Rabu, 2 Jun 2010

SYAIR MAKRIFAH …TUAN HJ ADNAN OOI BATU BARA…. Zikir ALLAH…ALLAH & Suhudul Kasrah Fil Wahdah



Ahli Makrifah hapus dan fana’
Tempatnya kekal kenyataannya fana’
Alam Lahut anta faraminna
Kamil Ul Yakin alam yg sempurna

Satelah mesra lafaz dan maknanya
Kepada badan nyawa daging darahnya
Allah Allah zikirkannya
Tiada diingat yang lainnya

Allah Allah zikir yang ZAATI
Maknanya jua kita ingati
Jangan lupa didalam hati
Daripada hidup sampai kemati

Itulah sangka segala Ahlullah
Dalam Tafakur dengan Zikirullah
Menafikan Daya daripada ghayrullah ( yang selain Allah = fakir )
Mengisbatkan kepada Zat Allah

Suhudul wahdah fil kasrah
Itulah suhud disusuruh surah
Memandang matanya kepada Ashrah
Menilik maknanya yang Ashtaghfirrah

Hu Allah zikirnya itu
Kepada pendita zahir disitu
Sungguhpun banyak pandangan satu
Disitulah ibarat hamba dan ratu

Pandang tanzil namanya ini
Memandang wujud Zat sejati
Huwallah itu musyahadah semata
Memandang ghaib kepada nyata

Turki Tanzil keduanya serta
Hapus dan Fana’ disana kita
Suhudul Kasrah Fil Wahdah
Itupun suhud memandang indah

Pandangan sufi ahli musyahadah
Kepada biji memandang mudah
Inilah pandang alam yang asal
Pandangan arif pada waktu azal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan