medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Khamis, 10 Jun 2010
GURU..................MURSHID ????
GURU.................
Guru jika mengajar bidang agama bertukar nama kepada USTAZ atau TUAN GURU jika tahap ilmunya diakui ramai sebagai tinggi bertaraf ulama.
Ada istilah yang senang disebut tetapi susah dimengerti iaitu GURU MURSHID. Fakir memahaminya dengan cara yang simplistik atau mudah sahaja ..iaitu guru yang boleh dipercayai bukan sahaja dalam bab mengajar atau menyampaikan ilmu tetapi yang lebih penting dalam hal membimbing sasaorang murid itu.
Pada zaman dahulu saorang pelajar itu dirujuk sebagai TALIB atau SALIK. Ada perbezaan makna antara dua perkataan ini. Si-salik selalunya merujuk kepada pelatih dalam amalan Ilmu Tarekat manakala si- Talib adalah istilah am yang merujuk kepada semua murid yang sedang belajar tanpa mengambil kira apa pun bidang ilmu yang dipelajarinya.
Begitu jugalah halnya berkaitan Ustaz dan Murshid. Ada juga perbezaan makna antara keduanya. Si-Murshid juga merupakan “ jargon “ atau bahasa khas dalam Ilmu Tarekat yang merujuk kepada sesaorang yang bukan sahaja mengajar Ilmu Tarekat tetapi menjadi pembimbing atau pemimpin sesuatu kumpulan tarekat itu.
Jadi tugas Murshid ialah memberi petunjuk dan satelah ditunjuk membimbing orang yang menerima petunjuk itu dalam mempraktikkan ilmu yang ditunjukkan kepadanya oleh pemberi petunjuk. Yang Maha memberi Petunjuk dan Maha Pembimbing ialah Allah SWT. Ini disebut sebagai TAUFIK & HIDAYAH
Didalam Ilmu Hakikat pengamal pengamalnya tidak berapa suka menggunakan istilah murid dan guru. Sasaorang yang didatangi oleh orang lain bagi maksud mempelajari Ilmu Hakikat jarang sekali suka dipanggil guru walaupun tiada keberatan untuk menyampaikan ilmunya kepada yang datang kepadanya itu. Apatah lagi jika ada yang menganggap atau memanggilnya sebagai Guru Murshid.
Bagi mereka tiada istilah yang mengajar dan yang diajar sebab mereka berkeyakinan bahawa GURU HAKIKI yang mengajar itu ialah Allah sendiri atas hujah bahawa semua ilmu ialah milik Allah dan yang demikian Allah-lah yang berhak menyampaikannya.
Ini sesuai dengan Firman Allah didalam IQRA’ dimana Allah mengistiharkan DiriNya sebagai YANG MENGAJAR DENGAN KALAM.
Proses pencarian dan penyampaian ilmu dirujuk sebagai MUZAKARAH atau perbincangan sesama sendiri dikalangan peminat peminat Ilmu Hakikat dimana Kalam Allah akan menyampaikan ilmu melalui lidah lidah makhluknya. Ini bersesuaian dengan pegangan Tauhid orang Ilmu Hakikat bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan yang berkata-kata itu ialah Yang Bersuara itu. Lidah lidah hanya sandaran atau peralatan Allah semata-mata.
Dalam muzakarah taraf atau status ahli ahli muzakarah itu adalah sama..tiada yang dianggap tinggi daripada yang lain walaupun kita akan dapati dalam yang ramai ramai itu ada yang unggul ilmu pengetahuannya. Janganlah panggil orang itu sebagai Tuan Guru..panggil sahaja MODERATOR atau pengerusi majlis muzakarah.
Rumusannya ialah guru yang hakiki ialah Allah. Yang disarankan ialah Bergurulah Kepada Allah. Serulah Allah dan mintalah ajarannya. Anda percaya ? Jika percaya lakukanlah, jika tidak teruslah berguru dengan manusia.
Ramai berpendapat menuntut Ilmu Agama hendaklah dengan berguru. Dalam hal ini maksudnya ialah berguru dengan manusia. Jika berguru dengan buku sahaja maka dikatakan berguru dengan Syaitan. Oleh kerana tugas syaitan ialah menyesatkan manusia jadi waalupun isi buku yang dibaca itu mengenai Allah tanpa sedikitpun menyebut perkataan syaitan..maka ilmu yang diperolehi dari membca buku itu dianggap sesat kerana gurunya syaitan. Jadi dipanggillah ianya sebagai Ilmu Syaitan . Alangkah peliknya syaitan menjadi guru dan ilmu Allah bila menjadi buku menjadi milik syaitan.
Anda percaya ? Jika percaya , anda memang saorang yang JUMUD dan hiprokrit. Kenapa tidak, disekolah dahulu hingga ke universiti bukulah yang menjadi guru anda sebab orang yang mencatatkan ilmu ilmu diatas kertas kertas itu tidak mungkin berada dihadapan anda setiap waktu dan tidak mungkin berada dipelbagai tempat pada satu waktu yang sama.
ADAB SOPAN MENCEDOK ILMU..............
Tidak ada manusia tahu dan pakar dalam semua bidang ilmu. Sebab apa ..sebab dia manusia. Jadi kita terpaksa juga mencedok ilmu orang. Tidak boleh kata pinjam kerana hukum meminjam ialah kita kena memulangkannya semula dengan kos atau tanpa kos.
Sabenanya istilah yang tepat ialah mengambil ilmu orang . Fakir suka guna istilah MENCEDOK.
Adab mencedok ialah kita mesti mengakui akan pencedokan itu secara rasmi. Maksudnya kita beritahu pembaca bahawa yang ditulis itu dipetik atau diambil dari tulisan pengarang aslinya.
Ilmu yang disebarkan didalam media internet sekarang ini jika dibukukan, beribu kapal pun tidak cukup untuk di-isikan. Melalui laman blog sahaja bermacam macam ilmu disebarkan. Orang yang menyebarkan ilmu itu sudah pastilah ikhlas sebab dia yang rela tanpa dipaksa untuk menulis didalam laman blognya. Sipembaca tidak perlu membayar apa apa pun kepada yang menulis. Ini diakui dan diterima sebagai normal practices
Jika kita ingin mencedok apa yang ditulis oleh penulis dari segi adab elok sangat kita umumkan kepada pembaca kita bahawa ilmu itu diambil dari blog sianu dan sianu atau sebutkan nama penulis aslinya. Walaupun penulis tidak akan marah atas tindakan pencedokan kita itu dan tidak akan mengenakan bayaran , wajib juga kita menyatakan bahawa ilmu atau maklumat itu bukanlah maklumat atau ilmu asli kita tetapi milik sianu atau sianu itu. Ini ADAB SOPAN namanya.
Adalah salah dari segi undang dan tidak beradab dari segi moralnya mencedok ilmu dari buku yang dicetak, diterbit dan diedarkan untuk dijual kepada awam jika dilakukan tanpa izin penerbit buku tersebut. Ini adalah kerana buku itu adalah bahan jualan yang menggunakan sejumlah kos untuk diterbitkan.
Jika berani kena saman ..bolehlah cedok...jika tidak mahu kena saman, barangkali boleh guna beberapa perenggan dengan mengistiharkan sumber pengambilan. Jika kita cedok semua kandungan buku dan poskan didalam laman blog kita tanpa memabayar sedikit wang pun pada penerbit dan penulis ..ini disebut sebagai PEROMPAKAN HAK INTELEK dan boleh dikenakan tindakan undang undang.
Inilah sebenarnya yang berlegar dalam fikiran fakir kerana fakir baru diberi oleh sahabat sabuah buku yang tersangatlah bagus dan fakir nak share ilmu buku ini dengan pembaca. Oleh keran fakir tak sanggup MENCEDOK fakir tulislah rencana ini dengan NIAT ..
Sehubungan dengan itu fakir ingin mencadangkan kepada pembaca yang meminati Ilmu Hakikat supaya mencari dan membeli buku yang butirannya dinyatakan dibawah.
Dalam banyak banyak buku Ilmu Hakikat yang fakir telah baca tiada satu pun boleh menandingi buku ini dari segi isi kandungan yang menyeluruh dan dari segi bahasa mudah yang digunakan untuk memahamkan pembaca. Ilmu yang ditulis berasal dari ilmu Ulamak terkenal Malaysia ...TOK KENALI.
BUTIRAN BUKU
Tajuk Buku ILMU MAKRIFAT TOK KENALI KELANTAN /
KASYAF AL- HAQ
Penulis Dicatitkan Mohd Yusoff Cik Wook
Penulis Sabenar Hj Saari Hj Mohd Yusof
Penerbit LIKUR ENTERPRISE
Tanah Merah, Kelantan
Pengedar Pondok Pengajian Tasauf
No JLK 35A / 32
Kampung Jelakong Tok Samad
Jalan Gual Ipoh, Batang Merbau
17500 Tanah Merah, Kelantan
Harga RM 63.00
Rating Si-fakir 5 Stars
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam
BalasPadamDekat KL ni dimana saya boleh belik buku ni
Salam en azmi tk. cuba en azmi hubungi pengedar yg saya sebut dlm entri ini siapa ajen dia kat kl
BalasPadamsementara itu cubalah kedai kedai buku kat jln tuanku abd rahman kat pgg coliseum tu kat jalan blkg jln tar tu
salam