Sabtu, 19 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah....ENTRI DUA



Sambungan ENTRI SATU.......................

DARI MANA DATANGNYA ILMU HAKIKAT INI ?

Orang orang ARIFBILLAH sejak zaman berzaman telahpun memohon Petunjuk & Bimbingan Allah. Para sahabat sudah tentu telah diajar oleh Nabi SAW mengenai perkara perkara yang khusus ini. Ianya RAHSIA YANG HALUS . Maka yang mengetahuinya tidaklah ramai kerana ianya ILMU KHUSUS. Jika semua orang tahu maka hilanglah kekhususannya.

Dan yang Maha Memberi Petunjuk ialah Allah. ILMU MENGENAL DIRI yang sampai kepada kita ini ialah dari Allah kepada Rasul , dari Rasul kepada Sahabat dan para sahabat menyampaikanya kepada Arifbillah dan turun temurunlah ilmu itu hingga sampai kepada kita dengan Pemeliharaan Allah jua.

Oleh kerana bidangnya ILMU GHAIB , maka otak kita yang terhad kemampuannya , adakalanya tidak mampu mencapainya, sedangkan otak biasanya berfungsi berlandaskan LOGIK. Oleh itu dalam perkara ini peranan otak adalah terhad dan terbatas.

Wajiblah kita yakin dan percaya sekiranya otak menolah sedangkan ada NAS yang menyokongnya. Itulah yang dikatakan IMAN sebab RUKUN IMAN 6 PERKARA itu ialah percaya kepada perkara perkara yang ghaib belaka.

ANTARA ULAMAK UTAMA ILMU HAKIKAT


Antara insan insan yang mendapat PETUNJUK ALLAH didalam hal ini ialah nama nama yang saudara barangkali sudah biasa dengar saperti Qutubul Aulia Syeikh Abd Qadir jailani, Imam Al-Ghazali, Ibnu Arabi, Hamzah Fansuri, Abdus Samad Palimbani, Syeikh Daud Patani, Tok Kenali dan ramai lagi.

Merekalah guru kita yang zahir. Semestinyalah GURU HAKIKI kita ialah Allah. Dalam mencari Ilmu apatah lagi Ilmu Ketuhanan , maka elok sangatlah kita selalu bertanya kepada GURU HAKIKI kita yakni Allah SWT.

Itualah yang sebenarnya berlaku ketika jari jari fakir digerakkan untuk menaip rencana ini tanpa ....fakir hanya menaip saperti yang digerakkan olehNya.

KONSEP UTAMA ILMU HAKIKAT
TAJALLI / PENAMPILAN ALLAH


IBNU ARABI mahupun HAMZAH FANSURI dan juga SYEIKH ABD QADIR JAILANI berpendapat bahawa manusia yang dirujuk sebagai INSAN itu ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH YANG AMAT SEMPURNA

ISTILAH yang mereka gunakan bagi menjelaskan penampilan itu ialah TAJALLI.
Yang demikian Tajalli ialah PENAMPILAN DIRI ALLAH.

Sabenarnya menurut mereka, yang disebut sebagai ALAM SEMESTA ini, tidak lain dan tidak bukan melainkan semuanya adalah bentuk bentuk Pentajallian Allah belaka bermula dari yang maha kecil hinngalah kepada yang maha besar.

Namun begitu menurut kenyataan Allah didalam Al-Quran, PENTAJALLIAN ALLAH pada MANUSIA –lah yang sengaja lebih disempurnakan oleh Allah. Maksudnya ialah MANUSIA-lah BENTUK PENTAJALLIAN ALLAH YANG AMAT SEMPURNA LAGI KUKUH.

MERTABAT TUJUH


Bermula dari konsep Tajalli ini, mereka seterusnya menghuraikan PROSES PENTAJALLIAN itu melalui TUJUH MERTABAT atau manusia itu dijadikan/ diciptakan Allah sebagai bentuk Pentajalliannya yang kukuh lagi sempurna itu melalui 7 Alam Pentajallian.

Ini dikatakan sebagai TUJUH ALAM KEDATANGAN. Kembali pun melalui tujuh alam juga. Seaparuh ulamak menyebutnya sebagai 7 Alam Nafsu.

PELBAGAI ISTILAH GIGUNAKAN
Jangan Keliru Dengan Istilah Istilah Yang Banyak Itu.


Sudah tentulah banyak istilah dan nama nama digunakan dalam penjelasan mereka yang terperinci. Janganlah risau mengenainya. Yakinlah bahawa pokok pangkalnya adalah sama jua yaitu MANUSIA itu ialah PENAMPILAN WUJUD ALLAH didunia dan di Alam Maya ini, dalam BENTUK YANG AMAT SEMPURNA dan KUKUH.

Atau manusia itu adalah PENAMPAKAN ALLAH mengikut fahaman LIHAT SATU PADA YANG BANYAK dan LIHAT YANG BANYAK PADA YANG SATU.

Yang Satu itulah banyak dan Yang Banyak itulah satu.

Bersambung.......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan