medan muzakarah ilmu agama islam khasnya ilmu hakikat / awaluddin makrifatullah / ilmu mengenal diri layari juga http://fakirabdillah.webs.com KAULAH KANDIL KEMERLAP PELITA JENDELA DIMALAM GELAP.....MELAMBAI SETIA SELALU Biarlah Ianya Hilang Dalam Tumpukan Debu Hingga Ditemui Sendiri Oleh Orang Yang MencariNya
Ahad, 20 Jun 2010
PENGANTAR ILMU HAKIKAT YANG DIWARISKAN Oleh : Fakirabdillah - ENTRI 3
KAMUS SUFI anda ..............
ABRAR = orang orang yang baik / orang sufi
ADUM = kosong / tidak ada
ADUB = hormat untuk membezakan antara Ketuhanan & Kemanusiaan
AFAAL = lakuan / kerja / perbuatan
AHAD = satu / sama
AHDIYYAT = Peringkat Awal dimana tidak ada apa apa kecuali keheranan
Sambungan ENTRI DUA.......................
PERBEZAAN ESA dengan SATU
Inilah yang dimaksudkan dengan kata kata bahawa Allah itu Esa yaitu Allah itu Maha Meliputi. Allah Taala bukan sahaja satu atau tunggal tetapi Allah itu ESA yaitu ketunggalan yang Meliputi. Inilah makna sebenar satu atau tunggal itu.
Oleh itu hendaklah kita faham ESA itu bukan bererti SATU sebab satu itu boleh dibilang. Mahasuci Allah dari sifat yang boleh dibilang.
MEMAHAMI MAKSUD TAJALLI
Sekiranya kita sudah yakin bahawa Alam Semesta ini adalah pentajallian Allah dan manusia itu merupakan Pengwujudan Allah Yang Amat Sempurna Dalam Bentuk Yang Kukuh, maka tidaklah tepat jika kita mengkaji tentang Asal Usul Manusia itu lagi kerana pemahaman manusia tentang asal usul akhirnya memberi pemahaman yang salah kerana otak manusia itu
Enganggap “ yang ada kini tidak semestinya sama dengan asal usulnya . Contohnya :-
Dari kapas menjadi benang
Dari benang menjadi kain
Kapas tetap kapas , benang tetap benang dan kain adalah kain.
Asalnya sama tetapi benang bukanlah kain dan kain bukanlah kapas.
Didalam hal Allah dan manusia , dimana manusia ialah Pentajallian Allah, yang asal dan yang ada itu adalah TETAP SAMA TETAPI TIDAK SAMA. Allah Tetap Allah manakala manusia tetap manusia. Ayat ayat ini amat pelik dan otak amat susah untuk memahaminya dan akhirnya menolaknya sebagai perkara yang boleh diterima.
Untuk memberi faham, maka perlulah diberikan contoh contoh. Bila air dipanaskan , api yang memanaskan air itu tidak hilang sifat panasnya walaupun air mendidih ketahap 100 degrees celcius. Kepanasan api tidak sedikitpun kurang dalam proses memanaskan air itu . Manakala air yang dipanaskan pula walaupun mendidih bila sejuk tetap menjadi air tidak mungkin boleh menjadi api.
Namun begitu bagi maksud untuk menjelaskan apa apa yang mahu dijelaskan didalam Ilmu Hakikat pemahaman tentang pengertian Tajalli tidak patut difahami dalam konteks kapas, benang dan kain.
SEMUA BENDA & PERKARA PUNCANYA IALAH ZAT ALLAH
Asal usul atau puncanya adalah ZAT MUTLAK yang memperkenalkan DiriNya sebagai Allah.
Oleh kerana Zat Mutlak wujud tetapi tidak kelihatan secara nyata saperti objek objek dan tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia saperti bau wangi bunga kenanga atau dirasai saperti manisnya gula, maka Zat Mutlak itu memerentahkan manusia supaya berusaha mengenalNya melalui Sifat Sifat, Nama Nama ( Asma’ ) dan Perbuatan PerbuatanNya ( Af’al ) , melalui benda benda yang dijadikanNya dialam maya ini dan juga melalui satu lagi SIFATNYA yaitu manusia itu sendiri.
MUSTAHIL MANUSIA BOLEH MENGENALI ALLAH
Ibnu Arabi menegaskan bahawa adalah MUSTAHIL bagi manusia itu mengenali , apatah lagi melihat dengan mata kepala akan ZAT ALLAH itu.
Puncak tahu sesaorang mengenai Zat Allah ialah TIDAK TAHU. Penulis pula ingin menyatakan bahawa adalah mustahil juga untuk seseorang dapat mengetahui akan Allah tanpa Pertunjuk & Bimbingan Allah sendiri. Sebagai manusia biasa kita hanya boleh membayangkan rupa seseorang atau sesuatu benda itu bila kita telah pernah bertemu dengannya. Siapakah yang telah bertemu dengan Allah ?
Nabi Musa a.s merayu-rayu kepada Allah untuk melihatNya. Yang dilihat baginda ialah gunung Tursina yang telah hancur. Maka siapalah kita berbanding Nabi Musa ?
Oleh itu bagaimanakah caranya kita boleh Mengenal Allah itu ?
Ada orang mengatakan seseorang hanya boleh Mengenal Allah dengan Allah. Kenyataan sebegini amat membingungkan dan mendatangkan kecewa pada sesaorang penuntut ( salik / talib ) . Kita tidak suka mendengarnya.
Bersambung.......................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan