Ahad, 13 Jun 2010

ASRARAL MAKRIFAH Haji Adenan Uui Batu Bara Al-Sumaterani



KAMUS SUFI anda.........


SALIK
= orang yang berusaha menuju kepada Allah melalui disiplin sufi, murid yang sedang menempuhi perjalanan makrifatullah
SIR = rahasia, dibaca dengan kuat hingga terdengar
SYAUQ = perasaan penuh rindu
TA’AYYUN= nyata
TASHDIQ = hati membenarkan sesuatu yeng diyakini tanpa ragu sedikitpun

BAB TIGA

Ketahuilah olehmu wahai talib..............

Adapun yang dinamakan UGAMA itu 4 perkara :-

IMAN / ISLAM / TAUHID & MAKRIFAT

Adapun erti – IMAN – itu – MENERIMA RUH.
Adapun erti – ISLAM – itu – KIRIMAN RUH.
Adapun erti – TAUHID – itu – ISTANA RUH.
Adapun erti – MAKRIFAT – itu – PENGENALAN RUH.

Adapun Kesempurnaan IMAN itu ialah :-

Bahawa kita kenal DIRI kita yaitu yang dapat bergerak badanku itu melainkan yang punya gerak

Firman Allah :-

Tiada gerak engkau tatkala engkau bergerak melainkan dengan izin Allah

Adapun Kesempurnaan ISLAM itu ialah :-

Bahawa hendaklah dipandang DIRI kita itu adom ertinya tiada wujud pada hakikatnya melainkan Tuhan semata-mata yakni bahawa pandangan Allah SWT maujud ia pada tiap tiap zahratul wujud ertinya suhudmu akan hakikatNya.

Adapun Kesempunaan TAUHID itu ialah :-

Bahawa kita pandang DIRI kita itu yang punya pandang dan ada penglihatan yang berkenaan kerana pandanganNya.


Adapun Kesempunaan MAKRIFAT itu ialah :-

Bahawa tiada yang punya wujud itu yakni diri kita itu tiada asalnya melainkan Wujud Allah yang berdiri pada permulaan hingga kesudahan yakni hasilnya segala wujud sesuatu itu dengan dinisbahkan kepada Wujud Allah yang hakiki itu

Bermula wujud yang antara dua ADOm itu mesti adom pula dan tiada wujudnya pada hakikatnya itu dengan sendirinya tetapi adalah wujudnya dengan wujud Allah yakni qaim ia Wujudullah SWT saperti kata setengah Arif bermula alam ini naskah Al-Haq SWT dan kata setengah arif bermula alam ini cermin Al-Haq.

Ketahuilah olehmu................

Bahawa murad dengan iktibar keadaan Haq SWT itu rupaNya yang zahir ianya pencerminan makhluk dengan iktibar keadaan Haq Taala waqiah akan hambanya itu yaitu SUHUDUL WAHDAH FIL KASRAH ertinya pandang yang satu didalam yang banyak. Dan adapun murad dengan ketika makhluk yang zahir ia didalam cermin Haq dengan iktibar keadaan hamba itu waqiah akan wujud Allah itu yaitu SUHUDUL KASRAH FIL WAHDAH.

Ketahuilah olehmu.........

Adalah wujud yang lain daripada Allah itu sekalian fana / binasa dibawah Wujud Allah. Maka tiadalah yang maujud hanya Allah tetapi wujud alam ini semata-mata mengzahir WUJUDILLAH TAALA jua.

Adapun mithal yang dibuat oleh Arifbillah itu hanyalah kearah menghampirkan kepada faham jua bukan pada hakikatnya. Saperti laut dan ombak dan buih. Maka sekalian itu mengzahir kepada wujud air jua tiada yang maujud melainkan air jua kerana air itu tatkala zahir dengan rupa bergerak-gerak maka disebut ombak dan daripada itu menjadi buih.

Saperti demikianlah WUJUD ALLAH itu meliputi wujudNya pada segala alam ini kerana alam ini tiada maujud hanya DIA jua yang maujud tetapi sekalian alam ini fana’ pada Wujud Allah. Itulah isyarat pada FirmanNya :-

Bermula Allah itu meliputi Ia bagi tiap tiap suatu.

TAMAT BAB 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan