Khamis, 24 Jun 2010

PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN .oleh Fakirabdillah....ENTRI - 7 ( TUJUH ).



KAMUS SUFI anda ..............

FANA = binasa diri
FANI = orang yang fana’
GHAYR = yang asing , yang tidak wujud
GHAYRIYAT= ke-Lain-an
GHAUTH = ketua kepada qutub, ketua wali wali yang memerentah dunia. Pangkat dibawah ghauth ialah qutub.

PANDUAN DARI IBNU ARABI


Adapun Hakikat Semesta itu mempunyai DUA WAJAH yaitu Tuhan dab Makhluk dalam bentuk :-

Tuhan Makhluk


Yang Esa Yang Banyak
Yang Qadim Yang Baharu
Yang Batin Yang Zahir
Yang Awal Yang Akhir

Perbezaan antara dua hal ini HANYA TIMBUL dari sudut TANGGAPAN MANUSIA itu sahaja, sedangkan DARI SEGI HAKIKATNYA ( Yang Benar ) segala kenyataan itu adalah SATU bukan dua dan ghayr ( yang lain ) . Dia itu Aku dan Aku itu Dia. Yang wujud hanya satu yaitu WUJUD MUTLAK.

Maka ......

Allah menjadikan Insan sebagai CERMINNYA yang sudah digilapNya sehingga ia dapat memenuhi KEHENDAK ALLAH yang bertajalli padanya kerana PERANAN inilah Insan diangkat Allah menjadi KHALIFAHNYA dibumi ini yang dirinya merupakan PENGWUJUDAN KEHENDAK ALLAH bertajalli dalam bentuk yang kukuh.

HADITH QUDSI / KUNZA MAHFIYAN


Akulah Perbendaharaan tersembunyi. Maka Aku ingin sekali dikenali. Maka Aku jadikan Jin & Manusia itu untuk mengenali dan berbakti kepadaKu. ( baktinya ialah menjadi CERMIN untuk Allah melihat Keagungan dan KeindahahnNya dan memuji diriNya sendiri. Allah memuji diriNya melalui lidah makhlukNya )

HURAIAN PENGERTIAN KUNZA MAHFIYYAN


Apakah pelajaran yang saudara perolehi dari Hadith Qudsi ini ?

Pemahaman saya ialah saperti berikut :-

Zat Yang Mutlak yang tidak boleh dikenali makhluk melainkan melalui Sifat SifatNya, Asma’Nya & Af’alNya ingin sekali dikenali. Untuk dikenali diciptakanNyalah manusia & jin.

Maka ditajallikanNya RUH MANUSIA atau Muahammad Awal. Ruh itu bila ditajallikan masih lagi ghaib. Maka untuk menyatakan ruh yang ghaib itu diciptakanNyalah JASAD sesifat atau menyerupai RuhNya.

Melalui Jasadlah Ruh itu boleh dikenali.

RUH itu NYAWA - DIBEKALKAN DENGAN SIFAT 20 ALLAH

Dibekalkannya ruh itu dengan sifat sifatNya yaitu Sifat 20. Maka kerana itulah ruh dikatakan Nyawa kerana tanpa Nyawa menusia itu tidak boleh HIDUP / Berkuasa / Berkehendak / Mendengar / Berkata-kata / Melihat & Mengetahui. Maka memilikkilah manusia itu SIFAT MAANI & MAKNUYAH TuhanNya.

Siapakah pemilik sebenar Sifat Sifat itu ? Kita atau Allah ?

ADAKAH RUH MEMILIKKI SIFAT MAKNUYAH ALLAH ?

Sekilas pandang sifat sifat Maha Kaya saperti Maha melihat dan sebagainya tidak jelas wujudnya pada kita sebagai manusia .Ini tidak pula bermakna ianya tidak wujud pada Nyawa kita itu. Hanya Ilmu Hakikat dapat menjelaskan perkara ini.

Dilihat dari kacamata Ilmu Tasauf, sifat sifat Maha ini akan jelas kelihatan apabila seseorang itu berjaya membersehkan dirinya ketahap INSAN KAMIL saperti mana nmanusia awal itu yakni NUR MUHAMMAD.

Ini dilakukan melalui fisabilillah yaitu memecahkan tabir pemisah dirinya yang dipanggil HIJAB dan memerangi musuh yang dicipta bersamanya yaitu hawa nafsunya bergelar IBLIS. Iblis itu ditugaskan sebagai TESTER kepada manusia oleh Allah. Tahap Insan Kamil ini mengikut ulamak diberikan kepada para nabi nabi, rasul rasul, wali wali .

Kepercayaan atau keyakinan perkara yang diatas ialah Ajaran Tasauf SUNNI Al-Ghazali.

Pendapat Ibnu Arabi lain pula.


Menurut Ibnu Arabi manusia biasa saperti kita mustahil boleh mengenal Allah dalam erti kata kenal yang kita fahami. Yang boleh dikenal ialah RAHSIA ALLAH yakni Diri Hakiki manusia itu yaitu ruh atau nyawanya.

Perlu juga kita meningkatkan TAUHID kita ketahap tauhid peringkat tertinggi yakni TIADA YANG WUJUD HANYA ALLAH. Tiada yang lain kerana yang lain pada hakikatnya kosong belaka.

Yang demikian ingatlah bahawa :-

Jasad itu tiada berkuasa, yang berkuasa memerentah jasad ialah Ruh atau Nyawa. Ruh apapun ianya adalah HAK ALLAH yang dibekalkan dengan Sifat 20 Tuhannya. Yang mempunyai Sifat 20 itu tiada yang lain melainkan ALLAH. Ibnu Arabi merujuk Ruh itu sebagai MANUSIA HAKIKI atau yang sebenar-benarnya manusia. Dr Bagindo Muchtar merujuknya sebagai AKU....yang hendak kita cari dan kenali itu.

JASAD ITU MATI – NYAWA ITU HIDUP


Disinilah maksud :-

ALLAH MEMUJI DIRINYA DENGAN DIRINYA. Maksudnya ialah Allah MENTAJALLIKAN DIRINYA dalam bentuk manusia dalam pengertian manusia yang dinyatakan diatas.

Disini jugalah maksud :-

Sama ada perbuatan atau diam manusia itu bersifat MUNKAR atau MAKRUF , segala-galanya adalah AF’AL ALLAH belaka kerana pada hakikatnya semua anggota manusia itu mati, tidak boleh bergerak tanpa Nyawa.

Yang menghidupkan Jasad itu ialah HAYAT ALLAH. Maka hiduplah manusia itu dan manusia itu akan mati apabila Nyawa atau Ruh itu dipanggil kembali oleh Allah. Kita katakan manusia itu telah meninggal dunia.

Yang sabenarnya Ruh telah meninggalkan jasad yang mengakibatkan jasad jadi tidak berguna lagi dan perlu dikebumikan. Maksud kebumi disini ialah pergi kebumi atau ditanam didalam bumi.

MANUSIA ITU ADALAH ALAT ATAU SANDARAN ALLAH


Manusia wajib sedar setiap detik dan ketika bahawa ianya adalah Alat atau Sandaran Allah semata-mata. Maka menjadilah manusia itu kepunyaan atau Hak Allah . Kita ini umpama kotak radio atau kotak televisyen yang ada dirumah itu. Tugas kita ialah menerima siaran , tiada yang lain. Kotak radio atau televisyen hanya berfungsi sebagai radio atau televisyen dengan adanya dua perkara yaitu pertama stesyen penyiar dan keduanya gelombang yang kita panggil megahertz.

Pada kita manusia kotak televisyen itu ialah Jasad. Gelombang megahertz ialah Nyawa. Program atau apa yang disiarkan ialah Af’al Allah. Harus diingat gelombang itu milik stesyen penyiar dan bukannya milik kotak televisyen.

Bersambung........................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan