Rabu, 9 Jun 2010

UBAT MUJARAB................



UBAT YANG MUJARAB
Oleh Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti


Sabda Nabi SAW :

Didalam FATIHAH ada ubat yang menyembuhkan segala penyakit.

PENGALAMAN SUFI

Pengalaman orang orang sufi mengesahkan bahawa bacaan Fatihah dengan keyakinan dan keimanan yang penuh boleh menyembuhkan semua penyakit sama ada jasmani mahupun ruhani.

Begitu jugalah halnya pengalaman pengalaman para sahabat Baginda Rasul.

Syaitan menangis apabila Surah Fatihah diturunkan.

Sheikh Moinuddin Chisti pernah : -

Membaca Fatihah berulang kali adalah ubat mujarab untuk keperluan seseorang.

CARA CARA


Baca Fatihah 41 kali selama 40 hari berturut-turut antara solat sunat dan solat fardhu subuh.

Dalam bacaan ini ayat pertama dan kedua disambung, jangan berhenti. Dengan kata lain huruf MIM dalam kalimah NIR – RAHIM disambung dengan huruf LAM dalam kalimah ALHAM DULIL- LAHI. Selebihnya dalam surah ini dibaca seperti biasa iaitu berhenti dihujung ayat.

Jika atas sesuatu sebab pesakit tidak dapat melakukan diatas, orang lain boleh membacakan Fatihah mengikut cara diatas dan tiupkan pada air dan air itu diberi minum kepada pesakit.


BASMALAH


Untuk menyembuhkan penyakit bacalah Basmalah 11 kali.

Dalam Basmalah itu terkandung Nama Nama Sifat Allah yang paling besar. Apa juga dan siapa juga yang coba menceroboh Kekudusan Mutlak dan Kurniaan Allah pasti akan terbakar menjadi abu.

................................................................................

Salam

Saudara pembaca yang di-Rahmati Allah.

Syair Makrifah karangan Hj Adenan Ooi Batu Bara telahpun selesai di-postkan.
Fakir berharap syair syair itu dapat dihadham dan difahami oleh pembaca sekalian.

Saperti yang disebutkan terdahulu, orang orang dahulu suka bersyair dan berpantun dan sangat seni dalam menyampaikan ilmu melalui cara cara tersebut.

Berikutnya Fakir akan turunkan pantun pantun yang menyampaikan Intipati Ilmu Hakikat karangan Tuan Haji Isa bin Hussain dari Pulau Pinang. Manuskrip Pantun Makrifah ini merupakan beberapa naskah manuskrip tulisan tangan yang ada didalam simpanan Fakir. Tuan Haji Isa menamakan pantun pantunnya itu sebagai PANTUN CINTA ASYIK.

Yang demikian melalui teknologi blogging ini marilah kita manafaatkan hasil buahtangan penulis penulis lama ( yang barangkali ramai yang sudah kembali ke-Rahmatullah ) demi ilmu agama yang kita cintai...falasafah Fakir ialah ilmu yang baik harus disebarkan kepada umat Islam keseluruhannya..

Selamat membaca.

Hamba Si-fakir
Gemas , NSDK, Malaysia.


KAMUS SUFI

ALAM NASUT
= suatu alam yang masih menempatkan seseorang itu sebagai manusia sebelum dia sampai kepada Alam Lahut

AQAIDUL IMAN = simpulan simpulan Iman

FARAQ = perbedaan, perceraian , pemisahan

SENANDUNG CINTA ASYIK 1


Bismillah itu besi maknikam
Kudrat Tuhan Kholiqulalam
Rahsiakan kepada Hawa & Adam
Melihat benih didalam alam

Allah Humma Solli Ala Muhammad
Dengarlah wahai segala umat
Asalnya kita daripada Nikmat
Yang terbit daripada NUR MUHAMMAD

Yang bernama embun menitik AIR RUHANI
Yang terbit daripada Kalam Besi Kursani
Kerana Zat Tajalli
Inilah asal hendak kamu ketahui

Tatkala titik itu bernama Muhammad
Lima huruf terbit daripada itu
Inilah asal lima waktu
Pada dirinya tempatnya itu

Wujud Zat asal Islam
Wujud Hayat yang keduanya
Wujud Akal ketiga bilangannya
Sehari semalam ditentukannya

Wujud Qauli kelima tentu
Yang terbit daripada maknikam itu
Dialah mengeluarkan lima waktu
Didalam diri tempatnya itu

Daripada Zat asalnya kita
Hendaklah tentukan sabenar RAHSIA
Daripada maknikam terbitlah ia.

.....bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan