifat Allah sifat aku sifat aku didalam kalimah Allah Allah Muhammad Rasulullah.

Sekian .....jika ada fakir tambah lagi. Betulkan ejaan sbb ditaip laju dan tak diedit.

3 ulasan:

  1. Kalau ada kesilapan, mohon betulkan, takut salah beramal. Terima Kasih

    BalasPadam
  2. Assww. . Saudaraku se-Iman. .
    Izin dan Ikhlas, Aku mempelajari Ilmu Alif Ahadiah, Alif Wahdah, dan Alif Wahidiyah. .
    MasyaAllah La Quwata Illa Billah. . Aamiin

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam