Ahad, 6 Jun 2010

ILMU = PENGETAHUAN + AMAL


Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah

Syukur kita kehadrat Allah kerana dengan Kudrat & IradatNya jua dapat kita menyelesaikan penyalinan Kitab Wahdaniatullah ini ke laman blog ini untuk bacaan peminat Ilmu Hakikat sekalian.

Dalam usaha penyalinannya fakir menghadapi amaran juga daripada beberapa pembaca agar memberhentikan penyebaran “ Ilmu Sesat “ ini.

Ada juga yang berpendapat bahawa adalah salah menyebarkan Ilmu Khusus kepada yang bukan ahli.

Namun begitu penyalinan kitab ini fakir teruskan juga kerana fakir sependapat dengan Tuan Hj Ismail , guru Tarekat Ahmadiah dari Kuantan , Pahang bahawa Ilmu Ketuhanan adalah hak semua muslim.

Fakir juga berpendapat orang orang yang menganggap ilmu ini sesat tidak akan
berminat untuk membacanya atau Allah tidak akan menggerakkannya membuka laman blog ini.

Setakat ini fakir telahpun selesai menyalinkan tiga buku berbentuk manuskrip kelaman –laman blog yang fakir kendalikan :-

Pertama Manuskrip Dr Bagindo Muchtar bertajuk PANDANG KEDALAM melalui Laman Blog http://layarmerah.blogspot.com

Manuskrip kedua Pengantar Ilmu Hakikat karangan Alfakir Abdillah Abdullah Al-Gemasi melalui laman blog ini http://fakirabdillah.blogspot.com

Manuskrip ketiga juga melalui laman blog ini, ialah manuskrip karangan Sheikh Qamaruddin Wahdaniatullah Al-Bruasi bertajuk WAHDANIATULLAH yang selesai melalui entri ini.

Selepas ini fakir akan menyelesaikan penyiaran SYAIR MAKRIFAH karangan Al-Haji Adenan Ooi Batu Bara yang sebahagiannya telahpun disiarkan sebagai entri entri interlude.

Kesemua manuskrip yang telah disiarkan termasuk Pandang Kedalam adalah berasasakan Ilmu Mertabat Tujuh yang disesuaikan dengan masyarakat Nusantara.

Antara ulamak ulamak Nusantara yang terkenal dalam Ilmu Hakikat & Ilmu Mengenal Diri ini ialah Sheikh Hamzah Al-Fansuri, muridnya Syeikh Syamsuddin Al-Sumaterani, Syeikh Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai lagi. Antara Wali Songo yang terkenal dalam Ilmu ini ialah Syeikh Siti Jenar.

Ajaran Mertabat Tujuh diasaskan secara ilmunya oleh Abu Mansur Al-Hallaj tetapi diperincikan oleh Syeikh Muhyiddin Ibnu Arabi.

Kedua-dua yaitu Abu Mansur Al-Hallaj dan Syeikh Siti Jenar akhirnya dihukum bunuh kerana penyebaran Ilmu Ketuhanan ini.

Untuk mengingati Arwah Abu Mansur Al-Hallaj fakir akan siarkan satu rencana mengenai Abu Mansur Al-Hallaj yang fakir petik dari laman blog jalansufi.com pada entri selepas ini.

Saudara pembaca yabg dihormati,

Saperti yang fakir nyatakan mulanya ialah Awaluddin Makrifatullah maka matlamat akhirnya atau The Ultimate Objectives ialah Menemui Diri Untuk Bertemu Allah.

Namun wajar diingat bahawa apa yang dimasukkan kelaman ini hanyalah sekadar pengetahuan. Saperti lazimnya pengetahuan itu hanya bergelar ilmu jika diamalkan. Pokok pangkalnya ialah AMAL IBADAH zahir dan batin.

Namun begitu fakir berpendapat , perkara bertemu DIRI dan perkara bertemu Allah itu bukanlah bab ikhtiari dari segi pandangan duniawinya. Ianya adalah satu ANUGERAH ALLAH yang teramatlah tinggi nilai dan tahapnya. Memang disyorkan supaya kita sentiasa berzikir dan selalu mengamalkan Tafakur tetapi jika ianya tidak digerakkan oleh Yang Maha Menggerakkan ..tidaklah dapat kita melakukannya.

Dari segi hidup sebagai manusia ini yang teramat penting ialah TAUHID kita MENGESAKAN ALLAH agar hidup kita selesa, aman dan damai dunia dan akhirat , lebih lebih lagi dalam menghadapi TEMUDUGA di liang lahat ..yang entah bila tibanya..entahkan cepat ..entahkan lambat.

Selalunya adalah amat mudah menyatakan sesuatu ( dalam kes ini menulis sesuatu ) tetapi dari segi melakukannya bukanlah perkara yang mudah jika kita yang hendak melakukannya.

Contohnya dalam Tauhid Af’al dimana kita yakin bahawa semua diam dan gerak kita mahupun diam dan gerak orang lain adalah Af’al Allah belaka. Tiba tiba isteri kita berbuat sesuatu yang menyakitkan kita ...terus kita melenting marah...sedangkan sebelum itu kita bertauhid bahawa tiada kelakuan isteri kita melainkan Af’al Allah jua.

Yang demikian yang bertauhid itu pun bukan kita tetapi nyawa kita. Allahlah menentukan segala persoalan dan kepadaNya-lah kita kembalikan semua persoalan itu.

Nota :-

Saudara pembaca juga mungkin berminat untuk memahami perkara MERTABAT TUJUH

Satu rencana hasil kajian akademik saorang ahli akademik bernama DR MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH dari Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi bertajuk KOSMOLOGI DALAM WELSTANSCHAUUNG ULAMA SUFI MELAYU untuk menambah lagi ilmu serta pemahaman saudara saudara sekalian.

Sila cari laman akademika 7 dari Google Search untuk membacanya.

Bagi mereka yang belum membaca SIRRUR ASRAR karangan Qutubul Aulia Syeikh Abd Qadir Jailani sila layari laman blog http://www.gagakmas.org . Buku ini wajib dibaca.

Sekian, terimakasih dan selamat membaca.

Yang benar,

Si-fakir.

3 ulasan:

  1. Syeikh Siti Jenar bukan dari kalangan Wali Songo wahai tuan penulis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak sgt tak tahu siapa itu Syeikh Siti Jenar.. Syeikh Siti Jenar inilah Si Sepuloh.. Waliyullah dgn aliran Manunggaling Kawula Gusti. Saudara jer yg tak tahu. Ini belum lg aku ckp pasal Syeikhul Akbar Ibnu Arabi seorang Waliyullah dgn aliran Kesatuan Wujud..
      .
      Tu pepatah Melayu pernah cakap, Malu bertanya sesat jalan... Macam kau la buat PALA TAU.. Kah3 😆😆😆😆😆😆😆😆

      Padam
  2. ada kesilpan sikit sikit kita buat nota kaki:kalau bukan kalangan wali songo nyatakan dlm komen anda,saya rasa lebih mudah bagi pembaca seterusnya...amin.sama-sama kita tolong menolong antara satu sama lain...

    BalasPadam