medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Selasa, 15 Jun 2010
TERBANG & MENGEMBARA....
KAMUS SUFI anda.........
A’YAN = bentuk bentuk fikiran tentang kemungkinannya sendiri didalam Ilmu Allah
AULIA = orang yang hampir dengan Allah ..jika saorang sahaja disebut WALI
AYNIYYAT = sama / bersamaan umpama air dengan air batu / ais atau ombak dengan laut
BARZAKH = batas yang memisah / sempadan antara dua benda atau keadaan
BARZAKH – JAMI = peringkat Hakikat Muhammad
Salam saudara pembaca sekalian,
Apakah faedah faedah yang boleh kita perolehi dalam menjalani kehidupan didunia ini jika kita betul betul berpegang kepada apa yang kita pelajari dari Ilmu Hakikat ?
Atau adakah ilmu ilmu yang kita pelajari itu hanya untuk hidup diakhirat nanti ?
Atau, adakah dengan mempelajari Ilmu Hakikat kita akan menjadi kaya raya, boleh terbang menembusi langit atau boleh berbicara dengan malaikat atau bertemu bidadari syurga ?
Atau kita boleh mendahului waktu untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan, atau kita boleh menjadi bomoh besar memulihkan ribuan orang buta ?
Inilah soalan soalan yang selalu ditanyakan kepada fakir oleh para sahabat dan fakir hanya dapat tersenyum dan menggelengkan kepala.
Jika dikatakan ya , pastilah mereka mahukan bukti , jika dikatakan tidak mereka akan mengatakan apalah gunanya belajar ilmu sesat yang tidak mendatangkan apa apa pulangan atau faedah.
Jelas sekali perkara perkara yang disebutkan diatas melanggar prinsip utama Ilmu Hakitat yaitu WAHDANIATULLAH yang bertujuan untuk meluhurkan TAUHID – MENGESAKAN ALLAH dan mengelak dari MENDUAKAN ALLAH atau MENYENGUTUKAN ALLAH.
Allah mengampunkan segala dosa tetapi tidak mengampunkan DOSA SYIRIK.
Semua soalan soalan diatas merupakan soalan yang dibuat berdasarkan kehendak atau keinginan manusia yang bertanya itu sedangakan Tauhid memerlukan dia mengakui bahawa yang ada hanya Kehendak atau Iradat Allah.
Jika Allah berkehendak memberikan dia rezeki maka kaya rayalah dia , bukan kerana dia belajar Ilmu Hakikat atau memelihara Tauhidnya tetapi ianya adalah atas Kehendak Allah belaka.
Firman Allah :
Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakkiNya tanpa terhitung banyaknya
Begitu jugalah keinginan keinginan metafizik yang pelik pelik saperti berhajat untuk jadi ghaib, mengembara kealam ghaib, mampu terbang kesana kesini, menjadi time machine dan sebagainya berlaku atas kehendak nafsu atau keinginan jasad yang jelas melanggar Tauhid yang dipegangnya sebab tauhid itu satu, mengatakan satu dan menjadi satu.
Jika kehendak dia / jasad yang diutamakan maka ujud semula duality yaitu aku dan engkau. Maka sia sia dan membazir waktu dan tenaga sahajalah mempelajari Ilmu Hakikat ini.
Semua orang mahu hidup bahagia. Kebahagiaan adalah rasa tenang, suka dan damai dijiwa nurani bukannya bergantung kepada harta benda kerana ramai orang yang kaya tetapi berhati gundah gulana kerana sebab tertentu dan ramai juga yang miskin tetapi kelihatan amat bahagia, tersenyum dan tersenyum.
Yang menyebabkan hati menjadi gundah gulana ialah perasaan perasaan yang negatif yang bersarang dijiwa, antaranya takut, kesunyian, rasa kosong, rindu dendam, marah, geram, benci, menyampah, cemburu, sakit hati , merajuk, rendah diri, kecewa atau putus harap , bangga, sombong, terlalu cinta dunia, terlalu ambitious dan macam macam lagi.
Yang menjadi hati bahagia pula ialah sifat sifat positif yang menjadi kembar atau lawan kepada sifat sifat negatif diatas.
Ilmu Hakikat mewajibkan penganutnya bertauhidkan Tauhid Af’al pada peringkat permulaan. Maksudnya ialah kita wajib beriman bahawa sebagai manusia tiada perbuatan kita melainkan yang berbuat itu ialah Allah SWT sendiri. Kita hanya alat atau sandaran bagi Allah melakukan apa juga PerbuatanNya. Perbuatan Allah ini disebut sebagai Af’al Allah.
Jika kita tidak boleh berbuat , maka begitulah hakikatnya pada manusia manusia yang lain sama ada mereka percaya atau tidak, islam atau kafir, orang syariat atau tasauf dan sebagainya.
Dalam menjalani kehidupan seharian , kita akan bertemu dan menghadapi pelbagai kelakuan kelakuan Allah melalui pelbagai makhluk yang boleh jadi positif atau negatif kepada kita. Dalam bentuk Musibah atau Nikmat.
Katakanlah isteri yang kita sayangi melakukan sesuatu yang boleh menjadikan kita marah, katakanlah isteri kita main kayu-tiga. Maka dari segi apa pun oarang akan mengatakan wajarlah kita marah hingga ketahap menjadi halal membunuh isteri kita supaya kita tidak dituduh dayus.
Jika kita berpegang kepada Tauhid Af’al , kita akan melihatnya sebagai kehendak Allah untuk menguji Tauhid Af’al kita , maka kita akan berkata dengan Allah ...Ya Allah kepadaMu-lah aku kembalikan persoalan ini...dan bila ini kita berjaya lakukan maka akan lenyaplah rasa marah, rasa dendam, rasa benci dan rasa yang kita ini kuat, kerana bolehkah kita marah, benci, dendam terhadap Allah yang kita akui sebagai Zat yang meliputi diri kita yang menjadi pembuat kelakuanNya pada jasad isteri kita itu ?
Maka aman dan damailah jiwa kita. Tidak seperti orang lain yang diuji Allah dengan keadaan yang sama, yang amat tertekan jiwa adan kehidupannya kerana persaan marah, benci, geram, dan dendam...yang dihasut oleh syaitan untuk membunuh isteri yang curang itu bersama kekasih barunya.
Jika dia turuti hasutan syaitan yaitu hawanafsunya sendiri yang bersifat MUDHIL itu maka tindakannya membunuh isterinya itu akan menyebabkan dia dibunuh ditali gantung walaupun dia dan orang lain mengatakan dia dipihak yang benar.
Bagi orang yang bertauhid Af’al semua perkara yang berlaku kepadanya baik yang berupa musibah mahupun yang berbentuk nikmat adalah dugaan Allah belaka yang diterima dengan rasa lapang, tenang dan dengan senyuman. Ini disebut sebagai REDHO.
Fakir sendiri tatkala mula mempelajari Ilmu ini , telah diberi ingatan akan Firman Allah : bertambah imanmu maka bertambahlah ujianNya. Sheikh Qamarudden Wahdaniatullah meminta fakir berfikir habis habis : masih ada peluang untuk gostan atau mengundur katanya. Namun fakir bertekad untuk belajar juga.
Mengikut Sheikh berdasarkan firasatnya : apa yang fakir kasihi akan diambil semula oleh Allah untuk menguji iman bahawa fakir ini fakir : baik anak isteri mahupun harta benda bukanlah milik kita tetapi milik Allah semuanya termasuk diri kita.
Ya memang itu yang berlaku. Fakir hilang kedua-duanya. Pertama isteri yang dikasihi meninggal akibat kanser payudara. Untuk memberi keselesaannya berubat fakir terpaksa menjual kebut sawit seluas 450 ekar yang pada ketika itu fakir anggap sebagai milik fakir bukannya sebagai harta Allah yang diamanahkan kepada fakir. Maka hilanglah isteri kekasih hati dan kebun sawit 450 ekar ..punca rezeki.
Alhamdulillah berpegang kepada Tauhid Af’al, fakir tidak menjadi gundah gulana kehilangan kedua dua harta bernilai itu – dan dengan redho memulangkan semula Amanah Allah kepada Allah jua.
Saudara pembaca,
Sabenarnya ilmu Tauhid yang dipelajari dari Ilmu Hakikat adalah punca utama rasa bahagia yang fakir sebut sebagai AMANTUBILLAH...berasa aman kerana Allah.
Mungkin saudara pembaca pun telah mengalaminya pelbagai rasa bahagia mengikut cara cara dan kepelbagaian Kehendak Allah jua.
Jadi betulkanlah niat ..belajar Ilmu Hakikat itu bukan untuk kepentingan dan keseronokan peribadi saperti untuk jadi ghaib, mempunyai kuasa metafizik atau mistik dan sebagainya.
Belajarlah dengan niat LILLAH – HI – TAALA dari ertikata yang sebenar-benarnya. Tiada kepentingan duniawi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
slm pkcik fakir..rupany ujian yg sy alami ini mnguji tauhid sy yg dpnggil tauhid af al..puas sy fikir tntang smua ujian dr ny tu.
BalasPadamayt pkcik brkaitan pnerangan ilmu hakikat amat tepat dan selesa utk d pahami..blh sy bjumpa pkcik utk bljar sifat20?