Rabu, 16 Jun 2010

CATATAN MUZAKARAH ...demi mencari Ilmu



MUZAKARAH UNTUK MENAMBAH ILMU

Salam saudara pembaca yang budiman,

Satu cara yang munasabah untuk mencari atau menambah ilmu ialah dengan berbincang secara berhemah . Ini dirujuk sebagai muzakarah. Kemudahan internet memudahkan perbincangan maya yang tidak melibatkan kos yang tinggi.

Inilah yang kami lakukan dilaman forum intranatebest yang dikelolai oleh Saudara Osman Hadi.

Jelas sekali melalui muzakarah itu kami telah menerima ilmu dari Allah jua melalui pentajallianNya. Ikutilah perbincangan kami itu dan saudara yang berminat dipersilakan menyertainya.

Fakir Abdillah memulakan....tajuk muzakarah.

Salam cikgu osman..mohon izin. Mungkin untuk kita dapat bersemuka dan memperkuatkan silatur-rahim agak payah jua sbb msg msg sibuk menjalani kehidupan. Oleh itu dgn izin cikgu osman mari kita bermuzakarah dialam maya ...laman web brader osman ini. Saya mulakan TAJUK untuk saudara fikir dan berikan pendapat dan pandangan masing masing.

Untuk hidup secara teratur kita adakan RUKUN . Contohnya Rukunnegara M'sia. Sebagai orang Islam hidup kita berpandukan 2 Rukun yaitu Rukun Iman 6 Perkara yang ghaib & Rukun Islam 5 perkara untuk menyatakan perkara perkara yang ghaib didalam Rukun Iman itu.

Saya sekarang menyatakan bahawa jika Rukun Iman saya ada 6 perkara maka Rukun Islam saya mesti juga 6 perkara bukan 5 saperti Rukun Islam orang lain. Untuk jadikan Rukun Islam 6 perkara saya tambah satu rukun yang baru yaitu AWALUDDIN MAKRIFATULLAH. Sekarang ini Rukun Islam saya bermula dari yang pertama yaitu saya mesti kenal Tuhan Allah saya dan Rukun Islam saya yang keenam barulah Menunaikan Rukun Haji. Soalan saya kepada anda semua : Adakah apa yang saya buat itu yakni menambah lagi satu Rukun Islam yang baru itu satu perbuatan BID'AH yang sesat dan menyesatkan orang lain atau memang ianya satu perkara yang sangat wajar. Soalan yang kedua ialah sama ada saudara mahu ke ikut saya yakni turut menambah Awaluddin Makrifatullah sebagai Rukun Islam pertama saudara ? Sila bincang kalau b.oleh secara bersopan dengan semangat ukhwah

Tajuk yang kedua untuk kita muzakarahkan ialah :- Tidak sah sembahyang jika tidak ada wudhu. Jadi sebelum sembahyang kenalah berwudhu dahulu. Sembahyang pula tetakluk kepada RUKUN SEMBAHYANG 13 PERKARA. Masaalahnya ialah dalam 13 perkara itu tidak ada dimasukkan hukum berwudhu . Baginda Rasul pula bersabda : Sembahyang Yang Sempurna Ialah Dengan Wudhu Yang Sempurna. Penyelesaian saya dalam hal wudhu ini senang sahaja : Saya masukkan wudhu itu menjadi perkara pertama dalam RUKUN SEMBAHYANG saya. Sekarang ini RUKUN SEMBAHYANG saya menjadi 14 dan bukan lagi 13 dimulai oleh Wudhu Sempurna dan diakhiri oleh TERTIB.

Oleh kerana wudhu saya telah menjadi RUKUN SEMBAHYANG saya maka wudhu itu tertakluk kepada hukum sembahyang yakni Feqli / Qauli & Qalbi. Saya tunggu masuk waktu / azan dulu barulah berwudhu sebab sembahyang fardhu hanya boleh dilakukan apabila masuk waktu solat.

Soalan untuk dibincangkan : pertama menambah Rukun Sembahyang dengan wudhu sempurna hingga rukun menjadi 14 ..bid'ah yang sesat atau perkara yang wajar kita lakukan. Soalan kedua adakah saudara berani menambah Rukun Sembahyang saudara : Solan ketiga apakah cara cara yang mesti kita lakukan untuk menjadikan wudhu kita sempurna ? Sila bincang

Saudara desk memberi komen yang pertama....

Salam.Alhamdulillah hirobbil alamin. Brader fakir punya pendapat adalah benar belaka. Adakalanya ISTILAH bahasa yang diguna pakai berlainan dan membuatkan kita semua kebingungan.Brader fakir pandai orgnya.Kalau di beri sebatang kayu balak,pasti tuan tahu nak buat ape.Mungkin buleh buat rumah or sampan.Saya hanya dapat membuat pencolek gigi saja dari sebatang balak yang gedang tu (kan sia-sia aje dan yang lain membazir aje).

Seorang guru yang mursyid adalah pembimbing dan petunjuk jalan (ingat baik-baik bukan guru tersebut malah ALLAH s.w.t).Guru hanya posmen dan pertunjuk jalan untuk dilalui.Yang nak lalu adalah kamu.Guru mursyid hanya membuat pemantauan supaya tidak kemabukan yang amat sgt sampai timbul fitnah.So penting guru yang mursyid ni.Mencari ALLAH nie nak kata susah tak juga (maaf bkn ada rasa takbur dan riak) dan nak kata senang tidak jugak.Ikut rezeki masing2.Kalau kita pasak kpd mereka yg tidak berminat pun ,depa buat tak heran pun.Ckplah apa2 pun.Masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.

Brader fakir punya Tajuk pasal rukun islam tu ada ?6?.Haha saya ada kurang aje ?

1- Awal berugama hendaklah kenal ALLAH
2- Mengucap kalimah syuhadat
3- Solat

Yang baki adalah bagi yang mampu saja.Org miskin dan org sakit mana termampu.Puasa,zakat dan haji (tiada paksaan).Wudhuk dan punyai rukun tersendiri.Bagi saya rukun solat ada 12 aje.yang last sekali adalah tertib (iaitu ke-13) ikut susunan lah.Rukun solat ini terpancar dari sendi insan itu tersendiri.Kenapa ada cam tu (cuba selesaikan).-

Gitu jua dengan ILMU hakikat ini.Dibelakang ada yang last sekali tapi jarang2 di buka oleh seorang guru.Cuba2 lah risik2 dan selidik2.Ada rezeki terjumpa. Saya ni, Brader fakir tak de ape2 pun.Barang yg kaku mana ada nilai.Tuan empunya tu yang power.

# adakala ku pandang peti tv dan dapati tidak kuasa pun peti tv tu.Siaran dan pancaran dari system pemancar.Cuma peti tv tu alat.kalian ada pun hanya penyata.macam kita simpan duit dalam bank so dpt buku penyata yang mana menyatakan duit tersebut tu ujud (ini cuma perumpamaan)

Fakir meneruskan muzakarah........


Salam semua , terima kasih desk ..yang lain lain please , sambil menunggu siaran world cup.....kpd desk ...bagaimana boleh aku memujimu sedangkan alhamdu itu milikNya ..namun aku katakan juga kekagumanku ...atas anugerahNya .........tambahlah satu ladi desk rukun islam tu ...PUAS - SE tak yah keluar modal ..kenalah guna hadith...ramai org yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, ramai juga yang berpuasa tetapi makan dan ramai yang makan tetapi berpuasa..penjelasannya didalam SIRRUR ASRAR...semasa bulan ramadhan para lebai hanya membaca sebahagian dari hadith ini sbb kalau disambung hingga habis orang akan angkat lebai tu keluar dari masjid / surau ..

sharp shooter ...memberi komen...............


Salam sdra ,Terima kasih atas tunjuk ajar sdra ku, penjelasan sdra ini perna saya terbaca dlm laman wed fakir... dan penjelasan itu kalau ikut pemahaman saya ia la...kita ini tuhan...( Allah ) tidak perlu lakukan semua rukun islam...dan tak perlu memohon keampunan dari Allah, sbb Allah itu adalah kita sendiri...soalan saya sdra fakir, 1...kenapa Nabi kita Mohammad S.A.W...Seorang Rasul ALLAH...masi juga melakukan rukun Islam...Maksud saya melakukan solat,puasa dan sebagainye...kalau la itu semua tidak benar...maka Nabi s.a.w itu, penipu la...pura2 lakukan itu semua...sila tolong jelaskan sdra untuk meyakin lg hati ini...terima kasih.

Fakir memberi penjelasan..................


Salam sdra sharp shooter. Saya minta jutaan maaf ...kerana nampaknya sdra dlm kekeliruan yg amat sangat. Nauzubillah. Pertamanya manusia bukan Tuhan ,,manusia adalah hamba Allah. Yg bersifat ketuhanan itu ialah Zat Allah yang meliputi tubuh kita...yaitu nyawa kita . Inilah yang disebut sbg DIRI SEBENAR atau INSAN. Manusia = Tubuh + Nyawa. Nyawa itu = ROHKU Allah.

Selagi kita = manusia ( i.e masih hidup & berperangai sbg manusia ) kita ini hamba dan wajib lakukan rukun islam spt solat, puasa dsb...wp tinggi mana ilmu hakikat kita ..kita kena buat segala hukum hakam yg dijelaskan dalam ilmu syariat yg termaktub dalam rukun iman & rukun islam spt yg diajar oleh Baginda Rasul. Kalau ada yang mengajar tak usah buat Rukun Islam ...jangan dekati lagi org itu jelas SESAT. Perkara sesat sebegini tidak ada dalam Ilmu Hakikat. Kalau ada yang mengatakan begitu itulah FITNAH paling besar. Ilmu hakikat mendukung ilmu syariat sebagai asas atau foundationnya.

Ilmu Hakikat tidak mengajar orang meninggalkan syariat...ilmu hakikat mengajar orang mengenal Allah melalui mengenal diri..sbb kenabelajar kenal diri ialah sbb Allah yag suruh buat begitu...ada dalil dalil naqli & dalil akalnya....

Saya nak jelaskan juga jika nak belajar Ilmu Hakikat wajib dulu belajar sefer sefernya. Antara sefer wajib ialah SIFAT WAJIB ALLAH yang 20 itu dan kaitan sifat 20 itu dengan diri kita sebagai manusia, kedua belajar maksud HAUQALAH yg sebenarnya, ketiga belajar maksud nafi & isbat, keempat belajar maksud tiada nafi tiada isbat dan bab bab setersunya.

Amal yang digalak utuk dilakukan selain amal ibadah rukun islam ialah berzikir dan bertafakur...bab inilah yang diajar oleh pemilik laman blog ini sdra osman dan para rakannya . Saya cuma ahli baru yg selari dgn fahaman brader osman ..saya bukan murid dr bagindo muchtar sbb saya tidak berpeluang menemui beliau...tetapi saya berpegang kpd apa yang diajarnya sot brader osman & rakan rakannya.

Jika sdra sharpshooter betul betul ingin faham ..untuk mendapatkan asasnya ...sila baca berulangkali...manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat & Manuskrip Wahdaniatullah yang telah diposkan didalam laman blog fakirabdillah. Download, print dan baca berulang kali ...mmg pada peringakat awal kekeliruan sebegini akan berlaku...ianya adalah satu proses biasa yang amat bahaya.

Jika tak faham lagi , carilah orang yang faham spt pemilik laman ini utk bertanya dan bermuzakarah. maaf jika masih ada ynag mengelirukan sdra..saya dgn Kudrat & Iradatnya telah cuba menjelaskan. Akhirnya..jangan tinggalkan syariat...dan manusia itu bukan Tuhan. Tuhan kita ialah Allah SWT yang ZatNya menjadi Nyawa kita , yang menghidupkan kita termasuk perbuatan saya menaip dikeyboard ini utk tatapan sdra.

Jika ada yang tak faham & perlukan penjelasan sila tulis soalan & komen sdra dalam ruangan komen ...laman fakirabdillah atau e mail alfakirabdillah@ gmail.com

Jika sdra sharpshooter betul betul ingin faham ..untuk mendapatkan asasnya ...sila baca berulangkali...manuskrip Pengantar Ilmu Hakikat & Manuskrip Wahdaniatullah yang telah diposkan didalam laman blog fakirabdillah. Download, print dan baca berulang kali ...mmg pada peringakat awal kekeliruan sebegini akan berlaku...ianya adalah satu proses biasa yang amat bahaya.

Jika tak faham lagi , carilah orang yang faham spt pemilik laman ini utk bertanya dan bermuzakarah. maaf jika masih ada ynag mengelirukan sdra..saya dgn Kudrat & Iradatnya telah cuba menjelaskan. Akhirnya..jangan tinggalkan syariat...dan manusia itu bukan Tuhan. Tuhan kita ialah Allah SWT yang ZatNya menjadi Nyawa kita , yang menghidupkan kita termasuk perbuatan saya menaip dikeyboard ini utk tatapan sdra.

Jika ada yang tak faham & perlukan penjelasan sila tulis soalan & komen sdra dalam ruangan komen ...laman fakirabdillah atau e mail alfakirabdillah@ gmail.com

Si Gila Penjaga Alif memeberi pandangan.............................
Dengan merujuk kepada komen sharpshooter.


Awas..saudara ( saharpshooter ) dah tersasar tu...mohon pada Allah agar dikurniakan kefahaman..Insyaallah dapat..Yang dalam diri itu KETUHANAN bukan TUHAN dalilnya seperti firman Nya : Aku tiupkan ROH -Ku..Itulah ditiupkan KETUHANAN dalam diri setiap Manusia..

Mengenai Baginda Rasulullah Muhammad SAW,Dia adalah contoh yakni MODEL peribadi untuk sekalian Manusia..pointnya adalah PERIBADI baginda agar dijadikan contoh..khasnya untuk mereka yang berada pada makam SYARIAT..Bayangkan jika Baginda tiada pasti Anak boleh kahwin dengan Ibu,Bapak boleh kahwin ANAK seperti zaman JAHILIYAH baginda Omar Al-Khatab yang pernah TANAM anaknya hidup2!!Diharap dengan ini dapat membantu..Selebihnya adalah RAHSIA yang MENCARIK adat yakni akan di FAHAMI apabila ALLAH swt BERKEHENDAK untuk diwariskan RAHSIA pada DIRI kita atau orang lain..Lauhaulawala ........

**Nabi Muhammad pun UMUR 40 tahun baru dapat 1st WAHYU..jadi selama 39 tahun sebelum terima WAHYU apa yang BAGINDA buat ?!!! Jeng,jeng,jeng...kita tunggu selepas ini..itu pun jika ALLAH izinkan di bocor RAHSIA ini..Baginda GILA dahulu sebelum dapat wahyu pertamanya..

Henggo salah saorang ahli baru memberi pendapatnya.......


Pembetulan..firman Allah"Allah hu wahdah,La syariikalah" Allah itu Esa (Tunggal) dan tiada apa yang beserta Dia pada pemahaman saya kalau kita menganggap ada wujud lain selain Allah selagi itu kita meletakkan diri kita kepada asas syirik,selain Allah tu xder sjk awal lagi dan kenapa kita menganggap diri kita yang lain,yang lain tu ada bila ada yang ke 2,yang ke 2 hendaklah dibuang jauh dari kotak pemikiran kita dan bila ianya berjaya dibuang tinggallah 1 Wallahualam

Henggo memberi ulasan buat kali kedua.....


assalamualaikum kpd semua saya henggo ahli baru maaf ler tetiba je masuk tanpa bagi salam terlebih dl..jgn marah plk pe pun niat nak belajar dan berkongsi ilmu ssama kita,di sini sy ingin menyatakan pndngan saya tentang solat(melayu-sembahyang) nak marah,marah ler xkisah..solah diambil dari perkataan waslat beerti lekat atau menghampiri.

Ahli zahir memahaminya dgn menyatakan mematuhi hukum-hukum tertentu dalam sembahyang.Ahli batin menyatakan penyatuan pencinta ykni org yang cnta dgn yang dicintai..wudu' itu perceraian, solah itu penyatuan."Man lam yanfasil lam yattasil" - siapa yang tidak bercerai tidak bersatu-inilah smbhyg berkekalan,smbhyg biasa ialah 5 wktu sehari semlm dan di wajibkan menghadap kiblat,smbhyang yang berkekalan "kemana kamu menghadap di situlah wajah Allah-Al baqarah ayt 115".Kiblat smbhyg biasa di tempt tertentu kaabah,kiblat yang 1 lg tu di mana2.Kiblat tu 4: -kaabah,guru sendiri,hati(nufus di fuad)dan yang terakhir skali Yang Haq,

Seseorg tu hendaklah berpindah dari yg ptama kpd yg ke-4 utk mncapai hkkt muhammad s.a.w.Hakikat muhd tu hakikat kita dan kita wajib sampai kepadanya.Kita prlu mnceraikan diri kita drp diri kmudian kita akan lekat atau bercantum dgn Allah,bkn senang ooi.

Sharp Shooter kembali memberi komen.....


Salam sdra Semua,Terutama Sdra yang sanggup Mengajar saya yang tidak berapa Faham tentang ILmu Allah ini, Sbb mungkin ia Rashianye,Tapi Alhamdulillah, Setelah sdra fakir kata yang di dlm itu buka TUHAN. dia adalah ILmu ketuhanan, sbb dia datang dari TUHAN...SECARA ASLIHNYE....sbb setahu saya sdra TUHAN itu hanya satu,ALLAH MAHA ESA...TUGGAL....bIla saya terbaca ada yang mengaku diri mereka tuhan bahawa tidak perlu memohon ampun kepada tuhan sbb tuhan itu adalah kita sendiri,AGAK terkejut dan keliru...skrang baru faham dan yakin..Terimah Kasih sdra.

Sharp Shooter meneruskan..............

Salam sdra Osman,Nampaknye Paling banyak di bahaskan di blog ini adalah ilmu Hakikat laen,Maksud saya sdra, bukan iLmu pengetahuan Dr Bagindo Mochtar,Wlau pun ia sama ILmu mengenal diri, tapi kupasan dan cara penyampaian itu agak berbeza...Sbb saya baca KAEDAH PEMBELAJARAN yang sdra tulis itu,sbb saya baca ilmu hakikat yang laen kita perlu menghafal huruf/ayat(TAHU) kalau tak silap saya(MAAF),dan berzikir melalui nafas,

Dan KAEDAH PEMBELAJARAN sdra Osman pula laen,Harus la kita melahirkan untuk kedua kalinya dngan dua kalima syahadah shj, berbeza Dngan kaedah yang laen walaupun mungkin barangnye SAMA....Bole ka sdra berkongsi dngan kami serba sedikit?Andai kata bole dan ikhlas sdra, kalau tidak maka tidak ape,DAN Amat saya Hormati...Lupa Perkenalkan diri saya, Nama saya SHAM... dari PULAU BASILAN MINDANAO PHILIPPINES.

OsmanHadi akhirnya menjadi peserta dengan menjelaskan.............
Yaitu menjawab persoalan sharp shooter...


SALAM saudara sharpshooter

selamat datang ke ruangan ini dan terima kasih kerana bertanya, memang cara saya agak berbeza dengan cara lain lain perguruan, tetapi yang pentingnya matlamat......kenal diri hingga kenal tuhan. insyaallah akan saya terangkan dengan lebih lanjut kemudian insyaallah.

Sifakir mencelah ..............................


Salam sdra sharpshooter...dan maaf kpd sdra osman kerana mencelah...barangkali cara sdra osman melibatkan cara bersemuka dengannya dan membabitkan bab RASA ...dan bila bab rasa tentulah tidak dapat hendak ditulis ...ianya berkaitan Zat...jika diceritakan yang diceritakan ialah bab bab sifat zat itu..betul ke pandangan saya ini brader osman. Jika silap minta dibetulkan.

Sharp Shooter berkata,


Salam sdra fakir,Alhamdulillah saya telah baca tentang Wudu & SOLAT... di laman blog fakir,dan amat la jelas huraian atau penjelasan Fakir, tetapi sdra itu cuma formula atau cara supaya kita faham jalan cerita...BARANGNYE MANE?maksud saya barangnye mane,setelah kita faham/tahu formula atau jalan ceritanye, MESTI ADA BARANGNYE(WUJUD) kita rasa bhw DIA itu wujud ADA...

Tentu sdra fakir kalau kita jumpa BARANGNYE, saya panggil barang sbb NYAWA itu tidak bole di pegang, cuma kita bole RASA, DIA bergerak dngan sendirinya dan berbuat dngan sendirinye...(maknye)adalah gerak / pebuatan ALLAH semata mata?

Kalau salah sila betolkan sdra Osman & sdra fakir..kenapa saya sebut NAMA sdra berdua, sbb ada kaitanye ILMU ini dngan sdra, Cuma cara fakir jelaskan dari sifat-sifatnye... sdra Osman Terus Dapat pada ZATNYE...dari segi pemahaman saya yang tidak berapa ini, kalau kita kenal sifat-sifatnye masih lg cerita, kalau kita KENAL zatnye maka tinggal buat atau berjalan la atas landasannye mencari ALLAH, sampai kita menemuinye bhw DIA Mengaku AKU ALLAH pada kita masing2...Terima Kasih sdra.

Fakir menjawab komen sharpshooter......................


Salam sdra sharpshooter ..sdra sebenarnya amat memahami bab Ilmu Hakikat ini.....kalau telah sampai ketahap spt apa yang saudara tulis .... dimana brader osman adalah ahlinya......

Saya memilih untuk tidak berkata apa apa ..biarlah sdra brader osman menjelaskan...cuma saya nak tegaskan mmg semua orang mahu bertemu dengan Allah semasa masih hidup....cuma soalnya adakah Allah telah menentukan qadak & qadar kita seperti yang kita hajatkan....

Dalam kes saya umpamanya ..teguran yang diterima ialah....masih lagi melanggar tauhid ? Masih lagi ada kehendak ? Bukankah engkau telah mengaku YANG WUJUD HANYA AKU ? Suara hati ini bernama KHATRAT ...dan saya selalu mengeluarkan air mata akibat kesalahan sendiri yang membuatkan saya amat malu kepadaNya..

Sharp Shooter berkata,

Salam sdra Semua,terutama sdra fakir,sdra mcm Bertahun-tahun kita dah Kenal,dan Terima kasih sngat2 pada tuan punya blog ini dan blog fakir yg sentiasa memberi kebenaran pada kita untuk belajar dan mengajar tentang ilmu ALLAH ini.
klau sdra berkesempatan dan tdak kisah, bole la sdra dtg ke kampung kami di basilan, sbb disini,99% adalah mengammalkan ilmu hakikat...maklum la ilmu hakikat ini package dngan kepaklawanannye...Terima kasih sdra semua.

Sharpshooter seterusnya berkata...& bertanya


Salam sdra Osman,Harap sdra sihat selalu dan Dirakmati ALLAH,

Sdra,bole kah sdra Jelaskan bab bab RASA ? adakah rasa itu merangkumi keseluruhan UZULUDDIN? ILMU RASA itu bukan la Ilmu hakikat?dan bukan juga ilmu MA'ARIFAT? Betol kah sdra Ilmu RASA itu, ILMU ketuhanan semata mata, BUKAN ( agama.) Hhuraian sdra AMAT la kami hargai disini...Sekian Terima Kasih.

Sharpshooter seterusnya bertanya kepada , Si Gila Penjaga Alif.


Tentu sdra kenal peribahasa ini...
mahu kenal..Yang mane satu..? yang DI JEMPUT KE?atau yang DI HANTAR...?

OsmanHadi muncul memberi penjelasan

Salam,

Apa kabar sdr sharp shooter dan juga sdr fakir? di doakan di rahmati Allah sentiasa, dan bagi saya bak kata orang sehat sehat orang tua...Alhamdulillah.

Dari apa yang di perkatakan oleh sdr sharp shooter, rasanya sdr telah sangat sangat memahami apa dia Ilmu Pengetahuan Ketuhanan ini. Memang benar ilmu ini ialah ilmu ketuhanan, satu ilmu pengetahuan tentang Rahsia Allah, dan ianya di dapati dengan melahirkan diri sebenar diri dalam jasad kita ini.

Maksudnya mengeluarkan (memancarkan) pancaran diri sebenar diri keluar melalui jari jari dan akhirnya seluruh tubuh kita. dan ini akan membawa pergerakan pada tangan dan akhirnya juga seluruh jasad.

Jadi cara kita Mengenal nya ialah dengan Rasa dan Perasaan (Rasa yang positive di dalam jasad dan juga di angota jasad kita) dan di RASA itu lah RAHSIANYA, disertakan dengan gerak nya tersendiri atau jalan nya.
dengan NYA lah kita kenal Allah dan dengan NYA kita berhubung kembali dengan Allah. "Aku sudah pulang sebelum di panggil"
Rasa dan gerak yang terasa itu akhirnya (insyaallah) akan sebati dengan jasad dan setiap pergerakan yang kita lakukan adalah gerak dari diri itu sendiri. Ini di panggil "Mendirikan diri di diri" dan ini semua adalah ketentuan Allah semata mata.

Memang benar kita harus kenal YANG DIJEMPUT bukan YANG DIHANTAR.
Dan Ilmu Pengetahuan ini berdasarkan DUA KALIMAH SYAHADAT .
Terima kasih kepada sdr sharp shooter kerana minat saudara,

Fadzil b Hussain dari Penang bertanya kepada
Si Gila Penjaga Alif


Salam sipenjaga alif boleh saya tahu hadis mana dan riwayat dari mana yg baginda gila dahulu sebelum mendapat wahyu...jaga2 takut2 terjadi fitnah terhadap baginda

Setakat 15hb June 2010 Si Alif belum lagi menjawab pertanyaan fadzil.
Kami sedang menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan